Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca setia blog Redzuan-ridz :) hari ni tergerak hati untuk berkongsi ilmu politik dengan anda semua, memandangkan saya pernah mengambil banyak paper politik di U.M antaranya paper 'democracy and democratization' elok rasanya saya berkongsi dengan anda mengenai topik ini dan ilmu yang saya ada, agar kita sendiri jelas tentang pemahaman mengenai Demokrasi. Di sini saya akan kupas seringkas dan sepadatnya mengenai sejarah permulaan demokrasi, asal-usul demokrasi , makna demkorasi dan ciri sebuah sistem demokrasi yang ideal .
Umumnya, saya pasti anda semua mengetahui bahawa demokrasi telah wujud sejak dari zaman Yunani lagi iaitu di Athens sekitar 2500 tahun dahulu yang akhirnya secara beransur-ansur telah berkembang dan akhirnya tersebar ke pelbagai negara di seluruh dunia.Istilah demokrasi sebenarnya berasal dari perkataan Greece iaitu demos (bermaksud rakyat) dan kratia bermaksud pemerintahan) Oleh itu demokrasi boleh diertikan sebagai pemerintahan yang diuruskan oleh rakyat. Terma ini kadangkala telah digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya.Demokrasi juga dalam erti kata lain boleh ditafsirkan juga sebagai suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat.
Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik. Pentakrifan demokrasi yang paling terkenal dibuat oleh Abraham Lincon Presiden Amerika Ke-16 iaitu
'kerajaan dari rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat'. (goverment of the people, for the people, by the people)
Menurut William A.Doughlas pula, demokrasi boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu merangkumi politik, ekonomi dan sosial. Demokrasi dari aspek politik merujuk kepada kewujudan sistem pilihan raya bebas, partisipasi politik yang tinggi,menghormati kebebasan sivil untuk bersuara. Demokrasi dari aspek sosial merujuk kepada penghapusan diskriminasi berdasarkan jantina, ras, agama, kasta dan lain-lain. manakala Demokrasi dari aspek ekonomi pula merujuk kepada kekayaan atau ekuiti ekonomi dibahagikan secara sama rata ( equality ) dalam kalangan rakyat.
Fakta sejarah sendiri telah membuktikan bahawa pemikiran demokrasi muncul ekoran daripada pertentangan dialektikal dengan sistem tradisional atau feudal peradaban Eropah. Hal ini dapat dilihat dengan jelas bermula daripada diskusi ahli falsafalsah agung Socrates dinegara kota Yunani,cetusan Revolusi Perancis sehinggalah kepada kemunculan Revolusi Perindustrian .
Semuanya menunjukkan berlakunya penentangan dialektikal tersebut adalah bersifat rakyat vs pemerintah. Bermula daripada pemikiran Socrates di zaman Greek-Yunani hinggalah hari ini, idealisme demokrasi berkembang selari dengan perkembangan seperti konsep negara bangsa, keadilan sosial, kontrak sosial, general will, industrialisasi, modenisasi, kapitalisme dan penyertaan rakyat.
2 elemen yang menjadi tunjang dalam sistem demokrasi yang sememangnya perlu anda tahu ialah
· Penglibatan rakyat dalam proses politik/ pentadbiran negara berbanding kerajaan yang ditadbir oleh satu kelas pemerintah/golongan aristokrat.
· Perjuanganpersamaan hak dan kebebasan individu( hak sivil dan kebebasan politik yang berciri inalienable
Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat dengan institusi-institusi berikut:
· Perlembagaan menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki doktrin pengasingan untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
· Pilihanraya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil
· Rakyat diberi hak mengundi untuk memilih wakil pemerintah
· Rakyat diberi hak mengundi untuk memilih wakil pemerintah
· Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
· Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
· Kebasan bepersatuan
· Semua masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salah satu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya aturan undang-undang Rule of Law
· Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi dan tanggung jawab sivil
· Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
· Kebasan bepersatuan
· Semua masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salah satu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya aturan undang-undang Rule of Law
· Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi dan tanggung jawab sivil
rasanya cukup setakat ini perkongsian saya dan sebelum saya lupa anda juga boleh membaca entri saya yang terdahulu mengenai jenis-jenis demokrasi yang wujud didunia ini.
klik untuk baca ==> JENIS-JENIS DEMOKRASI
sumber rujukan : Segala info yang sy kongsikan untuk entri berkaitan demokrasi ini adalah penulisan saya melalui rujukan nota kuliah saya, slide show presentation saya berkenaan topik demokrasi, serta rujukan buku seperti tertera dibawah dan tidak memplagiat sumber dr internet.
p/s : Sebelum saya terlupa ada 2 rujukan yang terbaik untuk melihat term dan applied mengenai demokrasi ni. saya syorkan buku tulisan John Funston " Politics and Government in Southeast Asia" dengan buku tulisan Samuel P. Huntington " The Third Wave: Democratization in the Late Twentieth Century"
perrghhh... cayalah bro
BalasPadamapa kah demokrasi, ia selari dengan al quran dan sunnah?
BalasPadamadakah sistem demokrasi selari dengan al quran dan sunnah? setahu saya sistem demokrasi ini di cipta untuk menjatuhkan khilafah islamiah , maafkan saya jika tersilap
BalasPadamsaya peningla sekarang ni sebab ada yg menyatakan demokrasi ini salah di sisi undang2 Islam tetapi kalau kita tengok secara positif tiada yg langgar apa2 syarat pun boleh saudara terangkan x
BalasPadam