Hukum tidak Membayar Hutang
Kita tidak terlepas dari membuat sebarang pinjaman terhadap badan-badan tertentu untuk tujuan seperti membayar kereta, rumah dan sebagainya. Namun jika kita berhutang dengan manusia, sudah semestinya ia menimbulkan sedikit masalah apabila peminjam adakalanya liat untuk membayarnya. Apatah lagi ia terus menghilangkan diri tanpa meninggalkan sebarang mesej. Ketahuilah bahawa hutang itu wajib di bayar hatta kepada manusia sekalipun. Jom baca soal jawab mengenai hukum orang yang tidak mahu membayar hutang di bawah ini.
Soalan :
Saya adalah seorang penjamin kedua bagi rakan sepejabat saya untuk pinjaman peribadinya dengan sebuah bank, manakala kakak iparnya adalah penjamin pertama.
Kini rakan saya itu telah berpisah dengan isterinya dan mengesyaki kakak iparnya sebagai dalang. Jadi untuk membalas dendam kepada kakak iparnya, dia telah tidak membayar hutangnya dengan sengaja walaupun dia sangat mampu membayarnya.
Kini pihak bank telah menghantar surat untuk mengambil tindakan keatas penjamin-penjaminnya termasuk saya. Apakah hukum orang yang sengaja tidak mahu mem-bayar hutang?. Bagaimanakah dengan amalannya?. Apakah hukum menganiayakan orang yang telah membantunya dengan ikhlas?
Jawapan :
Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :
i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah.
iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.
Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasul S.A.W.
Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
(Riwayat Baihaqi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai