iklan baris

Rahsia Disebalik Umur 40 Tahun






Penemuan ilmiah terbaru menunjukkan bahawa perkembangan otak manusia adalah tidak sempurna kecuali ketika berada di sekitar usia 40 tahun.

Sepertimana yang sudah diketahui oleh kita semua bahawa wahyu pertama telah turun kepada Nabi kita, Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam ketika beliau berusia 40 tahun. Dan pasti ada hikmah daripada usia ini, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala tidaklah memilih sesuatu kecuali di dalamnya ada hikmah yang agung.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

(ووصينا الإنسان بوالديه إحسانا حملته أمه كرها ووضعته كرها وحمله وفصاله ثلاثون شهرا حتى إذا بلغ أشده وبلغ أربعين سنة قال رب أوزعني أن أشكر نعمتك التي أنعمت علي وعلى والدي وأن أعمل صالحا ترضاه وأصلح لي في ذريتي إني تبت إليك وإني من المسلمين) [الأحقاف: 15].

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah pula. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu/berserah diri)." (Al-Ahqaf [ 46 ] : 15)

Ayat yang mulia ini menentukan batasan usia empat puluh tahun sebagai usia untuk kesempurnaan kekuatan fizikal dan mental, atau berada di tahap puncak kematangannya. Dan dengan demikian kita berada di hadapan fakta / kenyataan Quraniyyah.

Dan soalan kita sekarang, apakah terdapat fakta saintifik untuk menguatkan kebenaran firman Allah 'Azza wa Jalla (dalam masalah ini)? Tentu sahaja kewujudan fakta / kenyataan ini jika ada akan menjadi bukti kukuh bagi mereka yang skeptis / ragu-ragu (terhadap kebenaran al-Quran), untuk melihat kebenaran Al-Quran ini. Dan juga menjadi sarana/medium bagi orang yang beriman untuk meningkatkan keimanan dan keyakinannya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Seluruh dunia saintis menyatakan dengan tegas bahawa kesempurnaan pertumbuhan otak manusia terjadi pada usia kira-kira 20-an, ini adalah daripada apa yang ditunjukkan oleh ujikaji-ujikaji yang telah mereka lakukan. Akan tetapi telah ada sebuah penyelidikan terbaru yang dihantarkan kepada penulis oleh salah seorang saudara penulis (semoga Allah memberikan pahala kepadanya) yang menegaskan bahawa perkembangan otak manusia akan terus berkembang sehinggalah usia seseorang itu berada pada sekitar usia 40-an. Dan itu benar-benar bersesuaian dengan apa yang telah disebutkan di dalam al-Quran.

Akhbar Telegraph menerbitkan sebuah artikel bertajuk: "Brain only fully 'matures' in middle age" yang lebih kurang ertinya "Sesungguhnya perkembangan otak tetap berlangsung sehinggalah di pertengahan umur seseorang."

Dimuatkan di dalam artikel tersebut sebagaimana berikut:

"Anda mungkin mengira bahawa anda akan matang sepenuhnya (dalam berfikir) apabila usia anda mencecah 21 tahun, tetapi harus diingatkan bukti kajian terbaru menunjukkan bahawa otak anda tidak akan berhenti perkembangannya sehinggalah anda berusia sekitar 40-an. "

Di dalam penemuan ini, para saintis telah menggunakan sejenis alat yang dinamakan sebagai alat scan FMRI (Functional magnetic resonance) iaitu sebuah alat yang sangat canggih yang boleh mengukur kadar aktiviti dan perubahan-perubahan di bahagian-bahagian otak. Dan sebelum abad ke-21, tidak ada seorang saintis pun yang mengetahui bahawa perkembangan otak akan terjadi sehingga ke usia 40-an.

Dan peneltian terbaru tersebut telah menegaskan bahawa kawasan otak yang terus berkembang adalah pada bahagian bawah ubun-ubun atau yang dinamakan oleh para saintis sebagai prefrontal cortex (korteks prefrontal) iaitu terletak pada bahagian yang paling atas di bahagian depan kepala. Kawasan ini berperanan penting dalam membuat keputusan, interaksi sosial, dan fungsi-fungsi keperibadian yang lain, seperti perancangan, tingkah laku, dan pemahaman terhadap orang lain. Dan bahagian otak inilah yang membezakan manusia daripada makhluk lain.

Profesor Sarah-Jayne Blakemore berkata:

"Ujikaji-Ujikaji scan resonansi magnetik (FMRI) pada otak menunjukkan bahawa pertumbuhan otak manusia akan berterusan sepanjang usia tiga puluhan dan sehingga ke umur 40-an! Sementara kawasan yang paling penting dan paling besar pertumbuhannya adalah pada bahagian bawah ubun-ubun. Bahagian itu adalah bahagian yang paling atas di bahagian otak depan yang melaluinyalah kita dibezakan dengan makhluk yang lain.

Di sini kita dapat melihat sebuah ayat Alquran yang mulia, di mana pada ayat tersebut Allah Subhanahu wa Ta'ala menekankan betapa pentingnya ubun-ubun Nashiyah. Dia berfirman menghikayatkan perkataan Nabi Daud 'alaihissalam ketika berbicara kepada kaumnya:

(إني توكلت على الله ربي وربكم ما من دابة إلا هو آخذ بناصيتها إن ربي على صراط مستقيم) [هود: 56].

"Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada suatu binatang melata pun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya (Nashiyah). Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus. "(QS. Hud: 56)

Demikian juga Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mengucapkan dalam do'a beliau:
(ناصيتي في يدك)

"Ubun-ubunku di Tangan-Mu."

Dan soalan kita kepada setiap orang yang ragu-ragu dengan kebenaran Islam: "Bagaimanakah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mengetahui betapa pentingnya ubun-ubun ini (Nashiyah) pada manusia sehingga Nabi Muhammad SAW berani mengeluarkan kata-kata sedemikian?"

Dan sekarang kita kembali lagi ke ayat di mana Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

(حتى إذا بلغ أشده وبلغ أربعين سنة قال رب أوزعني أن أشكر نعمتك) [الأحقاف: 15]

".... Hingga apabila dia telah dewasa dan umurnya mencecah 40 tahun ia pun berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau ...." (QS. Al-Ahqaaf: 15)


sumber dipetik dari halaqah.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai