Dari Abdullah bin Umar bahawa nabi saw bersabda:
“Orang-orang yang penyayang akan disayangi oleh Allah yang maha penyayang. Sayangilah makhluk yang ada di muka bumi nescaya Dzat yang ada di langit akan menyayangi kalian”
.
Suatu hari Sayidina Umar ra berjalan-jalan di kota Madinah. Dia melihat seekor anak burung pipit dipermainkan oleh seorang anak kecil dengan tangannya. Umar amat kasihan melihat burung pipit itu lalu membelinya kemudian diterbangkan ke angkasa.
Ketika Sayidina Umar ra wafat,beberapa orang ulama telah bermimpi bertemu beliau dan menyanyakan keadaannya.
“Apakah yang telah dilakukan Allah kepadamu wahai Umar?”
“Allah mengampuni aku dan melewatkan dosa-dosaku,”jawab Umar.
“Kerana apa? Kerana kedermawaanmu? Keadilanmu? Kezuhudanmu?”
Umar ra menjawab,”Ketika kalian menguburkan aku,menutupi aku dengan tanah dan meninggalkan aku seorang diri maka dua malaikat yang menakutkan datang kepadaku. Aku kehilangan akal. Sendi-sendi aku tergoncang kerana ketakutan. Mereka lalu mengambil dan mendudukkan aku,bermaksud menanyai aku. Tiba-tiba terdengar suara keras berkata:
“Tinggalkan hamba Aku. Aku menyayangi dia. Semua dosanya telah Aku ampuni kerana ketika di dunia ia telah menyayangi seekor anak pipit. Maka ketika ini Aku mangasihinya sebagai balasan.
sumber :kisah teladan dalam islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai