Salam sejahtera buat semua pembaca blog ini. untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai misteri bahtera nabi nuh. entri ini boleh saya katakan sebagai kupasan terlengkap mengenai bahtera Nabi Nuh hasil dari penelitian saya dan bacaan sy dr pelbagai sumber-sumber yang sahih.
Di sebuah gunung yang sentiasa diselimuti salji yang terletak di Timur Turki, tersembunyi sebuah misteri 'berharga' yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yang maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.
Sehingga ke hari ini, hanya beberapa pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Gunung Ararat dan berjaya menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang 'mahaberharga' itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.
Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang-orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa pelbagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai yang telah mengambil gambar kesan sejarah bahtera Nabi Nuh itu telah mati dengan misteri.
Persoalannya mengapakah 'kuasa-kuasa besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera? Mengapa mereka tidak mahu mengesahkan bahawa Bahtera Nabi Nuh benar-benar berada di puncak Gunung Ararat itu? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Ianya tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.
Sebenarnya, zaman Nabi Nuh AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman tersebut sudah mencapai tahap kemajuan teknologi yang tinggi. Pengetahuan Sains mereka sudah maju pada masa itu. Di kaki Gunung Ararat itu sahaja pun, para arkeologis dan saintis Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan utk menyadurkan logam.
Mengikut kiraan ahli astronomi secara berkomputer, Nuh AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C ( sebelum masihi) dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C ( sebelum masihi) Rupa bentuk "The Great Noah Ark' itu sebenarnya tidak sama seperti bentuk kapal laut yang ada di dunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat "Bahtera Nuh" di puncak Gunung Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. "Noah Ark" itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak wujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi.
Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu. 1 cubit bersamaan 18 inci, bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.
Ada juga Para Pengkaji berpendapat, "Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.
Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan. Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Gunung Ararat ini bukanlah sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.
Gunung Ararat ini merupakan salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini dan merupakan gunung tertinggi di Turki. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak yang dipanggil Ararat Besar dengan ketinggian 16,984 kaki dan bertentangan dengan sebuah lagi puncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki. dari puncak Gunung Ararat ini pendaki dapat melihat 3 buah negara iaitu "Russia, Iran dan Turki".
peta dan gambar lokasi Gunung Ararat
Keluasan dasar [bawah] Gunung Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat. Garis pusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan-ketulan air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora. Sebuah 'anchor' purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunisia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Gunung Ararat.
Menyingkap sejarah ekspidisi pencarian, Sebuah Pasukan pengkaji untuk ekspidisi mencari bahtera Nabi Nuh pernah dihantar pada 1917 oleh Kaisar Rusia Tsar Nicholas II dan telah mengirim 150 orang pakar dari pelbagai bidang untuk mencari dan menyelidiki bahtera Nabi Nuh. ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Gunung Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut. Dalam keadaan tergamam, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur saiz 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya terbenam didalam salji]
Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Maharaja Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Revolusi Bolshevik (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.
Tahun 1957, beberapa juruterbang Angkatan Udara Turki sempat menyelidiki puncak Ararat, dan mendapati objek di wilayah Agri menunjukkan bentuk sebuah perahu. Namun, kerana perang dingin Soviet Union dan Amerika Syarikat ketika itu, penemuan itu dilupakan dan dirahsiakan dengan alasan “memelihara kawasan itu dari diketahui oleh mata-mata A.S”, Soviet union telah melarang pesawat setiap negara memasuki di sekitar pegunungan Ararat. Larangan itu akhirnya dimansuhkan pada 1982, dan sejak itu pelbagai pasukan ekspedisi mulai datang ke kekawasan ini untuk membongkar misteri lokasi bahtera Nabi Nuh. namun tidak ada yang mampu membuktikan.
Namun pada 1995, analisis gambar satelit Amerika iaitu Bolsey Taylor mulai memperhatikan objek misteri raksasa di pergunungan ararat. pasukan penyelidik menghabiskan beberapa tahun lamanya, mengumpulkan sejumlah besar gambar dari satelit, dan mengklasifikasi foto satelit tersebut,
Sekitar tiga tahun lalu pada 2007, seperti ditulis G. Joseph, ahli arkeologi Ron Wyatt dan David Fasold menyatakan telah menemukan pendaratan “Perahu Nabi Nuh”. Penemuan ini menyatakan juga bahwa jejak itu tidak berada di puncak Ararat tetapi sekitar 20 batu dari puncak Ararat, Pergeseran tanah selama ribuan tahun, gempa bumi, adanya gunung baru, dapat mengakibatkan bergesernya lokasi pendaratan tersebut dari puncak gunung Ararat ke posisi sekarang. Lihat gambar berikut, adalah penandaan yang dilakukan oleh para arkelogi.
Pengukuran objek yang ditandai mempunyai altitude 7.546 kaki. Panjangnya, 558 kaki, dan lebarnya 148 kaki. Ukuran tersebut hampir tepat seperti dalam Al-Quran di mana Allah memerintahkan Nabi Nuh untuk membuat suatu perahu yang besar. Di sekitar objek tersebut, juga ditemukan oleh Ron Wyatt sebuah batu besar dengan lubang pahatan.
Mereka percaya bahwa batu tersebut adalah “drogue-stones”, di mana pada zaman dahulu biasanya digunakan pada bahagian belakang perahu besar untuk menstabilkan perahu. Radar dan peralatan mereka menemukan sesuatu yang tidak lazim pada level “iron oxide” atau seperti molekul baja. Struktur baja tersebut setelah dilakukan penelitian bahwa jenis “vessel” ini telah berusia lebih dari 100.000 tahun, dan terbukti bahwa struktur dibuat oleh tangan manusia. Mereka percaya bahwa itu adalah jejak pendaratan perahu Nuh.
p/s : untuk entri selanjutnya saya akan berkongsi gambar2 jumpaan bahtera Nabi Nuh yang ditemui di kawasan Gunung Ararat beserta video.
updated entri klik untuk lihat ==> Video dan Gambar Penemuan Bahtera Nabi Nuh A.S
Aku terpikir la kan. Bende2 fakta mcm ni manusia sorok dari kenyataan. Mesti ade suatu teknologi yg sangat2 gempak dorg jumpe, kan? Tapi klau ade jumpe yg gempak, mesti ade pihak yg dah cuba copy teknologi tu dan wujud dlm zaman kite ni. Tah2.. dorang jumpe Fesbuk kot dalam kapal tu. heheh..
BalasPadamterbaik
BalasPadam