Henry Gurney, penjajah yang telah merosakkan negara Palestin ketika dulu, datang ke Tanah Malayu dianggap hero. Rakyat Palestin ditindas. Orang malaya yang menentang penjajah British dicop pengkhianat.
Henry Gurney adalah seorang Think Tank dan pakar strategi pecah-perintah, utusan Queen yang dihantar ke Palestin bagi menyelesaikan isu Palestin dan Israel pada tahun 1946. Beliaulah orang yang bertanggungjawab memecahkan Palestin dan mewujudkan Negara Israel. Dari buah fikirannyalah kita dapat manjamah hingga ke hari ini, Palestin hidup dalam ancaman Zionis serta lebih setengah abad dalam peperangan dan penindasan yang tidak berkesudahan.
papan tanda bagi memperingati peristiwa pembunuhan Henry Gurney
Dalam beratus-ratus kenderaan yang melalui Jalan Kuala Kubu Bharu untuk ke pusat peranginan Bukit Fraser setiap hari, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa salah satu selekoh di jalan itu pernah menjadi saksi kepada satu peristiwa berdarah yang menggegarkan negara.
Bagi mengajak orang ramai dan pelancong luar mengimbau semula peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor mengambil inisiatif meletakkan sebuah papan tanda di lokasi berlaku tragedi berdarah di selekoh itu.
Pegawai Daerahnya, Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, perletakan papan tanda itu dibuat supaya orang ramai yang melalui jalan itu dapat memperingati dan mengimbau semula peristiwa hitam itu.
“Ramai yang melalui jalan ini untuk ke Bukit Fraser tidak tahu di sini terpahat satu peristiwa bersejarah di mana seorang pegawai British ditembak mati oleh pengganas komunis,” katanya ketika ditemui selepas majlis perletakan papan tanda itu di sini, semalam.
Beliau berkata, papan tanda berkenaan diletakkan sebagai sebagai satu ‘monumen’ untuk mengingatkan orang ramai dan pelancong luar mengenai peristiwa bersejarah itu.
Katanya, dengan adanya usaha itu, diharapkan masyarakat terutamanya golongan muda lebih maklum mengenai sejarah negara dan lebih menghargai keamanan yang dicapai negara hari ini.
“Jika sebelum ini mereka hanya membaca kisah pembunuhan itu di dalam buku-buku sejarah, kami juga mahu pelawat-pelawat yang datang ke sini melihat dengan mata kepala mereka sendiri lokasi sebenar pembunuhan Henry Gurney,” katanya.
Henry Gurney yang berumur 53 tahun ketika itu, merupakan Ketua Setiausaha Pentadbiran Inggeris di Palestin sebelum dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948.
Henry Gurney mati ditembak dalam satu serangan hendap oleh pengganas komunis di Batu 56 1/2, Jalan Kuala Kubu Bharu-Bukit Fraser pada 7 Okt 1951, semasa beliau dikatakan bersama isteri dan setiausaha peribadinya D.J. Staples sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Fraser.
Kira-kira 12 kilometer sebelum sampai di Bukit Fraser, kereta Rolls Royce yang dinaiki mereka dan dipandu oleh seorang Konstabel Mohd. Din dengan kibaran bendera Union Jack, menjadi sasaran peluru komunis.
bukit fraser pun tak pernah sampai...
BalasPadamwh dia dLANGNYE..KALAU AKU JUMPE DIA AKU PENYEKKAN HIDUNG DIA..HEHEHE CEH CEH CEH
BalasPadamsalam.
BalasPadammenarik perkongsian. pada waktu ini Komunis boleh digelar hero dan "baik" kerana membunuh orang Yahudi yang mejahanamkan bumi Gaza.
HANYA YANG BUTA SEJARAH KATA PENJAJAH SEBAGAI HERO.
BalasPadamdah lama kita dputar belit rupanya...hri ni pn mkin mjadi2 putar blit..
BalasPadam