iklan baris

Tips Hilangkan Panas Baran Cara Islam







MENGUBAH POSISI

Rasulullah SAW bersabda,maksudnya :

Apabila kamu marah,dan ketika itu berada di dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan.Dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring | |Riwayat Muslim|



BERWUDUK

Rasulullah SAW bersabda,maksudnya:

|Marah datangnya daripada syaitan,dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh sebab itu apabila kamu marah,maka hendaklah berwuduk| |Riwayat Abu Daud|





MEMBACA TA’AWUZ

Maksudnya: |Ya Allah,lindungi aku daripada syaitan yang direjam|



BERZIKIR

Banyak berselawat,berzikir,bertahmid,bertahlil dan bertakbir.



KAWAL LISAN

Berdiam diri dan jangan bertutur apabila berasa hendak marah kerana ramai manusia yang merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri.katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikannya.


MINUM AIR

Minum air sejuk kerana air mampu memadamkan api kemarahan.


BERKATA KEPADA DIRI

Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yg kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga. Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan fokus minda kepada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai