Alasan Basi Wanita Islam Bila Ditegur Mengenai Aurat Mereka







1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.."


Jawapan:

Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..



2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."

Jawapan:

Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?



3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"

Jawapan:

Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..



4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"

Jawapan:

Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?


5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?

Jawapan:

Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...





p/s : perkongsian ni bukan nak mengaibkan sesiapa , bukan semua wanita mcm ni tetapi sebahagian terutama remaja perempuan dan golongan muda yang pada saya buta fashion yg dibenarkan islam .. islam itu mudah , nak pakai apa pakaila , tp jangan melampaui apa dibenarkan. apa guna bertudung tetapi terdedah ,  jarang or ketat , dosa tak menutup aurat dah dapat lepas tu  menimbulkan lagi  fantasi  lelaki bernafsu serakah ..  maaf jika kata2 ni agak kasar .


komen dan pandangan sahabat semua ?

11 ulasan:

  1. saya rasa gambar yg atas sekali tu je yg patut kamu paparkan, yg kedua dan ketiga tu tak perlu kot, sebab dgn membaca ayat kamu sahaja sudah jelas utk membayangkan pemakaian wanita yg salah itu, dan saya rasa, lebih perlu jika kamu letak gambar sanggul tu, (macam bonggol unta tu) sebab, mungkin ada yg beranggapan sanggul yg dimaksudkan ialah sanggul tidak bertudung. maaf tuk salah.

    BalasPadam
  2. kita tidaklah baik mana..
    tapi entry cukup bermakna..
    moga lekat dalam kepala..
    dan cuba diaplikasikan dalam kehidupan seharian..

    BalasPadam
  3. i like ...insyaallah... :D

    BalasPadam
  4. betul-betul...x salah sume tu...

    BalasPadam
  5. kenapa mesti nk cr alasan? menunjukkan sehelai rambut pn dh berdosa. Jgn pertikai... satu lg ayat normal " nanti kalo dh terbuka hati kami, kami pakailah tudung.." mati tu nk kena tggu korang terbuka hati ker? ayoyoyoyo..... wanita di luar sana, sedarlah. Kamu adalah golongan yg paling mudah masuk syurga dan yg paling mudah masuk neraka.

    BalasPadam
  6. memang alasan itu yang akan diberi..hurmm..dunia akhir zaman kan..takutnya... btwn ice blog..do follow my blog =)

    BalasPadam
  7. Pandangan saudara ni mmg benar..cuma ada beberapa part je yg sy kurang setuju...Gmbr wanita yg nampak punggung, nmpk dada tu blh tak klau saudara tidak siarkannya? Mmg tak nmpk muka tp apa perasaan si empunya badan tu? Klu sy, mmg sy mrh bercampur malu...So, saudara kena berhati2 dlm menyampaikan sesuatu artikel..Dosa zina, minum arak,tak solat mmg besar dosanya tetapi dgn bertaubat nasuha, TUHAN ampunkan..tetapi klu dosa sesama manusia? Mmg berat..Harap renung2kan..Maafkan sy jika komen sy ini menyinggung perasaan saudara..

    BalasPadam
  8. yanyanna
    Hmm betul apa yang telah diperkatakan..kebaknyakan masyarakat prempuan sekarang terlalu memandang remeh perkara yang berkaitan dengan aurat ini..smoga timbul kesedaran..

    BalasPadam
  9. Gambar-gambar tu rasanya boleh di buang kot..dakwah tu dah molek,tapi bila letak gambar2 yang mengaibkan dan membuka aurat org tu,dah jadi tak molek pula..harap writer dapat membuat sikit perubahan..jzkk

    BalasPadam
  10. astagfirullah..nauzubillah !! mcm2 ragam manusia zaman skang..
    blog ni bagus tp,pic x bagus tu bahye sikit..bkn kaum hawa shj buke blog ni..kaum adam pon buke jgk..arap2 writer dpt pertimbgkn..

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai