HAIKAL adalah sebuah tempat ibadat yang dibina oleh Nabi Sulaiman A.S untuk bermunajat kepada Allah SWT di samping istananya yang hebat pada ketika itu. Buku sejarah Lubnan menyebut mengenai pembinaan itu dengan bantuan masyarakat kaum Kan’an (penduduk Baitulmaqdis ketika itu).
Ada yang mengatakan bahawa ia hanya sebuah mihrab (tempat munajat) yang mempunyai kedalaman sepuluh hasta dan lebar di kiri dan kanan hanya lima hasta. Sejarah tidak dapat memastikan tempat dan bentuk yang tepat bagi haikal itu.
Seorang paderi Kristian (Bost Gorge) di dalam kitabnya menyebut bahawa ia terletak di pintu masuk Bandar Khalil (Baitulmaqdis) yang disebut dengan nama ‘Mihrab Daud’. Apa yang jelas ialah tempat yang menjadi tapak haikal itu, bukan di bawah binaan Masjid Al-Aqsa sekarang seperti dakwaan orang Yahudi.
Haikal Sulaiman yang didakwa oleh yahudi kononnya berada dibawah Baitulmaqdis
Dakwaan orang Yahudi adalah palsu berdasarkan fakta di bawah:
- Sebenarnya tiada satu kesan walaupun sebuah binaan kecil yang menunjukkan bahawa Nabi Sulaiman pernah membina haikal di tapak Masjid Al-Aqsa. Semuanya musnah selepas serangan Raja Babylon (Bokhtansar) pada tahun 589 sebelum kelahiran Nabi Isa AS iaitu 300 tahun selepas kewafatan Nabi Sulaiman AS.
- Peristiwa Israk dan Mikraj adalah janji Allah SWT yang menunjukkan bahawa Islam sudah sampai ke sana dan al-Quran sendiri menyebut masjid bukannya haikal. (Masjidul Aqsa).
- Nabi Ibrahim juga beragama Islam seperti yang jelaskan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Imran ayat 67 bermaksud: “Tidaklah Ibrahim itu Yahudi atau Nasrani, tetapi adalah seorang Islam”.
- Al-Quran mula dikumpulkan pada tahun 12 Hijrah ketika pemerintahan Saidina Abu Bakar RA dan Kitab Taurat orang Yahudi hanya ditulis selepas 800 tahun kewafatan Nabi Musa AS. Ini menunjukkan bahawa Taurat amat terdedah kepada penyelewengan dan penipuan.
Disunting daripada soal jawab agama bersama Ustaz Zamanuddin Jusoh dalam Berita Harian Jumaat 4 Jun 2010
aa.yg part nabi Ibrahim agama Islam tu kurang faham.ada yang saya tertinggal baca ke?
BalasPadamjadi tidaklah benar dakwaan mereka..saya juga pernah terbca satu penulisan dahulu yang mengatakan mereka mencari Haikal sulaiman kerana terdapat harta karun yang baynyak diwahnya..adakah itu betol.?
BalasPadamjom baca UGUT RM5000 tutup Rahsia Hamil
mereka bukan cari harta dihaikal sulaiman mereka saja reka cerita untuk halalkan ape dorg buat nak rosakan masjid Alaqsa
BalasPadam