iklan baris

Menjana Income Lumayan dengan Google Adsense

Tiada ulasan:

AdSense Kini Menerima sepenuhnya blog dan website Bahasa Melayu .



Salam buat semua pembaca blog redzuan-ridz.dah terlalu lama saya tidak berkongsi sebarang tips, perkongsian , mahupun review dalam blog ini .Mungkin ramai telah mengetahui yang Google secara rasminya telah menerima blog , website   berbahasa Melayu untuk menyokong program AdSense mereka .


Buat Duit dengan Google AdSense

Adsense merupakan program pengiklanan blog dan website paling lumayan didunia dibayar dalam usd yang dimiliki Oleh Google .Kini terdapat lebih 2 juta Publisher  diseluruh dunia yang memaparkan iklan google didalam laman web , blog , forum , laman iklan , mahupun dalam google playstore .

Bagi yang telah mempunyai blog atau website sendiri dalam Bahasa Melayu, kini anda tidak perlu lagi bersusah payah memohon adsense dengan blog bahasa Inggeris yang memerlukan sekurang kurangnya 15-25 entri original hasil tulisan anda sendiri .

Anda kini boleh memaparkan AdSense di dalam blog bahasa melayu milik anda dengan syarat anda perlu menghasilkan blog dengan hasil tulisan sendiri yang berkualiti dan tidak meniru (copy) hasil dari blog atau website orang lain .

Bahasa Melayu  merupakan salah satu daripada bahasa yang paling pesat berkembang di alam Maya dan mempunyai antara penutur paling ramai didunia .

Hampir 65% daripada penduduk Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penuturan mereka dan menjadi bahasa utama mereka. Terdapat kira-kira 40 juta penutur bahasa Melayu dirantau Asia tenggara ini . Manakala diseluruh dunia terdapat lebih dari 220 juta menuturkan bahasa melayu . dan hasil perkembangan dan penggunaan bahasa melayu yang besar inilah maka AdSense kini menyokong Bahasa Melayu .

kini peluang anda untuk menjadi sebahagain Dari keluarga AdSense dan menjana income lumayan yang akan dibayar dalam dollars . (USD)

Sebelum anda ingin menjana income lumayan dengan AdSense,  anda perlu ketahui apa sebenarnya program AdSense , syarat-syarat menyertai program adsense dan bagaimana ianya berfungsi menjana income lumayan . bukan mudah untuk lulus dari menjadi publisher AdSense.

pelbagai syarat ketat dikenakan Google .Saya akan bahaskan dalam entri selanjutnya  mengenai apa itu adsense , cara daftar dan bagaimana untuk lulus permohonan adsenseuntpermohonan AdSense anda .

Dengan Adsense telah menerima Bahasa Melayu, Google berharap dapat menarik lebih banyak para pengiklan yang ingin memasarkan produk mereka melalui medium pengiklanan AdSense dimana kandungan akan dipaparkan didalam pemilik website dan blog  . Dalam masa sama dapat mewujudkan kandungan web yang berkualiti dalam bahasa Melayu, sekaligus dapat mentambung pengiklan untuk pembaca dalam talian yang berkembang pesat

KISAH ANAK SAIYIDINA UMAR IBNU AL KHATTAB DI HUKUM KERANA BERZINA

Tiada ulasan:
Dalam satu riwayat daripada Abdul Aziz Ibnu Hajjaz Al- Khoulani daripada Shafwan daripada Ibnu Abbas r.a dia berkata," Bahawasanya Saiyidina Umar mempunyai dua orang anak lelaki, seorang bernama Abdullah dan seorang lagi yang bernama Abiidillah dan dia mempunyai gelaran Abu syamah, dia sangat suka membaca kitab Allah dan bacaannya sama dengan bacaan Rasullullah. Maka Allah menduganya dengan penyakit teruk selama setahun.

Setelah dia kembali sembuh dari penyakitnya, dengan hati yang senang dan sangat gembira dia pergi berjalan ke kampung orang yahudi kerana ada jamuan makan, Maka orang orang yahudi menjamu dengan minuman arak. Selepas itu, dia keluar meninggalkan kampung yahudi itu dan melintasi pagar kaum Bani najjar, Di tempat tersebut, dia berjumpa dengan seorang perempuan yang sedang berbaring, maka serta merta berusaha Abu syamah mendekatinya dan bermaksud untuk merogolnya. Apabila perempuan itu mengetahui keadaan yang akan menimpa dirinya, dia pun sedaya-upaya untuk menegahnya tetapi malangya dia tidak berupaya. Setelah selesai perbuatan itu,perempuan tadi berpaut pada leher baju Abu syamah dan mencakar-cakar bajunya sebagai di jadikan bahan bukti, akibat dari perkosaan itu, perempuan itu pun hamil.

Setelah cukup masanya, lahirlah seorang anak. Perempuan itu pun membawa anaknya ke masjid Rasulullah. untuk mengadap Amirul Mukminin untuk mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang memangku jawatan khalifah pada waktu itu ialah Saiyidina Umar Al Khattab Perempuan itu pun berkata:''' Ya Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah lebih patut memeliharanya daripada aku." mendengar kenyataan tersebut, umar merasa terkejut dan dengan perasaan hairan, lalu dia bertanya,,"Mengapa demikian?" jawab perempuan itu ,"Bayi ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu syamah." Umar bertanya lagi," Dengan jalan halal kah atau haram?". perempuan itu menjawab,"Ya Amirul Mukminin, demi Allah daripada pihak aku anak ini halal tapi daripada pihak Abu syamah anak ini haram." Umar bertanya mengapa boleh jadi demikian? perempuan itu pun menceritakan peristiwa yang berlaku atas dirinya.

"Pada suatu hari, aku keluar dekat pagar Bani najjar untuk memetik sayuran. Malam harinya ketika aku tertidur di tempat itu, tiba-tiba anakmu Abu syamah lalu Ditempat itu dalam keadaan mabuk. Apabila dia terpandang diriku yang sedang tidur di situ maka dia memperkosa aku sedangkan aku tidak berdaya menengah perbuatannya. Setelah selesai dia melakukan perbuatan itu, aku berpaut pada leher bajunya untuk menjadikan bahan bukti atas apa yang dilakukan olehnya terhadapku. Kemudian aku kembali ke rumah dengan sabar menanti masa datang bulan tetapi tiada ia datang pada masanya. Maka nyatalah aku sedang hamil. Sekarang tuan ambillah anak ini kerana tuan yang patut memeliharanya. Sesungguhnya aku lebih menanggung malu dunia daripada menanggung malu di akhirat kelak."

Setelah Saiyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu, dia pun menangis sehingga janggutnya di basahi air mata. Dalam tangisannya Saiyidina Umar berkata,"Suatu perkara yang sangat memalukan diriku di hadapan Allah nanti di hari qiamat. "

Untuk lebih meyakinkan khabar tersebut,dia bertanya kembali pada perempuan itu dengan katanya, "Wahai jariah ceritakan dengan sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkaramu dengan sebenarnya." Perempuan itu berkata,"Ya Amirul Mukminin penjelasan apa lagikah yang tuan kehendaki dari diriku? Demi Allah sesungguhnya aku tidak berdusta jika engkau Kehendaki aku bersumpah di hadapan al Quran aku sedia melakukannya, "Saiyidina Umar lalu mengambil mashaf al Quran dan perempuan itu pun bersumpah dari surah al Baqarah hingga surah Yasin kemudian dia menegaskan kenyataan. "Ya Amirul Mukminin sesungguhnya anak ini adalah daripada darah daging anakmu Abu syamah." Oleh kerana perkara itu memang benar, Saiyidina Umar dengan perasaan yang berat terpaksa menerimanya seraya berkata," Wahai jariah demi Allah engkau adalah benar dan tidak berdusta," Kemudian Sayidina Umar berdiri dan berkata. "Wahai sekalian sahabat-sahabat Rasulullah aku berharap supaya kamu tetap tinggal di sini sehingga aku kembali." Tidak berapa lama kemudian,dia kembali ke tempat itu sementara dalam tangannya terdapat wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain, Di berkata pada wanita malang itu. "Wahai jariah ambil lah wang yang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkan perbuatan anakku Abu syamah di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya maka ambillah nanti sewaktu berhadapan dengan Allah". Perempuan itu lalu mengambil wang dan kain yang diberikan serta membawa pulang anaknya kembali ke rumah.

Setelah perempuan itu kembali, Saiyidina Umar berkata pada sahabat sahabatnya ,,"Wahai sahabat-sahabat Rasulullah tetaplah kamu duduk di sini sehingga aku kembali." Sayidina Umar pergi menemui anaknya, abu syamah yang ketika itu sedang memjamu hidangan dia pun mengucapkan salam,dengan katanya. "Salam sejahtera atasmu wahai anakku,"ucapan salam itu di jawab oleh anaknya dengan rasa hormatnya sebagaimana layaknya hormat seorang anak kepada orang tuanya, Sayidina Umar berkata lagi ." Wahai anakku hampirlah padaku marilah kita makan bersama tidak ku sangka inilah akhir bekalanmu dari pada kehidupan dunia."Apabila mendengar perkataan ayahnya sedemikan rupa, Abu syamah sangat terkejut seraya berkata."" Wahai ayahku siapakah yang memberitahu bahawa ini adalah bekalan terakhir untukku dari kehidupan dunia?  Bukankah telah putus wahyu setelah wafatnya Rasulullah?"

Jawab ayahnya,"Aku ketahui dosa yang engkau telah buat." kata Abu syamah, "Demi Allah tidaklah aku lakukan perbuatan maksiat sekiranya ada orang menyampaikan kepadamu bahawa aku telah melakukan maksiat maka sebaiknya terlebih dahulu tanyalah padaku kerana aku tidak menyembunyikan sesuatu daripadamu."

Kata Sayidina Umar," Wahai anakku ceritakan lah pada ku dengan sebenarnya sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat oleh pandangan mata dan Dia Maha Luas Penglihatannya." sambungnya lagi,  "Adakah engkau masih ingat hari yang engkau pergi ke kampung orang yahudi dan mereka memberi engkau minuman arak? Kemudian dalam keadaan mabuk lalu engkau  meninggalkan meraka dan engkau melintasi pagar Bani najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan yang sedang tidur dan kemudian engkau memperkosanya?" Apabila Abu syamah mendengar kenyataan ayahnya,dia pun menundukan kepala kerana merasa malu sambil diam membisu. Ujar ayahnya lagi, "Wahai anakku katalah dengan jujur jika benar engkau selamat jika dusta engkau akan binasa."

Jawab anaknya, "Memang benar aku yang telah melakukan hal yang demikian tetapi aku telah pun menyesal dengan bersungguh-sungguh."

Kata Sayidina Umar pula, "Tiada manfaat pun bagimu menyesal setelah membuat satu kerugian sesungguhnya engkau adalah anak seorang Amirul Mukminin maka seorang pun tiada kuasa mengambil tindakan ke atasmu tetapi engkau telah memalukan aku dihadapan sahabat-sahabat Rasulullah," selepas itu Sayidina Umar lantas memegang tangan Abu syamah untuk di bawa kehadapan sahabat-sahabat Rasulullah. "Mengapakah ayah melakukan ini?" Tanya Abu syamah dengan ketakutan. "Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia ini supaya aku dapat lepas daripada di tuntut di akhirat kelak, " jawab Sayidina Umar dengan tegas.

Abu syamah dengan perasaan cemas terus merayu, "Wahai ayahku aku memohon dengan nama Allah hak Allah itu di tempat ini dan janganlah malukan aku dia hadapan sahabat-sahabat Rasulullah."

Jawab Sayidina Umar , "Engkau telah membuat malu pada dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu." Apabila sampai di hadapan para sahabat Rasulullah mereka bertanya, "Siapakah yang di belakang mu itu?" jawab Sayidina Umar, "Wahai sekalian orang-orang muslimin sesungguhnya anakku Abu syamah telah mengakui atas segala dosanya yang dilakukannya dengan ini benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi." Kemudian Sayidina Umar menyuruh seorang budak yang berkulit hitam yang bernama Muflih. "Sesungguhnya beruntunglah pada hari ini orang-orang yang berbuat ketinggian wahai Muflih pukullah anakku Abu syamah setelah itu kamu merdeka dari menjadi hamba kerana Allah."

Jawab Muflih, "Wahai penghuluku bagaimana aku harus melakukannya kerana aku takut dia akan mati atau cedera oleh pukulan tersebut!!!"  Sanggah Sayidina Umar, "Jangan engkau bercakap seperti demikian segeralah ambil rotan dan pukullah dia pada belakangnya sehingga dia merasa sakit sampai masuk ke rongga nya jika dia mati dengan sebab pukulan mu itu bererti sampai ajalnya dan jika dia hidup dia tidak akan kembali melakukan dosa selamanya." kerana sangahan Sayidina Umar yang keras itu, bersegeralah Muflih mengambil rotan dan langsung menghadap pada Abu syamah dan dia berkata, "Wahai penghuluku jangan engkau cela diriku tetapi cela lah dirimu sendiri kerana Allah dan penghuluku Saiyidina Umar telah menyuruh aku memukulmu."

Jawab Abu syamah,"Wahai Muflih lakukanlah sebagaimana yang diperintahkan Allah dan ayahku kerana ini adalah balasan bagi  orang yang menderhakai Allah dan menghina agamanya," kemudian Muflih mengangkat tangan Abu syamah hingga jelaslah kelihatan putih ketiaknya dan memukulnya sebanyak sepuluh kali pukulan.

Kata Abu syamah, "Wahai ayahku rasanya menyala api di jasad ku. "

Jawab Sayidina Umar, "Wahai anakku bahawasanya pada jasad ayahku terlebih panas rasanya daripada jasadmu," perintah Sayidina Umar pada Muflih,"Pukul lagi." maka Muflih memukulnya sebanyak sepuluh kali pukulan.

Berkata Abu syamah, "Wahai ayahku tinggalkanlah aku supaya supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan.

Jawab Sayidina Umar," Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan maka akan ku berikan kesenangan." perintah Sayidina Umar selanjutnya,." Wahai Muflih pukul kembali!!" Kemudian Muflih memukul Abu syamah sepuluh kali pukulan..

Maka Abu syamah berkata, "Wahai ayahku aku memohon padamu dengan nama Allah tinggalkan aku supaya aku dapat bertaubat."

Jawab Sayidina Umar dengan nada pilu, "Wahai anakku apabila selesai aku ambil hak Allah daripadamu, jika engkau hendak bertaubat maka bertaubatlah. Dan jika engkau melakukan dosa itu kembali engkau lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama yang engkau rasa sekarang. " kata Umar pada Muflih, "Pukul lagi" dan Muflih memukulnya sebanyak sepuluh kali.

Kata Abu syamah, "Wahai ayahku dengan nama Allah aku memohon kepadamu berikanlah aku seteguk air supaya dapat rasa sejuk dalam hatiku.""

Jawab Sayidina Umar, "Wahai anakku seandainya ahli neraka dapat meminta air sejuk untuk minum maka akanku berikan pada mu air minum." Perintah Sayidina Umar selanjutnya pada Muflih, "Pukul kembali." maka di pukulnya sebanyak sepuluh kali.

Berkata pula Abu syamah, "Wahai ayahku aku memohon kepadamu dengan nama Allah kasihanilah aku."

Jawab Umar, "Wahai anakku jika aku kasihan pada mu di dunia maka engkau tidak akan dikasihi di akhirat."kata Umar selanjutnya," pukul kembali," maka di pukul kembali sebanyak sepuluh kali.

Setelah itu berkata Abu syamah, " Wahai ayahku hairanlah ayah melihat keadaan ku dan aku akan hairan kepadamu sebelum aku mati."

Jawab Umar, " Aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat."Wahai Muflih pukullah lagi sepuluh kali pukulan.

Kata Abu syamah dengan suara yang lemah," Wahai ayahku rasanya aku sudah hampir mati.

Jawab Umar, "Wahai anakku, jika engkau bertemu dengan Rasulullah katakan pada baginda ayahku memukul diriku sehinggalah aku mati." Perintah Umar pada Muflih "Pukul lagi, " maka Muflih pun memukul sebanyak sepuluh kali pukulan.

Setelah itu Abu syamah mengangkat kepalanya dan menyeru dengan suara yang sangat kuat." Wahai sekalian sahabat-sahabat Rasulullah mengapa kamu tidak meminta pada ayahku supaya memaafkan aku?" Apabila mendengar seruan demikian, sahabat-sahabat Rasulullah menghadap kepada Umar dan mereka berkata," Wahai Amirul Mukminin, hentikan pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia!!"

Jawab Umar. "Wahai sekalian sahabat-sahabat Rasulullah apakah kamu tidak membaca ayat Allah yang bermaksud:- "Janganlah kamu mengambil kasih sayang pada keduanya apabila menjalankan hukum Allah." Mendengarkan penjelasan Saiyidina Umar yang demikian itu, sahabat-sahabat Rasulullah diam dan tidak membantah Perintah Umar selanjutnya ."Wahai Muflih pukul lagi .'" maka di pukul lagi sebanyak sepuluh kali pukulan,.

Akhiranya Abu syamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari qiamat tiba, Maka menangis lah sekalian sahabat-sahabat Rasulullah dengan teramat sedih.

Kata Umar " Wahai Muflih pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan yang sebanyak seratus kalinya, "Wahai Muflih,cukuplah," lalu Saiyidina Umar menghampiri anaknya yang kelihatan tidak bergerak lagi. Setelah mendapati Abu syamah meninggal dunia, umar lalu bangkit dan mengisytiharkan pada sekelian kaum muslimin dengan katanya, "Wahai sekalian umat islam bahawasanya Abu syamah telah pergi untuk menemui Allah." Mendengar pengumuman tersebut, maka bersegeralah orang islam yang datang hadir ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ramai di antara mereka yang menangis kesedihan dengan peristiwa tersebut termasuklah ibu Abu syamah.

Ibunya berkata," Suatu kebahagiaan bagimu wahai anakku, aku kirimkan engkau pada tuhan yang tiada sia-sia segala pengkiriman.

Selepas itu, Saiyidina Umar mengangkat jenazah anaknya dan di letakkan pada suatu tempat dan di mandikan dan dikapankan, disembahyangkan dan kemudian di mandikan.

Pada malam harinya setelah Abu syamah di kebumikan itu, Ibnu Abbas bermimpi Rasullullah yang wajah baginda seperti bulan purnama dan baginda memakai pakaian serba putih manakala Abu syamah duduk di hadapan baginda dan dia berpakaian berwarna hijau. Aku mengucapkan salam pada Rasulullah dan aku kucup dahi baginda.

Setelah itu Rasulullah berkata." Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan lah salamku kepada Umar dan Beritahukanlah kepadanya Allah telah membalas setiap kebaikannya kerana tidak mensia-siakan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam jannatul naim. Bahawa sesungguhnya Abu syamah telah sampai pada Tingkatan orang-orang  yang benar di sisi Allah yang Maha kuasa.

Sumber: Kitab Lubab Hadits karangan Imam Jalaluddin Sayuti Rahimahullah

15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan

Tiada ulasan:

15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan  


Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar.

Dahulunya kahwin awal merupakan perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman sekarang ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh  dengan niat anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak kebaikan dan kelebihan :


1.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan

Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

2. Sudah ada yang berkenan di hati.

Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?



3.Mencari ketenangan

Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut.

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum; Ayat: 21)

Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)

4.Teman dalam pelajaran

Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)

5.Teman dalam kehidupan

Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

6.Teman dalam perjuangan

Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!

7.Hilang fokus

Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!


8.Remaja lebih produktif

Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T

9.Menjadi lebih bertanggungjwab

Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.

10.Menjadi anak yang soleh

Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.

11. Fikiran lebih matang

Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

12. Memperbaiki diri

Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

13. Plan jangka panjang

Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan :P

14. Seks yang lebih berkualiti

Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

15. Rezeki bertambah

Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

Wallahua’alam

Kota Atlantis Yang Hilang Berdasarkan Catitan Plato

Tiada ulasan:


Plato - Pengarang kisah Atlantis melalui karya dialog Timaeus & Critias

Misteri kota Atlantis yang hilang masih menjadi igauan imaginasi jutaan manusia. Sama ada ia suatu kenyataan atau mitos? Maka di sini kita perlukan fakta asas. sebelum ini saya pernah mengupas dan berkongsikan mengenai kisah tamadun atlantis ini .

Tamadun-tamadun silam yang hilang memang wujud. Penemuan-penemuan arkeologi terbaru sering berlaku dari masa ke semasa. Tempat seperti Garisan Nazca boleh dilihat dengan jelas menggunakan Google Earth. Kota-kota purba lama yang baru ditemui di hutan hujan Amazon. Hanya kerana kita tidak menemui Atlantis, tidak bermaksud kita tidak akan menemui di masa hadapan.

Jika anda benar-benar berminat dengan kisah Atlantis, maka kita mesti bermula dari sumber utama, iaitu penulisan Plato dari karya2nya iaitu Timaeus & Critias.

Bila anda menolak kisah2 dewa-dewi, perumpamaan serta interpretasi sosial dari teks berkenaan, anda kini mempunyai beberapa kunci penting.


- Solon (638 BC–558 BC) adalah seorang negarawan, ahli perundangan & pemuisi Lyric dari Athens yang didakwa telah mendengar kisah Atlantis dari beberapa rahib Mesir ketika dia melawat mereka di mana diceritakan kisah ini kepadanya disebabkan orang Athens (bangsa Yunani) telah melupakan sejarah silam sebenar kerana dari zaman ke satu zaman lainnya ketamadunan Yunani sering dimusnahkan bencana.

- Para rahib Mesir merujuk kepada “Deklarasi dari Alam Syurgawi”, bermaksud meteor yang menyebabkan kemusnahan pada Bumi. ---- - Rahib2 ini memahami dari masa ke semasa dalam sejarah memang ada berlakunya bencana alam yang melibatkan eleman air & api. Mereka mengatakan segala bencana ini adalah tindakan Dewa Dewi.

- Pernah berlaku peperangan antara orang Yunani Athens & kaum Atlantis. Dikatakan Yunani Athens berasal dari Athens.

- Kaum Atlantis berasal pula dari sebuah pulau jauh melepasi Tiang Heracles.
-  Peperangan berkenaan berlaku 9000 tahun sebelum sejarah penulisan bermula iaitu 2500 tahun yang lalu – secara umumnya jika dikira dari sekarang, lebih 11,500 tahun dahulu.

- Altantis didakwa merupakan sebuah pulau lebih besar dari keluasan Libya & Asia jika dicantumkan.

- Atlantis akhirnya dimusnahkan oleh gempabumi.

- Dewa Dewi Athens pula berdamai antara satu sama lain
- Kisah Atlantis dilupakan oleh kaum Yunani Athens disebabkan berlakunya banjir besar di seluruh dunia sehinggakan hanya mereka yang terselamat di kawasan pergunungan terdiri daripada orang yang buta huruf sahaja.

- Solon mengatakan kejadian berkenaan berlaku sebelum zaman Theseus.

- Pada zaman itu, nenek moyang Yunani Athens menguasai jajahan dari Isthmus Corinth ke banjaran Cithaeron di tengah Greece & Parnes. Oropus terletak di sempadan kanan & sungai Asopus pula di sempadan kiri.


baca juga : MISTERI  KOTA ATLANTIS PART 1



- Jajahan takluk kuno Athens sangat subur & mampu menyediakan pasukan tentera yang besar.

- Dikatakan banyak berlaku banjir besar sepanjang 9000 tahun sebelum kisah Atlantis direkodkan.

- Banyak tebing2 yang mengelilingi tanah jajahan Athens kuno telah terhakis ke dalam laut dan banyak hutan2 kayu yang pernah wujud telah kebanyakannya hilang. Selain itu kawasan daratan kurang terhakis manakala kurangnya jumlah hujan, akhirnya perlahan2 ditelan laut.

- Iklim cuaca lebih kurang sederhana

- Acropolis lebih besar & dikelilingi tanah, bukan batu-batuan seperti sekarang.

- Yunani Athens kuno memiliki Gymnasia.

- Ketika itu banyak punca mata air yang kemudiannya hilang selepas berlaku gempa bumi.

- Kaum Athens kuno sangat menawan & amat sihat yangs bersiapsiaga untuk peperangan

- Poseidon adalah Dewa Penaung & Dewa Agung Atlantis (Dewa Lautan & Gempa Bumi)

-  Atlantis sebuah pulau dengan sebuah gunung ditengah2nya dengan lapangan kawasan tanah yang subur mengelilinginya.

- Di gunung berkenaan dikelilingi terusan2 air.

- Air dikatakan mengalir dari bawah tanah, ada panas, ada yang sejuk.

- Tanaman2 tumbuh subur dari tanah yang subur.

-  Anak sulung Dewa Poseidon lahir di Atlantis & dinamakan Atlas dan laut mengelilingi pulau berkenaan dinamakan Atlantic.

- Jauh dari Tiang Heracles, kota Atlantis menguasai kepulauan & kerajaan daratan sejauh Mesir.

- Bangsa Atlantis mempunyai hubungan perdagangan yang kuat dengan negara2 lain.

- Orichalcum (sejenis logam / aloi berwarna merah berkemungkinan campuran tembaga & emas) sering ditemui di Atlantis.

- Pulau Atlantis adalah kawasan yang penuh dengan hutan rimba.

- Terdapat banyak kawanan gajah yang hidup di pulau itu.

-  Ada juga pokok berangan (chestnut) di pulau itu.

- Pulau & kota Atlantis telah lama wujud sehinggakan ramai pemerintah / raja terkemudian membangunkan kawasan Atlantis.

- Kota Atlantis mempunyai terusan dari laut hingga ke lagun di dalam kota.

- 3 jenis batuan berwarna merah, putih & hitam dilombong dari kuari2 di Pulau Atlantis..

- Kaum Atlantis menggunakan loyang (brass) untuk menutupi tempat kediaman, serta menggunakan loyang, timah & logam orichalcum untuk menutupi dinding luaran kota2 merela.

- Kuil Poseideon ditengah2 kota pula mempunyai reka bentuk gasar manakala bumbung dalaman kuil diperbuat daripada gading.

- Dalam kuil itu terdapat patung dewa menaiki kereta kuda (chariot).

- Kota Atlantis terdapat tempat mandi awam untuk kegunaan peribadi serta masyarakat umum & air yang telah digunakan dikumpul & digunakan ke kawasan pertanian mereka.

- Pelabuhan Atlantis penuh dengan kapal laut (jenis Trireme) & keperluan bekalan lautan.

- Banyak tebing2 pada sekeliling pulau tetapi secara umumnya ia adalah dataran plateau dengan sebuah gunung kecil di tengahnya & kawasan gunung ganang di sebelah utara.

- Kawasan utara pulau sangat indah dengan ketinggian pergunungannya.

- Kawasan dataran pula mempunyai ngarai berbentuk bulatan yang mana saiznya (lebih 100 kaki kedalaman) tidak mungkin dari buatan manusia.

- Pasukan tentera Atlantis memilikan banyak kereta kuda perang (war chariot).

- Masyarakat Atlantis menerima manfaat dari hujan di musim dingin.

- Perisai tentera Atlantis agak kecil.

- Jajahan takluk Atlantis di pulau itu dibahagikan kepada 10 kerajaan dengan kota masing2.

- Tiada raja Atlantis boleh berperang dengan raja Atlantis yang lain.

- Peraturan ini dipatuhi untuk satu jangkamasa yang lama akhirnya kebanyakan raja2 Atlantis terkemudian terpengaruh dengan nafsu mereka & melakukan dosa2.


Ini sahaja intipati penting dari kisah Atlantis yang direkodkan oleh Plato. Ini bermaksud apa sahaja yang pernah anda baca berkaitan Atlantis, yang bukan terjemahan karya Plato yang asal (Yunani Hellenistik), adalah samada palsu, rekaan atau diagak2 semata2.

Walaupun kisah mitos kota Atlantis yang hilang itu bukannya merujuk pada satu tempat / lokasi semata2, gambaran dalam Critias oleh Plato agak tepat dari segi naratifnya. Plato pula berkali2 menegaskan Atlantis pernah wujud.

Baca juga : Misteri Kota Atlantis Part 2 


Sumber: Artikel ”Lost City Atlantis by Plato’s Timaeus & Critias."