Ibn Al-Nafis : Pelopor Kajian Sistem Peredaran Darah





Beberapa ilmu perubatan moden yang mencapai kecemerlangan hari ini diterokai oleh para sarjana dan ilmuwan Islam . Sebahagian daripada ilmu-ilmu itu diteruskan oleh generasi selanjutnya. Ada pula yang tinggal nostalgia dalam lipatan sejarah.Ramai para ilmuwan bukan Islam berjaya mengembangkan pelbagai ilmu perubatan dan sains yang mulanya dirintis oleh para ilmuwan Islam. Yang lebih menyedihkan ialah ilmu-ilmu itu terkandung di dalam al-Quran – kitab suci panduan umat Islam.

Ramai orang Islam Cuma mampu berbangga bahawa ilmu itu tercatat di dalam al-Quran. Tetapi mereka tidak berasa ‘malu’ dan tercabar sedang ilmu itu berjaya dirintis para ilmuwan bukan Islam. Walhal Allah menurunkan al-Quran kepada umat Islam untuk membaca, mengkaji dan melaksanakan pelbagai ilmu yang terkandung di dalamnya.

Salah seorang ilmuwan Islam yang berjaya merintis kajian sistem peredaran darah manusia ialah Ibn al-Nafis. Nama penuhnya ialah Al-Hakim ‘Alauddin Abu al-Hassan Ali Abu al-Hazim al-Quraisyi al-Dimasyqi al-Misri.Banyak masanya dihabiskan dalam dunia perubatan, khususnya untuk mengkaji susunan tubuh manusia dan organ-organ dalamannya. Beliau lebih dikenali masyarakatnya sabagai seorang penyabar, lemah lembut serta bertbuh kurus dan tinggi. Itulah antara ciri-ciri utamanya.

Daripada Muhazzaba al-Din Abdul Rahin ibn Ali ad-Dakhwar, Ibn al-Nafis telah menimba dan mendalam ilmu tersebut.Kegemaran Ibn al-Nafis ialah mengembara. Salah satu tempat yang telah dikunjunginya ialah Kaherah. Raja yang memerintah Kaherah ketika itu ialah Al-Ayyubi al-Kamil Muhamad.
Kecemerlangan dan kehebatan Ibn al-Nafis dalam jurusan perubatan telah sampai ke pengetahuan Raja Al-Ayyubi. Baginda kemudiannya mengundang Ibn al-Nafis ke istana.


Antara tujuan utamanya ialah untuk menimba ilmu dan pengalamannya. Baginda juga ini menjadikan istananya sebagai tempat mengubat para pesakit demi mempermudah pembelajarannya daripada Ibn al-Nafis.
Sementara itu, Ibn al-Nafis dilantik sebagai ketua pengurus Hospital Al-Nasiri dan Al-Mansuri yang dibina atas daya usaha Sultan Al-Qalawun.Raja Al-Ayyubi kemudian mewasiatkan seluruh harta kekayaannya untuk pengurusan Hospital Al-Mansuri demi cintanya kepada hospital itu.

Teknik pemulihan paling mudah digunakan ialah dengan menganjurkan pemakanan seimbang dan terselamat daripada menggunakan ubat-ubatan dan minuman yang tidak memberi manafaat.Teknik yang dipraktikkannya tidak dipersetujui para penjual ubat-ubatan kerana sumber pendapatan mereka terjejas.

Ketika ini kaedah pemulihan yang dilakukan Ibn al-Nafis digunakan semula demi memulihkan pelbagai penyakit. Penggunaan ubat-ubatan cuba dihindari, bimbang akan bahaya sembuhan yanag sekali gus boleh memudaratkan.

Ibn al-Nafis mendahului William Harvey dalam urusan mengkaji sistem peredaran darah manusia lebih daripada 350 tahun awal. Antara lain, sistem ini boleh berfungsi pada paru-paru manusia sewaktu melakukan pernafasan hingga darah boleh dijernihkan.Ibn al-Nafis juga menumpukan perhatiannya kepada ilmu bedah. Kerana ia boleh memberikan kefahaman lebih tepat mengenai fungsi anggota tubuh manusia. Ilmu bedah yang ditekankannya berbeza dengan kaedah Ibn Sina dan Galliens.

 



Lahir pada pada 607 Hijrah dan meninggal dunia pada 687 Hijrah, Ibn al-Nafis adalah manusia pertama menemui pusingan peredaran darah kecil dan memenuhi bentuk paru-paru, pembuluh darah kecil yang ada di antara saluran serta usus besar.

Kitab yang memaparkan ensiklopedia perubatan menghimpunkan sekitar 300 hasil kajian beliau ialah Al-Syamil fi at-Tibb (Kesempurnaan Dalam Perubatan).Kitab ini tidak dapat disempurnakan oleh Ibn al-Nafis kerana beliau meninggal dunia. Manuskrip kitab ini banyak disimpan di Perpustakaan Damsyik.

Namun, para pengkaji mengambil inisiatif menghasilkan Mujaz al-Qanun yang mengandungi hasil kajian dan pendapat Ibn al-Nafis. Kitab ini juga mengandungi hasil kajian Ibn Sina dan Ibn Ishaq.

Ibn al-Nafis juga menghasilkan kitab yang memaparkan diet dan kesihatan yang diberi judul Al-Mukhtar fi al-Aghdhiya. Penemuan beliau ini mendahului tiga abad sebelum ilmuwan Itali menemuinya.
Kecemerlangan Ibn al-Nafis ini, sesungguhnya berjaya membawa kemajuan peradaban dalam setiap aspek kehidupan manusia, terutama dalam bidang perubatan dan kesihatan.



sumber hasil pembacaan sy dari beberapa buah buku dan rujukan dari website berbahasa Inggeris mengenai Ibn Al Nafis .

http://www.khilafatworld.com/2011/09/discovery-of-blood-circulation-by-ibn.html

http://www.middleeasthealthmag.com/nov2005/feature5.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai