iklan baris

Dr. Ismail Al-Faruqi : Mangsa Konspirasi Yahudi



Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz .entri kali ini saya kongsikan dengan anda semua mengenai subjek tokoh . Subjek Tokoh kali ini yang akan saya kongsikan mengenai Dr. Ismail Al-Faruqi . Siapakah Dr Ismail Al-Faruqi ini ?


Nama sebenar beliau ialah Ismail Raji Al-Faruqi, dilahirkan ketika Perang Dunia Pertama iaitu 1 Januari 1921. Beliau merupakan anak kelahiran campuran Palestin-Amerika tetapi menetap dan menjadi warganegara Amerika Syarikat.


Dr. Ismail amat berpengaruh dan terkenal sebagai tokoh pemikir dunia Sains Sosial. Maka tidak hairanlah jika dikatakan ia mahir semua jenis bidang dalam Sains Sosial seperti Psikologi, Antropologi, Sosiologi, Sejarah, dan sebagainya.



Kemasyhuran beliau sebagai tokoh pemikir Islam membuatkan Malaysia terdorong untuk menubuhkan Insititut Pemikiran Islam Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai Institute of International Islamic Thought (IIIT). Penubuhan IIIT di Malaysia telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.


Dr. Ismail Membongkar Konspirasi Dajjal Dalam Ilmu Sains Sosial
Sebab utama beliau dibunuh bukanlah kerana rumahnya dimasuki pencuri seperti yang dilaporkan media Amerika. Kematiannya sememangnya dirancang oleh agen-agen Dajjal. Bagi mereka, Dr. Ismail perlu mati bagi memastikan strategi konspirasi Dajjal dalam dunia ilmu sains sosial berjalan lancar.

Apa yang dibongkarkan beliau ?

Dalam setiap karya, kajian, disertasi dan bukunya, beliau tidak menyebut langsung tentang Dajjal, dan beliau bukanlah pengkaji hal ehwal Dajjal. Tetapi beliau amat menyedari bahawa pihak Yahudi sejak 300 tahun dahulu merancang untuk menghancurkan warisan sejarah tokoh-tokoh Islam.
Beliau sedar bahawa ahli-ahli akademik berbangsa Yahudi yang berselerak di Harvard dan Oxford sedang bertungkus-lumus memadamkan sumber-sumber ilmu sarjana Islam dari pengetahuan pelajar-pelajar muslim.


Dr. Ismail al-Faruqi menjelaskan bahawa,
“Disiplin yang dipanggil oleh Barat sebagai sains sosial hanya baru menjangkau usia satu abad.”


Beliau menegaskan lagi seterusnya,
“Walaupun disiplin-disiplin ini telah mencapai status autonomi di universiti-universiti hanya pada abad lepas, tetapi tekanan yang membawa kepada kemunculan dan kejayaannya telah pun bermula sejak dua abad sebelum itu.”


Pendedahan Dr. Ismail:
  • Dr. Ismail juga menyatakan bahawa semua pemikiran-pemikiran pelajar Islam di universiti-universiti di negara Islam sekarang sedang mengalami proses pembaratan ilmu walaupun ilmu yang dipelajari itu sebenarnya berasal dari sarjana Islam.
  • Pelajar-pelajar muslim diasak dengan maklumat-maklumat buku rujukan yang diimport dari barat. Buku-buku itu tidak lain hanya menonjolkan kelebihan penulis barat berbanding sumbangan sarjana Islam.
  • Buku-buku rujukan cetakan univerisiti Barat secara berstrategi tidak meletakkan langsung sejarah tokoh-tokoh Islam yang menjadi pengasas ilmu tersebut. Misalnya bidang Psikologi, pengasasnya ialah Abu Nasr al-Farabi yang menulis buku bertajuk Opinion of Citizens of Uthopia pada 950 M. Tetapi masyarakat tidak mengiktirafnya, mereka meletakkan tokoh Yahudi mereka sebagai pengasas iaitu Sigmund Freud yang hanya memperkenalkan teori Psikonalasis pada 1890-an.
  • Pensyarah-pensyarah muslim berpendidikan barat adalah agen penyebab kepada proses pembaratan ilmu-ilmu sains sosial di negara-negara Islam. Mereka ini tanpa usul periksa terhadap apa yang dipelajari akan mempromosi semua idea-idea profesor-profesor mereka yang mereka jumpa di barat.




Strategi Dajjal Dalam Ilmu Sains Sosial
Dajjal amat berkehendak untuk memastikan semua masyarakat dunia menghormati umat Yahudi. Dajjal bukan sahaja mahu dunia mengkagumi Yahudi dari segi kuasa ekonomi, tetapi menghormati mereka dalam ruang ilmu pendidikan khususnya Sains Sosial.
Dalam konteks ini, Dajjal melalui agen-agennya di Oxford dan Harvard berusaha menerbitkan buku-buku teks rujukan untuk universiti-univerisiti tempatan. Oxford dan Harvard cuba dipopularkan agar menjadi istana impian para siswazah seluruh dunia.
Dajjal juga berusaha memadamkan pengaruh tokoh-tokoh Islam dalam arena pendidikan. Walaupun usaha ini kelihatan baru berusia 100 tahun tetapi hasilnya kini amat memberansangkan.
Sehingga sekarang, pensyarah-pensyarah bidang Sains Sosial menjadikan univerisit barat sebagai kiblat utama bidang mereka. Mereka berasa bangga sekiranya mampu berbicara hal ehwal teori sains sosial di depan pelajar-pelajar, padahal teori-teori yang dibanggakan itu sarjana Barat sebenarnya diciplak dari sarjana-sarjana Islam sendiri.
Serangan Balas Dr. Ismail Al-Faruqi
Menyedari akan tahap kritikal masalah ini, Dr. Ismail bersama rakan-rakannya telah menghimpunkan 315 orang cendekiawan Islam dari seluruh dunia dalam satu seminar di Universiti Jeddah, Arab Saudi pada April 1977.
Dalam seminar ini, masing-masing tokoh dalam bidang sains sosial masing-masing cuba memperkenalkan kaedah ilmu alternatif bagi menandingi pengaruh sains sosial barat.
Pada 1982, maka terlaksanalah satu gagasan baru yang dilancarkan untuk menyekat kemaraan unsur-unsur penipuan Sains Sosial barat. Gagasan itu diberi nama“PengIslaman Ilmu” (Islamization of Knowledge).
Gagasan ini diterima pakai di seluruh dunia. Malaysia adalah antara negara yang aktif menganjurkan seminar-seminar berkaitan gagasan tersebut. Kebanyakan kertas kerja dikeluarkan oleh pensyarah-pensyarah luar negara yang berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Komplot Pembunuhan Dr. Ismail
Dajjal tahu gagasan ini ancaman besar kepada strateginya dalam dunia Sains Sosial. Suatu konspirasi dijalankan agar memastikan Dr. Ismail dan isterinya Dr. Louis Lamya berhenti dari berdakwah menggunakan gagasan ini.
Akhirnya suatu peristiwa dirancang di mana seseorang telah diupah untuk memasuki rumah Dr. Ismail bagi membunuh beliau sekeluarga. Dalam kejadian tersebut anak perempuannya Anmar al-Zein terselamat tetapi menerima 200 jahitan.
Pihak polis Pennsylvania mengklasifikasikan kes pembunuhan ini sebagai kes samun bunuh. Namun yang menjadi persoalan berbagai pihak khususnya pertubuhan-pertubuhan Islam, mengapa tiada satu pun barang berharga dicuri? Malah yang hilang bukannya duit tetapi kertas-kertas kerja beliau. Kes ini ditutup dan tidak dibuka semula walaupun diminta oleh sesetengah pihak. Sekarang ini, anak perempuan beliau bertanggungjawab menyebarkan baki-baki kertas kerja ibu bapanya di universiti-universiti Islam.
Ramai pihak mengesyaki pembunuhan itu dilakukan oleh kumpulan Jewish Defense League (JDL). Ini berdasarkan teks ucapan presiden JDL seminggu sebelum kejadian yang mengatakan dalam ucapannya “…seorang profesor Palestin harus disingkirkan..”


Sebelum kematian Dr. Ismail al-Faruqi pada 1986, rakannya yang bernama Alex Odeh iaitu pengasas bagi Arab-American Anti Descrimination Committee juga disyaki telah dibunuh oleh ahli kumpulan JDL. Laporan menyebut sebuah bom telah meletup ketika Alex sedang membuka pintu pejabatnya di Santa Ana. Kejadian ini berlaku pada 6 Februari 1985.


Kesimpulan
Dajjal tidak hanya menyerang dalam bentuk penguasaan ekonomi, teknologi, politik dan peperangan tetapi dunia pendidikan juga menjadi intipati utama dalam konspirasinya. Dunia pendidikan penting dikonspirasikan oleh Dajjal kerana ia merupakan dunia yang melahirkan cendikiawan yang mampu melaras bentuk-bentuk pemikiran diri sendiri dan orang lain. Maka input untuk individu-individu yang bakal bergelar cendekiawan harus dibina dari akar umbi agar individu tersebut menjadi agen Yahudi tanpa ia sendiri sedari. 



7 ulasan:

  1. Oh lord please save us from Dajjal's defamation

    BalasPadam
  2. betullaj RR..kami setuju sangat dengan kes pembaratan ilmu tu.banyagkan dari kecik kita memang didedahkan dengan cerita orang yang hidup zaman batu dulu pakai spender daun keladi jerk..sebenarnya tidak.buku buku sejarah pun selalu berat ke arah barat..terima kasih berkongsi..teruskan menulis.tq

    BalasPadam
  3. dr ismail faruqi sebenarnya agen yahudi, seorang homoseksual, dibunuh oleh seorang islam yang tidak suka Dr Ismail mennggalakkan homoseksual di kalangan pelajar lelakinya..rujuk www.anwaraidc.com
    IIIT ialah badan islam Liberal ditaja oleh Amerika

    BalasPadam
  4. sekarang ini umat islam dalam dilema sebenarnya.masalah sekarang yang terjadi di kalangan umat islam adalah ketidak sahihan maklumat,sebagai contoh misalnya,adakah dr. ismail faruqi ini betul-betul ingin membantu umat islam atau dia pun salah seorang ahli konspirasi yang menjadi mangsa konspirasinya sendiri? kalau dia betul-betul ingin bantu umat islam,semoga allah kurniakan rahmatnya kepada beliau.yahudi ialah bangsa yang bermuka-muka mengikut keadaan,mereka ini akan melakukan apa sahaja untuk untuk mencapai matlamat mereka.mereka ini boleh mengaku diri mereka sebagai islam,tapi hakikatnya mereka benci akan umat islam.kalau di lihat dari sejarah islam,dari zaman nabi muhammad lagi mereka ini suka bermuka-muka,dalam perang khandak misalnya.masalah umat islam sekarang ialah kecelaruan maklumat yang di terima mereka,banyak maklumat yang telah di putar belitkan.para cendekiawan islam yang ikhlas ingin menyelamatkan agama islam mereka label sebagai ahli konspirasi dan pada masa yang sama ahli konspirasi yang ingin menjatuhkan islam mereka warwarkan sebagai penyelamat.pada pandangan saya,saudara sebagai penulis blog perlu lebih berhati-hati dalam mencari atau menganbil sesuatu fakta,sesuatu fakta perlu terbukti kesahihanya dan perlu banyak rujukan untuk di keluarkan sebagai tatapan umum.saya menyokong usaha saudara ini.. teruslah berjuang kerana allah taa'la... sekian pendapat saya.waallahhua'lam.

    BalasPadam
  5. wahh baru tau. belajar pasal tokoh ni dalam subjek modern muslim thinkers -uiam. tq.

    BalasPadam
  6. The Institute was established in the United States of America in 1981 (1401 AH)..is that true?

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai