MISTERI PULAU BESAR MELAKA PART 1

MISTERI PULAU BESAR MELAKA PART 1

mungkin ada diantara anda pernah mendengar dan mungkin ada yang langsung tidak mengetahui tentang kewujudan pulau ini. dan tergerak hati saya untuk search mencari info mengenai pulau yang sering dianggap sebagai antara kawasan misteri dan mistik di Malaysia  dengan pelbagai kejadian dan kisah aneh yang terjadi disini.
 
Meskipun terdapat pelbagai versi dan cerita yang dikaitkan dengan sesuatu kejadian misteri di pulau ini, namun sebagai umat Islam yang beriman pada kekuasaanNya, kita harus sentiasa berhati-hati agar akidah kita sentiasa terpelihara daripada sesuatu perkara yang boleh menyesatkan. untuk entri PART 1, ini saya akan berkongsi mengenai sejarah pulau ini .

terdapat banyak versi mengenai Pulau Besar, namun saya masih ingat lagi arwah atuk saya pernah memberitahu bahawa nama asal atau nama lama Pulau Besar ialah Pulau Pandan dan Gunung Ledang nama lamanya ialah Gunung Daik. dan nama lama ni anda mungkin pernah dengar dalam pantun orang melayu. Namun hasil dari pembacaan saya berdasarkan sumber yang sahih orang terawal yang meneroka dan mendiami Pulau Besar ialah Sheikh Ismail untuk menyebarkan dakwah islam dan makamnya ada di Pulau Besar.

Siapa Sheikh Ismail itu ? Sheikh Ismail dilahirkan pada 17 Rabiul Awwal 867H/1463M di Baghdad dan meninggal dunia di Pulau Besar, Melaka pada 17 Rabiul Awwal 925H/1520M ketika berumur 58 tahun. Beliau adalah cicit kepada Sultan al-Awliyaa Sheikh Abdul Qadir Jilani (470H/1077M – 561H/1166M). Sheikh Abdul Qadir adalah keturunan ke 14 dari Rasulullah s.a.w. Maka Sheikh Ismail adalah keturunan ke 18 dari Rasulullah s.a.w. sumber (Ana Faqir "Menyingkap Misteri Pulau Besar").

Pusat Dakwah Di Gugusan Kepulauan Melayu

Menurut cerita orang-orang terdahulu, Pulau Besar telah mula didiami oleh orang selat atau orang laut pada sekitar tahun 1400 masihi lagi, iaitu sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Malaka ditubuhkan. Sejak ianya diterokai, Pulau Besar sudah pun berperanan sebagai pusat bekalan air bersih kepada para nelayan dan juga pedagang yang melalui Selat Melaka.
Dakwaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan banyak perigi lama yang dianggarkan berusia lebih ratusan tahun di sekeliling pantai Pulau Besar dan kedudukan perigi-perigi itu pula hanya beberapa meter dari kawasan pantai. Pulau Besar dikatakan mempunyai ratusan buah perigi, namun kebanyakkannya sudah tertimbus dan tidak boleh digunakan lagi.


Selain Syeikh Ismail, pulau ini juga didiami Syeikh Yusuf As-Sidiq yang merupakan seorang Guru Sufi yang tinggi ilmunya serta menghafal beribu-ribu hadith Nabi Muhammad SAW. Tidak dapat dipastikan tahun kelahiran beliau namun beliau antara ulama yang turut serta di dalam rombongan Syeikh Ismail. Beliau merupakan guru kepada Syeikh Ismail.

Oleh kerana Pulau Besar sudah terkenal sebagai pusat bekalan air bersih di kalangan pedagang dan pengembara, maka ia telah muncul sebagai tempat yang paling strategik untuk para pendakwah Islam memperkenal dan mengembangkan ajaran Islam. Peranan Pulau Besar sebagai pusat bekalan air bersih turut diakui oleh Ma Huan, seorang pembantu Laksamana Cheng Ho dalam bukunya YING YAI SHENG LAN (1451), yang telah menyebutkan Pulau Besar digelar Pulau Air @ Wu Shu oleh para pedagang China.

Setelah Kesultanan Melayu Melaka terbentuk dan mencapai era kegemilangannya, Pulau Besar terus menjadi tumpuan kapal-kapal pedagang untuk mendapatkan bekalan air dan kayu api sebelum meneruskan pelayaran mereka ke destinasi seterusnya. Lama-kelamaan, Pulau Besar bukan sahaja dikenali sebagai pusat bekalan air bersih, malah ianya turut dikenali sebagai tempat untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama setelah pulau ini didiami ramai pendakwah Islam.

Tempat Tinggal Pendekar dan Hulubalang Silam

Oleh kerana Pulau Besar telah menjadi penempatan orang laut pada waktu dahulu, maka ramai yang telah datang ke pulau ini untuk mempelajari ilmu persilatan daripada guru-guru silat yang mendiami pulau tersebut. Terdapat beberapa nama pendekar besar yang dikatakan mendiami pulau ini seperti Panglima Lidah Hitam, Pendekar 7 Beradik, Tok Janggut dan Tok Putih. selain dijadikan pusat tinjauan perairan Selat Melaka untuk kerajaan silam Melaka, Pulau Besar turut dijadikan tempat untuk merekrut dan melatih hulubalang yang baru. Mungkin juga Laksamana Hang Tuah yang bertugas menjaga armada laut Sultan Melaka selalu datang ke pulau ini untuk mengatur sendiri kedudukan pertahanan negeri Melaka. Sehingga kini pun, Pulau Besar turut dijadikan tempat ‘penamat’ latihan untuk beberapa pertubuhan silat di negara ini.

Di atas puncak bukit Pulau Besar, terdapat seketul batu besar yang terbelah dan dikenali sebagai ‘batu belah’ oleh penduduk tempatan. Bahkan, di beberapa tempat lain juga terdapat beberapa batu yang ‘seolah-olah’ di belah oleh ‘sesuatu alat yang sangat bertenaga’. Penduduk tempatan percaya, batu-batu yang terbelah itu adalah peninggalan pendekar-pendekar lama yang menguji ilmu mereka. Sejauhmanakah kebenaran dakwaan ini, wallahu a’lam.

Pulau Hajat?

Pulau Besar dipercayai telah melahirkan ramai pendakwah Islam yang beraliran Sufi. Setelah mempelajari dan mendalami ilmu agama di Pulau Besar, mereka ini akan keluar berdakwah. Ada yang ke Gugusan Pulau Jawa, Semenanjung Tanah Melayu atau ke tempat lain. Sekali-sekala, mereka kembali ke Pulau Besar dengan membawa sekali para pengikut mereka untuk lebih mendalami ilmu-ilmu agama daripada guru-guru agama yang tinggal di Pulau Besar.
Mereka memanggilnya ‘pulau hajat’ kerana kebetulan, ada hajat-hajat mereka itu yang telah termakbul setelah mereka ‘berdoa’ di pulau ini. Keadaan ini telah menyebabkan semakin ramai yang ingin mencuba nasib mereka di sini sehingga membawa kepada perlakuan syirik dan khurafat seperti meminta dengan kubur, batu dan orang yang telah mati.

sumber : Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) ,  
Ana Faqir "Menyingkap Misteri Pulau Besar")


klik untuk baca sambungan  ===> Misteri Pulau Besar Melaka (Part 2)


p/s: ikuti sambungan misteri pulau besar melaka part 2, dalam entri seterusnya saya akan kongsikan dengan anda antara kawasan menarik dan kisah misteri dikawasan tersebut :)

28 ulasan:

  1. salam ziarah. info yang menarik. lagu rentak perlahan, tak menganggu pembacaan saya..

    BalasPadam
  2. thanx for comment, sbb tu sy tukar lagu sbb sy rasakn mungkin mnggangu pembacaan

    BalasPadam
  3. Teringin nak ke Pulau Besar....insyaallah suatu masa nanti.

    BalasPadam
  4. sy pernah eprgi sekali masa kecik dulu, xingat ape2 pun. nnti ada rezeki sy nk pergi sekali, tp ada pantangnya, anatara pantang yang sy tahulah

    1)tak boleh bawak minuman keras
    2)tak boleh bawak daging babi
    3)tak boleh riak, celupar dan berkata bukan2
    4)mengambil apa2 yang ada dipulau itu

    kalau ambil ada sesuatu yg buruk akan menimpa, wallahualam ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setahu saya ada satu perigi di sana yang dipanggil perigi nek kebayan,perigi tue cetek sapa berhajat boleh pergi sana kerana banyak hajat boleh ditunai,tapi jangan sampai terpesong akidahnya aje...teman sana pernah sapu pasir dalam perigi tue..dia dapat batu arkid sebab dia minta satu kat nek kebayan,tapi batu tak kekal kat tangan dia..so tak tahu mana pergi batu tue,misteri pulau besar masih tersirat.

      Padam
  5. wah3.. sgt misteri Pulau Besar tu.. hmm..

    BalasPadam
  6. pagi-pagi daa bace sejarah...baru tahu ade cerita rupenya di sebalik pulau tuh..^^,

    BalasPadam
  7. pulau ni bukan sebarang pulau mcm pulau-pulau yang ada di Malaysia yang bersandarkan pada kisah mitos dan legenda. tp Pulau Besar ni,ada sejarahnya yang tersendri, dan byk kisah2 misteri dan mistik kat Pulau ni. ramai wali-wali allah menetap kat sini. kalau wat benda maksiat and xelok adalah musibah nya.. wallahualam. kalau niat xbaik jgnlah pergi.

    BalasPadam
  8. Ada tak pengalaman pengunjung atau penulis sendiri yang mengalami kejadian mistik apabila berada di sana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada perkara pelik berlaku..tak salah saya kawan saya pernah gie sana,masa tue tak dapat join doranag..jadi nak diceritakan salah satu kawan saya nie mulut celupar masa kat tepi pantai,waktu tue tgh malam dia kata"kata pulau nie keras aku tengok biasa aje..mana ada jelmaan.. mana-mana"dengan akuh dia bercakap dengan geng lain,malam tue masa dorang tidur,salah sorang kawan ajak dia gie teman blik air..dia pun tunggu,punya tunggu "dah ke belum"dia tanya kawan dalam bilik air,teman kata belum lagi,dalam masa 5 minit dia tanya lagi "dah ke belum"tapi teman dalam bilik air senyap..dia ketuk pintu bilik air tanya"dah ke belum"tanya dia lagi,tiba-tiba bunyi berdetum terkejut dia..dia panggil kawan dalam bilik air"ina dah ke belum"tiba-tiba ada yang mejawab"belum lah"garau suara tue tersentak dia..tiba-tiba pintu bilik air terbuka perlahan,bulu roma menegak tiba-tiba.."sudahhh"terdengar suara yang menakutkan ,taman saya lari tak cukup tanah balik kat bilik mengcunggap-cunggap dia, dan tambah terkejut bila dia tengok member yang ajak temam gie bilik air ada di bilik sedap tidur..esok gak dorang semua balik coz member demam terkejut..JANGAN CAKAP BESAR,DAH TERKENA BARU PADAN MUKA..selamat saya tak ikut..jadi sampai sekarang saya tak jejak pie pulau besar :(

      Padam
  9. aunt T masa zaman teenager duduk Melaka tapi tak pernah jejak kaki ke Pulau Besar. org kampung aunt T selalu juga pergi sana buang hajat and bayar nazar. Macam2 pantang aunt T dgr, tak leh tegur ape2 sepanjang perjalanan nnt bot ade problem and kalau datang bulan pun tak boleh pergi sana. Tapi sekarang Pulau Besar dah jadi tempat pelancongan semua yg khurafat dah dimusnahkan.

    BalasPadam
  10. Pernah pergi sekali dulu. Kat sana ada kubur panjang (wali?? kot). Seronok gak kalau nak bercuti...
    Tapi tu dulu la, 10 tahun dulu sekarang tak tahu...

    BalasPadam
  11. jika ada desiapa yang mempunyai pengalaman atau pengetahuan berkenaan dengan dampingan yang tak di-undang kongsi-lah bersama.silakan.Dipulau besar Melacca.

    BalasPadam
  12. salam,
    saya mencadangkan kepada sesiapa yang betul-betul tahu sejarah yang benar berkenaan pulau besar dapatlah kiranya dibukukan dan boleh dijadikan bahan rujukan.tp kalau sekadar cerita copy and paste susahlah sikit sejarah melayu nak dimertabatkan.

    BalasPadam
  13. salam
    apakah mesteri yang ada kat pulau besar ye? saya sering kesana tp xpernah bertemu apa-apa keanehan seperti yang di ceritakan oleh otai-otai pulau terdahulu,boleh bantu saya?

    BalasPadam
  14. pulau dan mahluk kat sana tu hamba allah juga. kita pegi rumah orng jaga la tertib jgn main langgar je sape pun marahkan.

    BalasPadam
  15. Assalammualaikum, i am a student from limkokwing university cyberjaya. currently i am doing a research about pulau besar. It is for a documentary. It looks like you have an amount of knowledge and information regarding the island. I perlukan seseorang yang berinfomasi mengenai pulau besar untuk di temu bual, if you don't mind can i get your email/contact?
    Sincerely,
    Hani
    hanimunirah@Live.com

    BalasPadam
  16. Kita patut bersyukur syafaat nabi Muhammad ada kat daerah kita sepertimana Indonesia ada Demak...India ada Nagore..... Arab ada Mecca dan Madinah...Iraq dan Iran ada Baghdad yg penuh dengan makam wali allah..hadramaut dan macam macam....Pulau besar dulu digelar Makkah kecik atau selepas kejatuhan Baghdad as Central Of Islamic knowledge dan diganti oleh Pulau Besar ,tetapi dilakukan secara low profile utk berendah diri dan supaya musuh2 Islam tidak tahu ....DARJAT wail2 Pulau besar tetapi begitu tinggi hingga MALAKA menjadi negara yang kuat dan masyhur dari perintah CHINA Dan Siam dan masyhur para awliya Di pulau besar pun membantu menaikan DEMAK ,ITULAH KEHEBETAN PULAU BESAR kalau nak tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku penah mimpi tentang apa yg awak nyatakan ni

      Padam
  17. salam hani munirah mcmana dgn dokumentari dah siap untuk pulau besar mungkin boleh di share untuk mengetahuan umum....

    BalasPadam
  18. SALAM HANI MUNIRAH DAH SIAP KE DOKUMENTARI PULAU BESAR
    KLU X KEBERATAN BOLEH SHARE PENGALAMAN TEAM HANI MUNIRAH SEHARI DI PULAU BESAR MUNGKIN INI BOLEH MEMBANTU SEDIKIT DALAM MENGENALAN UMUM TENTANG PULAU BESAR......

    BalasPadam
  19. syg penah pegy juga,tmpt tenang..rasa sayu je hati bl kt situ

    BalasPadam
  20. i have been there,sayu je hati,sape pegy msti akn trbit rasa keinsafan..ad perkara yg brlalu pd ayah sy yg dkatakan ayah sy adlh saidina omar oleh seorg lelaki . sy penah minta doa kt sana and doa dah trmakbul. Allahuakhar.hebat Allah

    BalasPadam
  21. salam para sahabat saya mengalu-alukan dan menjemput rakan2 sahabat2 semua untuk mengunjungi pulau besar kerana dengan mengunjungi pulau tersebut barulah tuan-tuan dan puan-puan akan mengerti dan menghayati keindahan pulau besar. sangat tenang dan sangat sesuai untuk semua,jangan takut dengan misteri dan perkara2 ghaib yang di war-warkan.kunjungilah pulau besar .boleh hubungi saya kalau ada sesiapa yang nak mengetahui lebih lanjut insyaallah saya dan rakan2 yang lain akan membantu sekadar yg kami mampu untuk memberi pencerahan berkenaan pulau besar.pulau besar adalah warisan melayu yang tinggal maka hargailah ia,agar tidak dirams atau di kuasai oleh org lain....boleh hubungi saya 0136234262.kami akan membantu mana yang termampu

    BalasPadam
  22. saya pernah sampai ke pulau besar ini ketika 15tahun yang lalu..dan menginap di pandanusa island resort yang sekarang salah satu resort yang terbelangkalai di sana..ketika kami menginap baru sahja kejadian bot karam yang mengorbankan 15 orang kakitangan/pelancong resort tersebut..kakitangan resort tersebut sempat juga bercerita tentang kejadian aneh yang berlaku selepas kjadian bot karam tersebut..apa pun terulang pada niat kita ...

    BalasPadam
  23. saya pernah sampai ke pulau besar ini ketika 15tahun yang lalu..dan menginap di pandanusa island resort yang sekarang salah satu resort yang terbelangkalai di sana..ketika kami menginap baru sahja kejadian bot karam yang mengorbankan 15 orang kakitangan/pelancong resort tersebut..kakitangan resort tersebut sempat juga bercerita tentang kejadian aneh yang berlaku selepas kjadian bot karam tersebut..apa pun terulang pada niat kita ...

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai