iklan baris

Mazhab KRISTIAN Yang Mirip Islam

Mazhab Kristian Mirip Islam


Assalamualaikum dan salam hormat buat pembaca blog redzuan-ridz yang dirahmati .Seumur hidup saya pasti kita tidak pernah mendengar tentang salah satu cabang mazhab kristian ini. Sebuah mazhab dalam agama Kristian ini , cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?




Waktu Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Kristian Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian. Kemungkinan orang awam akan terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Tengoklah cara mereka solat.

Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam. Ketika berjamaah, mereka juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).




Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin - Khamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Jesus Kristus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga membayar zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.




Kenapa ajaran ini muncul?

Ada pihak yang ragu ragu terhadap kemunculan mazhab ini sebab berpendapat untuk mengelirukan umat Islam. Tetapi saya tidak berpendapat sedemikian. Aliran ini muncul disebabkan segolongan kecil dalam komuniti kristian yang cuba mengamalkan apa yang di amalkan oleh nabi Isa as.

Sebagai Seorang Islam, kita seharusnya berdoa agar mereka semakin rapat dan mengenali Islam semoga dicerahkan hati menerima dan memeluk agama Islam. Elakkan dari berburuk sangka. Panjangkan langkah kita untuk menarik mereka ke dalam Islam berbanding mencaci mereka yang membuatkan mereka terus jauh dari Islam.


sumber : i luv islam .com 

3 ulasan:

  1. sebelum nie kita dikejutkan dgn gbr nie..igtkan org islam yg murtad n memesongkan agama islam,,skrg dah tahu...TQ mr Ridz

    BalasPadam
  2. tata cara peribadatan itu memang asli milik mereka.
    kelirulah jika menyangka kaum Kristen Orthodox Koptik itu meniru islam ..
    yg benar justru islam-lah yg meniru mereka.
    kaum Orthodox Koptik itu sudah eksis di Mesir sejak awal abad Masehi [abad I M] .. dibanding dgn kelahiran muhammad pada abad VII Masehi.

    BalasPadam
  3. islam itu lah yang benar..umat islam diajar mempercayai nabi -nabi sebelum nabi muhammad seperti nabi musa dan isa..islam juga tidak pernah menghina nabi isa seperti orang yahudi menghina nabi isa di dalam talmud mereka..nabi muhammad adalah pelengkap ajaran nabi-nabi terdahulu yang disebutkan tadi yang asalnya mengesakan allah yang satu sebelum diselewengkan manusia....tidak hairanlah othodox(bermakna lama/old skool) ade sedikit persamaan...hakikatnya nabi-nabi yang diutuskan allah dari adam sampai Muhammad saw adalah aliran yang sama.....cuma manusia yang tak menggunakan logik akal tak mahu berfikir...sedangkan islam itu sendiri mengiktiraf nabi isa tidak seperti yahudi yang menghina beliau...tapi di seluruh dunia penganut kristian itu sendiri tidak membenci yahudi seperti mereka membenci islam....gunakan akal yang tuhan beri....

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai