iklan baris

MISTERI SEGITIGA BERMUDA PART 2 : CEBISAN KISAH KEHILANGAN YANG DIREKODKAN


Entri kali ini merupakan sambungan dari entri sebelumnya mengenai Segitiga Bermuda Menurut Pandangan Islam , dalam sambungan entri kali ini, saya ingin berkongsi secebisan daripada peritiwa misteri kehilangan pesawat yang melintasi kawasan ini, dibawah merupakan cebisan kisah dan peritiwa yang direkodkan misteri lenyapnya pesawat yang melalui BERMUDA TRIANGLE SEGITIGA BERMUDA tanpa dapat dikesan.



Peta lokasi Sebenar Segitiga Bermuda




Peristiwa terbesar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu  Kapal Perang Atlanta pada 1880.Sebaik kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya.

Rupanya Segitiga Bermuda tidak hanya 'menelan' kapal laut yang melalui kawasan perairannya tetapi juga di ruang udara yang terdapat dalam lingkungan pertemuan tiga negeri berkenaan. Selain kapal laut, pesawat yang terbang di Segitiga Bermuda yang berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi itu turut ghaib tanpa dapat dikesan.

Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar pada 1990 apabila lima jet Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah meronda melintas wilayah laut itu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara.


Disember 1945, ketika waktu masih siang.Penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami 'gangguan' sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS.Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan sebuah pesawat lain iaitu Martin PBM-3 Mariner diterbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan.

Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.


Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 Flying Boxcar yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus gahib tanpa dapat dikesan.Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak menjumpai jejak serpihan ataupun mayat anggota dalam pesawat itu. 


Sehingga kini, kes membabitkan pesawat C-119 Flying Boxcar, TBF Avenger, Martin PBM-3 Mariner, kapal laut Atlanta serta ratusan lagi kes kehilangan kapal dan pesawat di kawasan itu terus kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan. Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes - ghaib ketika keadaan cuaca baik, kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal, perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan biasa sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka.Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda.  

Ada yang mengemukakan teori lingkungan waktu , medan graviti terbalik, anomali magnetik-graviti, fenomena gempa laut, serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa.Teori lebih pelik adalah wilayah itu dikatakan sebagai markas UFO di Bumi ini, ada juga teori menyatakan segitiga bermuda ini merupakan pusat pemerintahan Kota Atlantis yang tenggelam ribuan tahun lalu, kota manusia duyung selain pusat persembunyian Dajjal. Walau pelbagai teori dikemukakan, tiada satu pun yang menyingkap rahsia sebenar mengenai misteri wilayah segitiga itu. Wallahuallam.


p/s : Jika ada sebarang info tambahan entri ini akan diupdate lagi sekian.

untuk  entri akan datang saya akan kongsikan dengan anda bahagian terakhir mengenai Segitiga Bermuda mengenai teori-teori dan hujah dari perspektif sarjana barat mengenai Segitiga Bermuda ini.



 baca entri terdahulu klik ==> Segitiga Bermuda Menurut Pandangan Islam
 

67 ulasan:

  1. menarik sgt info ni...i like to know more bout this...really hope that someone can post more info pasal segitiga bermuda ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. menarik sngt sngt info ni takut sya baca nyer

      Padam
    2. takut xpayah baca lol

      Padam
    3. Bagus dan menarik saya teringin nk baca info pasal segitiga bermuda

      Padam
  2. Yang ini hanya tuhan yang mengetahui bagaimana kejadianNya...

    BalasPadam
  3. Klau tgk video The arrival. Dorg tunjuk kawasan Segi tiga ni sebenarnya byk terdapat kat muka bumi ni berhampiran dgn garisan khatulistiwa. Tapi tu hanya pada kajian dorang yg masih tak di iktiraf kesahihan faktanya.

    Bagi aku la, jawapan segitiga adlh pusat graviti je yg paling masuk akal.

    BalasPadam
  4. apa pun...banyak lagi kes2 sperti segi tiga bermuda kat dunia ne yang kini tidak dpt dirungkai persoalanya.

    BalasPadam
  5. ha tulah..kebanyakan mat saleh je hilang..seingat sy ada org islam penah lalu sini..dia citer pengalaman dia bergegar..tp dia selamat..sy lupa sy baca kat mana..mastika kut ???

    BalasPadam
  6. Masha Allah.. byk sungguh rahsia bumi

    BalasPadam
  7. nk pasti jom rasai sendiri hahaha

    BalasPadam
  8. gud information 4 us .

    BalasPadam
  9. harap sangat tak ada orang yang ke sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa rasa mau p sna..bru tau apa yg btol

      Padam
    2. Wa pn maw pi sna la.ntuk mrgkai kbnran sbnar

      Padam
  10. memang sangat misteri hanya Allah yg mengetahui

    BalasPadam
  11. subahannAllah...betapa luasnya lagi ilmu yg perlu diterokai..Allahhuakhbar...

    BalasPadam
  12. walawpun saya masih budak tapi suatu hari nanti saya tetap
    akan kesana ,untuk membokarkan rahsia sebena TIGA SEGI BERMUDA
    AMIN...

    BalasPadam
  13. walaupun saye masih budak saya tetap akan kesana
    untuk membongkarkan rahsia

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita pergi berdua.....add saya di facebook kazekagehafiz@yahoo.com..

      Padam
    2. Jangan lupa update kt facebook tentanv pengembaraan kt sana.
      Upload pic n video sekali tauu. Gud luck both of u!

      Padam
    3. Sy pn maw prgi sna

      Padam
  14. assalamualaikum... harap tuan punya blog ini membennar kan saya untuk mengopy isi kandungan dari blog tuan untuk perkongsian di facebook.. terima kasih..

    BalasPadam
  15. salam semua,,Jika Ingin Mencari crew sukarelawan, saya sanggup join korang untuk membongkar misteri tersebut..me like advanture!!!.. find me at FB blame2pan@yahoo.com

    BalasPadam
  16. salam semua,,Jika Ingin Mencari crew sukarelawan, saya sanggup join korang untuk membongkar misteri tersebut..me like advanture!!!.. find me at FB blame2pan@yahoo.com

    BalasPadam
  17. sangat bermamfaat bgi sya

    BalasPadam
  18. ingat lah...bahawa syaitan jin sukar dikalahkan di gurun panas dan laut lepas...dajjal berhibernasi di sana kerana ingin memanjangkan umur beliau dan sedang memperlajari ilmu-ilmu syaitan,iblis dan jin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah mcmana handal sekali si dajjal akhir nya di akan tewas juga.yg lain tu mcm ia ia aje nk pegi sana.jgn takbur.nanti tersampai pat sana baru tau.kata2 adalah satu doa tau.

      Padam
  19. lw d tnya bdak zaman skrang nie..mna lha ada yng thu..mcam sya..nsib dad yng crita kn..lw x smpai ke tua puun xthu..*im 13years old...

    BalasPadam
  20. Memang misteri.. Harap dapat jawabpanya dari mimpi.. Hehehe

    BalasPadam
  21. Semua dah tertulis dalam Al Quran sebenarnya, cuma kita je belum jumpa mungkin.
    Ayat Al Quran ada yang tersurat, dan ada yang tersirat.
    Yang tersirat itulah mungkin salah satu dari rahsia Segitiga Bermuda...
    Waalahu 'Alam~

    p/s : Banyak lagi rahsia2 dalam Al Quran yang kita belum rungkaikan, kerana akal manusia itu terbatas. Itulah salah satu petunjuk yang menunjukkan Allah lebih Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Subhan Allah....

    BalasPadam
  22. saya memang sgt berminat dgn topik ni,hampir beberapa bulan juga saya cuba mengumpul sebanyak info tentang bermuda triangle. apa yang kita tahu sains dan islam tidak boleh dipisahkan.pada pendapat saya sbg seorg pelajar form 2 yang mungkin betul dan mungkin salah fenomena ini hanya berlaku beberapa tahun sekali.dimana ia bermakna jika sebuah kapal dihantar untuk kajian setiap hari,kemungkinan salah sebuah kapal tersebut terselamat tidak mustahil.ada suatu kejadian dimana kapal dijumpai tetapi anak kapal ghaib kesemuanya.apa yang peliknya ialah makanan yang terdapat di dalam kapal nampak baru dimakan dan tidak berusik,tanpa kulat atau sebagainya.jika dikaitkan dengan sains,kapal tersebut mungkin sudah tenggelam ke dasar laut.suhu di dasar laut saya sendiri tidak pasti,tetapi apa yang saya tahu sesuatu benda yang disejukkan dengan serta merta tidak akan memberi sedikitpun impak pada objek tersebut.bahkan kuman tidak mampu menyentuh makanan itu.begitu juga dengan manusia.seorang manusia yang disejukkan dengan serta merta masih boleh hidup setelah dicairkan.ada yang mati kesejukan.ini kerana apabila proses pembekuan berlaku dengan lambat,ia mampu membunuh sel2 dalam bdan hingga mengakibatkan mati.orang yang ambik medic tahu la sbb jantung simpan dalam ais.soal anak kapal yang ghaib pula,saya tidak pasti tetapi kalau ada yang berininsiatif untuk mencari sesuatu di dasar bumi,pasti ada yang mampu dirungkai.saya hanya berkongsi,jangan percaya,takut auta je lebih... >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. byk tgk kartun dgn mkn lolipop

      Padam
    2. berapa bulan punya kumpul maklumat tapi cerita kartun je yg kau bg. tapi tkpa. kesungguhan ada. tp

      Padam
  23. saya ade trdgr citer psl seorang lelaki yg brjya mlepasi tmpt ini... dy org islam dan dy trselmt krn dy melaungkn azan...

    BalasPadam
  24. segala yg terjadi adalah kekuasaan allah, dunia ini kan miliknya.

    BalasPadam
  25. ulasan yang menarik..mohon share dari admin..

    BalasPadam
  26. diharap misteri ini akan terbongkar satu ari nt..insyaAllah

    BalasPadam
  27. diharap misteri ini akn terbongkar stu ari nt..insyaAllah

    BalasPadam
  28. mungkin mimpi ngeri kita menjadi nyata


    BalasPadam
  29. kita cuba pakai kapal gune control, tengok ape jadi

    BalasPadam
  30. Misterius sekali. Mengerikan . Tidak terbayang oleh akal sehat. Ckckck. Bisa-bisanya hilang tanpa sebab.

    BalasPadam
  31. Misterius sekali. Menyeramkan. Tidak habis fikir. Jangan sampai deh ada yang kesedot lagi di segitiga itu.

    BalasPadam
  32. Kalau ikut logik , kita percaya pada hujah saintis dmana mereka kata segitiga bermuda terdapat tarikan graviti yg kuat . Tapi lepas baca part 1 ,wallahualam . Allah sahaja yang mengetahui rahsia alam . Kita sbg manusia cuma boleh kaji tapi xkan pernah kita dpt capai tahap pengatahuan Allah . Malah , negara kita pun mungkin ada sejuta lagi rahsia ..

    BalasPadam
  33. saya kurang puas dengan info yg anda berikan
    -boleh kah anda menjelaskan dan memberikan info yg selanjutnya

    BalasPadam
  34. rahsia alam....macam salah seorang komen td....mgkin dalam Al quran sume ini akan terjawab...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...... insYallah pasti kite akan ketemui jawapan nanti

    BalasPadam
  35. nk pegi.. takut lakk.. hehe

    BalasPadam
  36. cube bukak google maps. tgok jlan2 kat segitiga bermuda ni mcm sgat maju. rahsia ni akan terungkap satu hri nnti. in shaa Allah. bgi yg nk tahu lbih lanjut pasal ni, rjin2 kan diri untuk selak terjemahan ALQURAN sbb smua ni ada tercatat. kta je yg xtahu kat mna n macm mna. even ilmu sains pon ada dlm ALQURAN. truskan usaha anda. :)

    BalasPadam
  37. mohon kebenaran utk copy dan share..
    tahniah utk entry ini..
    gud luck..
    'Qod aflahal mukminun'..

    BalasPadam
  38. yah moga-moga titik segitiga bermuda bisa ditemukan supaya kita tahu rahasia syetan dan iblis

    BalasPadam
  39. ih ngeri mbaca tentang dajjal

    BalasPadam
  40. cuma allah yg tahu apa yang akan terjadi

    BalasPadam
  41. Malaysia 8 haribulan 2014, telah hilang kapal terbang mh370, malaysia ke beijing (china) tp kapal terbang tu lalu laut china selatan, betul ke kt sume tmpat ada segitiga bermuda?

    BalasPadam
  42. Smua nya kuasa Allah taala.. Skuat mna teknologi yg kta ada,kuat lagi Allah yg maha esa.. Wallaualam ^_^

    BalasPadam
  43. SubhanaAllah.speechless.KUN FA YA KUN

    BalasPadam
  44. SubhanaAllah.speechless.KUN FA YA KUN

    BalasPadam
  45. SubhanaAllah.hanya Allah yg maha mengetahui.

    BalasPadam
  46. saya pernah mendengar teori berkenaan dengan angin sejuk dan panas yang terhasil daripada magnet matahari ke bumi..dan paksi yg terakhir yg terpancar adalah d kawasan panas (matahari) dan sejuk(kwasan mendung atau gelap) menghasilkan gelombang yang kuat antara 2 suhu dan juga ditambah dengan gelombang magnet bumi
    .kawsan itu tepat d kawasan segitiga beemuda..dan para saintis pernah coba menjelajahi kawsan tersebut dengan mmbawa termometer gelombang..dan pada suatu sudut hendak sampai ke kwasan segitiga bermuda..meter tersebut terus meningkat dan radar serta semua system elektronik tuurut terganggu akibat gelombang elektromagnet yg kuat..setelah mendapat sesuatu yg mungkin tidak baik terjadi..mereka terus berpatah balik...namun mereka blum sempat masuk ke dlam kawasan segitiga bermuda...hanya Allah yg tahu misteri ciptaanny..Allahualam

    BalasPadam
  47. saya pernah terdengar satu teori yang saya rasa logik sikit..teori ini berkaitan dengan ayat "Apabila salah seorang berada ditempat yg terbuka atau ditengah matahari sedang bersinar, lalu bayangan yg meneduhinya bergerau sehingga sebagian dari dirinya terletak ditempat panas dan sebahagian lagi di tempat sejuk, maka hendaklah dia berdiri atau meninggalkan tempat itu"..dimana ada saintis barat mengulas..bahawa terdapat sebuah kuasa gelombang elektromagnetik yg kuat terhasil drpada geseran angin panas (kawsn pancaran matahari) dan angin sejuk (kwasan yg mendung dan gelap) dan geseran gelombang magnet bumi.. dan tempat yg berlakunya geseran ini ada lah tepat d kwsan segitiga bermuda..teori ini secara praktikal di uji. para saintis tersebut membuat pemantaun ke kwasan tersebut dgn berbekalkan mesin termometer pengesan gelombang..semasa perjalanan normal..meter hanya mengesan 160+ gelombang dan ketika menghampiri kawasan tersebut..meter gelombang naik mendadak sehingga 300 ke 600. dan dengan kekuatan gelombang ini..mereka mendapat kesakitan dibahagian dlm telinga dan radar serta semua peralatan elektronik terganggu termasuk jam tangan merek..merek memutus utk berpatah balik utk keselamtan walaupun mereka belum lagi masuk ke kawasan segitiga bermuda..cuma menghampiri..hanya Allah yg tahu rahsia CiptaanNya..wallahualam

    BalasPadam
  48. Assalamualaikum wahai pembaca ... Info yang menarik ^.^ saye suka mngembara dan mngkaji bende2 mitos/lagenda .. Sye baru 15 thun ... Sesape yang ingin pergi ke pulau segi tiga bermuda , sila msg kat saye melalui FB [Khuzairy014@yahoo.com] ... Saye ingin join korang yang berminat mngenai pulau tersebut ... Dan sye hrap suatu hari nnti saye akn dpat mngkaji mngenai rahsia pulau tiga segi Aminn ... Terima kasih semua ^.^

    BalasPadam
  49. Memang susah kita nak percaya sebab kita tak alami. Begitu jugak aku yg sebelum ni, ingat semua cerita2 tentang segitga bermuda ni rekaan semata2, hinggalah pada suatu hari aku mendapat jemputan majlis doa selamat oleh seorg peniaga yg sebelum ini kerja beliau ialah kelasi kapal. Dalam rancak bercerita, aku pun bertanya apa pengalaman beliau yg paling dahsyat. Lalu, beliau pun bertanya aku, ustaz pernah dgr cerita tentang segitiga bermuda. Aku pun cakap, pernah. Lalu beliau pun bercerita. Diringkaskan, dlm pelayaran beliau ke bahamas jugak, yang mana waktu pada masa itu tepat waktu tengah malam gelap gelita kapal mereka melalui kawasan segitigi tersebut. Sesampainya di kaswasan tu, tiba2 satu cahaya naik dr dalam laut ke atas langit yg mana membuatkan kawasan itu terang seterangnya waktu tengahri. Dan kawasan yg terang itu luas seluas mata memandang. Sesudahnya mereka melepasi kawasan tersebut, keadaan menjadi gelap kembali. Dari situ baru aku tau, yg cerita mengenai segitiga bermuda ni, ada betulnya. Wallohualam.

    BalasPadam
  50. Awak kat mane / awak2 kat mane??

    BalasPadam
  51. sy kt sini..sy kt sini..hahaha

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai