Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Entri kali ini saya akan kongsikan dengan anda mengenai subjek tokoh . Saya pasti ramai diantara kita tidak mengenali tokoh ini . Dari seorang kristian beliau memeluk islam dan menjadi tokoh yang disegani kerana sumbangannya kepada tamadun islam di Eropah dalam penterjemahan Al-Quran ke Bahasa Inggeris yang merupakan terjemahan paling tepat. . Beliaulah Muhammad Marmaduke Pickthall
Muhammad Marmaduke Pickthall atau nama asalnya sebelum islam ialah William Pickthall lahir pada 7 April 1875 dalam kalangan penganut Kristian Anglikan. Ayahnya, Charles Grayson Pickthall merupakan seorang pendeta Kristian dan berasal dari kelas menengah di Suffolk, England.
Ketika berusia lima tahun, ayahnya meninggal dunia. Tidak berapa lama kemudian, keluarganya membuat keputusan untuk menjual segala asset yang ada di Suffolk untuk berpindah ke London. Kesan daripada perpindahan tersebut, Muhammad Marmauduke Pickthall mengalami masalah psikologi dan kurang dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya di London.
Atas keinginan untuk mendapatkan pendidikan terbaik, ibunya Mary O’Brien telah mendaftarkan Muhammad Marmaduke ke sebuah sekolah swasta elit untuk lelaki di Harrow. Di situ Muhammad tidak merasakan sesuatu yang menarik kecualilah sedikit kegembiraan kerana dapat berkawan dengan Winston Churchill yang juga menuntut di situ dan mula menunjukkan minat dalam bidang bahasa.
Selepas tamat dari Harrow, beliau mula mempelajari beberapa bahasa antaranya Gaelik (bahasa Scotland) dan Welsh (bahasa keturunan Wales). Kesan dari itu menyebabkan salah seorang gurunya telah mendaftarkan William untuk mengikuti ujian pemilihan kemasukan ke jawatan pegawai di Jabatan Luar Negeri. Walau bagaimanapun, beliau gagal dalam pemilihan tersebut.
Kegagalan pertama itu tidak mematahkan semangatnya untuk mempelajari lebih banyak bahasa. Beliau mula menunjukkan minat untuk mempelajari bahasa Arab dengan harapan akan memperoleh pekerjaan sebagai seorang kaunselor di Palestin.
Ketika usiaya hampir 18 tahun, William memulakan pelayarannya ke Port Said. Port Said merupakan sebuah bandar pelabuhan yang terletak di kawasan timur laut Mesir. Perjalan awalnya ke Port Said itu telah membuka pengembaraannya ke beberapa buah negara Arab dan Turki. Lebih berkesan lagi ialah mendorong minatnya untuk mendalami Islam.Disebabkan William semakin fasih berbahasa Arab, khalifah dinasti Turki Uthmaniyah menawarkan beliau untuk mempelajari kebudayaa Timur.
Semasa meletusnya Perang Dunia I antara tahun 1914-1918, William menulis beberapa pucuk surat kepada Khalifah Turki Uthmaniyah sebagai sokongan peribadinya. Tatkala propaganda yang menyebabkan meletusnya peperangan di Armenia pada tahun 1915, William dengan tegas menolak dakwaan bahawa kerajaan Turki Uthmaniyah menjadi punca pembunuhan rakyat Armenia.
Ketika itu juga pihak Kementerian Luar Negeri Britain mengadakan kempen bagi mendapat sokongan kaum imigran India di London agar bekerjasama bagi menyediakan bahan propaganda menentang Turki. William tetap dengan keputusannya dan mudah terpengaruh dengan kempen yang dilaksanakan oleh Britain. Beliau sedikitpun tidak berganjak denga sokongannya kepada pemerintahan Turki Uthmaniyah. Beliau tetap menyokong masyarakat Islam, dan ketika diajukan pertanyaan sama ada menyokong Jerman atau Turki, dengan tegas memberikan jawapan bahawa negaranya (Britain) tidak sepatutnya diberikan sokongan dalam persengkongkolan dengan Perancis untuk menentang Turki dan Jerman.
Pada tahun 1917, William memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada Muhammad Marmaduke Pitchkhal. Sebelumnya, beliau menjadi seorang ahli panel dalam dalam perbincangan mengenai “Islam and Progress” di Muslim Literary Society, Nottinghill, London pada 29 November 1917.
Setelah memeluk Islam, Muhammada Marmaduke melibatkan diri dalam pertubuhan keagamaan dan giat melaksanakan kerja-kerja dakwah. Pada tahun 1919, aktif dalam Biro Maklumat Islam di London dan menjadi penyunting kepada media Islam, iaitu Muslim Outlook. Pada tahun 1920, menerbitkan novel sulong dengan judul Early Hours. Pada tahun itu juga ia mendapat tawaran untuk berkhidmat di India sebagai pengarang di harian Bombay Chronicle. Pada tahun 1927, berpindah ke penerbitan Islamic Culture (sebuah majalah yang diterbitkan setiap tiga bulan) di Hayderabad , India sebagai editor utama.
Antara tahun 1925 hingga 1927, beliau menyampaikan beberapa ceramah di beberapa tempat di India dalam perspektif hubungan toleransi dalam Islam. Pada tahun 1925, Muhammad Marmaduke telah diundang oleh Jawatankuasa Umat Islam di Madras untuk menyampaikan syarahan umum mengenai Islam.
Pada tahun 1927, koleksi bahan syarahannya telah diterbitkan dan mendapat sambutan dari pelbagai golongan masyarakat termasuk bukan Islam yang mengkaji mengenai kedudukan toleransi dalam pelbagai agama. Penerbitan tersebut telah membuka ruang kepada bukan Islam untuk memahami Islam dengan lebih baik. Judul koleksi itu ialah The Cultural Side of Islam.
Pada tahun 1930, Muhammad Marmaduke berjaya menyelesaikan terjemahan al-Qur’an ke bahasa Inggeris dengan judul The Meaning of Glarious al-Qur’an. Terjemahan ini merupakan terjemahan ke dalam bahasa Inggeris yang pertama dilihat menepati dengan maksud al-Qur’an dan menjadi rujukan terbaik sehingga kini.
Karen Armstrong, seorang ahli akademik dalam bidang perbandingan agama turut mengakui mengenai ketepatan terjemahan yang dibuat oleh Muhammad Marmaduke dan menjadikan terjemahan ini sebagai rujukan utama dalam penulisannya mengenai Islam.
Selain Karen Armstrong, Anne Schimmerel, seorang pengkaji karya-karya sufi klasik turut memberikan perhatian yang serius mengenai terjemahan al-Quran yang dibuat oleh Muhammad Marmaduke, malah beberapa orang pengkaji Islam pada masa ini menjadikannya sebagai rujukan asas yang paling tepat.
Pada tahun 1935, Muhammad Marmaduke Pickthall kembali ke England. Pada tahun 1936 berpindah ke St Ives dan meninggal bandar itu pada 19 Mei 1936 dalam usia itu pada tanggal 19 Mei 1936 ketika berusia 61 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Brookwood, Surrey, England pada 23 Mei 1936. Umat Islam British mengabadikan Muhammad Marmaduke Pitckhall sebagai: pejuang Islam dan pendakwah sejati.
Karya-karya beliau masih dikaji dan dibaca oleh sebahagian besar masyarakat Islam yang berlatarbelakangkan pendidikan Inggeris malah terjemahan al-Quran yang diterbitkan pada tahun 1930 turut diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa asing, termasuk Mandarin, Indonesia dan Jepun. Sejak mula diterbitkan, ia dianggarkan sudah dicetak ulang lebih 50 kali dan kini masih menjadi bahan rujukan penting.
Terjemahan al-Quran tersebut telah mendapat pengesahan Universiti al-Azhar dan disifatkan oleh Times Literary Supplement sebagai “a great literary achievement.” Selain menulis novel, beliau juga turut dikenali sebagai seorang penyair berbakat.
Dan pandangan peribadi saya dengan sumbangan beliau dalam penterjemahan Al-Quran ke dalam Bahasa Inggeris merupakan satu sumbangan besar kepada tamadun islam di Eropah , Begitulah riwayat seorang kristian Anglican , yang telah mendapat hidayah memeluk islam dan akhirnya telah memberi sumbangan besar dalam tamadun islam di eropah amnya dan di Britain khususnya hasil dari teks terjemahan Al-Quran untuk rujukan komuniti islam diseluruh Eropah .
rujukan :
ummawassatan
A biography of Marmaduke William Pickthall
http://www.wokingmuslim.org/pers/pickthall/woking.htm
further reading rujuk buku ini : Obituary in The Times, 1936, m/s 18,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kategori
100 cara tingkatkan traffik blog
apa itu cinta
bahtera nabi nuh
burung cenderawasih
cara buat duit dengan blog
cara meningkatkan traffik blog
cerita lawak
cinta
empayar rom
fakta menarik
haiwan pupus
haiwan yang pupus di Malaysia
illuminati
ilmuwan islam
imam mahdi
info
info islam
info kesihatan
islam
keistimewaan rasullullah
kereta
kerja data entry
kerja online
kerja part time
kerja pernterjemah
kerja sambilan
kerja terjemahan
kerja translator
kisah nabi
kisah nabi ibrahim
kisah sahabat
kisah teladan
kisah wali allah
kota atlantis
kota thera
Kota Troy
lagenda
lagu raya
lawak
lawak politik
madu asli
makanan
makanan untuk minda
makna cinta
misteri
motivasi
pembongkaran
pengetahuan am
politik
ramadhan
renungan
segitiga bermuda
sejarah
setem paling mahal didunia
siapa osama bin laden
siapa osama laden
tambah ketinggian
tanda-tanda kiamat
tips blogging
tips memilih template blog
tips seo
tokoh
topik
Pok jeragang suka posting nie.... menariknya kerana tokohnya hebat tetapi tidak berapa ramai orang awam tahu......
BalasPadami sangat suka tentang history..exspecially 4 tokoh2 islam..kalo sudi share ngn i tentang tokoh2 dunia di FB or email i .... my email is melzura@ymail.com. TQ..
BalasPadam