Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog redzuan-ridz. entri kali ini sangat menarik untuk saya kongsikan. dan entri kali ini bakal mencabar daya fikir anda. Apa yang bakal mengejutkan anda adalah mengenai penemuan Sebuah Piramid di Dasar Lautan Jepun yang sebenarnya mempunyai kaitan dengan bangsa kita yakni Melayu. Sejauh mana kebenarannya sila baca artikel dibawah ini
PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN
Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel
[Kali terakhir disunting pada 30/4/2011. Turut disertakan beberapa penambahan maklumat baru.]
Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah : mata, batu dan air.
Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.
Jim Mower, seorang ahli arkeologi di
Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban
Mesopotamia dan
Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.
Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. i.
MISTERI GEN BANGSA MELAYU
Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat CGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.
Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.
Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.
Gadis ini mampu membaca sejarah Srivijaya 500 tahun sebelum Masehi (S.M) dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!
Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babylon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama.
MELAYU - THE LOST TRIBE
Ketika
Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini '
Golden Chersonese' yang bermaksud
Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai '
Suvarnabhumi' iaitu
Tanah Emas. Sebuah
manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.
Kajian dari
manuskrip kuno Firaun Mesir dan
hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba
.
'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).
Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.
Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).
'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.
Imbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-
ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,
Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat.
Mereka menubuhkan
kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah
Banjaran Himalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.
Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini.Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.
Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari : - UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting)
- TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)
- TIMUR (funan, okinawa, sulu,)
- SELATAN (sumatera, riau, jawa)
Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan Cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu ?
Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka yang sangat terkenal dan masyhur, Nostradamus, yang berbunyi :
"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."
-Nostradamus
Dibawah ini pula merupakan beberapa keping gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden (videographer) dan "C" Hagland (underwater videographer) :
MELAYU DAN YAHUDI
Tahukah anda bahawa
Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat
12 puak Yahudi di masa lalu :
1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin
Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILLAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.
Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh. [klik
di sini]
Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipotesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala .
untuk details mengenai kajian projek genome ini sila rujuk ==>
www.mormonslocation.com. Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah Southeast Asia Region (Rantau Asia Tenggara).
disini saya sertakan video penemuan Piramid di dasar laut
Yonaguni. yang disiarkan di
History Channel.
PERHATIAN : Video di atas hanya fakta
sokongan pada hujah-hujah yang dikemukakan. Sepertimana yang kita ketahui (
disebutkan di atas ; baris 15-17) masih terdapat beberapa penemuan yang dirahsiakan oleh pengkaji. .
disclaimer :
sumber artikel diatas ini diambil tanpa mengubah langsung contentnya. dan saya tidak mengubah sebarang isi artikel ini. sila rujuk pada permulaan entri diatas sekali kredit link sumber artikel yang saya perolehi dari macjay.net. sekian.
p/s : jika ada sebarang info dan penemuan baru, entri ini akan saya update dari semasa ke semasa. insyallah.
Hujah dan pandangan saya pula (
penulis blog redzuan-ridz) mengenai artikel Piramid ini, jika anda membaca artikel diatas dan melihat secara analitikal. Penyunting sebenarnya tidak memberikan hujah dan fakta dalam mengaitkan hubungannya dengan Bangsa Melayu yang membinanya. dari artikel yg sy ambil diatas ini dan dikongsikan dengan anda. actually memang tidak disertakan references (rujukan) oleh penyunting. sy cuba mencari rujukan mayb journal, something or hujah yang lebih genuine yang mengaitkan piramid ini adalh piramid Melayu. Namun tiada,. yang ada cuma 1 assumption/ interpretion not a theory or fact. itu yg jelas mengenai apa yang cuba dikaitkan Piramid tersebut dengan Melayu. agak kabur hujah diberikan penyunting.
dan lagi satu mengenai teori bangsa
Sycthia yang dikemukakan itu kurang tepat. Bangsa Sytchia sebenarnya itu adalah bangsa
yakjuj dan makjuj. yang berasal dari ras Indo-Eropah. Suku-suku
Arya, Xiongnu, Hun, Mongol dan Tartar inilah suku dari Bangsa Sythcia. dan orang-orang Arab menyebutnya sebagai 'Turk
' yang bermaksud bangsa di Sebalik Pergunungan Utara. Suku-suku ini semuanya berasal dari moyang yang sama iaitu Yafits bin Nuh. dan dari penelitian yang lebih terperinci suku Sycthia ini sebenarnya berasal dari keturunan Israel iaitu keturunan Israel Semit hasil dari ujian DNA yang dilakukan dengan penemuan
. sila rujuk halaman 190 - 204 buku
'Yakjuj dan Makjuj Bencana di Sebalik Gunung'. tulisan Muhammad Alexander. di dalam halaman ini ada dirujuk tafsir Al-Quran , manuskrip kuno Yahudi, kitab Perjanjian Lama Yahudi karya Herodotus , inskripsi purba kerajaan Assyria ,
Dan untuk details anda baca buku yang setebal 562 halaman ini
saya syorkan kerana meliputi pelbagai sumber yang jelas dinyatakan berdasarkan manuskrip2 lama, inskripsi, tafsir Al-Quran, peta2 lama kitab perjanjian lama pandangan tokoh sarjana islam
,
Berkenaan Piramid yang didakwa Piramid Melayu, hujah saya Jika anda ada membaca buku mengenai
Peradaban Lemuria . jika diambil kira dari segi usia
peradaban Lemuria ini . bangsa lemuria or dikenali juga bangsa MU ini dianggarkan hidup antara 7500-11500 Sebelum Masehi sebelum bangsa ini lenyap.Manakala usia Piramid di Yonaguni ini wujud 8000 Sebelum Masihi hasil dari ujian karbon. Ini bermakna kewujudan bangsa Lemuria dan kewujudan piramid yonaguni ini adalah dalam period yang sama. so berdasarkan ini kemungkinan besar piramid ini merupakan sebahagian dari kota kerajaan bagi
Peradaban Lemuria.
Hujah kedua, ada dicatatkan mengenai Kuil-kuil Lemuria yang menempatkan sebuah kristal generator raksasa yang dikelilingi kristal lain, baik sebagai sumber tenaga maupun digunakan untuk tujuan penyembuhan untuk menjana tenaga. Kaitannya pula dengan Piramid Yonaguni ini dijumpai batu-batu kristal misteri yang besar. dan para pengkaji dan ahli arkeologi mengaitkannya dengan peradaban bangsa Lemuria ini.
Dan akhir kata
cuba anda baca buku mengenai Peradaban Lemuria ini ==>
'Lemuria, the lost continent of the Pacific' tulisan
Spenie Curve Wishar, setebal 285 halaman. ada 1 copy di library UM. atau lihat di youtube 3 siri video penyelidikan mengenai Bangsa Lemuria ini. sekian.
akhir kata segala pandangan saya bukannya satu refleksi mengargue tetapi jelas terdapat beberapa fakta dan kontradiksi dari suntingan artikel diatas terutama mengenai kaitan Melayu dengan piramid tersebut.. hujah dan pandangan saya ini adalah berdasarkan tulisan buku kajian yang disertakan dengan sumber yang berwibawa. dan mungkin boleh menjadi ransangan minda kita bersama dalam mencari kebenaran sebenar misteri yang terselubung. insyallah.
terima kasih...informasi yang sangat menarik..
BalasPadamjarang aku baca artikel yang panjang sampai abes. tapi kali ini ko berjaya buat aku berjaya 2 kali ulang untuk dapat lebih pemahaman. samada betol atau tidak, itu tak penting sgt. yg penting, sbg Melayu, kita harus sedar bahawa kita bangsa yg hebat. ditambah dgn agama kita adalah agama yg benar, sepatutnya itu sudah cukup utk menjadikan kita bangsa yg agung.
BalasPadamBtol tu
Padammenarik...
BalasPadamSlm..
BalasPadamSangat menarik article nie.. Nak percaya, Tak nak percaya, itu belakang cerita. yang penting, kita harus berbangga dilahirkan sebagai islam dan melayu. Melayu adalah bangsa yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri.. Mungkin perkara ini yang tersembunyi selama ini. Wallahualam.
nice =.=
BalasPadambaca entry ni teringat kt pirates of carribean. citer yg dirungkai ikut sejarah lampau mereka sendiri..siap ade buku lg.kini msia ada merong mahawangsa..hebat dan setanding tapi berapa ramai org melayu boleh buat filem macam ni?masyurkan pd semua sejarah bangsa melayu yg agung!
BalasPadamhttp://azumie.blogspot.com/
info yang sangat berguna. Bangsa melayu memang misteri.
BalasPadamSetuju dengan dawa... aku juga baca ulang ni..siap aku bookmark lagi link ni untuk baca lain kali....
BalasPadamEntry ini lebih menambahkan pengetahuan aku...dan lebih menambahkan semangat aku untuk terus istiqamah dalam perjuangan...InsyaALLAH...
Apa-apapun... info ini memang terbaik ridz~!!
Artikel yang bagus. Peliknya mengapa beberapa ikon bangsa Melayu yang hebat kemudiannya tenggelam?
BalasPadamtrima kasih krn awk kongsikn sesuatu yg sgt bernilai.. first time yana dgr perkara ni..
BalasPadammenarik bro...ak hayati satu persatu...mintak izin mahu share kepada MELAYU semua....:)
BalasPadamtq for sharing the info....
BalasPadamkalo share info ni xtaw pong... :)
tq..gadis balas kunjungn :)
BalasPadamwow ! amazing... kenapa aku baru tahu sekarang.. naseb baek aku baca... thanx for diz information
BalasPadamnice.. i like it so much..
BalasPadamThanks Info Yang menarik...
BalasPadamnice entry!!!
BalasPadamsemangat baca entry sebab dtg belogsekodeng di tahun lahir 1991. gempak follower kamu tahun lahir saya
BalasPadamwalaweh...
BalasPadammenyeluruh entry nih
saya akan baca esok.....
dah lewat nih
anyway thanks visit blog saya
tq
:-)
Info yang sesangat MENARI.. TERBAIK !!.. follower ke 1999.. nice blog..
BalasPadamInfo yang sangat menarik.. TERBAIK !!.. Follower ke 1999.. nice blog..
BalasPadammenarik artikel ni...semoga ia jadi perangsang buat kita untuk menjadi melayu yang tidak layu...Islam yang benar-benar bejiwa Islam...Wallahua'lam..
BalasPadamAs salam..
BalasPadamSangat informative dan berguna artikel ini.Terima kasih kerana sudi share. Saya selalu teruja bila baca pasal2 piramid ni...apatah lagi ini melibatkan bangsa melayu kita.Keep it up bro!!!
MacJay.Net (sumber asal) tu TAK BETUL…
BalasPadam1) KERIS dijumpai zaman abad ke14-15 sedangkn binaan tu 8000-10000 tahun dahulu langsung… takde kaitan… cuba baca di sini berkenaan KERIS http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2003/6/26/nation/drkeris&sec=nation
2) Prof Jepun dan pengkaji barat masih berdebat sampai sekarang samada ia terjadi secara semulajadi atau buatan manusia, si MacJay.Net dah mendahului mengatakan Piramid Melayu… takde ciri Melayu pun… yg ada persamaan adalah dgn temple berdekatan…
http://en.wikipedia.org/wiki/Yonaguni_Monument
3) DNA map tak menunjukkan org Okinawa ada link dgn org melayu - samada Filipina, Borneo, Malaysia or Indonesia…
http://www.narayaku.or.jp/narayaku/image/dna_map.jpg
MacJay.Net tu TAK BETUL…
BalasPadam1) KERIS dijumpai zaman abad ke14-15 sedangkn binaan tu 8000-10000 tahun dahulu langsung… takde kaitan… cuba baca di sini berkenaan KERIS http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2003/6/26/nation/drkeris&sec=nation
2) Prof Jepun dan pengkaji barat masih berdebat sampai sekarang samada ia terjadi secara semulajadi atau buatan manusia, si MacJay.Net dah mendahului mengatakan Piramid Melayu… takde ciri Melayu pun… yg ada persamaan adalah dgn temple berdekatan…
http://en.wikipedia.org/wiki/Yonaguni_Monument
3) DNA map tak menunjukkan org Okinawa ada link dgn org melayu - samada Filipina, Borneo, Malaysia or Indonesia…
http://www.narayaku.or.jp/narayaku/image/dna_map.jpg
Cerita bangsa Melayu tu tak dapat dipastikan kebenarannya (sumber asal tak dapat disahkan, goyah dan lemah rujukannya)... janganlah kita jadi Penglipur Lara yg menambah2kan cerita...
BalasPadamIa tak penting. Siapa diri kita... kita lah yg mencorakkannya... orang Yahudi (atau genius or prodigy) takkan pandai dgn sendiri... setiap satu ada mekanisma yg membentuknya... keturunan belum menjamin kepandaian... tentu kalian pernah dengar tentang pempuan Yahudi apabila mengandung akan byk buat latihan matematik dan mendengar musik klasik...
Kalau ya pun nk menkaji bangsa Melayu, janganlah sampai tamadun org Jepun pun nak claim tamadun kita... MacJay.Net (sumber asal) tu TAK BETUL...
1) KERIS yg dijumpai zaman abad ke14-15 (1400-1600 masehi) sedangkn binaan tu 8000-10000 tahun dahulu... langsung takde kaitan... cuba baca di sini berkenaan KERIS http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2003/6/26/nation/drkeris...
2) Prof Jepun dan pengkaji barat masih berdebat sampai sekarang samada ia terjadi secara semulajadi atau buatan manusia... manakala MacJay.Net dah mendahului mengatakan Piramid Melayu... sebenarnya takde ciri Melayu pun... yg ada persamaan adalah dgn temple (kuil) berdekatan (juga ditunjuk di akhir video tersebut)... ni dr wikipedia...
http://en.wikipedia.org/wiki/Yonaguni_Monument
3) DNA map tak menunjukkan org Okinawa ada link dgn org melayu - samada Filipina, Borneo, Malaysia or Indonesia...
http://www.narayaku.or.jp/narayaku/image/dna_map.jpg
uit?melayu ade jgk ea piramid?heheh ^^ btw,sangat cantik piramid tu
BalasPadamjenjalan+kutip info sini :)
BalasPadamentry yg best..!!
BalasPadamgot new knowledge... :-)
kalau boleh nk tau jugak hasil penemuan ni....kenapa dorang rahsiakan? bile agaknye boleh tau the truth? menarik info ni....
BalasPadamsangat menarik...da memeningkan...trimas kasih...teruja tengok nama2 yg israel sedang kaji tu...salam///
BalasPadamlebih kepada artikel karya kreatif. xda langsung bukti2 yg sahih bersama. so, anggap la , macm kita baca novel da vinci code versi melayu
BalasPadam...saya pernah ke Hawaii, mereka mengaku akar umbi mereka Melayu. Rakan dari Filipina juga mengaku dia Melayu...di Capetown ada Malay Canal. Bangsa Melayu pernah ada sejarah ketamaddunan yg hebat. Malang sekali ramai generasi Melayu hari ini ada 'inferority complex'...(tidak rujuk pada monumen Yuneguni)
BalasPadamMelayu sekarang pulak semua pakat - pakat nak jadi orang putih.
BalasPadamassalamualaikum...
BalasPadammasih byk yg belum kita tahu ttg asal usul kaum melayu...utk bercakap byk,siapalah saya.tp sedikit sebanyak salasilah keluarga saya dan ke atas,diturunkn dr generasi ke generasi.yg penting ingin sy kongsikan...bersedialah kita utk menghadapi kemunculan Dajjal dan tenteranya...masanya sudah tidak lama (mengikut kajian ahli2 agama)...bersediakah kita? lihatlah pd tanda2 kecil yg telah sedia ada...lihatlah pd yg plg dkt...jiran kita...yg telah hampir lumpuh dr segi ekonomi...jgn percayakan saya...rujuklah pd ahli agama yg anda kenali...yg berwibawa....sekian...wassalam...
blog anda telah dipautkan di http://tendangterajang.blogspot.com dalam kategori blog pilihan.
BalasPadamSatu artikel hebat dan menarik. teruskan penyelidikan dan pencarian anda untuk dikongsikan bersama kami.
bukak je la entri alter terahsia bangsa melayu oleh srikandi...isu piramid 50-50..harap maklum
BalasPadam-kapak
Rasa bangga kiranya betul kita mempunyai tamaddun dan salasiah mcm tu & really hope that history will repeat again...setelah 500 tahun di jajah dah mcm bodoh sgt...saya percaya kebangkitan melayu islam adalah dengan amalan sunnah nabi...apa yg saya nampak anak2 melayu sekarang memang lebih bijak, sbg parent kita perlu monitor mereka, mungkin ini bermulanya kebangkitan kita...negara kita sbnrnya bertuah...tgk lah jiran kita, banjir, gempa bumi, tsunami, gunung berapi...kita ok je..safe heaven bagi foreign investor.
BalasPadamSalam... nak kata betul x betul hanya Allah saja yang tahu, tapi pd pendapat sy kemungkinan 80% adalah betul...Sebab bila compare balik history tanah melayu di jajah banyak kali mesti ada sesuatu yang hebat tentang Tanah Melayu...dan Iluminati memang dah bertapak selepas penjajah berambus...they are still watching us 24/7!!! Beware...
BalasPadamssungguhnye saye brbangge mnjadi org melayu..ibarat kate2 hang tuah..
BalasPadammalay will stay exist
apapun, sy bersemangat & berazam utk melahirkn keturunan yg akan berjuang menentang Zionis laknatullah! kita akan jadi hebat kalau mengamalkan al-Quran dan Islam sebagai panduan kehidupan. inshaAllah.
BalasPadamSahih or tidak N3 ni bagi aku tak penting..
BalasPadamAku tetap bersyukur lahir sebagai islam dan bangga jadi melayu..
Dan aku tetap percaya golongan illuminati tetap akan memusuhi bangsa kita. Mereka cuba 'menyembelih' bangsa kita dengan pelbagai cara..
Terutama politik!!!
Percaya atau tidak, illuminati telah berjaya memecah belahkan bangsa kita melalui politik...
Perkongsian yg menarik dan pertama kali sy baca perkaitan antara Jepun dan Melayu.
BalasPadamactually.........nice sgt kalo betul
BalasPadamentry yg mnrik...penuh dgn sejarh dan asl usul..
BalasPadamblh tlg bg tntg tsmsdun mongol dri sume aspek...
BalasPadamtiada fakta yg jelas tentang melayu,apa yg pasti kita serumpun bangsa yg hebat. hinggakan bangsa2 lain pun datang menumpang senang dgn bangsa kita, jd tidak hairan kalau dulu melayu gah dimata dunia
BalasPadamAku x penah baca artikel panjang2 cam ni sampai habis .., satu penghargaan utk kau sbb bleh buat aku baca smpai abis artikel kau ni .., ini brmakna artikel kau menarik minat aku ..teruskn usaha kau .., doa aku utk kau ..
BalasPadammemang takde fakta yg jelas sbb kesemua fakta dan bukti sahih telah pon dirampas dan disembunyikan oleh iluminati bg tujuan membelengu bangsa kita di samping menjayakan dasar "new world order" yg mereka rangka sejak berabad dulu. atau lebih tepat "pemerintahan DAJJAL". Bersedialah wahai org2 mukmin kerana pemerintahan Dajjal sudah sampai ke kemuncaknya, bersediakah kita dengan perang akhir zaman yg telah Rasulullah ceritakan dulu?
BalasPadamWallahua'lam..
Ingat Nak Cari Ayat Kursi.Click-click Link Syok Juga Baca Artikel Ni.Time Sek Menengah Dulu Aku Ni Minat Sejarah.Datang balik pulak minat tu walau dah nak 10 tahun lebih dah tak buka buku sejarah.setakat ni artikel yang ni aku baca sampai abis.sebelum ni ada baca sejarah "kitab injil,zabur,taurat n al-quran" dan "tanda-tanda akhir zaman dan sebelum kejadian akhir zaman".syok baca perkara mcm ni.bukan hanya minat tetapi kepercayaan.percaya atau tidak sapa-sapa yang baca sejarah melayu,islam dan zionis dengan mendalam saya pasti hati anda akan bergetar.By the way,Artikel Ni The Best.Pernah Kuar Dalam TV3 Seingat Saya.Bab Yang Keris Tu.
BalasPadamartikel dan kajian yg bagus...
BalasPadamAndai kata Melayu sekarang adalah berasal daripada Melayu Yahudi sesungguhnya aku lebih rela menjadi Melayu Islam buat selama-lamanya daripada menjadi sebahagian daripada bangsa Yahudi yang dilaknat Allah SWT hingga Hari Kiamat..
BalasPadamBetul tu
Padam