Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Lama rasanya saya tidak berkongsikan topik berkaitan sejarah dan peradaban manusia. dan untuk hari ini saya ingin kongsikan lagi 1 entri mengenai sejarah. Mungkin diantara kita pernah mendengar nama Pulau Santorini yang pulau yang sangat cantik dan terkenal untuk percutian berbulan madu dan juga keluarga. Namun. saya pasti mungkin ini kali pertama anda mendengar nama kota purba Thera. Seperti entri sejarah saya yang terdahulu saya akan kupas berdasarkan hujah dan sumber rujukan dari pelbagai sumber yang sahih. dan dari searching saya belum ada seorang pun blogger di Malaysia yang mengupas dan publish entri mengenai Kota Purba Thera ini .
runtuhan kota purba thera di Pulau Santorini
Menurut sejarah , Kota Thera ini dipercayai telah muncul dan wujud sejak 9 S.M dan telah dihuni manusia sehingga 726 Masihi. . Namun setelah itu kota Thera ini telah lenyap dan tidak dihuni oleh manusia akibat letusan gunung berapi yang telah memusnahkan kerajaan ini. Berdasarkan mitos tempatan Greek hasil dari pembacaan saya , nama kota purba ini telah diambil sempena nama pemerintah pertama kota ini iaitu Theras yang dipercayai mempunyai keupayaan mistikal.
Kota Thera ini juga merupakan sebahagian daripada empayar kerajaan Minoan ketika era zaman gangsa (bronze ages) bronze ages ini boleh saya huraikan sebagai satu zaman dimana masyarakat telah mencapai tingkat kemajuan teknologi yang tinggi dalam pembuatan besi dan zaman ini merupakan 1 transisi atau peralihan ke zaman yang sering di sebut sebgai kehidupan bertamadun..
Kota Thera ini juga merupakan ibu kota bagi kerajaan Minoa, kota ini dipercayai oleh para arkeologis telah tenggelam hampir 3000 tahun lalu. Penyelaman di laut Aegia antara Greece dan Turki telah membawa kepada penemuan kembali kota purba bersejarah ini. Lokasi kota ini di dasar laut berdekatan dengan kawasan air terjun pulau Santorini yang dulu merupakan gunung berapi.
Sebahagian daripada kota ini telah tertimbus dan tenggelam akibat ledakan gunung berapi dan gunung berapi yang berlaku ini telah menghasilkan gelombang tsunami.Tsunami ini telah membadai sehingga ke luar Laut Aegia sehingga ke segenap penjuru Laut Tengah dengan kelajuan 500 km/jam. Setelah penyelaman dan penggalian oleh ahli arkeologi Universiti Athen menemui sebahagian Kota Thera yang masih kukuh binaannya di dasar laut,
Seperti digambarkan oleh George Pararas-Carayannis, Pengarah Pusat maklumat Tsunami Antarabangsa di Honolulu, kebudayaan tamadun yang lenyap ini sangat tinggi tahap teknologinya. Gedung-gedungnya, ada yang bertingkat satu, dua dan tiga. Di dalamnya ditemui pelbagai artifak kerajaan Minoan. Namun yang menjadi misteri tiada satu pun rangka dan tengkorak manusia dijumpai dari ekspedisi penyelaman dan penyelidikan keatas tinggalan kota ini didasar laut.Ada kemungkinan dipercayai, masyarakat Minoa mempunyai teknologi sistem tanda amaran bagi mengetahui jangka masa gunung berapi bakal meletus.
dan sebagai bukti kehebatan tingkat teknologi peradaban bangsa Minoan ini dibawah ini merupakan 1 dari artifak yang dijumpai hasil daripada proses ekskavasi(penggalian) di Akrotiri di Kota Thera.
artifak ini merpakan satu2nya objek emas tulen haiwan purba yang dikenali sebagai capra . info lanjut mengenai haiwan capra rujuk sini yang ditemui hasil dari proses ekskavasi di sekitar runtuhan kota Thera.di percayai masih banyak lagi artifak dan objek berharga dengan tingkat teknologi yang tinggi dari peradaban bangsa ini masih tertimbus dan belum dijumpai disekitar peradaban kota Thera ini
dan paling mengejutkan, ramai yang berkesimpulan bahawa kota thira inilah 'benua Atlantis yang hilang' itu.dan berdasarkan beberapa kajian dan penemuan rekod-rekod. ramai pengkaji menyakini bahawa . Peradaban Atlantis yang hilang itu sebenarnya adalah Peradaban masyakarat Minoan dan Kota Atalantis yang lenyap itu adalah Kota Thera. Setakat ini masih kurang lagi penyelidikan mengenai kota ini. Ada pengkaji beranggapan Kota Thira ini merupakan "benua Atlantis yang hilang" seperti yang dinyatakan oleh Plato dalam karya nya Hal ini kerana terdapat persamaan terutama dari cara kemusnahan Kota Thera ini dengan apa yang di ceritakan oleh Plato dalam karyanya mengenai cara kemusnahan Kota Atlantis.
Setakat ini terdapat lebih dari 5 penemuan runtuhan kota kuno yang dikaitkan dengan peradaban kota Atlantis yang masyur dan lenyap ribuan tahun dahulu namun . dari kesemua kajian dan penyelidikan arkeologis dan para sarjana Kota Thera ini paling hampir menepati ciri-ciri sebuah peradaban Atlantis seperti yang disebutkan oleh Plato iaitu ahli falsafah agung Yunani dalam karyanya Timaues and Critias
p/s : Nantikan entri seterus saya mengenai hujah yang mengaitkan kota thera ini adalah peradaban Atlantis , berdasarkan beberapa hujah dan pandangan para sarjana yang akan saya kongsikan dan kupas. hopefully apa yang dikongsikan ini akan mengkayakan lagi pengetahuan kita mengenai kewujudan tamadun dan peradaban agung yang pernah muncul satu ketika dahulu yang kini lenyap dan kekal misteri..
discalimer : penulisan ini adalah hasil penulisan saya sendiri (redzuan-ridz) berdasarkan beberapa rujukan berwibawa. dan penulis tidak memplagiat artikel ini dari mana-mana blog. sebarang kekurangan dalam artikel ini kerana kurangnya info dan artikel ini akan saya update dari masa ke semasa jika terdapat info terbaru sekian.
sebelum terlupa baca juga artikel yang saya tulis mengenai peradaban Atlantis, Kota Troy, Peradaban Lemuria di ruangan sejarah.
hebat cerita ni bro.. memang rajin tuan buat literature search.... saya hampir menitis air mata membaca entry ini bukan kerana cerita kota purba itu tetapi mengenangkan betapa banyak khazanah orang kita sudah hilang. Bayangkan 2 kapal tulisan sarjana kita tenggelam di laut kata raffles,... betul ker tu... betapa banyak manuskript yang telah terlepas keeropah di Univ Lyden, Royal museum london, malah di jerman dan Brussel pun ada. Manuskript yang masih tinggal seperti Sejarah Melayu Sulalatussalatin, Bustanul Salatin dll dikata empunya cerita di bawa dari gua...gua batu ker Goa India tidak lah pasti... kalau gua banyak tapak Arkeolagi kita poleh kita ceriterakan untuk bina jati diri... seperti Gua Niah, Sarawak.. Gua Bewah di Kenyir, Gua Cerita, Gua Kelam,mungkin Batu Cave juga .... kalau kita bole bercerita pasal lembah bujang sudah cukup baik... apa hal tulisan ulama2 terkenal yang pada zaman British mengajar dan melancarkan gerakan dari hulu Kelantan Teganu Pahang.... mungkin kita bole buat blog terbuka untuk menulis sejarah berdasar tinggalan purba di negara kita.....
BalasPadamvery interesting..dalam sejarah kat sekolah pun xblaja neh.. hehe..
BalasPadamterima kasih kerana menyajikan bahan bacaan yang berilmiah. teruskan usaha anda. dan saya hargai
BalasPadam