iklan baris

Sejarah Penubuhan Malaysia | Sejarah Hari Malaysia 16 September 1963




Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca setia blog redzuan-ridz. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sentiasa :) Sebelum saya kongsikan entri kali ini , Tahukah anda semua hari ini tanggal 16 September merupakan hari penubuhan Malaysia . Antara 16 September dengan 31 Ogos , pasti semua lebih mengingati tarikh 31 Ogos kerana ianya tarikh kemerdekaan negara kita . Namun tarikh 16 September  sangat penting kerana pada tarikh inilah Malaysia ditubuhkan dan wujud sebagai sebuah Negara yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu ,Sabah , Sarawak  dan Singapura . sebelum akhirnya Singapura menarik diri dari menyertai Malaysia .di bawah ini saya kongsikan dengan terperinci sejarah penubuhan malaysia dan rentetan peristiwa penting dalam proses pembentukan dan penubuhan Malaysia.

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961, telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi. Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak. 

Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada 23 Julai 1961 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang konsep Malaysia kepada orang ramai khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei. Dalam Jawatankuasa ini, perwakilan dari Tanah Melayu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Perwakilan Singapura terdiri daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan termasuk seorang ahli parti pembangkang. Anggota perwakilan dari Sarawak adalah ahli-ahli Majlis Negeri Sarawak, begitu juga dengan Sabah. Jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak empat kali untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan penubuhan Malaysia. Mesyuarat pertama diadakan di Sabah pada Ogos 1961, seterusnya di Kuching, Sarawak pada Disember 1961 dan di Kuala Lumpur pada Januari 1962. Mesyuarat terakhir telah diadakan di Singapura pada Februari 1962. Dalam mesyuarat terakhir itu Jawatankuasa bersetuju untuk mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold supaya dibuat tinjauan mengenai pandangan penduduk di Sarawak dan Sabah terhadap gagasan Malaysia

Memorandum yang dipersetujui Jawatankuasa tersebut mengandungi beberapa perkara penting untuk dijadikan asas kepada perlembagaan yang akan dirancang. Jawatankuasa ini bersetuju supaya perlembagaan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia. Antara perkara lain yang dipersetujui ialah tentang perlunya ada sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan juga mengenai agama Islam diterima sebagai agama rasmi.

Pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak. Suruhanjaya ini dibentuk hasil perundingan diantara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan British pada November 1961. Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli dengan dipengerusikan oleh Lord Cobbold, bekas gabenor Bank England, ahli-ahlinya terdiri daripada Dato’ Wong Pow Nee dan Encik Mohd Ghazali bin Shafie, sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu , manakala Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston, wakil kepada kerajaan British. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha sepanjang Februari-hingga April 1962, 

Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri dari parti-parti politik, ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan dan Undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Hasil dari laporan ini menunjukkan sejumlah 80 peratus penduduk Sarawak dan Borneo Utara menyokong kepada penubuhan Malaysia. Sokongan rakyat ini jelas dibuktikan melalui laporan Suruhanjaya Cobbold yang telah disahkan oleh perwakilan Setiausaha Bangsa-Bangas Bersatu. Selain itu, laporan itu juga memuatkan cadangan-cadangan daripada ahli-ahli Suruhanjaya berhubung beberapa perkara yang dinyatakan melalui memorandum-memorandum yang diterimanya.

Pada 21 Jun 1962 laporan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah dikaji, kedua-dua kerajaan bersetuju menerima hampir semua cadangan yang telah dibuat oleh Suruhanjaya tersebut. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Tanah Melayu juga menerima laporan Suruhanjaya Cobbold. Beliau telah membentuk sebuah Jawatankuasa untuk mengkaji laporan itu yang telah dipengerusikan oleh beliau sendiri dan anggota-anggota yang lain terdiri dari Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri), Tan Siew Sin (Menteri Kewangan), Datuk (Dr) Ismail Dato’ Abdul Rahman (Menteri Keselamatan Dalam Negeri) dan Datuk V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya dan Telekom). Kata sepakat telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut telah berlangsung selama 2 minggu. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. 

Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.

Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.

Dibawah ini saya kongsikan dengan anda rentetan kronologi peristiwa dan tarikh penting yang membawa kepada penubuhan Malaysia


TARIKH
PERISTIWA
27 Mei 1961
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik
23 Julai 1961
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.
Ogos 1961
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah
18-20 Disember 1961
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak
6-7 Januari 1962
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber,Kuala Lumpur
17 Januari 1962
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha
3-4 Februari 1962
Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
21 Jun 1962
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
Julai 1962
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan.
9 Julai 1963
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
16 September 1963
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia



di bawah ini merupakan sebahagian daripada gambar-gambar bersejarah yang dirakamkan

1. Perarakan UMNO-MCA kerana tuntutan Kemerdekaan di Kuala Lumpur. Tahun 7hb Julai, 1954.
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu semasa berucap kepada wartawan asing di Hotel Adelphi,Singapura pada 27 Mei 1961. Di majlis itu, buat pertama kalinya Tunku menyuarakan cadangan penubuhan Malaysia.
2. Perarakan UMNO-MCA kerana tuntutan Kemerdekaan di Kuala Lumpur. Tahun 7hb Julai, 1954.
Ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia bermesyuarat di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur pada 6 dan 7 Januari 1962. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada bulan Julai 1961 dengan tujuan memberi penerangan kepada penduduk Borneo Utara, Sarawak dan Brunei mengenai penubuhan Malaysia. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang ketiga yang telah diadakan.
3. Perarakan UMNO-MCA kerana tuntutan Kemerdekaan di Kuala Lumpur. Tahun 7hb Julai, 1954.
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada 17 Januari 1962 bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri Borneo Utara dan Sarawak. Ahli Suruhanjaya terdiri dari kiri Mohd Ghazali Shafie, Wong Pow Nee, Lord Cobbold, Sir David Watherston dan Sir Anthony Abell
4. Perarakan United Malays National Organisation (UMNO) and Malayan Chinese Association (MCA) kerana tuntutan kemerdekaan, di Kuala Lumpur, Pada  7hb Julai 1954.
Penyata Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara dan Sarawak, 1962. Penyata ini menerangkan hasil Laporan Suruhanjaya yang menunjukkan sejumlah 80% penduduk Borneo Utara dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia. Laporan ini kemudiannya dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Jun 1962
5. Perarakan UMNO-MCA kerana tuntutan Kemerdekaan di Kuala Lumpur. Tahun 7hb Julai, 1954.
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengadakan sidang akhbar di Residensi beliau pada 6 Julai 1963, bagi mengumumkan keberangkatan ke London untuk menghadiri majlis menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia.


dan sebelum saya mengakhiri entri ini , ingatlah sejarah bukan hanya sekadar masa silam tetapi sejarah sesuatu yang perlu dihayati kerana sejarah bukanlah sesuatu untuk dikenang sebagai masa lampau tetapi sejarah merupakan teladan dan pemangkin kepada bangsa terkemudiannya dalam pembinaan sebuah negara bangsa  ( nation state-buliding )  kuat , disegani dan menjadi sebuah ketamadunan yang agung,. inilah pandangan peribadi saya ( penulis blog redzuan-ridz ) .


semoga perkongsian kali ini menambahkan dan mengkayakan lagi pengetahuan kita mengenai sejarah  negara kita. dan kita patut berasa malu sebagai anak Malaysia yang lahir dan hidup di tanah air tercinta ini jika kita tidak mengetahui sejarah dan tarikh penting peristiwa  negara kita.


sumber  rujukan : nota lecterur dari paper minor Sejarah Malaysia yg sy ambil di U.M , rencana utusan , arkib negara ,

rujukan bahan bacaan yang bagus saya syorkan anda baca buku ini "History of Malaysia " Tulisan Barbara Watson Andaya  dan Leonar Y. Andaya.

63 ulasan:

  1. kalaulah masa boleh diputar kembali,saya tak mahu sejarah malaysia yg begini...berkongsi segalanya dgn pendatang/orang asing....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodohnya, orang melayu pun orang asing, orang asli yang sebenarnya asli. Banyak sangat fakta fakta yang bercanggah dengan petikan sejarah yang lain. Kajian mendalam diperlukan

      Padam
    2. x payh la sampai nak cakap orang bodoh -_-

      Padam
    3. god just created another selfish brainless bastard

      Padam
  2. @Tanpa Nama benar apa saudara katakan . saya setuju dengan saudara . kerana kesilapan pemimpin terdahulu UMNO yang menerima imigran cina dan india sebagai warganegara satu dari syarat perjanjian kemerdekaan . kesannya kita dapat lihat sekarang .. Cina menguasai pasaran ekonomi dan perniagaan di Malaysia . Manakala India pula menguasai bidang profession lawyer , accountacy . Malaysia lah satu2 nya negara yang "baik hati " berkongsi hak warganegara dengan india dan cina .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa apa yg saudara redzuan katakan ni mmg tidak relevan. Kita x boleh salahkan bngsa Cina dan India. Siapa yg rajin berusaha dialah yg berjaya. Tidak kirala apa bgsa sekali pun. Kita msyrkt bumiputera perlu berusaha bukannya hnya mnuggu peluang shj. PEACE NO WAR.

      Padam
    2. betul kata redzuan tu..

      Padam
    3. tima kasih atas info tersebut

      Padam
    4. tima kasih atas info

      Padam
    5. Kamu pandai mengutuk tapi tak tau nak membina bangsa sendiri.Kalau ada anak pastikan anak jadi orang yang berjaya suatu masa nanti.

      Padam
    6. Salah satu faktor kenapa orang cina dan india diberikan kerakyatan kerana british takut dengan pengaruh komunis yang semakin kuat terutama dalam kalangan bukan melayu. ini menjadi ancaman utama kepada proses kemerdekaan tanah melayu. rasanya kalau bukan melayu menyokong komunis...apa akan jadi dengan tanah melayu hari ini. perlu diingat bahawa majoriti di tanah melayu + singapura adalah BUKAN MELAYU. penduduk sabah sarawak yang mengembalikan MAJORITI BUMIPUTERA. Admin...post fakta sejarah tapi sendiri buta sejarah. DASAR...keturunan

      Padam
  3. kalaulah masa boleh diputar kembali,saya tak mahu sejarah malaysia yang begini..dengan hasil bumi yang dirompak oleh bangsa sitamak haloba..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. mohon izin dari admin, nak guna entri ini sebagai bahan rujukan utk subjek pengjian am. terima kasih yer :))

    BalasPadam
  5. kasih kasih.. mohon share untuk tugasan n pengetahuan

    BalasPadam
  6. Salam... banyak keraguan tentang kesahihan fakta dalam penulisan ini. Antara lain adalah keputusan daripada tinjauan Cobbold Commission. Fakta yang sebenar adalah, hanya 1/3 daripada keputusan tinjauan bersetuju dengan idea pembentukan Persekutuan Malaysia. 1/3 lagi mahu merdeka terlebih dahulu dan 1/3 lagi bersetuju tetapi perlu masa dan suatu syarat. Suruhanjaya Cobbold berpendapat bahawa Sarawak memerlukan 10 tahun lagi manakala Sabah memerlukan 20 tahun lagi sebelum benar-benar bersedia dalam penggabungan tersebut. Malahan S/Jaya Cobboled sendiri ada mengeluarkan amaran bahawa sekiranya ada cadangan diidamkan bahawa Malaysia akan melibatkan pengambilalihan Wilayah Borneo oleh Persekutuan Malaya dan penjajahan hak-hak North BOrneo dan Sarawak, penubuhan Persekutuan Malaysia tidak akan diterima dan tidak akan berjaya. Pemimpin Borneo iaitu Tun Fuad sendiri menyatakan keraguan mengenai penyatuan ini. Apapun sejarah akhirnya membenarkan pembentukan Malaysia antara Negara Malaya, Negara Sabah, Negara Sarawak dan Negara Singapura. Penggabungan ini berjaya kerana adanya syarat-syarat penggabungan yang telah dipersetujui bersama iaitu Perkara 20 untuk Sabah dan Perkara 18 bagi Sarawak!... Hakikat yang terpaksa Sabah dan Sarawak hadapi sekarang adalah bahawa kuasa kemerdekaan kedua-dua negara ini telah dirampas oleh pihak Malaya. Ramai masih tidak tahu bahawasanya Sabah telah merdeka dari British pada 31hb Ogos 1963 manakala Sarawak merdeka pada 22hb Julai 1963 dan Singapura pada3hb Jun 1959. Kata-kata Tunku Abdul Rahman sendiri adalah bahawasanya Sabah dan Sarawak akan berdikari sendiri sama taraf dengan Malaya dan Singapura dan turut menegaskan bahasa hari penjajahan sudah berakhir. Apabila wilayah Borneo menjadi sebahagian Malaysia, ia bukan dijajah lagi tetapi sebagai rakan kongsi SAMA TARAF dengan negara lain (SABAH,SARAWAK,SINGAPURA,MALAYA).. Begitulah serba sedikit cerita di sebalik penubuhan Malaysia. Malangnya buat Sarawak dan Sabah apabila pada masa kina status atau taraf kedua-dua negara ini telah diturunkan hanya sebagai negeri ke-12 dan ke-13!...dan hanya pada yahun 2010 baharu lah tarikh 16hb Sept ini diiktiraf sebagai Hari Malaysia sebelum ini tarikh tersebut hanyalah diraikan sebagai Harijadi TYT Negeri Sabah sahaja.. Penindasan demi penindasan dilakukan oleh pihak Malaya terhadap Sabah dan Sarawak tetapi percayalah bahawa rakyat di kedua dua negara ini semakin sedar dan akan melakukan kebangkitan politik dalam milenium ini!.... INI KALI LAH!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkara 18/20 telah dicaburi oleh Melaya.

      Padam
    2. saya memang bersetuju dengan kenyataan yang cakap INI KALI LAH itu, sebab memenag betul apa yang dia katakan. Negara Sabah & Negara Sarawak bersetuju bergabung@menyertai bukannya masuk! pembentukan Persekutuan Malaysia dan bukannya Negara Malaysia kerana adanya perjanjian 20/18. tetapi penjanjian itu sama sekali tidak dilihat oleh pemimpin masa kini. sehinggakan salah seorang menteri dari Negara Sabah Mengemukakan perkara tersebut di parlimen (2010) dianggap tidak releven. jangan diingat Negara Sabah dan Negara Sarawak tidak pernah mengenal sejarahnya. Hormati Kedudukan Sabah DAN Sarawak sebagai rakan kongsi pembentukan persekutuan Malaysia ok..PEACE NO WAR:)

      (generasi muda anak Negara Sabah)

      Padam
    3. 20 perkara yang dituntut sabah bukan tuntutan sebagai sebuah negara tetapi tuntutan sebuah negeri,
      Berikut adalah tuntutan untuk sabah mengekalkannya sebagai sebuah negara atau bergabung dengan malaya
      TENTERA .Ada tentera tersendiri
      POLIS ada polis sendiri bukannya menggunakan pdrm
      MATAWANG .bukannya rm malaysia.
      Kerusi parlimen bukannya termasuk dalam 222 kerusi parlimen malaysia
      sekiranya sabah hanya bergabung semua perkara ini haruslah dikekalkan atau dituntut sebelum 1963.

      Padam
  7. terima kasih

    terima kasih
    terima kasih

    BalasPadam
  8. terima kasih kerana menyediakan blog berguna ini kepada saya

    BalasPadam
  9. terima kasih untuk informasi yang sangat berguna. mohon share entri ni ya. terima kasih

    BalasPadam
  10. sokong sgt3 kat penulis ' tanpa nama' !!!~ the truth!

    BalasPadam
  11. KITA HARUS BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA

    BalasPadam
  12. bagi saya org dulu lagi bijak dari orang sekarang kerana ... perancangan mereka bukan untuk diri sendiri.. tetapi utk negara.. saya bangga memiliki pemimpin sperti mereka... lihat sekarang negara kita tetap aman ,hidup berbilang bangsa.... tidak seperti negara diluar sana sanggup memulau , membunuh , mengancam dan pelbagai lagi.... hanya kerna satu... untuk hidup dalam satu negara yang satu bangsa... kita ada Kesultanan Melayu .. itu sudah cukup untuk mengatakan bertapa tingginya darjat orang melayu kita.... tanpa sistem ini bangsa melayu pasti luput ditelan zaman... hari malaysia adlah hari utk semua .... hari kita bersatu padu... kadang kala kita terpaksa terima yg lain... tapi andai itu terbaik ... apa salahnya... (maaf andai tersalah kata)

    BalasPadam
  13. Terima kasih atas tulisan artikel. Membantu menambahkan pengetahuan kepada semua rakyat Malaysia.

    BalasPadam
  14. Jadi...selama ini sejarah yg diajar disekolah dulu adalah satu pembohongan. Kesian...rakyat Sabah... dikatakan dalam buku sejarah bahawa Tunku Abdul rahman adalah bapa kemerdekaan Malaysia... ini tidak benar. Tunku hanyalah bapa kemerdekaan bagi Tanah melayu...bagi Negara Sabah...Bapa Kemerdekaan adalah Tun Mustapha.

    BalasPadam
  15. sangat berguna kepada saya

    BalasPadam
  16. sebenarnya saya sedang menjalan tugasan yang diberikan oleh cikgu saya info ini banyak membantu saya....thanks................

    BalasPadam
  17. thanks bro good info about our malaysia history

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum..

    Saya Berterima Kasih Diatas Keperhatinan Anda Sir Admin.. Sayangnya Masih Ada Yang Membelakangkan 'BUDI' Orang2 Melayu Kita Juga Sekaligus Membelakangkan Kebaikkan Pemimpin Pemimpin Kita Yang Unggul Seperti TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL - HAJ.. Dan Pemimpin Peminpin Dahulu yang Mashur.. Tak Ternilai Tingginya BUDI Mereka..
    Melayu Terlalu baik budi Sehinggakan Di pijak pijak Oleh Bangsa Lain.. Ini kerana Saya banyak membaca Komen dari orang2 Sabah yang kebanyakkannya menuding jari mereka kepada Kepimpinan Melayu.. sehingga mereka berani Mencemuh KeSultanan Melayu.. Sangat Sedih Perlakuan yang begitu.. Budi Bahasa Adalah Mencerminkan Tingkah laku Rakyatnya.. Bangsanya.. Dan Kemuliaannya.
    Melayu Diajar membahasakan dirinya 'SAYA' Kepada Orang yang kita baru kenal.. Bukan 'AKU'. Saya Berketurunan Jawa-Cina Dan Melayu Melaka. Dan Saya DiAjar Bahwasanya MELAYU TAKKAN MATI.. Walau hingga akhir titisan Darah Saya Akan Pertahankan 'BANGSA MELAYU'!
    Assalamualaikum..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum kepada Tanpa Nama di atas.
      Pertama sekali, saya sebagai salah seorang anak Sabah ingin menjelaskan sedikit 'tundingan jari ramai' terutamanya terhadap kepimpinan, khusus dalam isi tuan, kepimpinan Melayu. Mungkin mereka terbawa dek perasaan, jika sampai mencemuh figura sejarah dahulu, iaitu ketika zaman Kesultanan Melayu.
      Tundingan jari itu bukanlah 'ad hominem', cuma dalam kepimpinan itu sahaja. Moraliti tidak mengira kaum, agama, warna kulit dan bangsa serta keluarga. Moraliti itu mengira, dan memberi nilai kepada seseorang manusia. Itu sebabnya agama juga mengajar nilai moral dan moraliti yang baik kepada penganutnya.
      Korupsi tidak kira sama ada asalnya orang dari Sabah atau bangsanya Melayu. Menipu dan memutar belit tidak kira asalnya orang dari Selangor atau bangsanya Kadazan. Yang ditunding adalah nilai moralnya sudah runtuh, apatah lagi jika kepimpinan pusat pun dikuasai oleh orang Melayu. Maka tempias juga akan kena hingga ke pucuk 'kepimpinan Melayu'.
      Saya kagum dengan semangat anda mempertahankan bangsa anda. Dan anda juga harus faham, bagaimana kami juga bersemangat mempertahankan bangsa kami sendiri. Bangsa kami plural, namun identiti kami singular - orang Sabah.

      Padam
  19. Saya mohon kalau kita baca rujukan Sejarah, lihat keseluruhan subjek. Saya boleh katakan British and Colonial adalah bangsa yang teruk dan bangsat kerana menjajah Malaysia. Tapi kalau british tak datang................kita akan masih berada di belakang pembangunan, pendidikan entah di mana. Kedatangan Syarikat minyak asing Shell (Dutch) tidak pernah dipersoalkan. http://www.shell.com.my/aboutshell/who-we-are/history/malaysia.html.
    Penubuhan syarikat minyak negara adalah jelas untuk menyelamatkan khazanah negara drp dieksplotasi. Semoga sejarah begini patut didedahkan kepada generasi kini yang dibawa arus pembangunan. Walhal sudah berapa bnyk khazanah negara telah dikeluarkan sehinggalah penubuhan syarikat minyak negara?..........Dalam sejarah bnyk yang boleh dipelajari untuk menjadikan lebih matang dan membangunkan bangsa yang hebat.

    BalasPadam
  20. tima kasih atas info

    BalasPadam
  21. huraian menarik. terima kasih

    BalasPadam
  22. terrima kasih atas info ini :)

    BalasPadam
  23. terima kasih bro

    BalasPadam
  24. KIta sebagai org melayu kena bersatu..supaya orang asing tidak boleh dapat memerintah bumi melayu. mereka hanya datang menumpang mencari rezeki sahaja di bumi melayu.

    BalasPadam
  25. nota yang agak ringkas.

    BalasPadam
  26. pembentukan negara Malaysia merupakan sejarah yang tak terlupakan

    BalasPadam
  27. Terima kasih atas ulasan panjang lebar tentang kedudukan sebenar..... sebagai tambahan,saya juga tertanya-tanya, mengapa referendum atau tinjauan pandangan hanya ditumpukan kepada orang-orang di negara-negara Sabah dan Sarawak sahaja, tidak kepada orang-orang di negara Malaya.....Orang-orang Malaya juga berhak ditanyakan pendapat mereka......Juga dalam perjanjian Malaysia itu orang-orang Sabah ada keistimewaan 20 perkara, orang Sarawak 18 perkara....apa keistimewaan orang-orang Malaya? Tak ada....Malah dalam perkhidmatan kerajaan hari ini orang-orang Malaya persis warganegara kelas kedua, kerana dibayar upah lebih rendah untuk jawatan yang sama disebabkan orang-orang Sabah dan Sarawak mendapat imbuhan tetap Elaun Wilayah tidak kira di mana mereka bertugas.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. YES i agree... we're mostly treated like beggars in Borneo.. juz d Pandas are d luckiest compared 2 some who migrated 2 Borneo... kena halau x pasal2222n our pay being grabbed in many ways....Apa lh yg pgawai2 Penisular buat dlm pjabat aircond... dh RAMAI pgawai Penisular jd victims..... perang tanpa senjata thy have their own ways.. u knw!!

      Padam
  28. penerangan yang padat..tq

    BalasPadam
  29. Zaman itu tidak ramai yang berpendidikan. Sekarang ini ramai yang bijak pandai tentang mengupas sejarah.. dari zaman batu sehingga lah zaman teknologi moden...apa kata kita perbaiki apa yang sudah dilupakan... sejarah tetap sejarah..

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum... saya nak tanya niy... siapakah ahli-ahli suruhanjaya penyiasat yang telah ditubuhkan di Brunei untuk meninjau pandangan rakyat dalam penubuhan malaysia? saya kurang faham.. mohon pencerahan.. terima kasih.

    BalasPadam
  31. NOT HATRED BUT THROUGH EXPERIENCE.. PENISULAR GOV MUST MAKE ANOTHER BALLOT 4 BORNEO... As we knw Penisular under Tengku Abdul Rahm,an thy sacrifice thmselves going 2 England seeking 4 independence... Borneo entered later in 1963.. through cobbold ballot.. D progress that PENISULAR had was due 2 unity hardwork we do not cheat or stabbed one another .. 3 races wth different cultures stay unite n respect one another...thus borneo MUST respect d progress dat penisular is not through d borneo's sweat instyead.. our Penisular officers had been patient enough tolerating wth yr ideas..... in our PARLIAMENT !! Teachers frm penisular had been victimised,, n i wonder WHY our KPM officers still snoorez.. wht plan more need 2 B applied.. wht DrM said is TRUE not 2 overstay rd WELCOME.. thus somehOW Penisular need 2 B BraVE JUZ LIKE Singapore N BRUNEI... SOMEHOW we must also review on konfrantasi Malaysia- Indonesia in 1963.. we need 2 get d roots so hatred n vandalism 2wards our future generation like API dlm sekam dpt dbentras cauz apa guna tanam padi andai lalang yg tumbuh mcederakn later on as we walk d path known as life... TANAH MELAYU MERDEKA PAD A 31 OGOS 1957... Borneo walk in aft COBBOLD ballot represented in 1963.... thus now thy are blaming d PeNISULAR n make a MESS yes DRM... saya sambut cabaran unt tinggalkn comfort zone n I had a clearer VIEW NOW n I hope its NOTED!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. I'm speaking here through empirical sense as well,with no hatred intended. I understand your point, though I couldn't really catch what you've said . To tell you the truth, I'm not seeing how you could say that all the sweat are coming from one party (peninsular), as it need to be from both side as well. Borneo have many notable figures, as much as peninsular and their 'sweat' too need to be accounted as well. Both are tolerating each other to make this 'Malaysia' a reality, and by your words, you obviously noted that it's OUR parliament, so let's not cut aside Borneo officers in OUR parliament. That's why it were called 'ideas' - to be discussed, not tolerated.

      It is true, TM did merdeka on 31 August 1957, but it is not true that Borneo 'walked in'. TAR knocked our door and invited Borneo in the Federation 1963. We blamed Government, not peninsular. We blamed the system, not the people. I hope this too makes up your view even clearer and i too hoped its noted. Have a great day.

      Padam
  32. Mohon amik info admin. Tq

    BalasPadam
  33. Malaya bentuk malaysia bkn sbb komunis, tp sebbkn hasil bumi, yg ada di borneo.. Komunis hanya alasan. Sbb tu 20 pekara mnjadi tuntutan di padam pihak malaya.. Bserta pengkianat sabah HARIS bangsat.. Jika Donald Stephen masih hidup pada zamannya sabah akan mnjadi negeri terkaya.. Tp, di khianati.. JGN LUPA SABAH PERNAH MERDEKA, PERNAH MNJADI SEBUAH NEGARA.. tp, akibat tangan jahat.. Seperti apa yg jadi dgn malaysia skrg ni hnya kerana pangkat dn harta.

    BalasPadam
  34. kenapa kene panggil 7 kali merdeka?

    BalasPadam
  35. Isnin 27 Rabiul Akhir 1383 bersamaan 16 september 1963 menjadi hari keramat untuk rakyat Malaysia iaitu Termeterainya penubuhan Malaysia)

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai