iklan baris

Ringkasan Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW




Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog dirahmati Allah sekalian . Salam Israk dan Mikraj. Sebelum ini saya pernah kongsikan entri mengenai  peristiwa israk dan mikraj Nabi Muhammad S.A.W . Di bawah ini saya kongsikan  ringkasan peristiwa yang dialami oleh Baginda junjungan kita ketika peristwa israk mikraj .



Secara ringkasnya, antara peristiwa yang dialami oleh Rasulullah SAW ketika Isra' dan Mi'raj adalah seperti berikut:


1. Orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak dan cepat: Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah.

2. Mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun (Mashitah) yang beriman kepada Allah.

3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu berulangkali : Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.

4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zaqqum yang sangat pahit dan memakan bara api Jahannam: Balasan orang yang tidak suka menderma, bersedekah dan tidak mengeluarkan zakat.

5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti: Balasan orang yang bercakap tetapi tidak mengamalkannya.

6. Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik: Balasan orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.

7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan batu: Balasan orang yang memakan riba.

8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam: Balasan orang yang suka mengumpat.

9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya: Balasan orang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.

10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke dalam lubang tersebut: Gambaran orang yang suka bercakap besar.

11. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu: Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

12. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk : Balasan wanita yang tidak menutup auratnya.

13. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti keldai: Balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.

14. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri: Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.

15. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya: Balasan orang yang membesarkan diri dan takabbur kepada orang ramai.

16. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya: Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.

17. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zaqqum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar: Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.

18. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya : Balasan wanita yang menjadi penyanyi tanpa sempat bertaubat.

19. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut : Balasan orang yang makan harta anak yatim.

20. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya :  Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.



Details kisah israk dan mikraj sila klik ==> Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai