iklan baris

Saidina Hussien R.A : Cucu Rasullullah S.A.W yang Syahid di Medan Karbala



Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Untuk perkongsian kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai subjek tokoh , Tokoh kali ini  yang akan saya kongsikan pasti anda semua mengenali namanya . Beliau merupakan cucunda kesayangan junjungan mulia Rasullullah s.a.w iaitu Saidina Hussien R.A . Namun saya pasti ramai tidak mengetahui riwayat hidup Saidina Hussien sangat memilukan terutama ketika saat akhir kehidupan beliau . tragedi pembunuhan yang berlaku keatas saidina Hussien dalam peristiwa Karbala merupakan satu peristiwa yang terkejam pernah terjadi dalam lipatan sejarah islam.


Sayidina Ali berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mencintai kedua orang ini,yakni Hassan, Hussin dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat.(Hadis riwayat  Ahmad dan At-Tarmizi )







Sayidina Hussien dilahirkan di kota Madinah pada 5 haribulan Syaaban, tahun 4 Hijrah. Perbezaan umur di antara Sayidina Hussin dan abangnya Sayidina Hassan adalah setahun sepuluh bulan. Lahirnya Sayidina Hussien turut menambahkan kegembiraan Rasulullah SAW. Baginda yang memberi nama “Hussien” itu yang bermaksud, “Si Kecil cantik”.


Sewaktu menyambut kelahiran cucu Ielakinya yang kedua itu, Rasulullah SAW begitu ceria. Sewaktu memangku cucunya itu, tiba-tiba wajah baginda berubah. Orang-orang yang berada di keliling baginda merasa hairan mengapa wajah baginda tiba-tiba berubah sedih. Rupanya Rasulullah SAW sudah tahu bahawa akhir hidup Sayidina Hussin amatlah menyedihkan di mana beliau akan dibunuh dengan kejam.


Sebagai cucu yang selalu dipanggil sebagai puteranya, Rasulullah SAW sangat sayang sekali dengan Sayidina Hussin. Pada suatu hari, ketika masih kecil, Sayidina Hussin kelihatan bertengkar dengan abangnya Sayidina Hassan di hadapan baginda dan ibu mereka, Siti Fatimah. Perkara seperti itu biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Rasulullah SAW segera menegur Hassan.


Siti Fatimah merasa kurang senang melihat sikap Rasulullah SAW menegur seorang sahaja dari kedua cucunya itu. Maka Siti Fatimah berkata: “Wahai ayah, kenapa menegur Hassan sahaja?”
“Kerana Jibrail sudah menegur Hussin,” jawab baginda.


Tatkala kecilnya Sayidina Hussin selalu berada di sisi datuknya sewaktu baginda sedang mengajar para Sahabat. Maka dia mendapat pelbagai ilmu dan contoh teladan dari datuknya itu secara langsung. Sebagaimana abangnya, Sayidina Hussin juga seorang yang cerdik. Dia telah dapat menghafal Hadis-hadis Rasulullah semenjak kecilnya lagi.


Sayidina Hussin memang ditakdirkan Allah untuk menjadi seorang yang agung di kalangan umat Islam. Semenjak kecil, beliau menunjukkan contoh-contoh akhlak yang terpuji sebagai mewarisi sifat-sifat ayah dan datuknya. Semenjak kecil juga, beliau telah menunjukkan sifat berani sebagaimana ayahnya juga.


Setelah kewafatan Rasulullah, yakni waktu Sayidina Umar Al Khattab menjadi khalifah, ketika beliau sedang memberi khutbah di mimbar, Sayidina Hussin yang masih kanak-kanak telah berkata kepada Sayidina Umar dengan beraninya: “Turun engkau dari mimbar ayahku (Rasulullah SAW) dan pergilah berkhutbah di atas mimbar ayahmu.”
Sayidina Umar yang suka merendah diri menjawab dengan lembut kepada cucu kesayangan Rasulullah itu: “Ayahku tidak mempunyai mimbar seperti ayahmu.”


Sayidina Umar turun dari mimbar dan mengangkat Sayidina Hussin untuk duduk di sebelahnya sebelum menyambung khutbahnya. Demikian beraninya Sayidina Hussin waktu kecilnya.Dalam hal keberanian, Sayidina Hussin melebihi Sayidina Hassan, abangnya. Demikianlah yang telah diwariskan Rasulullah SAW untuknya. Beliau banyak menyertai peperangan bersama umat Islam.


Sewaktu kewafatan Khalifah Sayidina Ali, Sayidina Hassan telah dilantik menjadi khalifah. Demi menjaga perpaduan umat Islam, akhirnya Sayidina Hassan menyerahkan jawatan itu kepada Sayidina Muawiyah. Sayidina Hussin tidak bersetuju dengan tindakan abangnya itu. Namun kerana menghormati abangnya, maka Sayidina Hussin akur. Sebelum Muawiyah meninggal, beliau telah berwasiat agar anaknya Yazid menggantikan tempatnya setelah dia tiada. Waktu itu Yazid memaksa semua para Sahabat membuat pengakuan taat setia kepadanya. Ketika itu Sayidina Hussin telah berangkat meninggalkan Kufah, menuju ke Madinah. Sebenarnya ramai yang tidak bersetuju dengan perlantikan Yazid itu. Penyokong- penyokong Sayidina Hussin mengutus surat kepadanya agar dia kembali ke Kufah untuk dilantik menjadi khalifah. Penduduk Kufah enggan menerima Yazid sebagai khalifah.


Sebelum kembali ke Kufah, Sayidina Hussin telah menghantar utusannya untuk menyiasat apakah benar isi kandungan surat itu. Setelah ternyata ia benar maka Sayidina Hussin bersiap- siap untuk membawa kaum keluarganya kembali ke Kufah. Sayidina Hussin yang sangat baik, tidak sedikit pun menaruh syak wasangka bahawa suatu yang buruk akan menimpa dirinya dan ahlul bait yang lain.


Para Sahabat Rasulullah yang masih hidup ketika itu menasihatkan Sayidina Hussin agar jangan kembali ke Kufah kerana keadaan ketika itu sangat bahaya. Kerabatnya yang terdekat iaitu Abdullah bin Abbas telah bersungguh-sungguh cuba menghalang Sayidina Hussin namun Sayidina Hussin tetap dengan pendiriannya. Kemudian Abdullah menasihatkannya pula agar jangan membawa ahli-ahli keluarga kerana bimbang jika apa yang menimpa Khalifah Usman bin Affan juga akan menimpa Sayidina Hussin.


Sewaktu Khalifah Uthman dibunuh oleh pemberontak, peristiwa itu disaksikan oleh ahli keluarganya sendiri. Abdullah bimbang jika keluarga dari keturunan Rasulullah SAW akan dibunuh kesemuanya. Sayidina Hussin tetap mahu membawa keluarganya bersama. Maka akhirnya rombongan Sayidina Hussin yang terdiri dari 72 orang pun berangkat ke Kufah. Kebanyakan anggota rombongan adalah wanita dan kanak-kanak termasuk anak Sayidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin yang sedang meningkat remaja.


Ada pihak memberitahu Yazid bahawa Sayidina Hussin hendak merampas kuasa. Maka Yazid telah menghantar tenteranya untuk menghalang Sayidina Hussin dari dibaiat oleh penduduk Kufah. Ada riwayat yang menyatakan bahawa Yazid cuma mengarahkan tenteranya untuk menyiasat, bukan untuk membunuh Sayidina Hussin dan keluarganya. Namun, apa yang berlaku seterusnya sungguh sangat menyayat hati. Rombongan Sayidina Hussin yang seramai 72 orang itu terpaksa berdepan dengan tentera Yazid seramai 4000 orang! Teijadilah peristiwa berdarah di Karbala. Pembunuhan kejam terhadap kaum keluarga Rasulullah SAW di Karbala itu berlaku pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah. Pertempuran itu menyebabkan hampir seluruh anggota rombongan Sayidina Hussin dibunuh.


Pertempuran itu berlaku dari waktu Subuh hingga ke waktu Asar. Sungguhpun rombongan Sayidina Hussin kecil jumlahnya namun mereka bermati-matian mempertahankan diri. Dalam perang itu, Sayidina Hussin menunjukkan keberanian luar biasa. Walaupun dalam keadaan sulit dan bahaya, beliau sempat mengerjakan solat Zuhur dan Asar. Apabila hampir rembang, tinggal beberapa orang sahaja dari kalangan keluarga Sayidina Hussin sedangkan pihak musuh telah kehilangan hampir 1000 orang tenteranya.


Pertempuran yang berlangsung begitu lama menunjukkan betapa hebatnya Sayidina Hussin dan anak-anak buahnya menentang musuh. Akhirnya Sayidina Hussin menemui ajalnya apabila sebatang anak panah tiba-tiba mengenai tubuhnya, tepat di bahagian jantungnya. Dalam keadaan berlumuran darah dan amat letih setelah sehari suntuk berperang, Sayidina Hussin menghembuskan nafasnya yang terakhir di padang Karbala itu.
Kata-kata terakhir yang diucapkannya: “Oh Tuhan, mereka telah membunuh putera Nabi-Mu sedangkan di dunia ini tiada lagi putera Nabi selain aku.


Dalam perang itu, mereka yang terselamat adalah wanita dan kanak-kanak termasuklah adik Sayidina Hussin, iaitu Zainab Al Kubra dan anak Sayidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin. Ali Zainal Abidinlah yang menjadi penyambung keturunan Rasulullah. Dia juga nyaris dibunuh tetapi Tuhan mengkehendaki agar bersambungnya keturunan Rasulullah maka dia terselamat. Kepala Sayidina Hussin telah dipotong dan dihantar kepada Yazid. Mengikut sejarah, Yazid menangis apabila melihat kepala cucu Rasulullah itu. Beliau mengarahkan agar kepala itu dihantar ke Madinah berserta keluarga dan anaknya dengan upacara kehormatan dan kemuliaan. Tubuh Sayidina Hussin dikuburkan di Karbala, sedangkan kepalanya ditanam di Madinah, bersebelahan dengan makam ayah dan ibunya.


Demikianlah perginya cucu kesayangan Rasulullah SAW itu. Dia menjadi korban keganasan fitnah oleh golongan yang cinta dunia. Menurut suatu keterangan sejarah, tiada seorang pun dari mereka yang terlibat dalam pembunuhan Sayidina Hussin dan ahlul bait di Karbala itu selamat. Allah telah menyegerakan hukuman untuk mereka di dunia lagi. Ada yang mati dibunuh, ada yang jadi buta, ada yang mukanya jadi hitam dan macam-macam lagi. Bahkan ada yang kehilangan kuasanya dalam waktu yang singkat. Mereka berniat untuk membunuh keturunan Rasulullah SAW tetapi Allah menyelamatkan Ali Zainal Abidin, anak lelaki tunggal Sayidina Hussin sebagai penyambung zuriat baginda. Dari Ali Zainal Abidin, lahir ramai keturunan yang mulia dan suci ini.


sumber rujukan di ambil dr tiga rujukan , :
pemuda ahli sunnah , tanya-ustaz dan halaqah. net

p/s :  al-fatihah buat cucu rasullullah s.a.w Saidina Hussien R.A .. 

Nantikan sambungan Part II mengenai kisah Saidina Hussien .


6 ulasan:

  1. para sahabat dan tabiin pun berperangan sesama sendiri..... tak heranlah keadaan harini sebegini rupa.... semua kerana kuasa hingga seolah kita lupa hanya Allah yang maha kuasa

    BalasPadam
  2. ulamak selama ni berlepas tangan terhadap menentukan sapa yg salah masa perang antara ahlul bait dan empayar Muawiyyah dulu...

    p/s tak salah aku, cerita kat atas ni adalah dari sumber syiah. mohon pencerahan. tq

    BalasPadam
  3. Salam tuan, maaf sekadar berkongsi ilmu. Rasanya tidak molek sekiranya kita hanya melihat dari pohon saidina Hussain sahaja kerana pengorbangan dari pohon saidina Hassan juga besar malah pada peristiwa karbala yang terlebih dulu syahid adalah anak saidina Hassan dan sekiranya kita nak hadiahkan Al-fatihah, maka hadiahlah pada pohon kedua-duanya.

    BalasPadam
  4. APAKAH ADA KETURUNAN AHLUL BAIT?

    Dlm Al Quran yang menyebut 'ahlulbait', rasanya ada 3 (tiga) ayat dan 3 surat.

    1. QS. 11:73: Para Malaikat itu berkata: "Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah".

    2. QS. 28:12: Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusukan(nya) sebelum itu; maka berkatalah Saudara Musa: 'Maukahkamu aku tunjukkan kepadamu 'ahlulbait' yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?

    3. QS. 33:33: "...Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu 'ahlulbait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya".

    Sedangkan ditinjau dari sesudah ayat 33 yakni QS. 33:34, 37 dan 40 dan bukan hanya QS. 33:33, maka lingkup ahlul bait menjadi universal:

    1. Kedua orang tua Saidina Muhammad SAW.

    2. Saudara kandung Saidina Muhammad SAW.

    3. Isteri-isteri beliau.

    4. Anak-anak beliau baik perempuan maupun laki-laki.

    Bagaimana Saidina Ali bin Abi Thalib ya jika merujuk pada ayat-ayat ahlul bait pastilah bukan termasuk kelompok ahlul bait.

    Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

    “Tidak ada seorangpun yang mengaku (orang lain) sebagai ayahnya, padahal dia tahu (kalau bukan ayahnya), melainkan telah kufur (nikmat) kepada Allah. Orang yang mengaku-ngaku keturunan dari sebuah kaum, padahal bukan, maka siapkanlah tempat duduknya di neraka” (HR. Bukhari dan Muslim).

    Kesimpulan dari tulisan di atas, bahwa pewaris tahta 'ahlul bait' yang terakhir hanya tinggal bunda Fatimah. Berarti anaknya seperti Saidina Hasan dan Husein maupun yang perempuan bukanlah pewaris tahta AHLUL BAIT.

    BalasPadam
  5. Mas elfizo coba anda blajar lagi or cari info lagi tntang ahlulbait dan ane saranin jgn lngsung main trjemaah alquran tp plajari juga dong tafsirnya dan juga hadis2nya. Jng sotoy gtu.

    BalasPadam
  6. Sudah zaman berzaman ..ada manusia islam masih mempertikaikan siapa ahlul bayt rasulullah...laa

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai