nama "Pintu Neraka" telah diberikan oleh penduduk tempatan. jom baca kisah dan misteri disebaliknya :)
Gambar lubang raksasa yang digelar "Pintu Neraka" di Darwaza,
Pintu neraka sering digambarkan dengan suasana api menyala yang sangat mengerikan panasnya. dan untuk pengetahuan anda semua keadaan seperti itulah yang terdapat di sebuah lubang api di daratan Uzbekistan, Asia Tengah. tetapi dari pencarian saya berdasarkan "google earth" lokasi sebenar lubang yang digelar Pintu Neraka ini terletak di Darwaza, ditengah-tengah gurun Kara-Kum, Turkmenistan.
Lubang api tersebut berukuran sekitar dua kali padang bola dengan kedalaman lebih dari 30 meter. Ukurannya tidak sebesar sekarang ini sejak pertama kali “pintu neraka” itu dijumpai oleh manusia pada tahun 1975.
Awalnya ahli geologi menggali dengan alat berat untuk mendapatkan gas asli.namun yang sesuatu yang misteri dan aneh, di lokasi tersebut ditemukan jurang besar di bawah tanah.semua peralatan untuk penggalian itu telah terperosok ke dalam lubang tersebut. Jurang itu dipenuhi dengan gas bumi yang beracun.
Untuk mengelakkan gas beracun didalam lubang trsebut tersebar dan mencemarkan bumi, mereka memutuskan untuk membakarnya. Untuk pengetahuan anda lubang "Pintu Neraka" tersebut telah menyemburkan api seperti gunung berapi dan tetap menyala selama 35 tahun sehingga kini tanpa pernah padam.
Dibawah ni adalah antara gambar Pintu Neraka tersebut
Sehingga kini belum ada penjelasan saintifik tentang apa yang berlaku, dan sehingga kini kekal misteri, walaupun hujan lebat dikawasan ini, namun api tetap menyala di kawasan lubang "Pintu Neraka" tersebut tanpa pernah padam. dan lebih luar biasanya cahaya api dari "Lubang Neraka" boleh kelihatan sejauh 40 km kerana terletak dikawasan dataran luas. dan sangat sukar untuk sesiapa yang datang untuk berada terlalu dekat dengan kawasan lubang neraka ini, kerana suhu yang sangat tinggi. Apabila waktu malam, tampak semakin jelas dengan cahaya merah kekuningan yang datangnya dari “pintu neraka” tersebut.
p/s: misteri yang tetap kekal misteri . sehingga kini tiada sesiapa pun mampu memberi penjelasan tentang apa yang telah terjadi. dan persoalannya sampai bila lubang yang digelar Pintu Neraka akan terus mengeluarkan api ?
Good info...
BalasPadamTapi betul ke ni?
yup betul bro, bro boleh search di google dgn taip hell gate of uzbekistan atau hell gate of turkmenistan. tp dari searching sy menggunakan google earth lokasi sebenar bukan di Uzbekistan tapi di Turkmenistan, berekatan dengan gurun Ka-Kurum
BalasPadamsalam.
BalasPadamdtg singgah sini.
menarik.terbaca mengenai hal ini.
baru tahu benda ni wujud.
serious nampak gerun.
tertanya tanya juga pasal tu.
kuasa tuhan kan
oh ye ke..1st tyme kut taw ni..tq
BalasPadamwahh~ nak nangis ni. banyak dosa!!
BalasPadamMenarikla... Something new to learn...
BalasPadamnice one.. HH pun pernah dengar nie... seram pun ada lau pk kan... heee..~~~
BalasPadamkte x blh cye 100% lah...
BalasPadamsbb semua keje allah..
tp kte blh ambk ni sbgai teladan yg mengerikan bg kte.....
bgus buat blog mcm ni...memberi pengetahuan yg sgt luas...so keep it up..ok:)
penah juga baca psl ni..tp kat mana dh lupa..
BalasPadamsalam...
BalasPadamapi neraka itu lebih panas nyalaannya dari mana-mana api yang terdapat di bumi...
jika sebesar sebatang jarum api neraka itu mengenai bumi..nescaya ia akan menembus 7 petala bumi...
wallahualam
wa allah wa alam...SUBHANALLAH...ia mungkin boleh jadi "sungai lava" untuk gunung berapi,lava kan berada bawah tanah...huhuhu...tu saya yg bagi nama sungai lava tu,apa2 pun itu adalah peringatan Allah kepada kita kan, seperti sg Nil yg xde penghujungnya kt dunia ni..nk selongkar alam ni sampai kiamat pn xabis...rasa gerun pn ada, bkn gerun pada api tu,tp bila mbayngkan kehebatan Allah,terasa gerun pulak
BalasPadammenarik..baru buka hari ini ulasan dan cerita-nya sangat bermanfaat utk memperkaya pengetahuan tentang ISLAM..
BalasPadam