Inilah Manusia Pertama Didunia Yang Menjalani Pembedahan Plastik

Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog RR. orait untuk entri kali ini sangat menarik untuk RR kongsikan dengan anda semua mengenai info pembedahan plastik. actually bukan mengenai sejarah pembedahan plastik or teknik pembedahan plastik yang ingin sy kongsikan. tetapi mengenai orang pertama  didunia ini yang mula-mula menjalani pembedahan plastik  di era moden ini. Tahukah anda siapakah  manusia pertama didunia  yang menjalani pembedahan plastik? setelah aku searching belum ada seorang pun blogger dari malaysia yang berkongsikan info mengenai ini.  


inilah gambar manusia pertama yang menjalani pembedahan plastik. lihat gambar dibawah



lelaki inilah  Walter Yeo, manusia pertama
yang menjalani prosedur rawatan pembedahan
plastik pertama didunia.


Gambar yang cukup mengejutkan ini adalah gambar pembedahan plastik yang pertama kali dilakukan di dunia. Usia gambar tersebut diyakini lebih dari 90 tahun lalu. dari sumber yang sahih, Walter Yeo yang merupakan seorang tentera laut adalah  orang pertama didunia telah mendapatkan rawatan pembedahan plastik pada zaman moden setelah beliau kehilangan kelopak matanya  dan mengalami kecatatan muka yang sangat teruk  akibat peperangan  Jutland ( battle of Jutland) yang disertainya semasa era Perang Dunia Pertama 

Pembedahan plastik pertama didunia ini telah dijalankan pada 1917 yang dikendalikan oleh seorang doktor pakar kulit iaitu Sir Harold Gillies dari New Zealand  yang telah melakukan  proses pembedahan pencantuman kulit kebahagian anggota yang lain  untuk pertama kalinya dalam sejarah pembedahan moden , di Plymouth, England. Kerana jasanya dan kejayaan proses pembedahan plastik pertama didunia, Sir Harold Gillies telah digelar sebagai 'Father Of Plastic Surgery'

Dibawah ini  saya kongsikan dengan anda 5 keping gambar  dari 8 keseluruhan gambar yang berjaya diambil sebelum dan selepas prosedur pembedahan plastik untuk membina kembali wajah Walter . 


 Inilah wajah sebenar Walter yang sangat mengerikan 
sebelum menjalani pembedahan


 gambar walter sejurus prosedur pembedahan
berjaya






inilah hasilnya wajah Walter Yeo diakhirnya setelah pembedahan plastik ini
berjaya dilaksanakan


sumber : diolah ke bahasa melayu dr vivanews, lazacode.com

p/s: dengan adanya penemuan baru dlm bidang pencantuman kulit untuk pembedahan plastik dapat memberi sinar untuk mereka yang mengalami kecacatan sekaligus dpt meneruskan kehidupan normal seperti insan lain. terima kasih kepada kemajuan yg dicapai dlm bidang perubatan dan juga sir harrod gillies :)

7 ulasan:

  1. Peh..nasib baik gambar asal muka dia tu tak brape clear. Ngeri jgk. Walau tak brape sempurna wajah lepas pembedahan tu. Nampak menakjubkan teknik pembedahan plastik ni.

    BalasPadam
  2. bagus lah info ni...sangat menarik

    BalasPadam
  3. ridz :) nape gambo menarikkk?? takott..sian uncle tuh :)

    BalasPadam
  4. betol tu..dpt mgembirakan kbahagian kpd mereka utk jalani hidup..=)

    BalasPadam
  5. Wah, tak pernah terfikir pulak tentang sejarah pembedahan plastik sebelum ni...

    BalasPadam
  6. takutnya tgk muka die wlaupun after pmbedahan...

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai