Nabi Adam AS hidup selama 930 tahun selepas penciptaan Baginda (sekitar 3760-2830 SM), sedangkan Hawa lahir ketika Adam berusia 130 tahun. Al-Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya surah ke2, (Al-Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38) dan surah ke7, (Al-A’raaf ayat 11 sehingga 25).
.
Menurut hadis Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, “Nabi Adam AS memiliki struktur badan dengan ketinggian 60 hasta (lebih kurang 27,432 meter).” Hadis mengenai ini pula ditemui dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad, namun dalam sanad yang berbeza.
.
Abu Hurairah r.a berkata:
“Rasulullah SAW pernah bersabda, Allah SWT telah menjadikan Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan mengucapkan: السلام عليكم Mereka menjawab: السلام عليك ورحمة الله Mereka menambahkan ورحمة الله Maka rupa bentuk setiap manusia yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam AS. Ketinggiannya enam puluh hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurang hingga sekarang.” (Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5075 )
Nabi Adam AS adalah manusia sempurna, berjalan tegak dengan kedua-dua kakinya, berpakaian menutup aurat, dan fasih berbahasa dengan berjuta-juta perbendaharaan kata. Baginda adalah seorang nabi dan rasul yang menerima wahyu dari Allah SWT dan undang-undang syariat untuk manusia ketika itu.
Susuk Nabi Adam AS digambarkan sangat beradab sekali, mempunyai ilmu yang tinggi dan ia bukan makhluk purba. Ia berasal dari syurga yang maju peradabannya. Turun ke muka bumi menjadi sebagai manusia dari sebuah peradaban yang jauh lebih maju dan jauh lebih bijak dari peradaban manusia sampai bila pun, oleh kerana itulah Allah SWT menunjuknya sebagai `khalifah` (pemimpin) di muka bumi.
Dalam gambarannya ia adalah makhluk yang teramat bijak, sangat dimuliakan oleh Allah SWT, mempunyai kelebihan yang sempurna berbanding makhluk yang lain sebelumnya dan diciptakan dalam bentuk yang terbaik. Sesuai dengan Surah Al-Israa’, ayat 70:
17:70
“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkat mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (Al-Israa ’17: 70)
Dalam surah At-Tin ayat 4 yang berbunyi:
95:4
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (At-Tin 95:4)
Menurut riwayat di dalam Al-Qur’an, ketika Nabi Adam AS baru selesai diciptakan oleh Allah SWT, seluruh malaikat bersujud kepadanya atas perintah Allah, lantaran kemuliaan dan kecerdasannya itu, menjadikannya makhluk yang punya darjat amat tinggi di tengah-tengah makhluk yang pernah ada. Sama sekali berbeza jauh dari gambaran manusia purba menurut Charles Darwin, yang digambarkan berjalan dengan empat kaki dan menjadi makhluk purba berpakaian seadanya.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai