Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz . subjek entri kali ini mengenai sejarah , dah lama rasanya tak kongsikan mengenai entri berkaitan sejarah . Untuk kali ini saya rasa tertarik untuk kongsikan dengan anda mengenai penemuan Plaza Kuno yang ditemui di Peru.
Plaza bundar yang dibangunkan sekitar 5.500 tahun lalu telah ditemui di Peru, dan para arkeologi yang terlibat dalam penggalian telah menentukan bahawa usia karbon menunjukan plaza tersebut merupakan salah satu binaan tertua yang pernah ditemui di Amerika. Satu kumpulan ahli penyelidik arkeologi Peru dan Jerman menemui plaza itu, yang tersembunyi di bawah potongan lain arsitektur di reruntuhan yang dikenali sebagai Sechin Bajo, di Casma, 370 Km di utara Lima, ibukota Peru.

“Ini merupakan penemuan yang menakjubkan, masyarakat ilmuwan dan arkeologi sangat teruja,” kata Cesar Perez, ilmuwan di Institut Kebudayaan Nasioal Peru yang mengawasi projek tersebut. “Penemuan ini akan mengubah semula ketamadunan sejarah awal negara ini.” Sebelum penemuan di Sechin Bajo, pakar arkeologi menganggap benteng kuno Caral Peru adalah salah satu daripada yang tertua di belahan bumi Barat, puratanya sekitar 5.000 tahun.
Para ilmuwan mengatakan, Caral yang terletak beberapa jam jika dilalui menggunakan kereta dari Sechin Bajo, merupakan salah satu daripada enam tempat di dunia ( bersama dengan Mesopotamia, Mesir, Cina, India dan Mesoamerika ) dimana manusia memulai kehidupan di kota lima ribu tahun lalu. “Penentuan usia karbon yang dilakukan oleh pakar arkeologi Jerman menyebutkan sekitar 5.500 tahun, tapi sebahagian lainnya didapati lebih tua bergantung pada hal lainnya yang ditemui,” kata Perez. Sebelumnya penemuan terakhir yang terletak berdekatan Sechin Bajo hanya berusia 3.600 tahun.
Ini adalah gambar ilustrasinya:
“Mereka telah sangat maju mengenai infrastruktur dan bangunan. Ini dapat dilihat secara jelas dalam kenyataan bahawa material binaan yang mereka gunakan adalah mampu bertahan pada kadar usia yang sangat lama,” Peter Fuchs, salah seorang arkeologi, mengatakan pada akhbar El Comercio. Tempat pertemuan sosial yang Fuchs dan rakannya temui ini dibina dengan menggunakan batu dan batako.
Ratusan tempat arkeologi telah banyak ditemui di Peru, dan banyak puing dibangunkan oleh kebudayaann Kerajaan Inca yang dahulu sangat berkuasa, yang mencapai puncak kekuasaannya pada abad ke16, sebelum penaklukan Spanyol yang datang ke tempat yang sekarang dikenali dengan nama Peru.
Sumber: kredit to ekaputra
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai