Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan ridz . Perkongsian kali ini sangat menarik dan anda digalakkan membaca sehingga tamat . Pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai tajuk entri kali ini yang saya kongsikan.. . apakah punca ketakutan Barat terhadap Islam sedangkank alau diperhatikan situasi dan senario dunia , jelas umat Islam ditindas dan dibenci . Namun disebaliknya tersembunyi fakta yang disorokkan dan ramai antara kita tidak mengetahuinya. Dalam, kerakusan Barat menjajah pemikiran umat islam sementara Yahudi Laknatullah pula dengan rakusnyaa membunuh umat islam terutama di Palestin . sebenarnya perkembangan masyarakat Barat yang memeluk islam telah bertambah dengan pesatnya . Inilah yang sebenarnya menjadi faktor utama ketakutan puak kafir laknatullah ini.
PERKEMBANGAN Islam di dunia Barat kebelakangan ini agak pesat. Mengikut kajian, dalam setiap empat warga barat seorang daripadanya adalah Muslim. Bukanlah mustahil bahawa jumlah penduduk Muslim akan terus bertambah dan Islam akan menjadi agama terbesar di dunia suatu masa nanti.
Peningkatan terus menerus itu bukan kerana jumlah penduduk yang makin bertambah di negara-negara Muslim, tapi jumlah mereka yang memeluk Islam terus meningkat.
Ia merupakan satu fenomena yang menonjol terutama selepas serangan terhadap World Trade Center di New York pada 11 September 2001.
Serangan ini yang dikutuk oleh setiap orang terutama umat Muslim, tiba-tiba telah mengarahkan perhatian orang (khususnya warga Barat) kepada Islam.
Orang di Barat selalu bercakap mengenai agama Islam, macam manakah Islam itu, apakah yang dikatakan al-Quran, kewajipan apakah yang harus dilaksanakan sebagai seorang Muslim, dan bagaimanakah kaum Muslim dituntut melaksanakan urusan dalam kehidupan hariannya.
Daya tarikan itu secara semula jadi mendorong peningkatan jumlah warga dunia yang berpaling kepada Islam.
Antara perkiraan umum yang terdengar pasca selepas peristiwa 11 September itu adalah: “Serangan ini akan mengubah era sejarah dunia.” Nyata ia telah mulai nampak kebenarannya.
Antara perkiraan umum yang terdengar pasca selepas peristiwa 11 September itu adalah: “Serangan ini akan mengubah era sejarah dunia.” Nyata ia telah mulai nampak kebenarannya.
Proses kembali kepada nilai-nilai agama dan spiritual yang dialami dunia sejak sekian lama telah mengubah wajah dunia dan berpaling kepada Islam.
Islam di barat berada pada titik perkembangan yang pesat.
Ini dibuktikan oleh laporan-laporan tesis, tulisan sekitar ‘Kedudukan Muslim di Eropah‘ dan ‘Dialog antara masyarakat Eropah dan umat Muslim‘.
Suatu kisah yang ditayangkan oleh NTV News pada 20 Jun 2004 dengan judul Islam adalah agama yang berkembang pesat di Eropah membahas laporan yang dikeluarkan oleh Badan Perisikan Domestik Perancis.
Laporan tersebut menyatakan jumlah orang yang memeluk Islam di negara-negara Barat bertambah terutama pasca serangan 11 September. Di Perancis sahaja ia meningkat sebanyak 30,000 hingga 40,000 pada tahun 2009.
Jumlah umat Islam di Eropah akan meningkat menjadi 20 peratus menjelang tahun 2050 seperti yang dilaporkan oleh kajian mengenai Euro-Islam dalam jurnal Current History oleh William Finan. Pada ketika ini terdapat 72 juta orang Islam di Turki.
Perangkaan dan kajian menunjukkan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) seperti Britain, Sepanyol dan Belanda akan mempunyai penduduk Muslim yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat.
Perangkaan tahun 2008 menunjukkan lima peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk di 27 negara Eropah terdiri daripada kalangan umat Islam.
Philip K. Hitti dalam bukunya Orang Arab: Sejarah Ringkas (The Arabs: A Short History) menukilkan seperti berikut:
“Orang Islam Sepanyol mengarang salah satu daripada bab-bab yang gemilang dalam sejarah intelektual pada zaman pertengahan Eropah.Di antara pertengahan abad kelapan dan permulaan abad ke-13, orang Arab merupakan pemimpin utama dalam budaya dan peradaban di seluruh dunia. Mereka merupakan perantaraan untuk memulih, menambah dan menyebarkan sains dan falsafah yang telah merubah pembaharuan di Eropah Barat.”
Pada tahun 2008 direkodkan Rusia mempunyai jumlah orang Islam paling ramai di Eropah, iaitu kira-kira 27.04 juta, Perancis (6.12 juta), Jerman (3.05 juta), Itali (2.4 juta), Belanda (890,000), Sepanyol (550,000), Belgium (380,000), Austria (300,000), Sweden (280,000) dan beberapa negara Eropah lainnya yang terus mencatatkan peningkatan jumlah umat Islam di sana.
Kebanyakan Muslim di Eropah terdapat di bandar-bandar besar seperti 25 peratus di Rotterdam dan 24 peratus di Amsterdam (Belanda), 20 peratus di Marseille (Perancis), 17 peratus di Brussels (Belgium), 16 peratus di Bradford (UK), dan 10 peratus di Paris, London dan Copenhagen.
Seorang sarjana falsafah dan pengajian Islam di Switzerland, Tariq Ramadan dalam tulisannya mengenai peningkatan jumlah umat Islam di Eropah berpendapat, Islam kini telah menjadi sebahagian daripada budaya benua itu.
Masyarakat Islam di Eropah bukan lagi pendatang yang kemudian kembali semula ke negara asal mereka, tetapi ia telah menjadi warganegara Eropah yang beragama Islam.
Sarjana Barat tersohor, John Esposito, yang merupakan Pengasas Majlis Persafahaman Islam – Kristian di Washington, Amerika Syarikat (AS) pula berpendapat, Islam bukan saja agama kedua terbesar secara global, tetapi juga agama kedua atau ketiga terbesar di Eropah dan Amerika.
Ini akan membuka peluang dan ruang lebih besar kepada Islam untuk berkembang pesat di seluruh dunia.
Organisasi Muslim di AS juga memang banyak. Antaranya:
Organisasi Muslim di AS juga memang banyak. Antaranya:
Persatuann Masyarakat Islam Amerika pengganti Nation of Islam yang lebih dikenali sebagai Black Muslim. Persatuan Masyarakat Islam Amerika Utara pula adalah organisasi Muslim dan perseorangan untuk mewakili Islam.
lLingkaran Islam Amerika Utara adalah kelompok Islam yang tidak memandang kesukuan, terbuka bagi semua dan mandiri. Kelompok ini dibentuk oleh pendatang kulit putih dan Afro Amerika yang masuk Islam. Kelompok ini sedang pesat berkembang yang juga disebut sebagai Muslim muda.
American Society of Muslim Islamic Supreme Concil of America (Dewan Tertinggi Muslim Amerika) iaitu mewakili ramai Muslim AS. Tujuannya, menyediakan penyelesaian bagi Muslim AS yang berlandaskan hukum Islam dan bekerja keras untuk mengintegrasikan ajaran Islam dalam menyelesaikan isu-isu demi memelihara keyakinan Islam di tengah masyarakat sekular.
Menurut laporan Lembaga Kajian Pew 2007, dua pertiga Muslim AS adalah keturunan asing. Ada antara mereka berhijrah ke AS sejak tahun 1990. Sepertiga daripada Muslim AS adalah penduduk asli yang menganut Islam dan keturunan Afro Amerika.
Sementara itu, New York Times pada 2005 melaporkan lebih ramai orang dari negara-negara Muslim menjadi penduduk AS di mana hampir setiap tahun seramai 96,000 orang menganut Islam berbanding dua dekad sebelumnya.
Dalam pada itu, Pope Benedick XVI khuatir apabila 100,000 orang Jerman turut meninggalkan agama asal mereka untuk memeluk Islam setiap tahun. Lebih menyedihkan apabila cuma tinggal 0.04 peratus saja orang Kristian yang ke gereja setiap hujung minggu di seluruh dunia.
Sementara itu, penelitian juga mengungkapkan bahawa dengan meningkat jumlah Muslim di Eropah turut memberi kesan dengan kesedaran untuk menegakkan Islam lebih ketara di kalangan mahasiswa.
Menurut kajian akhbar Perancis Le Monde pada Oktober 2001, dibandingkan data yang dikumpulkan pada tahun 1994, ramai kaum Muslim terus melaksanakan solat, pergi ke masjid dan berpuasa. Kesedaran itu lebih menonjol di kalangan mahasiswa universiti.
Dalam satu laporan yang didasarkan pada media massa asing pada tahun 1999, majalah Turki Aktuel menyatakan:
“Para peneliti Barat menganggarkan dalam 50 tahun ke hadapan Eropah akan menjadi salah satu pusat utama perkembangan Islam”.
dipetik dari rencana : Utusan Malaysia , 20 Julai 2011
Kebenaran itu hak Allah!
BalasPadamalhamdullilah
BalasPadamumat muslim bertambah pesat di negara luar...sedangkan negara sendiri sudah ada yang kluar dari agama@murtad apa dah jadi ni?
BalasPadamALLAHHUAKHBAR!! mungkin ini juga menunjukkan tanda-tanda dunia di akhir zaman..
BalasPadam