iklan baris

Apa itu Cinta Sebenarnya



Assalamuallaikum dan salam pembuka kata buat semua pembaca setia blog redzuan-ridz.  dengan nama Allah saya mulakan post saya harini, harini saya terasa ingin berkongsikan entri mengenai cinta. CINTA , CINTA, CINTA ,


Saya pasti antara kita pernah jatuh cinta, bercinta, dan menyintai seseorang. Bagi yang bahagia  menemui cinta hati yang sebenar. pasti merasai seribu kemanisan yang tidak dapat dizahirkan dan diungkapkan dengan kata-kata.  Namun ada yang kecundang dek kerana cinta. Namun seringkali mereka yang buta cinta menjadikan  cinta itu alasan untuk dipersalahkan  apabila ada yang sanggup membunuh diri, melakukan perbuatan luar batasan agama, dengan alasan semua yang dilakukan kerana atas dasar dan perasaan cinta.


Apa yang dimaksudkan dengan cinta sebenarnya ? Cinta itu sendiri mempunyai pengertian yang sangat besar maknanya. cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi .cinta hadir tanpa isyarat. cinta itu sesuatu yang suci dan murni, namun kadangkala cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tidak pernah membalas dendam.

dan dalam erti kata yang lebih mudah untuk saya jelas kan cinta itu boleh diertikan seperti ungkapan pujangga dibawah ini.

 " tiada kisah  dan saat  yang sangat menggembirakan dan membahagiakan melainkan jatuh cinta, bercinta., tiada kisah dan saat yang sangat mengerikan lagi memedihkan hati melainkan putus cinta. tiada apa yang lebih membahagiakan didunia ini selain dari mendengar ungkapan kata-kata  yang dilontarkan oleh orang  yang  disayangi dengan penuh rasa kasih sayangnya dan cintanya terhadap kita."

itulah cinta tiada nilai taranya. cinta itu ada bermacam jenis,  cinta kepada illahi , cinta sejati, cinta monyet , cinta hawa nafsu , cinta pandang pertama, Namun cinta kepada illahi itu adalah cinta yang maha agung yakni cinta yang kekal abadi, cinta tahap ini adalah cinta tahap tertinggi antara seorang hamba terhadap Pencipta-Nya . Hidupnya hanya untuk mengabdikan diri kepada agama dan Pencipta-Nya . Cinta nya kepada orang yang dicintai tidak melebihi dari cinta kepada yang Maha Esa.

Namun ada yang bercinta kerana didasari nafsu semata-mata kerana kecantikan dan rupa paras. itulah cinta hawa nafsu . akhirnya kesucian cinta itu diragut dan dicemar oleh si durjana yang tidak menghargai nilai cinta yang sebenarnya .Cinta monyet  cinta  yang sering dikaitkan dengan cinta ketika zaman persekolahan. ramai remaja yang bercinta namun sebenarnya mereka sendiri tidak memahami apa cinta itu sesungguhnya dan tujuan mereka bercinta. hanya sekadar menyukai perhatian yang diberikan. cinta sejati  inilah cinta sesama manusia yang penuh dengan  ketulusan dan keikhlasan nya.

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri. sanggup berkorban segala-galanya demi orang yang dicintai namun  tidak melampaui batas. tidak tergamak  dan tidak pernah terlintas untuk mengkhianati  hubungan dan kasih sayang yang dibina atas nama cinta yang sesungguhnya.

Saidina Umar al-Khattab ( Khulafa Ar-Rasyidin)  ada menyebut :


Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancurSaidina Umar Ibnul Khattab –

 Saya petik kata-kata Hamka( pemikir ulung di alam nusantara ) Hamka pernah menyatakan yang :

 "Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat"

Betapa hebatnya cinta. itulah  penangan cinta sukar untuk digambarkan dengan bait dan ungkapan kata. kerana kemanisan bercinta itu hanya mereka yang pernah bercinta mempunyai jawapannya.  


itulah cinta satu yang sangat misteri. wujud sejak dari dahulu lagi sejak adam a.s  dan hawa diciptakan Allah s.w.t. sehingga lah kini. cinta itu melangkaui zaman namun sehingga kini cinta itu tetap segar dan sentiasa baru. cinta sentiasa hidup tidak pernah luput meski pelbagai tamadun dan peradaban manusia muncul silih berganti menikmati zaman kegemilangan dan kemasyurannya namun akhirnya hancur jua. Namun berlainan dengan cinta itu akan sentiasa mekar dan wujud selagi  wujudnya kehidupan di muka bumi Allah s.w.t


Untuk mencari cinta, pesan saya buat semua cintai lah Pencipta  kita dahulu iaitu Allah s.w.t yang telah memberi peluang untuk kita bernafas di muka bumi ini, setelah itu cintailah ibubapa yang membesarkan kita dari sejak kecil sehingga kita dewasa. kemudian cintailah ilmu pengetahuan kerana orang yang mencintai ilmu ini adalah orang yang dikasihi Allah dan akan dihormati manusia disekelilingnya walau dimana jua dia berada , cinta sesama manusia tidak perlu dicari, kerana detik dan perasaan cinta itu pasti akan terbit dalam hati setiap manusia apabila tiba detiknya. dan apabila tiba saat itu, lafazkanlah kalimah cinta itu dengan setulusnya pada insan yang kita cintai itu. Semua manusia telah dijanjikan Allah s.w.t  dijadikan berpasangan. kitalah yang perlu kuat untuk melafazkan kalimah cinta pada insan yang kita cintai itu.


akhir kata, sebelum saya mengakhiri entri kali ini, saya tinggalkan anda dengan ungkapan makna cinta yang tersirat dari Hamka  :


Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka


p/s : sumber  yang saya perolehi untuk entri ini adalah dari majalah Al-Islam mengenai topik cinta dalam islam. dan digabungkan dengan pemahaman saya. dan saya tidak memplagiat (copy)  dari internet. dan entri ini adalah hasil penulisan dan olahan ayat dari penulis sendiri iaitu saya. jika ada kekurangan or sebarang pandangan kongsikanlah diruangan komen ye.

20 ulasan:

  1. mengharap cinta yg dibina smpi ke syurga


    Cincin tunang

    BalasPadam
  2. saya mencintai diri saya...:)

    BalasPadam
  3. salam.
    thaq utk peringatan -)

    BalasPadam
  4. Bagi aku cinta itu bermaksud pengorbanan. Yalah kan cinta menuntut kita sentiasa berkorban. Contohnya berkorban masa, wang ringgit dan segala-galanya.

    BalasPadam
  5. i dont think cinta sejati bena2 wjud.. it a scary thing huhuhu

    BalasPadam
  6. firts sye bce nie...
    rse mcm sme je dngn nasyid mestica..
    tjuk dye kerane cinte..hehe

    BalasPadam
  7. MANTAPPPPPP,,,,,,,,,TP MJU TRSSSS

    BalasPadam
  8. saya cintakan ayam goreng hot & spicy dari KFC

    BalasPadam
  9. semoga allah temukan ku dengan seseorang lelaki yang betul2 mnyintai diri nie..insyaallah

    BalasPadam
  10. setahu sa cinta itu bermaksud C I N T A cinta itu nikmat tapi awas


    BalasPadam
  11. maksud cinta sebenarnya ialah,cinta itu nikmat tapi awas

    BalasPadam
  12. sungguh mendalam ulasan awk...saya sendiri hanyut apabila saya membaca ulasan awk ni...mmg best sekali...

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai