iklan baris

PERKATAAN " FIRAUN " DI DALAM AL-QURAN



Mengikut kitab Perjanjian Lama ( Old Testament), pemerintah Mesir di zaman Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Yusuf (as) digelar sebagai "Firaun."

Walaubagaimanapun, mengikut kajian yang dijalankan, gelaran ini sebenarnya digunakan selepas era di mana kedua-dua Nabi ini hidup.

Merujuk kepada Ensiklopedia Britannica, kata "Firaun" adalah gelaran penghormatan yang digunakan bermula dari Kerajaan Baru (bermula dengan dinasti ke-18; BC 1539-1292) sehingga dinasti ke-22 (BC 945-730) sebelum ia mula dijadikan menjadi gelaran kepada raja.

Dalam ertikata lain gelaran "Firaun" sebagai raja dalam sejarah Mesir hanya digunakan dalam abad ke-14 SM, semasa pemerintahan Amenhotep IV sedangkan Nabi Yusuf (as) hidup sekurang-kurangnya 200 tahun sebelum itu.

Al Quran dalam keadaan ini telah menyatakan perkara yang selari dengan kajian yang dilakukan. Penguasa Mesir pada zaman Nabi Musa (as) adalah disebut sebagai "Firaun." Berbeza dengan Perjanjian Lama dan Baru mahupun oleh sejarawan Yahudi, di mana di dalam Alkitab, kata "Firaun" digunakan sebagai rujukan bagi setiap raja Mesir.

Bagi merujuk kepada pemerintah Mesir ketika Nabi Yusuf (as), perkataan "Al-Malik" dalam bahasa Arab digunakan dalam al-Quran di mana ia merujuk kepada pemerintah, raja atau sultan yang memerintah.

Firman Allah swt yang bermaksud :

Dan (apabila mendengar tafsiran itu) berkatalah raja Mesir:" Bawalah dia kepadaku! "Maka tatkata utusan raja datang kepada Yusuf (menjemputnya mengadap raja), Yusuf berkata kepadanya: Kembalilah kepada tuanmu kemudian bertanyalah kepadanya: "Apa halnya perempuan-perempuan yang melukakan tangan mereka ? Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengetahui tipu daya mereka". ( Surah Yusuf : ayat 50 )


Manakala bagi Penguasa Mesir pada zaman Nabi Musa (as) adalah disebut sebagai "Firaun." Sepertimana yang difirmankan oleh Allah swt yang bermaksud :


[10]
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim, -

[11]
"Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?"

[12]
Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku.

[13]
"Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya ia membantuku).

[14]
"Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku".

[15]
Allah berfirman: "Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar.

[16]
"Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam.

( Surah Asy-Syu'araa' : ayat 10 - 16 )


Sebagaimana telah kita lihat, penggunaan kata "Firaun" digunakan di dalam tempoh tertentu dalam sejarah.

Ini jelas membuktikan bahwa Al Qur'an telah menunjukkan perbezaan gelaran yang berbeza di era Kerajaan Mesir Purba secara tidak lansung membuktikzn kebenaran Al - Quran sebagai kalam Allah Yang Maha Agung.


Disalin dengan sedikit ubahsuai dari :
http://miraclesofthequran.com/historical_05.html

1 ulasan:

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai