Jenis-jenis Demokrasi
Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog redzuan-ridz, untuk entri kali ini entri politik. da lama saya tak kongsikan dengan anda entri berkaitan politik. apa yang ingin saya highlightkan kali ini mengenai jenis-jenis demokrasi yang wujud di dunia ini. Segala info yang saya perolehi ini adalah dari subjek "democracy and democratization" yang saya ambil di U.M ketika saya di tahun 2. so sy ingin kongsikan dengan anda semua jenis demokrasi yang wujud didunia ini. dan saya pasti jika anda search sekarang di internet anda tidak akan jumpa jenis-jenis demokrasi yang saya kongsikan ini. kesemua jenis demokrasi ini adalah berdasarkan term dalam ilmu sains politik dan sumber saya perolehi ini adalah dari buku yang membincangkan mengenai cabang demokrasi secara details dan bukannya memplagiat dari sumber dinternet. sebelum terlupa anda boleh membaca pengenalan mengenai demokrasi di entri saya yang terdahulu.
Dalam praktik ilmu sains politik, Demokrasi itu sendiri boleh dipecahkan kepada beberapa jenis Demokrasi. Namun pada awalnya hanya wujud 2 jenis demokrasi didunia ini , iaitu
1) direct democracy : sering digelar sebagai "pure democracy". rakyat sendiri yang akan memilih pemerintah melaui 'assembly' untuk mentadbir negara tanpa melalui perwakilan seperti sekarang. pemilihan ini adalah secara langsung. dan applied kepada sistem ini tidak diamalkan lagi dimana-mana negara di dunia ini. hanya pada zaman yunani dahulu di Athens sistem ini di amalkan.
2)indirect democracy : dalam bahasa lebih ringkasnya disebut demokrasi berpewakilan atau (representative democracy). Hampir keseluruhan negara didunia ni mengamalkan demokrasi ini. dalam konteks ini wujudnya instrumen( alat) yang menjadi medium kepada pembentukan sesebuah kerajaan iaitu parti politik. Melalui parti ini akan ada calon2 yang dilantik, dan rakyat akan memilih calon-calon yang telah dipilih dalam sesuatu parti yang bertanding dalam pilhanraya.
lain-lain pecahan jenis democracy yang wujud ialah :
1) Guided Democracy : atau selalu digelar sebagai Demokrasi Terpimpin, kenapa digelar seperti ini kerana, walaupun wujudnya pilihanraya namun ciri-ciri pemenrintahan lebih bersifat autolitarian. media dikawal, pemerintahan bersifat rejim, kebebasan dalam bersuara disekat. hak asasi manusia dinafikan. pembangkang hampir tidak wjud kerana peranannya sangat terbatas dan telah disekat sepenuhnya. contoh yang saya boleh berikan seperti di zaman pemerintahan Suharto di Indonesia dan Ferdinand Marcos di Filipina. ketika era rejim mereka telah di diwujudkan Pancasila Democracy dan Martial Law di Filipina. Undang-undang ini digubal sebagai alat untuk memastikan rejim terus berkuasa.
2) Zerorist Democracy: masih mengekalkan ciri demokrasi dalam kerajaan namun segalanya dikawal oleh alat-alat kerajaan bagi memastikan kerajaan yang memerintah akan terus memerintah dengan apa cara sekalipun. walaupun ada kebebasan untuk parti pembangkang tetapi kerajaan sering memerhatikan tindak tanduk mereka. dan apa yang boleh saya highlightkan, pembangkang sebenarnya tiada fungsi yang signifikan dalam kerajaan teruatama suara mereka ini tidak sampai.
3)semi-democracy : masih wujud nilai-nilai dan ciri-ciri demokrasi namun semuanya terbatas dan dikawal oleh kerajaan. namun tidak layak digelar negara yang betul-betul berdemokrasi kerana sistem pemerintahan adalah bersifat semi-authoritarian. Hal ini kerana, walupun wujudnya pembangkang, namun suara pembangkang disekat. walupun wujudnya media, tapi media dikawal kerajaan dan kerajaan menggunakan media sebagai alat untuk menyebarkan berita-berita dan dakyah-dakyah mereka kepada rakyat. meskipun wujud media alternatif untuk pembangkang menyuarakan kelemahan kerajaan (rulling party) seperti saluran internet, blog-blog politik, namun kerajaan mengawal ketat segala berita yang disebarkan. walaupun hak asasi manusia dilaungkan, sebagai 1 daripada nilai demokrasi yang perlu wujud , namun penggubalan akta-akta tertentu yang menyekat kebebasan rakyat, sejelasnya merupakan pencabulan hak asasi manusia.
4) Pseudo-democracy : dalam makna yang mudah ialah berpura-pura berdemokrasi, . dalam konteks ini, demokrasi ini tidak langsung memiliki 'sense of democracy' (nilai demokrasi) yang perlu ada, cuma yang ada adalah pilihanraya seolah mereka ini negara berdemokrasi kerana rakyat mempunyai hak memilih. namun pilihanraya yang diadakan lebih kepada 1 tipu helah untuk mengaburkan mata rakyat. rakyat akan beranggapan mereka mempunyai hak memilih namun sebenarnya wakil-wakil rakyat dan pembangkang yang ada telah ditentukan oleh kerajaan yang memerintah. nilai demokrasi langsung tidak wujud dan selepas berkuasa. pilihanraya yang tidak telus dan sistem yang diamalkan tidak mengikut lunas demokrasi. mengamalkan corak pemerintahan authoritarian atau semi authoritarian. semua akses disekat dan dikawal oleh kerajaan sama seperti guided democracy. pembangkang yang wujud menjadi boneka kerajaan yang memerintah sebenarnya.
5) statist democracy : term demokrasi ini sering digunakan untuk membezakan antara semi-democracy (quasi democracy). term ini telah digunapakai oleh sarjana William Case untuk menilai tahap jenis demokrasi terutama di malaysia dalam sebuah artikelnya. Dalam statist democracy, pemegang kuasa ( kerajaan) mempunyai hak dalam menentukan peraturan politik. walaupun demikian ada perbezaannya statist democracy dengan semi-democracy , antaranya kewujudan pembangkang diiktiraf, dan rakyat mempunyai hak untuk mengundi merangkumi semua etnik. dan dalam masa yang sama berdasarkan statist democracy ini, dijelaskan wujudnya sistem personal , iaitu satu parti satu negeri yang mempunyai identiti dominan disesebuah negeri. that meants, meskipun kerajaan (rulling party) mempunyai kuasa dalam negara. namun kerajaan tidak mempunyai kuasa yang sepenuhnya di negeri2 yang dikuasai pembangkang. kerana kuasa kerajaan di negeri yang dikuasai pembangkang hanya tertakluk pada senarai persekutuan dan senarai bersama sahaja. bidang kuasa kerajaan negeri ditentukan oleh opposition party sendiri. sbg contohnya PAS yang mempunyai kuasa dan lebih dominan di negeri Kelantan.
6) liberal democracy : inilah tahap demokrasi yan ideal. that meants applied kepada liberal democracy ini mempunyai sense of democracy (nilai-nilai demokrasi) seperti yang diterapkan dalam sesebuah sistem demokrasi yang sebenar ( pure democracy).
berdasarkan jenis demokrasi ini, rakyat mempunyai kebebasan mutlak untuk bersuara, kebebasan berpolitik, kebebasan berhimpun, hak asai manusia dijamin, ketelusan dalam pilihanraya. dan apa yang ingin saya highlightkan dalam jenis demokrasi ini, negara yang mencapai tingkat jenis demokrasi ini, mempunyai kematangan politik yang tinggi. dan dalam masa yang sama, jurang antara kaum telah dihapuskan, 1 gagasan ideologi politik telah terbina dikalangan rakyat. negara yang boleh saya berikan contoh yang telah mencapai tahap jenis ini adalah Amerika Syarikat, dan di Asia Tenggara adalah Indonesia, dan Thailand. namun terdapat kelemahan yang ketara dalam jenis demokrasi ini. terutamanya kerajaan dengan semudahnya mampu ditumbangkan melalui revolusi.
actually apa yang saya jelaskan mengenai jenis demokrasi diatas adalah basic sahaja, jika saya ingin kupas dan jelaskan lebih details satu persatu jenis demokrasi diatas , sangat panjang lebar penerangannya. dan jika anda ingin sebarang artikel ,slideshow presentation dan tugasan saya mengenai topik ini. sy boleh berikan kepada anda.
dan jika anda ingin mengetahui sebarang info yang berkaitan cabang pengenalan ilmu politik yang lain. saya boleh kongsikan jika berkenaan dan saya mempunyai ilmu mengenainya :).
p/s : 2 rujukan terbaik saya syorkan untuk mndalami cabang demokrasi adalah buku ' The Third Wave’: Democratization in the late twentieth century' tulisan Samuel P.Huntington dan buku 'Democracy and Critics' tulisan Robert A.Dahl
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kategori
100 cara tingkatkan traffik blog
apa itu cinta
bahtera nabi nuh
burung cenderawasih
cara buat duit dengan blog
cara meningkatkan traffik blog
cerita lawak
cinta
empayar rom
fakta menarik
haiwan pupus
haiwan yang pupus di Malaysia
illuminati
ilmuwan islam
imam mahdi
info
info islam
info kesihatan
islam
keistimewaan rasullullah
kereta
kerja data entry
kerja online
kerja part time
kerja pernterjemah
kerja sambilan
kerja terjemahan
kerja translator
kisah nabi
kisah nabi ibrahim
kisah sahabat
kisah teladan
kisah wali allah
kota atlantis
kota thera
Kota Troy
lagenda
lagu raya
lawak
lawak politik
madu asli
makanan
makanan untuk minda
makna cinta
misteri
motivasi
pembongkaran
pengetahuan am
politik
ramadhan
renungan
segitiga bermuda
sejarah
setem paling mahal didunia
siapa osama bin laden
siapa osama laden
tambah ketinggian
tanda-tanda kiamat
tips blogging
tips memilih template blog
tips seo
tokoh
topik
terima kasih sbb share entri nie.. mmg aq x ambil tahu langsung pasal benda mcm nie.. skang dah baca aq dah faham skit.. tapi zaman Nabi dulu x de kan demokrasi mcm nie.. yg ada sumpah setia kan?
BalasPadameeee bodonya
Padamperghh macam buat asingment je ni RR..btw .info bagus dikongsi..kami hadam ilmu ni
BalasPadampe la gunanya ada teori or ckp pung pang pung pang psl demokrasi kalu x diamalkan. lbh menyedihkan, hanya digunakan ketika meraih undi
BalasPadammenarik juga entry ni walaupun panjang, kak aya baca 2 kali untuk betul-betul faham dan jelas
BalasPadam@http://aniesandyou.blogspot.com
BalasPadamanies teori2 ni wujud disebabkan kelemahan yang ada dlm sesuatu sistem. kita kena jelas dr teori inilah kita akan nmpak at least kelemahan dlm sesuatu sistem yang diapplied dlm sesebuah negara. dan maaf sy ckp anda sbnrnya masih kurang jelas, its not just and teori smata2, dan apa yg sy kongsikan ini bukan lah skadar pung pung pang mcm anda katakan. btul la dlm term sains politik maaf sy ckp, msykt kita mcm anda ni msih lg terkongkong dlm pemikiran dogmatik, dan terbelnggu dalam primodial culture thinking. fahami dgn jelas apa yg sy cuba kongsikan. jgn berkata tnpa asas dan ssdap rasa. kestabilan politik ssbuah negra bergantung pada tahap kematangan politik rakyat. kalau tiada satu sistem politik yang kukuh dan stabil bagaimana pembangunan ekonomi nk dicapai dan rakyat akan menikmati kemakmuran ekonomi dan sekaligus negra akan menjdi maju? untuk mengubah sesebuah sistem politik, rulling partylah yang mempunyai kuasa yg diterajui oleh eksekutif dan kabinetnya untuk mengubah dasar baru. so the point is, perkongsikan entri sy ni just untuk memberi gambaran jelas ttg sesutu applied sistem tu dan dr situ kita boleh nmpak kekurangannya dan kelemhannya. so for next election kita as rakyat boleh mmbuat keputusan lebih tepat untuk memilih political party yg mana yang lebih layak untuk memerintah ngera.
Nice sharing info
BalasPadamthx
nice info :)
BalasPadamDAH MACAM INFO STDY TIME STPM DULU ==' btw, thanks :D
BalasPadamridz, kau nmpk x adamxis dgn nur aisya humaira bekerjasama? adam letak feed blog aisya. aisya pun mcm tue.. jom kite bekerjasama mcm tue nk?
BalasPadamGood info redz...love to read it..tambah pengetahuan sedia ada yg kurang...keep it up always redz...:)
BalasPadamvisit me new entry:
http://heartstoryteller.blogspot.com/2011/04/umrah-vlog-8-19-mac-2011.html
huhu... good info
BalasPadambarulah cam demokrasi terpimpin
aq blajo dekorasi jerk.. :P
hye bro, lama x update entri? aq nie pembaca setia taw.. hehe
BalasPadamEntri Terbaru Saya :
Video Seks Anwar : Permainan Politik yang Jijik dan Memalukan!
sile follow saye pule ye.. sudah follow kamu. trime kasih bebanyak..
BalasPadamaku rasa aku da baca pasal isu ni ari tuh ,malaysia mengamalkan demokrasi zeroris ,media dimanipulasikan.
BalasPadam@conbellydiobeterisme ye bro, aritu aku ada wat 1 entri pasal ni tp tak details, so aku detailskan lagi dlm entri ni. sbb dlm entri aku pasal demokrasi sebelum ni, aku tak terangkan psal statist denmokrasi dengan liberal demokrasi. anyway aku setuju dengan ko, mmg malaysia amalkan zerorist demokrasi .
BalasPadam@Firdaus Kasim
BalasPadamlaptop aku tgh problem now bro, so aku mayb xonline dlm 5 or 6 hari. ni pun aku guna laptop gf aku online kejap kejap. nak update entri makan masa plak. tunggu laptop aku ok bru aku update entri baru. tgh anta kedai format , n repair, ada problem kat hard disk. pasal feed tu nanti bila da ok laptop aku, kita exhchange feed blog orait.
Bagus pandangan anda, oleh kerana kita hidup dalam negara demokrasi terpimpim... hehehe...
BalasPadamHangit | Fenomena Usop Wilcha Menular ke Luar Negara
tasha nga jalan2 kat google cari tntg Democracy tp jumpe blog kamu . . . thanks a lot ..info yg sgt berguna . . follow kamu :)
BalasPadamsinggah2 blog tasha :)
nice entry . tambah ilmu saya :)
BalasPadamassalam rr..:)
BalasPadamemm,Malaysia amalkn demokrasi ke ehh?
:fikir
mcm blaja pengajian am plak
BalasPadamAssalamualaikum. .
BalasPadambley x sy nk slide yg psal jenis-jenis demokrasi nih. .
nk try tgk penerangan dia. .
sbb yg pnah sy dgar juz 2 langsung n x lngsung. .
juz nk tao selanjutnya. .
Assalamualaikum. .
BalasPadamsy trtarik dgn entry kt ats,
sbb sy juz thu ad 2 je, x sngka ad bnyk. .
bley x sy nk slide utk jenis-jenis demokrasi nih. .
klau sy nk artikel berkaitan dgn demokrasi ni mcm mn ek?tq
BalasPadamSalam, saudara, boleh saya dapatkan artikel2 mengenai dengan politik di atas?
BalasPadamsalam, boleh saya dapatkan artikel2 mengenai dengan demokrasi di atas? Sebab saya juga merupakan pelajar UM yang mengmbil paper politik, agak ketandusan bagaimana ingin mendapatkan artikel yang sebetulnya.
BalasPadamnggak bisa di copy :'(
BalasPadamsalam saudara faridz...boleh x jika hendak mengetahui lebih lanjut lg mengenai kesemua jenis democracy diatas..?dan bagai mana sy boleh perolehinya?
BalasPadamhi bro, adalagi tak artikel ttg topik ni?
BalasPadamagak bagus entri awak. namun, untuk lebih baik saya rasa semasa menghuraikan isi-isi yang berkaitan, mungkin awak boleh guna satu bahasa sahaja. nampak lebih kemas dan formal :)
BalasPadam