iklan baris

Kabur Dengan Halatuju Selepas SPM ? Sila Baca Ni..




Kemana Hala tuju anda selepas SPM ?

Demam SPM sudah bermula. Demam ini bukan dirasa oleh pelajar yang mengambil SPM sahaja bahkan ibu bapa dan guru-guru juga turut merasa tempiasnya. Teringat kenangan mengambil SPM dahulu, waktu mentelaah terasa sangat cepat berlalu dan di saat-saat akhir, terasa macam terlalu banyak benda yang belum difahami, terlalu banyak benda yang baru diketahui walhal sudah lama subjek-subjek tersebut dipelajari. Mulalah rungutan seperti :
“Kalau aku study dari awal lagi, mesti lagi faham punya”
“oh.. macam ni ker?? Apasal aku baru tau”
“Banyaknya nak baca..nak baca yang mana satu ni”
“Dah tak banyak masa ni”
Ramai  pelajar mengambil mudah tentang SPM. Tahukan anda hala tuju anda selepas SPM nanti ? SPM agak penting. SPM juga seperti ‘platform’ untuk kita mengilap dan mengenal potensi diri kita. SPM juga seperti satu latihan untuk anda mengenal pasti minat dan kebolehan anda. Contohnya melalui subjek yang anda ambil, jika anda mengambil subjek Biologi anda mungkin minat kearah sains perubatan manakala jika anda mengambil subjek Kejuruteraan anda mungkin akan terdorong ke alam Kejuruteraan. Ini tidak bermaksud anda perlu fokus terhadap subjek tertentu sahaja, anda perlu fokus dan seimbangkan keputusan dan kefahaman anda untuk seluruh subjek.
Kemana hala tuju anda selepas SPM? Jika anda seorang pelajar yang ingin Berjaya anda perlu menetapkan Azam kemana anda selepas SPM nanti. Azam atau impian akan mendorong kita untuk lebih berusaha mencapai apa yang diimpikan. Tepuk dada, Tanya diri anda kemana anda selepas SPM?





Program Matrikulasi
Terdapat pelbagai program Matrikulasi di Malaysia. Program Matrikulasi dibawah Kementeriam Pelajaran Malaysia mempunyai 3 bidang iaitu Sains Fizikal, Sains Hayat dan Perakaunan. Terdapat dua program dibawah program Matrikulasi KPM iaitu Program Setahun & Program Dua Tahun. Ada juga matrikulasi lain seperti matrikulasi UKM dan UIA yang turut menawarkan program matrikulasi  undang-undang. Jika anda selesai di Program Matrikulasi anda bakal melanjutkan pelajaran ke IPTA lain atas tiket ijazah. Antara kelebihan program ini adalah tempoh masa untuk anda memegang segulung ijazah adalah cepat berbanding yang lain.
Diploma di IPTA
Antara kelebihan mengambil Diploma di IPTA terdapat pelbagai bidang khusus yang mungkin anda minati. Contohnya jika anda berminat untuk menjadi seorang Juruukur Bahan atau Jurutera, anda boleh terus memohon untuk ke IPTA ini. Selalunya tempoh untuk seseorang menghabiskan diploma adalah 3 tahun.
A-Level
A-Level kebanyakan adalah untuk pelajar-pelajar membuat persediaan sebelum ke luar Negara. A-Level mengambil masa selama 2 tahun, sebelum para pelajar akan dihantar ke Universiti luar Negara.
STPM
STPM atau sinonim dengan panggilan Tingkatan 6. Selepas tamat SPM selain dari university atau kolej-kolej, anda juga boleh meneruskan pelajaran ke Tingkatan 6. Tempoh masa selama 2 tahun diambil untuk menghabiskan tingkatan 6 sebelum anda meneruskan pelajaran ke IPTA lain diatas tiket ijazah.
SIJIL
Sijil mengambil masa selama 1-2 tahun. Sijil boleh anda lakukan di Politeknik atau di kolej-kolej lain. Selepas tamat SIJIL anda boleh meneruskan ke peringkat DIPLOMA dan kemudian IJAZAH.
MAKTAB PERGURUAN
Selepas SPM, anda juga boleh mencuba nasib untuk ke Maktab Perguruan. Tempoh masa di Maktab agak panjang iaitu 4-5 tahun, tetapi anda akan keluar dengan segulung ijazah dan mendapat ‘title’ Cikgu!
Begitulah serba sedikit tentang hala tuju anda selepas SPM. Mungkin banyak lagi hala tuju yang boleh anda tempuhi, saya Cuma bagi anda bayangan utuk anda merelesasikan impian anda. Pemilihan hala tuju selepas SPM ini bergantung kepada beberapa faktor
Keputusan SPM
Kebanyakan pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang akan meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan selesa, dan kepada yang kurang cemerlang mungkin akan rasa hilang minat dalam belajar. Tetapi perlu diingat, gagal sekali bukan bermakna gagal selama lamanya! Ada kenalan saya yang mengambil peperiksaan SPM tiga kali untuk memperbaiki keputusan SPM kerana ingin menyambung pelajaran beliau di Maktab.
Minat
Minat penting untuk kita meneruskan sesuatu. Contohnya jika anda berminat dalam bidang Kejuruteraan, teruskanlah belajar dalam bidang itu jangan pula kerana pengaruh rakan anda ingin menukar minat anda ke bidang yang lain. Ini mungkin akan menyusahkan anda kelak kerana agak sukar untuk kita memupuk minat kearah benda yang kita sendiri tidak suka.
Restu
Restu ibu bapa juga sangat penting dalam pemilihan hala tuju anda selepas SPM. Ada satu kisah dimana ibu bapa pelajar ini sangat menginginkannya menjadi guru, tetapi pelajar ini sangat tidak meminati bidang perguruan. Akhirnya pelajar ini ke universiti atas bidang pilihannya, tetapi lama kelamaan minat terhadap bidang yang dipilihnya semakin pudar kerana perasaan bersalah terhadap ibu bapanya mecengkam jiwa. Restu ibu bapa sangat penting, kerana merekalah yang mendoakan kita.
Kewangan
Kewangan juga merupakan salah satu faktor untuk anda memilih hala tuju anda selepas SPM. Jika anda mendapat keputusan yang cemerlang, anda tidak perlu risau keran banyak tawaran biasiswa akan menghujani anda. Selain biasiswa, ada juga pinjaman seperti MARA atau PTPTN yang agak ‘famous’ di kalangan pelajar-pelajar IPTA.  Ada juga pelajar yang agak terdesak dalam masalah kewangan bertindak untuk terus bekerja mencari rezeki untuk keluarga.  Jika anda dalam golongan yang tidak lagi terdesak, bersyukurlah, dan ayuh belajar dengan bersungguh-sungguh.




Yang penting, selagi kita bergelar pelajar, hargailah masa belajar dan jangan menyesal di belakang hari Buat adik-adik yang mengambil SPM gud luck dan selamat menduduki peperiksaan dari abg redzuan :) . Mudah-mudahan segala penat lelah dan usaha  , anda semua akan mendapat keputusan yang cemerlang sekaligus membanggakan kedua orang tua  anda :)

p/s : Walaupun  saya now study di Universiti Malaya , tapi bila teringat time SPM dulu , kalaulah masa boleh diputarkan kembali , memang nak wat lebih baik lagi dapat result lebih cemerlang SPM, sbb tak berapa puas hati sangat dengan result SPM . tapi ape-ape pun tetap bersyukur dengan apa yang ada sekarang. :)

4 ulasan:

  1. bagus ridz panduan yang berguna pada masa sesuai
    sediakan meja sebelum makan.....

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. saya menunggu result SPM 2012. buntu dalam menentukan pilihan akan datang :(

    BalasPadam
  3. bagus sgt utk rujuklan guru dan pelajar

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai