iklan baris

Sejarah Permulaan Solat Sunat Tarawih



Assalamualaikum dan salam ukhwah buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Alhamdilah sedar tak sedar telah hari ke-3 kita berpuasa dan malam ini masuk malam ke-4 solat tarawih . dan untuk pengisian sempena bulan ramadhan yang penuh barakah ini. entri kali ini saya kongsikan dengan anda mengenai sejarah solat sunat tarawih yang saya perolehi dari pelbagai sumber yang sahih.

seperti perkongsian entri  mengenai panduan, niat dan hikmah solat tarawih sebelum ini di blog ini. telah disentuh  nama asal bagi tarawih adalah qiyam ramadhan.dan untuk details mengenai entri tersebut anda boleh membacanya DI SINI

Sejarah solat sunat Tarawih atau nama sebenarnya Qiyam Ramdhan  ini telah dimulakan dan dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabawi. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Aishah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah melakukan solat terawih di masjid untuk beberapa malam (ada yang mengatakan selama empat malam) dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat.

Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat Tarawih ini di masjid, lalu para sahabat mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda mengerjakan lagi solat Tarawih di masjid, dan para sahabat semakin ramai datang dan mengikuti baginda .Pada malam yang ketiganya lebih ramai lagi para sahabat telah sedia menunggu ketibaan Rasulullah s.a.w. di masjid. Tetapi baginda tidak hadir. (Baginda mengerjakan solat Tarawih itu di rumah). Esoknya Rasulullah s.a.w. bersabda kepada mereka: “Sesungguhnya aku melihat sambutan daripada kamu. Aku tidak hadir pada malam itu hanya kerana takut solat itu diwajibkan ke atas kamu.” Jika solat Tarawih itu difardhukan, tentulah sangat memberati umat Islam
Pada malam kelima dan seterusnya hingga ke akhir bulan Ramadan, Baginda melakukan ibadat ini di rumah. Ini kerana Baginda bimbang para sahabat tersalah anggap dan menjadikannya sebagai sembahyang fardu dan sudah tentu sukar bagi mereka untuk melakukannya.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Huzaimah dan Ibnu Hibban daripada Jabir bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melakukan solat terawih sebanyak lapan rakaat, setelah itu diikuti solat witir.


Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir b. Abdullah yang ertinya:

"Rasulullah s.a.w. telah bersolat dengan kami di bulan Ramadhan lapan rakaat dan witir. Maka pada malam berikutnya kami telah berkumpul di masjid, dan kami mengharapkan baginda keluar tetapi baginda tidak turun di masjid sehinggalah waktu Subuh. Kemudian kami masuk menemuinya dan kami berhimpun di masjid dan mengharapkan Rasulullah s.a.w. bersolat dengan kami." Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya aku takut ia (solat Tarawih) diwajibkan ke atas kamu."


Tarawih Pada Zaman Umar Al-Khattab

Saidina Umar bin Al-Khatab merupakan orang pertama yang menghimpunkan umat Islam menunaikan solat tarawih secara berjemaah. Sewaktu beliau menjadi khalifah, solat tarawih dilakukan sebanyak 20 rakaat dan ditambah dengan tiga rakaat solat witir.Kebiasaannya Saidina Umar bersolat terawih selepas solat Isyak pada setiap malam bulan Ramadan.

Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab, semakin ramailah umat Islam mula mengamalkan solat sunat Tarawih ini. Menurut Abdul Rahman bin Ubaid Al-Qari, pada suatu malam di bulan Ramadhan, beliau pergi ke masjid bersama Khalifah Umar Al-Khattab.

Setibanya di masjid, beliau mendapati ramai orang yang berkelompok-kelompok membuat jamaah-jamaah mengerjakan solat ini. Sebahagiannya mengikut seorang imam dan sebahagian lagi mengikut imam yang lain. Melihat kepada amalan yang tiada keseragaman itu, Khalifah Umar berkata: “Aku bermaksud menyuruh mereka supaya berimam kepada seorang imam yang baik bacaannya.” Seterusnya Khalifah Umar bin Al-Khattab menyuruh mereka berimamkan Ubai bin Ka’ab . Beliau lalu berusaha menyatukan mereka supaya mendirikan solat sunat Tarawih itu dalam satu sahaja jamaah yang lebih besar dan bersatu, dengan diimamkan oleh seorang yang baik bacaannya.


Perubahan yang dibawa oleh Khalifah Sayidina Umar Al-Khattab itu tidak mendatangkan anggapan bahawa solat Tarawih itu sebagai wajib. Demikian juga bilangan rakaat dari lapan rakaat menjadi dua puluh rakaat tidak dianggap memberatkan mereka. Ini disebabkan pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar itu, keadaan keilmuan agama telah semakin luas dan mendalam, dan suasana mayarakat umat Islam telah stabil. Mereka telah cukup memahami bahawa solat Tarawih itu hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut), bukan fardhu atau wajib. Demikian juga mereka mengamalkan solat sunat Tarawih dua puluh rakaat memandangkan faedah dan kelebihan pahalanya yang amat besar


Pada malam berikutnya mereka mengerjakan solat Tarawih dengan seorang imam. Khalifah Umar berkata: “Ini termasuk bid’ah yang baik; tetapi orang yang tidur mendapat pahala lebih besar daripada mereka yang beramai-ramai bersolat tarawih itu.” Maksud Khalifah Umar, orang yang mengerjakan solat Tarawih pada akhir malam (setelah tidur lebih dahulu) mendapat pahala yang lebih besar daripada yang solat Tarawih pada awal malam.

Bid’ah yang dimaksudkan oleh Sayidina Umar ialah bahawa solat Tarawih itu hendaklah dikerjakan secara berjamaah dengan pimpinan seorang imam yang baik bacaannya. Sayidina Umar sebenarnya hanya mengulangi apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. pada ketika mula-mula solat Tarawih itu disyari’atkan. Baginda terpaksa memberhentikan cara yang demikian pada malam yang ketiga, kerana takut ibadat solat Tarawih itu diwajibkan kepada umatnya.


Hukum Solat Tarawih


Hukum solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurnaan bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat Tarawih 


dari segi rakaat pula, jumlah rakaat bagi solat tarawih ini tidak ditetapkan . namun seperti hadis diatas , Rasullullah s.a.w melakukan 8 rakaat dan 3 rakaat solat witir. manakala di zaman Umar . sebanyak 20 rakaat dan  ada diriwiyatkan ketika zaman Umar , menjelangnya 10 malam terakhir solat tarawih ini pernah diadakan sebanyak 40 rakaat.

Bagi pengikut Mazhab Maliki pula, mereka  bersolat terawih sebanyak 36 rakaat pada setiap malam Ramadan dan jumlah bagi seluruh bulan Ramadan ialah sebanyak 1,080 rakaat tarawih . Manakala bagi  Mazhab Syiah pula menggalakkan dilakukan 1,000 rakaat terawih dalam tempoh sebulan Ramadan.

Di Masjid Al-Haram Mekah , sembahyang terawih dilakukan oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali terawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

Solat terawih termasuk solat tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

Menurut Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat , walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah.

Wujud kekhuatiran ada kemungkinan ia menimbulkan riak atau sifat malas individu yang menyimpang daripada tujuan utama untuk berkumpul dalam satu jemaah. Barangkali orang yang berpegang pada alasan tersebut ingin berkata bahawa melakukan solat lebih baik daripada meninggalkannya kerana malas (bila sendirian) dan lebih baik daripada riak (solat berjemaah).

Umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 8 rakaat . di masjid kebiasaannya sebanyak 20 rakaat dan di surau-surau solat tarawih diadakan sebanyak 8 rakaat. di mulakan dengan 4 rakaat kemudian berhenti untuk memberi lalauan kepada tazkirah ramdan kemudian disambung kembali dengan 4 rakaat dan solat witir 3 rakaat. dan di sepuluh malam terakhir ada surau  melaksanakan tarawih sebanyak 20 rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat itu mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya. lebih banyak rakaat dan ibadat kita kepada Allah s.w.t lebih besar ganjarannya tetapi semuanya terpulang kepada keikhlasan kita beribadat kepada Allah s.w.t .

sumber & discalimer : ada sumber yang diambil dari  penulis blog redzuan-ridz dari  tazkirah ramadhan  yang saya dengar antaranya mengenai jumlah rakaat tarawihhukum solat tarawih  , sejarah ringkas  solat tarawih dan mengenai hadith diambil dari website berwibawa seperti mufti.gov.my , halaqah.net.

rujukan bacaan : panduan solat-solat sunat. rahsia-rahsia solat.

4 ulasan:

  1. Assalam..

    memang tercari2 entry pasal solat terawih nih..
    tak rugi saya follow en ridz..
    terima kasih atas perkongsian..

    di surau berhampiran rumah saya buat 8 rakaat..rakaat ke4 berhenti untuk ceramah pendek..lepas tu baru diteruskan sehingga rakaat ke8 & witir..

    BalasPadam
  2. wow bagusnye kongsi info islamaic mcm ni...at least tmbah pengetahuan sambil on9

    BalasPadam
  3. nak tanya tentang solat terawih pada 10 mlm terakhir ada [ertambahan mambaca doa QUNUT. tolong huraikan plzzzz

    BalasPadam
  4. mahzab syiah? kenapa nak masukkan mahzab syiah skali? x perlu kot.

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai