iklan baris

11 spesis haiwan yang telah pupus masa kini



Haiwan yang Telah Pupus Masa Kini


entri kali ni memang sangat menarik untuk saya kongsikan info. hasil dari bacaan saya dalam sebuah encyclopedia dan juga searching di website , memang sangat mengejutkan kerana rupanya banyak haiwan yang telah pupus dalam tempoh 4 dekad ini. kepupusan spesis haiwan ni semua disebabkan oleh kerakusan manusia dalam pembangunan yang sekaligus telah merosakkan ekosistem dan habitat haiwan. kat bawah ni saya senaraikan 11 spesis haiwan yang telah pupus dalam tempoh 40 tahun terakhir ini.


 1. Golden Toad (1989)


Golden Toad: bukan satu-satunya spesies haiwan yang  hilang dalam 40 tahun terakhir ini - tetapi salah-satu dari spesis yang tercatat telah pupus. Amfibia fluorescent itu sebenarnya sangat mudah  ditemu di ketinggian kaki bukit Costa Rica, tetapi akibat dari pencemaran, pemanasan global spesies ini telah pupus pada tahun 1989.

 
2. Zanzibar Leopard (1996)

Salah satu dari beberapa subspesies harimau kumbang di Zanzibar. Leopard ini adalah penghuni  kepulauan Zanzibar di Tanzania. Masih belum jelas apakah spesis  ini benar-benar telah pupus Namun  penduduk sekitar ada sesekali melihat haiwan ini . Namun dipastikan bahawa spesis ini kali terakhir dilihat manusia pada 1996. Penyebab kepupusan  : haiwan ini diburu dengan agresif dan penduduk tempatan melihat haiwan ini dilihat sebagai pemangsa jahat yang harus dihapuskan.

3. Po'ouli (2004)

Po'ouli, atau Black-Faced Honeycreeper, ini merupakan  penghuni asli Maui, Hawaii.  Spesis burung ini hanya baru ditemui pada tahun 1970-an oleh para pengkaji. Namun  populasinya tiba-tiba menurun dengan mendadak selepas itu, dan pada tahun 1997 hanya terdapat  tiga ekor Po'ouli yang wujud di dunia ini.  akhirnya spesies ini dinyatakan pupus secara rasmi tujuh tahun kemudian. iaitu pada 2004. Penyebab kepupusan: kemusnahan habitat asal, serangan penyakit, serangan pemangsa dan penurunan dalam sumber makanan.

4. Madeiran Large White (2007)

Large Madeiran merupakan rama-rama  yang menakjubkan. Rama-rama putih ini hanya boleh ditemui di lembah-lembah dari hutan Laurisilva di Kepulauan Madeira Portugal. Rama-rama ini memiliki hubungan dekat dengan spesis rama, Large White, yang banyak boleh didapaiti  di seluruh Eropah, Afrika dan Asia.  Dipercayai spesis ini telah pupus dan kali terakhir dilihat oleh para penyelidik spesis pada 2007 . Penyebab kepupusan, kemusnahan  habitat kerana pembangunan dan peningkatan populasi manusia dikawasan  tersebut.



 
6. Pyrenean Ibex (2000)

Ibex Pyrenean terakhir dilihat pada tahun 2000. Namun, clone Ibex, dibuat dari kulit sampel yang diambil dari Pyrenean Ibex terakhir, ini dilahirkan pada tahun 2009. Namun meninggal tak lama setelah lahir karena komplikasi paru-paru.
Penyebab kepupusan ialah haiwan ini menjadi mangsa pemburu haram yang telah menyebabkan jumlah haiwan ini berkurang secara serius dan ahli pencinta alam menyalahkan pemerintah Spanyol yang gagal bertindak pada waktunya untuk menyelamatkan haiwan ini dari kepupusan.


7. Badak Hitam Afrika Barat (2006)

Badak Hitam Afrika Barat telah dinyatakan pupus pada tahun 2006, setelah pengkaji haiwan  gagal menemui  spesies ini lagi dalam habitat  mereka di Kamerun. Badak Hitam Afrika Barat adalah salah satu dari empat subspesies badak.
Penyebab kepupusan disebabkan  pemburuan dari pemburu haram untuk mendapatkan  tanduk

8. Harimau Jawa (1979)

Serupa dalam tampilannya dengan Harimau Sumatra, harimau jawa adalah macan asli pulau Jawa Indonesia. Pada tahun 1800-an haiwan ini begitu banyak sekali dan mudah ditemui tapi kerana Pulau Jawa telah dibangunkan dan  dikembangkan sebagai petempatan manusia ,populasi harimau Jawa telah menurun dengan mendadak. Pada tahun 1950-an, hanya tinggal 20 harimau jawa ini. dan kini secara rasmi haiwan ini telah pupus.Penyebab kepupusan, Kehilangan habitat dan pembangunan pertanian mengakibatkan penurunan populasi  harimau jawa ini. 



9. Spix's Macaw (2004)

Juga disebut Little Blue Macaw, dikenali kerana mempunyai bulu biru yang sangat cantik. Hanya terdapat beberapa ekor shaja burung ini yang masih wujud didunia dan berjaya diselamatkan. burung biru kecil ini sudah tidak dapat ditemui di habitat  liar. dan dijangka juga bakal pupus dalam tempoh jangka terdekat. Penyebab kepupusan : kemusnahan habitat dan perdagangan haram burung ini yang telah menyumbang  kepada kepupusan haiwan ini.


10. Boa Round Island (1975)

Ular ini merupakan spesis Asli Round Island, iaitu  sebuah pulau kecil di pantai Mauritius, Boa Round Island lebih suka tinggal di puncak-lapisan tanah dari lereng gunung berapi. Hal ini pernah ditemukan pada beberapa pulau-pulau lain di sekitar Mauritius, tetapi jumlahnya telah menurun pada tahun 1940-an, dan akhirnya hanya boleh  ditemui di Round Island setelah 1949. Ular ini kali terakhir dilihat manusia pada tahun 1975 dan dipercayai kini telah pupus.



 
11. Kupu Alcon Biru Belanda (1979)

Kupu-kupu ini merupakan subspesies dari Alcon Biru - banyak ditemui  terutama di padang rumput di Belanda. Alcon Biru Belanda terakhir dilihat  pada tahun 1979. Penyebab kepupusan : Pertumbuhan dalam pembangunan pertanian menyebabkan habitat Alcon Biru ini terancam  dan menyebabkannya kehilangan sumber makanan utama.

p/s: bayangkan dalam tempoh 100 tahun lagi, spesis haiwan apala yang masih wujud kat muka bumi ni. teringat pada spesis burung dodo yang telah pupus pada lewat abad ke-17, burung yang sangat unik dan cantik bentuknya dan spesis burung ini  tak boleh terbang.  

106 ulasan:

  1. info menarik...konklusi yg dpt dbuat...hrgai cptaan Allah yg lain agr tak pupus:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam mane nak copy paste gmbar and infoo bende ni haa???

      Padam
    2. Allah dah BG kite haiwan yg menawan. Nape kite x hargai haiwan tu?

      Padam
    3. Harap ada lagi haiwan yg unik

      Padam
    4. comel comel dah pupus kesiannye

      Padam
    5. Ialah kenapa kite x menghargai haiwan itu

      Padam
    6. Kite tk pelihara kan

      Padam
  2. kita takut teknologi moden akan menjadi penyebab kepupusan manusia suatu hari kelak, sama seperti kepupusan peradaban sebelum manusia.

    BalasPadam
  3. I dont know what to say. This web site is amazing. Thats not truly a actually substantial statement, but its all I could come up with soon after reading this. You know a great deal about this subject. Much making sure that you produced me wish to understand additional about it. Your web site is my stepping stone, my buddy. Many thanks for that heads up on this theme.

    BalasPadam
  4. waw.....ini sangat menakjub kan

    BalasPadam
  5. Pretty good post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed reading your blog posts

    BalasPadam
  6. sungguh mengharukan di harap spesis yg tinggal xkan pupus amin

    BalasPadam
  7. haiwan yang telah pupus

    BalasPadam
    Balasan
    1. good!
      i very-very proud about it!

      Padam
  8. bolehkah saya copy gambar & maklumat anda?

    BalasPadam
  9. sygnya...mcm giler haiwan yg pupus skunk sbb kerakusan kita...nywhr info yg sgt menarik...

    BalasPadam
  10. maklumat disini sangat menarik. memberikan banyak maklumat memandangkan tahun 6 nanti saya UPSR.

    BalasPadam
  11. hrp pda thun yg akan dtg haiwan di muka ini tidak akan berkurangan..amin..

    BalasPadam
  12. sungguh mengharukan krana haiwan di dunia ini tlah berkurangan,sye berhrap spesies haiwan yg lain takkan pupus lgi,amin...yahoo sye tlah mendapatkn 5a dlam ujian upsr

    BalasPadam
  13. ruginyer kan akibat manusia utk mngolah alam scare x trkawal tu yg pupus abis sumer......

    BalasPadam
  14. yg sbnarnya ade 10 aje,sbab slapas n0.4 beliau trtaip no.6

    BalasPadam
  15. trololololololololololoololol

    BalasPadam
  16. Tahniah!Satu usaha yang sangat baik tapi permudahkanlah untuk di download sbgai bhn pembelajaran.

    BalasPadam
  17. ia boleh dijadikan bahan pembelajaran sejarah

    BalasPadam
  18. nape lak x bleh nak copy ?
    saye dah la terdesak nie ..
    please la allow me copy your pic ..
    sye sgt hargai kalau tuan punye blog allow sye copy ..
    terima kasih ..:)

    BalasPadam
  19. kenapa burung dodo tak de.badak sumbu jawa.?????
    nora..

    BalasPadam
  20. boleh wat folio sains

    BalasPadam
  21. ini memang menakjubkan betul

    BalasPadam
  22. hmm...Tak dan nk tngok langsung haiwan2 tu!

    BalasPadam
  23. Saya berharap kita semua tidak akan melupakan haiwan pupus ini sehingga mencapai tahun 2020.Maklumat di sini sangat menarik dan menakjubkan.Sekian....

    BalasPadam
  24. HAIWAN INI SANGAT PELIK,GANJIL &COMEL . :D

    BalasPadam
  25. kesian haiwan ni dahlh comel:(

    BalasPadam
  26. cantiknya kupu alconbiru belanda itu

    BalasPadam
  27. thank you for the informasion

    BalasPadam
  28. terima kasih...sebab info ni..akhirnyerr sy dpt siapkan projek sekolah sy...
    terima kasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pn same hehe... >____<.. nme awx spe? nme sy ROSLIDIYA.. nme fb sy Ros Lidiya

      Padam
  29. akhirnyerr projek sains sy da siap...
    terima kasih untuk info tu...
    hehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2..dh tu xkn tma ksh ja kot..blnja la mkn..

      Padam
  30. tabpa nama .. burung dodo saya tak masukkan dalam senarai ini sebab burung dodo telah pupus lebih awal lagi .. awal abad ke-20 burung dodo telah pupus ..

    dalam senarai ini saya hanya kongsikan haiwan yang telah pupus dalam tempoh 40 tahun ..

    BalasPadam
  31. kepada semua , saya mohon maaf kerana tak dapat copy entri ni , sbb sy dah letak code disabled right click dalam edit templat html blog. so saya dah lupa bhgian mana koding disabled untuk copy .. so kalau sy ubah akan effect blog sy ..

    so alternatif lain kalau anda semua nak copy , boleh guna browsing internet guna opera .. bila right click je . anda boleh matikan disabled copy . lepas tu boleh copy entri ini ..

    dan lagi satu anda boleh guna mozilla firefox . cara nak matikan function tak leh copy ni ..

    just pergi kebahagian penjuru atas sekali klik dan cari perkataan "option" , klik pd option tersebut .. and then akan trpapar byk fungsi lain . cari perkataan "content" . klik pada perkataan "content" tersebut .. and then cari perkataan "enabled java script"

    bila jumpa untick perkataan "unabled java script" dalam petak tersebut .. kemudian refresh pages ni .. dan anda boleh copy entri ni .

    BalasPadam
  32. Balasan
    1. ape ooooooo...ko igt kopi o ke ape ..?

      Padam
  33. harap tiada haiwan akan pupus lg kerana generasi akan dtg dpt melihat.

    BalasPadam
  34. kasihannya haiwan yang telah pupus tuuuuuuu.......

    BalasPadam
  35. sian ye haiwan ney siapa yg bnuh to mmang kjam....

    BalasPadam
    Balasan
    1. bkn bnuh la..dh ajal dia..nk wt cm na..x sekolah ke ko ni ???

      Padam
  36. apa sal glomer sngt burung dodo ney ar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbb mukanye sme mcm ko..tu yg glamer..kah kah kah...

      Padam
  37. Hai ! Saya peminat google , then , sy ad buat scrapbook for scince lesson about 'Haiwan dan Tumbuhan Yang terancam & Haiwan yang tela pupus.
    Blog mcmni mmg berguna. Bkn mcm blog lain, pasal cinta , cinta , cinta. Bosan kan?

    Thankyou :D
    -PuteriZaliaHamdan-XoXo :)

    BalasPadam
  38. hye lomen x ajak aku..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko pon bdoh..bt pe nk ajk ko..bt semak je..abg long kawasan utara..

      Padam
  39. begitu banyak sekali haiwan yang pupus

    BalasPadam
  40. Dah tau macamtu sesame lah kite
    HARGAI ALAM SEKITAR,,jangan rosakkannya,,teman-teman,,esok saye pegi kenduri kawen makcik saye jemput la datang

    BalasPadam
    Balasan
    1. wak lu ...kita orang knl ko pon x..bengap r ko

      Padam
  41. nk wt cm na benda dh xdk...

    BalasPadam
  42. sangat-sangat bagus...memang mudah untuk buat kerja sk..

    BalasPadam
  43. Terima kasih kerana berkongsi maklumat ini dengan saya. Lagipun,tahun ini saya ambil UPSR !!!!!!!??????! ^_^

    BalasPadam
  44. Sangat2 memuaskan gambar2 dye..tapi sikit sgt lahh.

    BalasPadam
  45. saya harap anda semua akan menjaga alam sekitar contohnya membeli dan menanam pokok atau pokok bunga dan jangan mengganggu hidupan lain.jangan mencemarkan air ,udar,dan sebagainnya .saya harap pihak berkuasa akan menggambil perhatian dan tindakan sekiranya ada yany memeburu haiwan.kita tidak sepatutnya memburu haiwan untuk membuat perhiasan diri.kalau kita jadi haiwan tu macam mana.saya harap semua menggambil perhatian tentang alam semula jadi

    BalasPadam
  46. saya harap kita akan menjaga alam sekitar ini dengan sebaik baiknya.dari wan muhammad azri bin rohaizad 2013 6 dedikasi umur 12 tahun tinggal di bandar tasik puteri.

    BalasPadam
  47. saya harap kita akan menjaga alam sekitar ini dengan sebaik baiknya.dari wan muhammad azri bin rohaizad 2013 6 dedikasi umur 12 tahun tinggal di bandar tasik puteri.

    BalasPadam
  48. dalam tak sedar...kepupusan haiwan tersebut angkara manusia juga...kesian

    BalasPadam
  49. kalau xpupus mesti ada kat zoo kan.hehe suka hati je

    BalasPadam
  50. senang saya nak buat kerja sekolah yang cikgu berikan...terima kasih...

    BalasPadam
  51. senanglah sayer nak buat buku skrap nanti

    BalasPadam
  52. maklumat ini sangat bagus.saya akan menggunakan untuk kerja sekolah saya.terima kasih kepada orang yang keluar makumat ini.

    BalasPadam
  53. saya boleh buat kerja sekolah saya dengan guna maklumat ini.

    BalasPadam
  54. subhanaallah , cantiq sungguh ciptaan allah
    alangkah baiqnye kalo haiwan2 ni ade lgi

    BalasPadam
  55. TAHNIAH ATAS ILMU YANG DIKONGSI

    BalasPadam
  56. wah hebatnya blh buat folio sain

    BalasPadam
  57. TERINGIN NAK PEGANG SPIX'S MACAW FROM= NURUL AIZAN,MARYAM,SK KUALA MAI BHARU

    BalasPadam
  58. kanapa x boleh nak edit nie??

    BalasPadam
  59. terima kaseh,ini amat penting untuk UPSR tahun ini....

    BalasPadam
  60. ada 10 spesis,je kan..

    BalasPadam
  61. SYEW NK SHRE MKLMT NIE

    BalasPadam
  62. terima kasih sangat2...berguna untuk UPSR tahun ini

    BalasPadam
  63. murai batu pun dah hampir pupus.

    BalasPadam
  64. Murai batu pun dah kurang.kalau dulu orang ambik anak ja.la ni semua depa sapu.x kira jantan betina,mak bapak.x lama pupus murai batu.dunia2

    BalasPadam
  65. Baguslah jika semakin ramai orang yang menjaga dan melindungi haiwan2 di bumi ini daripada pupus. Kepada semua orang yang membaca pesanan ini, hargailah ciptaan ALLAH.

    BalasPadam
  66. Baguslah jika semakin ramai orang yang menjaga dan melindungi haiwan2 di bumi ini daripada pupus. Kepada semua orang yang membaca pesanan ini, hargailah ciptaan ALLAH.

    BalasPadam
  67. Baguslah jika semakin ramai orang yang menjaga dan melindungi haiwan2 di bumi ini daripada pupus. Kepada semua orang yang membaca pesanan ini, hargailah ciptaan ALLAH.

    BalasPadam
  68. tq atas maklumat ini...sangat menarik haiwan yang dh pupus ni...

    BalasPadam
  69. roh haiwan ada lagi

    BalasPadam
  70. Itu semue kekuasaan allah..allah maha kuase....dan maha mengetahui...dengan secare tibe2 shje allah menghilang kannya..
    Allahuakhbar....

    BalasPadam
  71. Sangat memberi manfaat kepada anak2 untuk mengetahui tentang spesies yang telah pupus... Satu usaha yang sangat murni..SYABAS!!!

    BalasPadam
  72. Maklumat yang sangat bermanfaat kepada generasi kini kerana dapat mengetahui info tentang spesies yang semakin pupus...Tahniah! Satu usaha yang sangat murni...

    BalasPadam
  73. Yeah siap pun kerja sk sy

    BalasPadam
  74. Terima kasih atas info ini.

    BalasPadam
  75. kesian haiwan tu dah pupus.tak sempat nak nengok

    BalasPadam
  76. aku sangup cari sepesis terakhir dan katakan haiwan itu masih hidup

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai