Malik Bennabi : Pemikir Peradaban Islam
Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz . dah lama rasanyer saya tak kongsikan entri di blog saya berkaitan dengan subjek tokoh . Entri kali ini saya ingin kongsikan mengenai seorang tokoh pemikir peradaban islam yang agung yang dilahirkan pada awal abad ke-20 yang besar sumbangannya dalam dunia pemikiran islam moden dengan gagasan-gagasan beliau . Beliau lah Malik Bennabi..
Di Algeria, nama Malik Bennabi amat tersohor kerana diakui sebagai pemikir Islam yang tajam pandangannya. Beliau bukan sahaja dikenali di negaranya sendiri malah dikenali juga di seluruh negara-negara Islam. Malik bin Nabi dilahirkan di kota Qasanthiah, Aljazair, Algeria pada tahun 1905. Ayahnya bernama Umar bin Khudhar bin Mushtafa bin Nabi dan tidak beberapa lama kemudian keluarganya mula berpindah ke wilayah Tibsah ketika usianya masih kecil. Beliau juga seorang yang amat gemar membaca dan berminat dengan puisi dan syair arab.
Semenjak berpindah ke Tibsah, beliau sering berkunjung ke sebuah madrasah pengajian al-Quran. Dalam waktu yang sama, beliau juga belajar di sekolah Ibtida’yah. Menurut gurunya, beliau merupakan seorang murid yang cemerlang dan sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaan di sekolah tersebut.
Kemudiannya beliau meneruskan pengajian ke peringkat menengah di sebuah sekolah di kota Qasanthinah. Pada masa yang sama, beliau turut mengikuti kuliah agama yang disampaikan oleh Syeikh Ibnu Abid dan Syeikh Maulud bin Muhana di sebuah masjid di kota tersebut.Selepas menamatkan pelajaran di sekolah menengah, beliau kemudiannya mencari kerja sambilan di beberapa tempat, dan pada sekitar tahun 1930, beliau belayar ke Perancis untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Listrik dan tamat pada sekitar tahun 1935.
Dalam memperjuangkan Islam, beliau mempunyai beberapa pandangan yang kritis, rasional dan pernah menegaskan bahawa sikap dan komitmen anak muda perlu dalam perjuangan Islam dan seharusnya berteraskan iman dan akhlak malah dasar-dasar Islam juga menjadi keutamaan dalam perjuangan tersebut.
Apa yang beliau inginkan, bahawa Islam harus dipraktikkan dalam setiap kehidupan manusia yang meliputi aspek politik, pendidikan, perkembangan negara selaras dengan kemodenan era globalisasi.
Dalam mempersembahkan intipati pemikiran dan pengalamannya terhadap dunia Islam, Malik bin Nabi tidak pernah lokek dan ternyata segala idealisme serta penjelasannya mengenai Islam membuatkan beliau sangat dikagumi oleh generasi muda barat mahu pun timur.
Pemikirannya dijadikan sebagai “manhaj” untuk berinteraksi dengan peradaban kontemporari, menggunakan akal untuk mengkaji warisan kemanusiaan, dan mempertimbangkan elemen-elemen yang penting berteraskan neraca syariah Islam. Beliau berkeyakinan bahawa pertimbangan yang didasari syariah Islam akan membawa manusia kepada status kemuliaan hidup malah dapat memakmurkan bumi dengan amal ibadat kepada Allah s.w.t.
Sehingga kini, beliau diibaratkan sebagai obor kepada aktiviti, pemikir dan pengkaji yang mempersembahkan lontaran idea dan pemikiran menurut Islam. Ceramah dan penulisannya sering ditumpukan kepada golongan remaja bagi memupuk semangat kesedaran dalam meyakini agama, berpegang teguh pada komitmen agama, serta menerapkan hukum-hukum agama dalam kehidupan.
Malik bin Nabi jua pernah berkata, hanya Islam sahaja yang dapat menyembuhkan luka yang parah, hati yang tercalar dan dapat menyelesaikan segala persoalan yang dihadapi oleh umat Islam keseluruhannya.Kini banyak hasil karya-karya beliau yang tersebar ke sarata dunia dan diterjemahkan ke beberapa bahasa dunia termasuk bahasa Arab yang kebanyakannya menyentuh mengenai masalah peradaban dan jalan penyelesaiannya.
Antara karya-karya beliau yang terkenal adalah Azh Zhahirah al-Quraniah, Wijhatul Alam al-Islami, Syuruthun Nahdhah, Labbaik dan banyak lagi. Melalui karya-karya tersebut, Malik bin Nabi juga berusaha memberi kesedaran kepada pemuda Islam mengenai agenda barat yang cuba mengekang dunia Islam serta menghina umat Islam.
Buku-buku beliau turut menyentuh sekitar perbincangan dan kupasan mengenai kebangkitan Islam dan syarat-syaratnya, peradaban barat dan cara menghadapinya serta menyentuh keperibadian Muslim dan ciri-cirinya.
Beliau sering mengingatkan umat Islam mengenai sikap dan pemikiran mereka yang sedia untuk dijajah jika mereka tidak mempunyai keyakinan diri. Beliau turut menegaskan jika jiwa dan minda umat Islam berada dalam keadaan lemah, ia akan memberi ruang kepada barat untuk menyalurkan ideologinya dan secara tidak langsung corak pemikirannya akan turut dijajah.
Selain itu, banyak kesimpulan dari karya-karyanya menyentuh aspek agama yang menyatakan bahawa tidak ada yang lebih tinggi selain daripada agama Allah s.w.t dan bahawa tidak ada kemenangan selain Allah s.w.t malah darjat umat Islam lebih tinggi kerana berjuang untuk kebenaran Islam.
Beliau jua amat berkeyakinan bahawa pada masa hadapan adalah milik Islam sekiranya umat Islam mementingkan Ilmu dan perpaduan yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.Beliau turut menasihati umat Islam agar tidak menjadi agen penjajah tanpa disedari, usah tunduk dengan segala tipu daya barat dan tidak meninggalkan agama, budaya termasuk pemikiran akibat tertipu dengan fantasi pemikiran Barat.
Malik bin Nabi akhirnya pulang ke tanah tumpah darahnya, iaitu pada awal 1973 dan kembali ke seruan Ilahi pada bulan Oktober ketika berusia 68 tahun.
tag :
tokoh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kategori
100 cara tingkatkan traffik blog
apa itu cinta
bahtera nabi nuh
burung cenderawasih
cara buat duit dengan blog
cara meningkatkan traffik blog
cerita lawak
cinta
empayar rom
fakta menarik
haiwan pupus
haiwan yang pupus di Malaysia
illuminati
ilmuwan islam
imam mahdi
info
info islam
info kesihatan
islam
keistimewaan rasullullah
kereta
kerja data entry
kerja online
kerja part time
kerja pernterjemah
kerja sambilan
kerja terjemahan
kerja translator
kisah nabi
kisah nabi ibrahim
kisah sahabat
kisah teladan
kisah wali allah
kota atlantis
kota thera
Kota Troy
lagenda
lagu raya
lawak
lawak politik
madu asli
makanan
makanan untuk minda
makna cinta
misteri
motivasi
pembongkaran
pengetahuan am
politik
ramadhan
renungan
segitiga bermuda
sejarah
setem paling mahal didunia
siapa osama bin laden
siapa osama laden
tambah ketinggian
tanda-tanda kiamat
tips blogging
tips memilih template blog
tips seo
tokoh
topik
salam bro . . . mana erk dapat sumber pasal tokoh nie ? coz saya tengah wat asimen pasal tokoh nie... tq
BalasPadam