Ketika perang antara kerajaan Mamalik dan tentera Mongol berlangsung, kerajaan Mamalik kehabisan sumber kewangan bagi membiayai kos peperangan mereka.. Al-Malikul Zahir iaitu Raja Mamalik akhirnya telah meminta para ulama mengeluarkan satu fatwa bagi membolehkan kerajaan mengutip wang dari rakyat bagi tujuan tersebut. Kebanyakan ulama berkata hukumnya harus,
Raja Mamalik masih lagi tidak berpuas hati kerana ada seorang ulama besar, iaitu Imam Nawawi yang telah menarik diri dari mengeluarkan fatwa .
Atas desakan Raja Mamalik, akhirnya Imam Nawawi setuju untuk tampil dan beliau tidak terus mengeluarkan fatwa tetapi telah berkata kepada raja , “saya mengetahui bahawa sebelum ini Tuanku adalah seorang tawanan yang daif dan akhirnya dengan pertolongan Allah, Tuanku berjaya menjadi seorang raja. Tuanku memiliki 1000 hamba abdi yang mana setiap seorang dari mereka memakai pakaian yang mahal-mahal serta setiap dari seorangnya memiliki beberapa utas emas. Disamping itu, Tuanku juga ada menyimpan 200 orang gundik dan setiap seorang daripada mereka Tuanku berikan perhiasan batu permata serta emas yang tinggi nilainya.” Imam Nawawi berhenti.
kemudian menyambung kembali bicaranya : “Kalaulah Tuanku mengumpulkan kembali perhiasan itu, sudah pasti ia cukup bagi menanggung kos pembiayaan perang. Kalaulah sekiranya tuanku telah membelanjakan semua harta yang saya katakan itu untuk keperluan perang dan masih belum mencukupi, barulah saya berani mengeluarkan fatwa yang membolehkan Tuanku memungut harta dari rakyat,”
Teguran Imam Nawawi yang sangat berani itu telah menyedarkan para ulama dan mereka menyesal atas kesilapan fatwan yang telah dikeluarkan. Memang Imam Nawawi merupakan imam yang sangat disegani oleh para ulama lain.
.Al-Malikul Zahir yakni Raja Mamalik menjadi sangat murka .Raja Mamalik menganggap Imam Nawawi sebagai penghalang rancangan lalu baginda memerintahkan agar Imam Nawawi diusir keluar dari kota Damsyik.Imam Nawai tidak terperanjat dengan hukuman tersebut , sebaliknya ketika itu juga imam nawawi keluar dari kota Damsyik.
Pemergian Imam Nawawi sangat dirasai oleh para ulama lain kerana beliaulah satu-satunya tempat untuk merujuk sesuatu kemusykilan . Para alim ulama beberapa kali memujuk beliau kembali ke Damsyik kerana buah fikiran beliau sangat diperlukan . tetapi imam Nawawi berkata "selagi raja itu masih memerintah selagi itu saya tidak akan kembali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai