Aku Tak Sembahyang.. Tetapi Aku Berjaya...





Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca yang dirahmati . Pasti ada tertanya2 dengan tajuk entri ini , mungkin agak kontroversi sikit , tetapi saya pasti anda mesti pernah terfikir  , kenapa orang kafir yang sememangnya tidak beriman kepada Allah swt dilimpahi kekayaan , kemewahan , ada orang islam mungkin sahabat , mahupun saudara mara kita yang tak pernah solat , kehidupan bergelumang dengan dosa , berjudi ,kaki perempuan , tapi rezeki Allah swt bagi  hidup mewah. sedangkan kita patuh kepada Allah swt , berusaha ,  tetapi hidup kita tetap susah dipenuhi dengan ujian dan dugaan Allah swt ..

Inilah yang ingin saya kongsikan untuk entri kali ini . persoalan ini jugalah pernah bermain diminda saya beberapa tahun yang lepas dan akhirnya saya menemui jawapannya apabila pernah mendengar ceramah ustaz ismail kamus mengenai persoalan ini, dan juga pernah bertanya kepada seorang ustaz mengenai persoalan ini ..

Seperti yang kita tahu,  ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan.

Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.


Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu?  Anda berjaya, tetapi anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , dan ini buktinya ada semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.


Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study ? gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.


Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula :)

73 ulasan:

  1. thanks sbb saling ingat mengingati..

    BalasPadam
  2. Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana..

    BalasPadam
  3. Its motivation for orang" sabar #😘

    BalasPadam
  4. Maaf bertanya.. Kenapa Allah menguji manusia, tidakkah dia tau siapa diantara hambaNya yg beriman atau tidak.. Kenapa masih menguji sedangkan Allah sudah tahu siapa sebenarnya kita?

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba awak baca betul2...jawabannya dah dlm artikel tu..

      Padam
    2. Saya rasa walaupun kita sentiasa diuji, tetapi nikmat yang kita dapat dari sabar itu, adakalanya tanpa kita sedari, sungguh tak terkata. Contoh perasaan tenang dan puas hati. Lihat saja pada mereka yang mendapat istidraj, sentiasa tidak tenang dan hidup dalam kerisauan sekiranya mereka hilang atas apa yang telah dikecapi. Janji Allah, umat Islam akan sentiasa menang. Dalam hal yang sama kita harus hormati agama orang lain, kerana Islam tidak mengajar umatNya untuk riak dan berkasar.

      Cuba selami urutan hari kiamat. Terdapat sedikit renungan. Saya hanya manusia biasa, maafkan andainya terdapat kesalahan, minta dibetulkan dari yang lebih arif.

      Padam
    3. Salams. Allah menguji kita bukan untuk Dia beroleh pengetahuan membolehkan Dia tahu mana hambaNya yang bertakwa. Allah menguji kita jadi apabila di akhirat, bila amalan kita di semak, ada bukti2 yang kita boleh lihat yang menunjukkan ketakwaan atau kekufuran diri kita sendiri. Bayangkan jika tiada ujian dan Allah memasukan seorang hambaNya ke neraka, hamba itu akan bertanya apa buktinya. Allah maha Adil dan Bijaksana. Wassalam.

      Padam

    4. surah al-Baqarah ayat 30, “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”


      Ketika ini Malaikat sendiri bertanya mengapa Allah ingin menciptakan manusia. Tetapi dengan mudah Allah menjawab, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
      Antara yang Allah jelaskan mengapa Dia menciptakan manusia ialah, agar manusia dapat mengabdikan diri kepada-Nya dan seterusnya memakmurkan bumi sebagai khalifah-Nya.

      Firman Allah dalam surah az-Zariat ayat 56, “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”

      “Ketahuilah sesungguhnya pengetahuan manusia amat terbatas berbanding pengetahuan Allah. Hanya Allah mengetahui apakah sebab dan faedah Dia menciptakan kita di muka bumi. Sebagai ciptaan, kita harus akur bahawa kita tidak ada daya dan kekuatan untuk mengatasi atau melampaui pengetahuan dari pencipta kita.”

      Padam
    5. Saya pernah tanya soalan ni pada seseorang yang saya kagum. Dia pernah tersasar jauh. Dia pernah tidak percayakan islam. Dia jawab macam ni.

      "Bro,ni bukan dugaan. Ni pemberian. Kalau kau terus anggap ini dugaan,kau sedang kata yang dunia ini kau punya. Alam ini tuhan yang punya. Dia memberi & kau patut belajar menerima. Kalau yang buruk dia bagi dan kau dah mengeluh panjang,kau rasa dia nak bagi yang elok2?"

      :)

      Padam
    6. Sbb Allah suka kn hamba Nya yg suka memuji2 dan meminta2 kepada Nya. Dan Allahselalu merindui kita, dgn itu Allah menyuruh malaikat jibrail memberikn dugaan kepada hamba Nya agar hamba Nya itu dtg kepada Nya dgn meminta2.

      Padam
    7. Wayang kulit semata....

      Padam
  5. Assalamualaikum, Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Mencipta..Allah tahu segalanya.. Dan kita ni adalah hamba-Nya dan ciptaan-Nya..maka Allah berhak buat apa sahaja pada kita kerana kita ni Allah punya..Allah berhak atas segalanya..wslm

    BalasPadam
  6. assalamulaikum... saya nak tanya pada para sahabat yang tahu serta sudi menjawab soalan saya...saya ingin bertanya macam jika seseorang itu main judi tetapi dia sembahyang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Main judi itu haram, solat itu wajib. Kalau dia pelacur sekalipun, solat itu tetap wajib baginya. Wallahualam.

      Padam
    2. byk sy baca tentang ni, sembahyang tetapi masih berbuat perkara yg dilarang, ustaz kata bermakna ada yg tidak kene dgn solatnya, mungkin tidak kusyuk, solat tak cukup 5 waktu dan semata-mata solat tapi tidak berdoa dan berzikir.

      Padam
    3. Judi salah satu dr dosa besar. Dosa paling besar syirik. Iaitu menduakn allah. Dosa syirik allah x ampunkn. Dosa lain allah ampunkn jika bertaubat. Solat allah terima.cuma kurang kualiti sbb ada yg batal. Mk jadilh muslim yg ada kualiti disisi tuhan

      Padam
    4. Sy pnh dgr ceramah dr ustad2.. Mostly jwpn mereka.. Kita takut solat kita tu masih blm di terima Allah. Mungkin solat kita belum sempurna, sbb solat itu menhidarkan kita dari kemungkaran. Jadi klu masih melakukan kemungkaran, kita perbaiki solat kita.

      Padam
    5. waalaikumussalam..saya pernah baca (maaf tak ingat sumber) andai masih ada maksiat walaupun solat dijalankan, barang kali ada yang tak kena dengan solat itu..

      Padam
    6. Sy pernah terbaca...salah satu solat yg tdak dterima adalah solat seseorang yang tetap melakukan salah biarpun dirinya tahu kesalahan tersebut.

      Padam
    7. Solat itu mencegah dari melakukan pbuatan mungkar. Walaubagaimanapun, solat yg tdak mencegah seseorang dr pbuatan mngkar mnnjukkan kualiti solat yang dlakukan tdak ada kualiti dan tdak mndtgkan sbrg manfaat kpd org td.

      Padam
    8. Ertinya dia masih ada masalah dalam sembahyang.. Dia kena perhatikan dan selidiki kesohehan solat dia adakah solatnya boleh menghubungkan dirinya pd Allah.. jika ya, in syaa Allah satu hari dia akan tinggalkan judi tu..

      Padam
    9. Solat dia x mencegah dirinya dr berbuat maksiat. solatnya x diterima dan x khusyuk

      Padam
  7. Belum beriman seseorang jika Allah belum menguji keimanannya,
    dan Allah tidak menguji seseorang melainkan untuk meninggikan derajatnya.

    BalasPadam
  8. Mencari jawapan pada ungkapan ini - terima kasih atas huraian Dan contoh yang amat baik-

    BalasPadam
  9. memang aku sentiasa diuji dalam kehidupan,perniagaan ku,persahabatan ku dan kehidupan aku. aku redha atas apa yang Allah berikan. Sungguhpun aku pedih dan derita menahan ujian ini. Ampunkan dosa2 ku ya Allah. yg aku sengaja dan tidak aku sengajakan. tenangkan hati ku ya Allah..supaya aku mampu berdiri utk mu ya Allah.

    BalasPadam
  10. Thanks for the information,,,,,,,,Really appreciate it a lot

    BalasPadam
  11. Aku hairan kenapa orang2 yang tidak pernah beramal ibadat dikurniakan macam2 kenikmatan dan kesenangan ... manakala orang2 yang banyak beramal ibadat pula mendapat macam2 mala petaka dan kecelakaan ... apa artinya semua ini??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah swt na uji keimanan hambaNya lah.. Kan da cakap dalam article tu. Ingat, memang kita disaran utk usaha menuju kejayaan, tapi nikmat & kesenangan dunia kan sementara. Percaya dan bersangka baiklah dengan Allah swt. SesungguhNya Dia memang maha hebat! Dan mencintaiNya juga paling hebat!

      Padam
    2. sebab mereka rajin.. tgk la kerja buat mereka. walau gaji 2k, depa kerja mcm 3k punya gaji. kita pulak, gaji 2k, usaha mcm rm800. kendian expectation mcm nk dpt income 3k.

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. Adakah anda sudah membaca artikel diatas? Jika dibaca dan faham soalan seperti anda ini tidak akan terkeluar.. Harap maaf..

      Padam
    5. Tidak perlu hairan..... ini sudah fenomena sepanjang zaman..... tengok saja list manusia terkaya didunia...... berapa ramai dari mereka dari golongan yang beriman dan beramal ibadat.... berapa ramai pula yang tidak beriman malah syirik pula...... tepuk dada mana yang kita nak.... kalau nak dunia sahaja boleh....naka akhirat sahaja pun boleh....nak dua2 pun boleh..... tapi perlulah ada ilmu untuk mendapatkannya.... jika tiada tahu tanyalah kepada tahu....senang saja kan..... satu lagi....berapa lama sangat hidup didunia ni...boleh sampai 100 tahun ke Bro.....banding pula dengan hidup di akhirat...... itulah ujian.... apa sahaja yang baik, elok dan tinggi nilainya perlu berusaha lebih utk dapatkannya.... kat dunia ni sesiapa shj yang berusaha lebih dia akan dapatlah Bro.... kat akhirat syurga itu bukan semua boleh masuk..... hanya orang2 yang mendapat redho Allah sahaja yang boleh masuk...... kalau nak masuk syurga.... cari dan kaji dululah ciri2 kehidupan mereka......Jom masuk SYURGA kat Akhirat nanti Bro....

      Padam
  12. Halo saya dari Indonesia, terima kasih karena anda telah memberikan beberapa pencerahan brilian bagiku, mengkhususkan tentang ujian Allah kepada setiap hambaNYA yang beriman. Saya selama hidup ini tidak terlepas dari ketidaksempurnaan, dalam artian saya mungkin akan merasa sedikit kurang kuat dalam menyikapi ujian dari Allah, walaupun saya mengetahui bahwa sebenarnya Allah telah sedang menguji saya dengan ujian / cobaan tersebut, bagaimanapun keresahan dan keluhan saya selalu terus-menerus menghantuiku untuk terus berusaha mengelak dari ujian tersebut. Tetapi kadang Allah merencanakan hal lain bagi hambaNYA atas ujian tersebut, seperti tingkat kekokohan keimanan dan derajat kesabaran seorang muslim yang perlu untuk ditakar, agar diketahui seberapa kuatkah patok keimanan dan kesabaran kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga kita semua dapat tempuh ujian dengan sabar dan keimanan bertambah sentiasa.

      Padam
  13. Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat juga menyedarkan..

    BalasPadam
  14. Allah uji sebab Allah sayang.Allah nak kita tunduk sujud kepadaNya.Nikmat Allah terlalu banyak buat kita cthnya oksigen yg membolehkan kita bernafas.Pernahkah kita bangun pagi dan mengucapkan syukur kerana masih berpeluang menghirup oksigen?

    Belum tentu bila kita beramal Allah terima terus, mungkin Allah nak kita buat extra untukNya.Bersangka baiklah dengan Allah. Allah sebab Allah MAHA SEGALANYA.

    Maafkan saya. Sekadar perkongsian. Saya juga sedang berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik seperti anda.

    http://iras-secret-of-healthy-life.blogspot.com

    BalasPadam
  15. Pada pendapat saya,ujian dari Allah tujuannya adalah lebih kepada untuk KITA tahu tahap keimanan kita ni di mana. Adakah kita boleh redha dan sabar terhadap ujian Nya? Kalau kita nak syurga kita kenalah redha dan bersabar. Sebab Allah dah kata dalam Al Quran yang kita takkan senang2 boleh nak masuk syurga tanpa diuji terlebih dahulu. Wallahualam...

    BalasPadam
  16. Ilmu yang bermanfaat..

    http://www.ibusrikandi.com/?m=1

    BalasPadam
  17. doesnt make sense at all. tulisan yang panjang lebar tp isinya xda... islam itu sendiri sejahtera.. mcm mana nk sejahtera kalau hidup dlm serba serbi kurang. nk buat agama pon kena pakai duit tuan...

    BalasPadam
  18. assalamualaikom warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera buat kita semua yang allah ujikan dengan bermacam2 dugaan dan cubaan, saya juga rasa tertarik hati dengan tajuk ini " AKU TAK SEMBAHYANG......TAPI AKU BERJAYA ", saya faham akan tafsiran yang dihuraikan oleh penulis berkenaan tajuk tersebut, memang menarik, dan disini sikit sebanyak dapat memberi pengertian kepada saya dan juga mungkin saudara2 kita yang lain?, memang kita allah duga dengan pelbagai kesusahan dan kepayahan yang teramat sangat, seandainya iman kita tidak kuat? maka pasti kita akan jadi kufur atau pun murtad atau sebagainya, namun alhamdulillah allah masih memberikan hati kita yakin dan tabah serta iman kita iman kukuh dengan syahadah kita itu, amin.

    bagi saya secara peribadi usia saya pun sudah begitu senja yang amat sangat namun dugaan dan cubaan yang allah dugakan saya itu boleh kata tidak pernah putus2 sejak kecil lagi saya suadah jadi yatim,dan saya dari kalangan keluarga dea yang miskin, kini saya masih yakin semoga debelum saya memjamkan mata insya allah allah berikan saya kebahgian jua, namun saya rela dan redha dengan segala suratan hidup ini, jika sekiranya saya kenoleh ke kiri atau ke kana saya masih sempat melihat masih ada yang lebih daif dari saya...dan bilamana saya melenggak ke atas saya nampa ramai mereka yang berjaya begitu juga sebaliknya bila saya melihat dibawah masih ramai yang susah dengan menghadapi perbagi cubaan dan dugaan cuma masing2 diri yang rasa dan alami maka dia akan tahu akan kesusahan serta kesenangan yang dia lalui itu.

    alhamdulillah bersyukur saya kepada allah wlaupun saya tidak senang atau kaya seperti mereka yang allah berikaan kesempatan itu? namun saya rasa bahagia juga dengnan hidup saya, saya allah berikan keihatan yang baik, anggota badan yang cukup juga firan yang tidak sewel atau gila, juga saya rasakan saaya tidak menanggung beban hutang yang banyak sepertimana saya sering dengan keluhan kalangan yang sya kenal mereka sering sahaja mengeluh bila cukup bulan sebab mesti membayar bill itu bill ini kerana berhutang, saya tidak seteruk mereka ( kalangan kawan2) sebab saaya tak minat berhutang semata2 maukan hidup bergaya, bagi saya alhamdulillah sekadar yang saya ada, insya allah semoga allah berikan saya kesempatan terus beriman denganny amin ya rabul alamin.

    BalasPadam
  19. Trima kasih.. memang pernah tbaca kisah dua nelayan itu.. apa pun segalanya adalah perjalanan yg telah diperjalankan.. senang2 jemput ke kindhearty.blogspot.com..

    BalasPadam
  20. Kenapa pulak Allah nak jauhkan manusia dgn DiriNya? Bukan ke Tuhan itu mahukan umatNya semakin dekat.

    BalasPadam
  21. Alhamdullillah. This is a good piece of advice. Thank you very much.

    BalasPadam
  22. Artikel yg menarik...mohon share.
    http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com

    BalasPadam
  23. Alhamdulillah.. sabar dan berusaha.. dan kita lakukan kernaNya insyaallah mendapat 1001 kebaikan

    BalasPadam
  24. Terikakasi....hati sy tersentuh...astagfirulla hal aziim...

    BalasPadam
  25. salam satu perkara yg mungkin ramai drpd kita terlepas pandang...kita hanya hamba je...sebagai hamba kita wajib ikut perintah Allah...x buat berdosa...haha
    So...bila kita ni dah hamba namanya...x perlulah apabila kita melakukan sesuatu itu mengharappkan balasan...cth:pahala...buat ibadah atau ibadat sebab nakkan pahala...atau kita x solat sebab...nanti apa kata adik2.. abg2.. jiran2..buat bukan kerana Allah..asat sebab lain..dan pelbagai cth.yg banyak..umpama bila nak niaga..jika aku berjaya nanti nak tolong org susah..bagus..tp naitnya nak "tolong".. so niat kita tu yg kena "tepat" lillahitaala..
    Ramai org Islam hari ini sekadar "percaya" saja pada rukun iman..tetap tidak 'YAKIN'..sbg cth:percaya adanya tuhan..tetapi x buat apa yg diperintahkan..buat pula apa yg dilarang...bagaimana pula yang dikatakan...kita berasa kita ni..benar benar bertuhan..so kan dua perkara yg berbeza...bila rasa bertuhan secara automatik ..kita akan laksanakan perintah Allah td dgn IKHLAS...so dh ikhlas..x dapat ap yg kitakan pun x..kesah...hahaha..betul x ni..
    maaf juga la...cuba semak rukun iman kita...ikut tertib x...betul x...atau masih lintang pukang...ntah kemana yg no.1..& lain2..so hubungan kita dgn tuhan..jangan...putus...ingat ...jgn putus...selalu keluarkan zakat...bantu yg mana susah ikut kemampuan diri...sikap kita..so muhasabah diri ini yg paling penting...
    Sabda Rasulullah..Iman..Islam..Ehsan...carilah jawapan pada yg 3 pekara ini..selamat sahabat semua...insyaallah..yg khilaf..maafi hamba..amin

    BalasPadam
  26. Bagaimana dgn Allah dan Palestin, tidakkah bantuan Allah akan tiba? Sampai bila harus diorang tanggung kejahatan israel laknatullah ni....

    BalasPadam
  27. beriman pada Allah tidak bermaksud kita dah tak sedih, kita takkan diuji
    Rasulullah saw adalah kekasih Allah.. paling beriman.. tapi baginda diuji hebat, baginda juga bersedih

    ketenangan adalah satu perasaan yg tak terungkap.. sendiri rasa.. teruskan mendekati pencipta kita

    BalasPadam
  28. Terima kasih untuk peringatan ini saudara :)

    BalasPadam
  29. berjudi adalah salah satu diantara dosa-dosa besar...berjudi itu adalah mempertaruhkan nasib..sedangkan sesaat akan dtg tiada siapa dpt menentukan..telah dinyatakan sesiapa mempertaruhkan nasib 40hari amalannya tidak diterima...solat la kamu,berbuat baik la kamu..tp adakah mampu utk cover semua dosa2 dr perjudianmu..blm termasuk dosa-dosa kecil yg lain...wallahua'lam..

    BalasPadam
  30. sentap seketika.. terasa seperti selama ini dah tersangat lalai dengan dunia.. Allah.. huhu..
    Alhamdulillah, Allah masih sayang.. mari lah sama sama berubah semua... :')

    BalasPadam
  31. Ujian dari Allah kpd hambanya,bermaksud Allah SAYANG hambanya...

    BalasPadam
  32. Maafkan sy sbb trsalah fhm. Typical malay, baca headline je, sudah buat andaian lain. Maafkan sy sbb fitnah kamu.

    BalasPadam
  33. Assalam mta pndpt cikit...ade org dh ktanah suci byk kali, pernigaan bjaya, kuaga bhgia, mcm dhormati msyarkat tp satu hal yg dia x leh tggal adlh berzina.

    BalasPadam
  34. info berguna...semoga terus muhasabah diri ketika diuji.

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum..

    Sharing yang amat membuka hati dan minda saya di kala hati mula goyah kerana ujian yang hanya sedikit dari Allah...
    Terima kasih, terima kasih :)

    Semoga kita sentiasa berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah :)
    Ameen..


    BalasPadam
  36. Nak komen maksud 'berjaya' tu kaya ke jadi orang berpangkat ke.. orang yg belum beriman tu kaya atau berjaya kerana kerja keras & kreativiti mereka.. kalau satu hari nanti iman masuk ke dalam dada mereka hasil dakwah orang islam alangkah baiknya.. pengaruh & kekayaan mereka boleh disumbangkan utk islam.. kpd orang2 islam,berimanlah,bekerja keras & rajinlah,berkreatiflah.. kpd yg berjihad,berjihadlah.kpd pendakwah,islamkan seramai mungkin manusia,termasuk orang2 'kafir' yg kaya & berjaya itu,moga2 segala2nya bermanfaat & berguna utk kesejahteraan,keamanan, ketundukan kpd ilahi,di dunia & di akhirat

    BalasPadam
  37. Kita jangan lupa ada manusia diuji dengan kesenangan..kebanyakannya mudah lupa dan alpa..bila sakit atau susah baru mengingat allah..

    BalasPadam
  38. Terima kasih atas pencerahan.. buat saya berfikir panjang..

    BalasPadam
  39. Terima kasih di atas perkongsian artikel. Semoga Allah memberi ganjaran yang berlipat ganda di atas usaha memberi manfaat pada orang lain. Cuma adalah lebih baik sekiranya cerita mengenai nelayan tu, disertakan rujukannya dari mana. Salam.

    Muiz, Kota Damansara

    BalasPadam
  40. Apabila kita cintakan suatu perkara (cth: paras rupa), orang yang ada perkara itu (cth: orang yang lawa/hensem) dikatakan Berjaya oleh kita.

    Ketahuilah orang yang cintakan agama akan melihat orang-orang yang beragama dengan agama yang sempurna sebagai Berjaya (contohnya para nabi, sahabat RA, orang-orang yang soleh). Selain dari kriteria ini orang yang cintakan agama tidak ambil peduli kerana ia tiada nilai pada pandangan mereka.

    BalasPadam
  41. Surah Hud, ayat 15.
    Sesiapa yang ingin kehidupan dunia dan perhiasannya akan Kami tunaikan kepada mereka perbuatannya itu di dunia, dan mereka di sana tidak kerugian.

    Huraiannya:
    Setelah Allah memberikan bukti tentang hakikat seruan Islam dan tentang al-Quran itu sebenarnya datang daripada Allah - bukan karangan Nabi Muhammad (s.a.w.) seperti yang didakwakan oleh orang musyrikin - lalu diterangkan-Nya pula disini, bahawa yang mendorong orang musyrikin itu menentang dan mendustakan al-Quran tidak lain ialah kerana mengikuti kemahuan nafsu mereka yang ingin kepada kemewahan dunia, walhal agama Islam menyeru mereka agar mementingkan akhirat lebih daripada mementingkan dunia.

    Ini diterangkan-Nya, sesiapa ingin kepada kehidupan dunia, yakni bersuka-suka dan bersenang-lenang dengan makan dan minum, dan inginkan perhiasan dunia, berupa pakaian, perabut, alat kelengkapan , harta benda dan anak-pinak - tanpa mempunyai persediaan mencari bekalan untuk hari akhirat kelak iaitu dengan beramal kebajikan, membersihkan rohani dengan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan menambahkan keimanan - maka orang yang seperti ini akan diberi juga balasan dengan mendapat hasil daripada usaha mereka itu dengan sempurna, sesuai dengan sunnatullah (peraturan-Nya) yang ditetapkan-Nya, dan tidak dikurangi sedikit pun hasil yang mereka peroleh daripada usaha mereka, meskipun mereka itu berlaku kufur terhadap Allah. Kerana pembahagian rezeki adalah bergantung kepada usaha - bukan bergantung kepada niat dan cita-cita - sekalipun petunjuk agama lebih mementingkan supaya seseorang itu bersikap jujur,bercakap benar, menjauhi pengkhianatan, penipuan dan sebagainya.

    Kesimpulannya:
    Bahawasanya balasan amalan seseorang di dunia ini bergantung kepada dua perkara iaitu, pertama usaha seseorang dan kedua qadak dan qadar Allah yang telah ditetapkannya. Adapun balasan di akhirat adalah bergantung kepada perbuatan Allah semata tanpa seorang pun menjadi perantaraannya. Hal ini dilakukan kerana Allah tidak akan menganiaya seorang pun, firman-Nya berbunyi:

    Tidaklah Tuhanmu itu menganiaya seseorang pun.


    Surah Hud, ayat 16.
    Mereka itu di akhirat nanti tidak lain hanyalah mendapat neraka. Dan hapuslah apa yang mereka usahakan disana dan rosaklah apa yang mereka kerjakan.

    Huraiannya:
    Mereka yang hidup didunia hanya bercita cita untuk mencari kemewahan, tidak akan mendapat sesuatu apa pun di akhirat nanti, kecuali yang didapati hanyalah neraka. Kerana balasan dalam akhirat itu mengikut amalan seperti balasan di dunia juga. Apabila seseorang tidak beramal untuk akhirat, maka ia tidak akan mendapat balasan untuk akhirat. Sesungguhnya beramal untuk akhirat itu ialah dengan membersihkan rohani, dengan beriman dan bertakwa serta menjauhi segala amalan maksiat dan kejahatan.
    Apa yang telah mereka lakukan di dunia dahulu, yang pada lahirnya mereka ada berbuat kebajikan dan kebaikan, seperti berderma dan bersedekah, menghubungkan tali silaturrahim dan berbaik-baik dengan berbagai kaum secara harmoni, semua yang dilakukan itu bukanlah untuk membersihkan rohani mereka yang dapat mendampingkan kepada Allah, bahkan mereka melakukannya oleh tujuan lain - hanyalah memenuhi kehendak nafsu mereka seperti riak, bermuka-muka dan bermegah-megah - sebenarnya ia dilakukan dengan jalan yang salah- maka perbuatan yang demikian tidak ada balasannya, bahkan akan terputus cukup di dunia sahaja, di akhirat tidak.

    Patut diingat, bahawa sesuatu kebajikan yang dilakukan oleh seseorang itu jika salah meniatkannya tidaklah ada balasannya di akhirat, sesuai dengan hadis yang berbunyi:

    Tiap-tiap amal hendaklah disertakan niat, dan tiap-tiap seorang akan mendapat balasan sekadar apa yang diniatkannya.

    BalasPadam
  42. Surah Hud, ayat 15.
    Sesiapa yang ingin kehidupan dunia dan perhiasannya akan Kami tunaikan kepada mereka perbuatannya itu di dunia, dan mereka di sana tidak kerugian.

    Huraiannya:
    Setelah Allah memberikan bukti tentang hakikat seruan Islam dan tentang al-Quran itu sebenarnya datang daripada Allah - bukan karangan Nabi Muhammad (s.a.w.) seperti yang didakwakan oleh orang musyrikin - lalu diterangkan-Nya pula disini, bahawa yang mendorong orang musyrikin itu menentang dan mendustakan al-Quran tidak lain ialah kerana mengikuti kemahuan nafsu mereka yang ingin kepada kemewahan dunia, walhal agama Islam menyeru mereka agar mementingkan akhirat lebih daripada mementingkan dunia.

    Ini diterangkan-Nya, sesiapa ingin kepada kehidupan dunia, yakni bersuka-suka dan bersenang-lenang dengan makan dan minum, dan inginkan perhiasan dunia, berupa pakaian, perabut, alat kelengkapan , harta benda dan anak-pinak - tanpa mempunyai persediaan mencari bekalan untuk hari akhirat kelak iaitu dengan beramal kebajikan, membersihkan rohani dengan mengerjakan ketaatan kepada Allah dan menambahkan keimanan - maka orang yang seperti ini akan diberi juga balasan dengan mendapat hasil daripada usaha mereka itu dengan sempurna, sesuai dengan sunnatullah (peraturan-Nya) yang ditetapkan-Nya, dan tidak dikurangi sedikit pun hasil yang mereka peroleh daripada usaha mereka, meskipun mereka itu berlaku kufur terhadap Allah. Kerana pembahagian rezeki adalah bergantung kepada usaha - bukan bergantung kepada niat dan cita-cita - sekalipun petunjuk agama lebih mementingkan supaya seseorang itu bersikap jujur,bercakap benar, menjauhi pengkhianatan, penipuan dan sebagainya.

    Kesimpulannya:
    Bahawasanya balasan amalan seseorang di dunia ini bergantung kepada dua perkara iaitu, pertama usaha seseorang dan kedua qadak dan qadar Allah yang telah ditetapkannya. Adapun balasan di akhirat adalah bergantung kepada perbuatan Allah semata tanpa seorang pun menjadi perantaraannya. Hal ini dilakukan kerana Allah tidak akan menganiaya seorang pun, firman-Nya berbunyi:

    Tidaklah Tuhanmu itu menganiaya seseorang pun.


    Surah Hud, ayat 16.
    Mereka itu di akhirat nanti tidak lain hanyalah mendapat neraka. Dan hapuslah apa yang mereka usahakan disana dan rosaklah apa yang mereka kerjakan.

    Huraiannya:
    Mereka yang hidup didunia hanya bercita cita untuk mencari kemewahan, tidak akan mendapat sesuatu apa pun di akhirat nanti, kecuali yang didapati hanyalah neraka. Kerana balasan dalam akhirat itu mengikut amalan seperti balasan di dunia juga. Apabila seseorang tidak beramal untuk akhirat, maka ia tidak akan mendapat balasan untuk akhirat. Sesungguhnya beramal untuk akhirat itu ialah dengan membersihkan rohani, dengan beriman dan bertakwa serta menjauhi segala amalan maksiat dan kejahatan.
    Apa yang telah mereka lakukan di dunia dahulu, yang pada lahirnya mereka ada berbuat kebajikan dan kebaikan, seperti berderma dan bersedekah, menghubungkan tali silaturrahim dan berbaik-baik dengan berbagai kaum secara harmoni, semua yang dilakukan itu bukanlah untuk membersihkan rohani mereka yang dapat mendampingkan kepada Allah, bahkan mereka melakukannya oleh tujuan lain - hanyalah memenuhi kehendak nafsu mereka seperti riak, bermuka-muka dan bermegah-megah - sebenarnya ia dilakukan dengan jalan yang salah- maka perbuatan yang demikian tidak ada balasannya, bahkan akan terputus cukup di dunia sahaja, di akhirat tidak.

    Patut diingat, bahawa sesuatu kebajikan yang dilakukan oleh seseorang itu jika salah meniatkannya tidaklah ada balasannya di akhirat, sesuai dengan hadis yang berbunyi:

    Tiap-tiap amal hendaklah disertakan niat, dan tiap-tiap seorang akan mendapat balasan sekadar apa yang diniatkannya.

    BalasPadam
  43. farish ibnu addin12 Julai 2014 8:58 PTG

    Salam..senang je nak faham...dunia ni syurga bg org kafir, sebaliknya oenjara bg umat islam.. tempat tinggal kite adalah disyurga, bukan di dunia yg nikmat yg sementara ni...syurga ni nikmatnya adalah realiti, tiada tipu daya...sebab itu orang yg sentiasa beramal soleh ni berjaya diakhiratnya, insyaAllah. Tapi org kafir rasa dunia inilah segala2nya, dan dia anggap seolah2 dunia ni la tempat nikmat, padahal mereka telah tertipu dengan fitnah duniawi... Allah beri nikmat kpd mereka melimpah ruah, kerana istidraj. Allah beri apa saja yg mereka mahu, tapi Allah beri setakat di dunia shj, tetapi tidak utk akhirat.. sebab tu kita ni untung jadi muslim... Alhamdulillah...

    BalasPadam
  44. Semua terjadi dengan izin Allah,tp bukan semua diredhai Allah

    BalasPadam
  45. Tidak perlu hairan..... ini sudah fenomena sepanjang zaman..... tengok saja list manusia terkaya didunia pada waktu ni...... berapa ramai dari mereka dari golongan yang beriman dan beramal ibadat.... berapa ramai pula yang tidak beriman malah syirik pula...... tepuk dada mana yang kita nak.... kalau nak dunia sahaja boleh....naka akhirat sahaja pun boleh....nak dua2 pun boleh..... tapi perlulah ada ilmu untuk mendapatkannya.... jika tiada tahu tanyalah kepada tahu....senang saja kan..... satu lagi....berapa lama sangat hidup didunia ni...boleh sampai 100 tahun ke Bro.....banding pula dengan hidup di akhirat...... itulah ujian.... apa sahaja yang baik, elok dan tinggi nilainya perlu berusaha lebih utk dapatkannya.... kat dunia ni sesiapa shj yang berusaha lebih dia akan dapatlah Bro.... kat akhirat syurga itu bukan semua boleh masuk..... limited edition.... hanya orang2 yang mendapat redho Allah sahaja yang boleh masuk...... kalau nak masuk syurga.... cari dan kaji dululah ciri2 kehidupan mereka......Jom kita masuk SYURGA kat Akhirat nanti Bro....

    BalasPadam
  46. perkongsian yang amat baik... terima kasih :)

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai