iklan baris

Kisah Teladan : 7 Perkara Ganjil

Kisah Teladan : 7 Perkara Ganjil


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."


" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"


Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.


" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."


" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.


" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.


" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."




p/s: sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..


sumber rujukan : dipetik dari koleksi 1001 kisah teladan dalam islam.


klik baca yang ini juga ==>  Kisah Rasullullah S.A.W  Dengan Si Pengemis Buta

26 ulasan:

  1. entry yang bagus :)
    sentiasalah berpesan2 dan ingt-mengingati.

    BalasPadam
  2. thanks atas ilmu yang dikongsi..terus telefon mak lepas bace entry ni :')

    BalasPadam
  3. terima kasih untuk entry menarik ini.. :)

    BalasPadam
  4. erm :( sedih. asal bro bro kat ats tuh gedik terus nak tepon mak bagai??? wakakkakak :) nak pelok mak ~~

    BalasPadam
  5. info yg menarik saudara ku... :)

    BalasPadam
  6. Entry yang bagus ni RR... Boleh share kar fb akak ni...

    Thanx ya kongsi2 ilmu camni.. Kadang2 kita ni mudah lupa. So, bila ada yang mengingatkan tu.. syukur sangat2...

    BalasPadam
  7. @~ Cik Azz ~

    silakan kalau nk kongsikan di blog akak :) artikel dan kisah teladan mcm ni ptut disebarkan utk renungan kita bersama :)

    BalasPadam
  8. Assalam...Bw dari Bloglist BCRoom.net

    Astaghfirullah al-Azim...semoga kita tidak tergolong dalam golongan2 yang diaibkan Allah SWT...TQ sharing Ridz. Dapat bermuhasabah diri disini...

    Entri Terbaru : ►Motivasi : Bantuan Waktu Susah

    BalasPadam
  9. bila ingat mengingati satu sama lain, buat kite tersedar, bukan kite je, orang lain pun boleh beringat-ingat.....good article....

    BalasPadam
  10. Redzuan, tq sebab sudi terjah blog saya, tak nak lunch sebab merajuk ngan awak..ngeh!

    BalasPadam
  11. SALAM KENAL .
    http://yusdinu.blogspot.com

    BalasPadam
  12. terima kasih atas perkongsian ilmu.ridz
    marilah sama2 kita hidup pesan memesan dlm kebenaran dan kesabaran

    BalasPadam
  13. thanks for the info bro... may i shared with my fb friends?

    BalasPadam
  14. hope that we 'll be a friends soon...

    u also can visit my blog at :
    http://muhammadmahyuddinyusof.blogspot.com

    i 'm new blogger, so need your cooperation to teach me about how to build an interest info at blog...

    BalasPadam
  15. thanz sbb post ..sedikit sbnyak akn mmberi peringatan pd sy dan semua..
    INSYAALLAH!

    BalasPadam
  16. hye... nice entry..
    bnyak pengetahuan yg bleh dapat kt cini..

    BalasPadam
  17. Salam...nice entry..boleh menginsafkan kita

    Yang penting jangan tinggal solat dan derhaka kepada Ibu bapa kita...

    P/s:Sila follow blog akak ya Redzuan..

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum...
    entry yg sgt bgs.. terima kasih krn sudi kongsi ilmu =)

    BalasPadam
  19. alhmadulillah.. amik iktibar!!!
    tima kaceh atas perkongsian ilmu nie..

    BalasPadam
  20. Gratitude is the sign of noble souls.

    order cialis

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai