iklan baris

Kebenaran Al-Quran : Gunung Bergerak Seperti Mana Awan

2 ulasan:


Dalam satu ayat al-Quran, kita diberitahu bahawa gunung-gunung tidaklah tetap sebagaimana yang nampak, akan tetapi terus-menerus bergerak.


"Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal dia berjalan seperti jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al Qur'an, 27:88)

Gerakan gunung-gunung ini disebabkan oleh gerakan kerak bumi tempat gunung-gunung berada. Kerak bumi ini seperti mengapung di atas lapisan magma yang lebih rapat. 


Pada awal abad ke-20, untuk pertama kalinya dalam sejarah, seorang ilmuwan Jerman bernama Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua pada permukaan bumi menyatu pada masa-masa awal bumi, namun kemudian bergeser ke arah yang berbeza-beza sehingga terpisah ketika bergerak saling menjauhi.

Para ahli geologi memahami kebenaran pernyataan Wegener baru hanya pada tahun 1980, iaitu 50 tahun setelah kematiannya. Sebagaimana pernah dikemukakan oleh Wegener dalam sebuah tulisan yang terbit tahun 1915, sekitar 500 juta tahun lalu seluruh tanah daratan yang ada di permukaan bumi awalnya adalah satu kesatuan yang dinamakan Pangaea. Daratan ini terletak di kutub selatan.


Sekitar 180 juta tahun lalu, Pangaea terbelah menjadi dua bahagian yang masing-masingnya bergerak ke arah yang berbeza. Salah satu daratan atau benua raksasa ini adalahGondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. 

Benua raksasa kedua adalah Laurasia, yang terdiri dari Eropah, Amerika Utara dan Asia, kecuali India. Selama 150 tahun setelah pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia terbahagi menjadi daratan-daratan yang lebih kecil.

Benua-benua yang terbentuk menyusul terbelahnya Pangaea telah bergerak pada permukaan Bumi secara terus-menerus sejauh beberapa sentimeter per tahun. Peristiwa ini juga menyebabkan perubahan perbandingan luas antara wilayah daratan dan lautan di Bumi.

Pergerakan kerak Bumi ini ditemui setelah penyelidikan geologi yang dilakukan di awal abad ke-20. Para ilmuwan menjelaskan peristiwa ini sebagaimana berikut:

Kerak dan bahagian terluar dari magma, dengan ketebalan sekitar 100 km, terbahagi atas lapisan-lapisan yang disebut plat. Terdapat enam plat utama, dan beberapa plat kecil. 
Menurut teori yang disebut plat tektonik, plat-plat ini bergerak pada permukaan bumi, membawa benua dan dasar lautan bersamanya. 

Pergerakan benua telah diukur dan berkecepatan 1 hingga 5 cm per tahun. plat-plat tersebut terus-menerus bergerak, dan menghasilkan perubahan pada geografi bumi secara perlahan. 
Setiap tahun, misalnya, Samudera Atlantic menjadi sedikit lebih lebar. (Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 30)

Ada perkara sangat penting yang perlu dikemukakan di sini: dalam ayat tersebut Allah telah menyebut tentang gerakan gunung sebagaimana mengapungnya perjalanan awan. (Kini, Ilmuwan modern juga menggunakan istilah "continental drift" atau "gerakan mengapung dari benua" untuk gerakan ini. (National Geographic Society, Powers of Nature, Washington D.C., 1978, s.12-13)

Tidak dipersoalkan lagi, adalah salah satu kejaiban Al Qur’an bahawa fakta ilmiah ini, yang baru sahaja ditemui oleh para ilmuwan, telah dinyatakan dalam Al Qur’an.






Fakta dan Statistik Antara Muslim VS Yahudi

2 ulasan:
yahudi vs muslim


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz . Dengan nama Allah saya mulakan perkogsian kali ini . Perkongsian kali ini sy akan kongsikan fakta dan statistik antara Islam dan Yahudi . Teruskan membaca sehingga tamat , kerana apa yang dikongsikan ini pasti akan membuka minda kita mengenai kebenaran yg mungkin selama ini kita sendiri tidak perasan mahupun tidak sedar mengenainya .


Sebahagian isi fakta dan statistik dibawah diambil daripada ucapan Hafez A.B Mohamed, Pengarah Umum Al-Baraka Bank, Afrika Selatan.


Populasi Yahudi Di Seluruh Dunia


• 7 juta di Amerika
• 5 juta di Asia
• 2 juta di eropah
• 0.1 juta di Afrika
Keseluruhan = 14.1 juta

Populasi Muslim Di Seluruh Dunia




• 1,000 juta di Asia
• 400 juta di Afrika
• 44 juta di Eropah
• 6 juta di Amerika

Keseluruhan = 1,500 juta (1.5 billion )

• Setiap 5 populasi manusia di muka bumi bermakna terdapat seorang Muslim (20%)
• Setiap orang Hindu Terdapat dua Muslim (1:2)
• Setiap orang Buddha Terdapat dua Muslim (1:2)
• Setiap orang Yahudi Terdapat 107 Muslim (1:107)
• 14 Juta Yahudi lebih berkuasa daripada keseluruhan 1,500 juta Muslim.

Mengapa?


Berikut adalah beberapa sebabnya

Sejarah Pendatang Yahudi


• Albert Einstein - Yahudi
• Sigmund Freud - Yahudi
• Karl Marx - Yahudi
• Paul Samuelson - Yahudi
• Milton Friedman - Yahudi

Penemuan Perubatan
• Vaccinating Needle - Benjamin Ruben - Yahudi
• Polio Vaccine - Jonas Salk - Yahudi
• Leukaemeia Drug - Gertrude elion - Yahudi
• Hepatitis B - Baruch Blumberg - Yahudi
• Syphilis Drug - Paul Ehrlich - Yahudi
• Neuro Muscular - Elie Metchnikoff - Yahudi
• Endocrinology - Andrew Schally - Yahudi
• Cognitive Therapy - Aaron Beck - Yahudi
• Contraceptive Pill - Gregory Pincus - Yahudi
• Understanding Of Human eye - G. Wald - Yahudi
• Embryology - Stanley Cohen - Yahudi
• Kidney Dialysis - Wilem Kloffcame - Yahudi

Pemenang Hadiah Nobel
Sejak 105 tahun lepas, 14 juta Yahudi telah memenangi 180 hadiah Nobel manakala 1,500 juta Muslim hanya menang 3 Anugerah Nobel yang kesemuanya warga Mesir.

Inovasi Yang Mengubah Sejarah
• Micro-Processing Chip - Stanley Mezor - Yahudi
• Nuclear Chain Reactor - Leo Sziland - Yahudi
• Optical Fibre Cable - Peter Schultz - Yahudi
• Traffic Lights - Charles Adler - Yahudi
• Stainless Steel - Benno Strauss - Yahudi
• Sound Movies - Isador Kisee - Yahudi
• Telephone Microphone - Emile Berliner - Yahudi
• Video Tape Recorder - Charles Ginsburg - Yahudi

Bisnes Global Berpengaruh
• Polo - Ralph Lauren - Yahudi
• Coca Cola - Yahudi
• Levi’s Jeans - Levi Strauss - Yahudi
• Starbuck’s - Howard Schultz - Yahudi
• Google - Sergey Brin - Yahudi
• Dell Computers - Michael Dell - Yahudi
• Oracle - Larry Ellison - Yahudi
• DKNY - Donna Karan - Yahudi
• Baskin & Robbins - Irv Robbins - Yahudi
• Dunkin Donuts - Bill Rosenberg - Yahudi

Ahli Politik / Intelek Berpengaruh
• Henry Kissinger -US Sec of State - Yahudi
• Richard Levin - President Of Yale University - Yahudi
• Alan Greenspan - US Federal Reserve - Yahudi
• Joseph Lieberman - - Yahudi
• Madeline Albright -US Sec Of State - Yahudi
• Casper Weinberger - US Sec of Defense - Yahudi
• Maxim Litvinov - USSR Foreign Minister - Yahudi
• David Marshal - Singapore Chief Minister - Yahudi
• Isaacs Isaacs - Gov-gen Australia - Yahudi
• Benjamin Disraeli - British Stateman - Yahudi
• Yevgeny Primakov - Russian PM - Yahudi
• Barry Goldwater - US Politician - Yahudi
• Jorge Sampaio - Portugal President - Yahudi
• Herb Gray - Canadian Deputy PM - Yahudi
• Pierre Mendes - French PM - Yahudi
• Michael Howard - British Home Sec. - Yahudi
• Bruno Kriesky - Austrian Chancellor - Yahudi
• Robert Rubin - US Sec of Treasury - Yahudi

Media Global Berpengaruh
• Wolf Blitzer - CNN - Yahudi
• Barbara Walters - ABC News - Yahudi
• Eugene Meyer - Washington Post - Yahudi
• Henry Grunwald - Time Magazine - Yahudi
• Katherine Graham - Washington Post - Yahudi
• Joseph Lelyeld - New York Times - Yahudi
• Max Frankel - New York Times - Yahudi

Philanthropists Global
• George Soros - Yahudi
• Walter Annenberg - Yahudi

Mengapa Mereka Sangat Berkuasa?

Jadi mengapa Muslim tidak berkuasa? Di sini ada beberapa sebab. Kita sudah ketinggalan dari segi kapasiti menghasilkan ilmu.

• Di seluruh Negara Islam (57 Negara) terdapat hanya lebih kurang 500 Universiti.
• Di US sahaja terdapat 5,758 Universiti.
• Di India sahaja terdapat 8,407 Universiti.
• Hanya ada beberapa Universiti dari Negara Islam yang mendapat Ranking 500 Universiti Terbaik Dunia.
• Literasi di Negara Kristian - 90%
• Literasi di Negara Islam - 40%
• 15 negara Majoriti Kristian mencatatkan Literasi 100%
• Tiada Negara Majoriti Muslim mencatatkan Literasi 100%
• 98% di Negara Majoriti Kristian berjaya melengkapkan pengajian di Sekolah Rendah.
• Hanya 50% di Negara Islam berjaya melengkapkan pengajian di Sekolah Rendah.
• 40% di Negara Majoriti Kristian Mendapat pendidikan Universiti.
• Di kalangan Muslim terdapat 230 Saintis per sejuta Muslim.
• Di US terdapat 5000 Saintis per Sejuta.
• Di Dunia Kristian terdapat 1000 Juruteknik per sejuta.
• Di seluruh Arab Hanya Terdapat 50 Juruteknik per sejuta.
• Negara Islam membelanjakan 0.2% untuk penyelidikan dan pembangunan daripada Keluaran Negara Kasar.
• Negara Kristian Membelanjakan 5% daripada Keluaran Negara Kasar untuk Penyelidikan dan Pembangunan.

Kesimpulan 1



Muslim kekurangan kapasiti untuk menjana ilmu pengetahuan. Jalan lain untuk menguji darjah pengetahuan ialah darjah menyebarkan pengetahuan.
• Pakistan Mempunyai 23 pembaca Akhbar Harian per 1,000 rakyatnya
• Singapore mempunyai 460 pembaca Akhbar Harian per 1,000 rakyatnya
• Di UK 2,000 tajuk buku per sejuta
• Di Mesir Hanya 17 tajuk buku per sejuta.

Kesimpulan 2

• Muslim gagal menyebarkan ilmu pengetahuan.
• Mengaplikasikan ilmu pengetahuan merupakan satu lagi Ujian
• Eksport produk berteknologi tinggi dari Pakistan ialah hanya 0.9% daripada keseluruhan eksport dan Arab Saudi 0.2% manakala Kuwait, Maghribi dan Algeria 0.3% sedangkan Singapore sahaja 68%.

Kesimpulan 3
• Muslim gagal mengaolikasikan ilmu pengetahuan.
• Apa Yang Perlu Disimpulkan?
• Tidak perlu dinyatakan kerana statistik dan Fakta di atas dengan jelas menyatakannya kecuali kita gagal mendengarnya.

Nasihat Saya


Sama-samalah memberi pendidikan kepada diri sendiri rakan, saudara jauh dan dekat serta anak-anak dan menggalakkan pendidikan. jangan berkompromi dalam soal ini dan jangan biarkan anak anda daripada tidak mendapat bimbingan dan galakan dalam pendidikan (dan tolong jangan gunakan kabel (networking), rakan untuk menaikkan anak anda dalam pendidikan demi kebaikan anak anda. Jika mereka gagal biarkan mereka belajar bagaimana untuk lulus. Jika mereka gagal lakukan sekarang, mereka akan dapat lakukannya nanti)

Kita merupakan Populasi terbesar dunia dan terkuat dan apa yang perlu kita lakukan ialah mengenalpasti dan menerokai kekuatan kita. Kejayaan kita adalah ilmu Pengetahuan kita, kreativii kita, literasi kita dan tiada yang lain.



Kerana Membudayakan Ilmulah Kaum Yahudi berjaya menakluki dunia. Sayangnya kita kini termasuk diri saya sendiri amat leka terhadap hiburan dan lain-lain hingga Yahudi bermaharajalela di dunia ini. Krisis Gaza menyaksikan sehingga kini lebih 1,200 rakyat Palestin dibunuh.
Marilah kita sama-sama membudayakan ilmu sesuai dengan Ayat Pertama Al-Quran, “Iqra’” yakni bacalah yang memberi interprestasi kepada pembudayaan ilmu. Ilmu Suluh Kehidupan!

 dan Akhir kata dari  saya selaku penulis blog redzuan-ridz , Marilahlah kita sebagai seorang Muslim. Bangunlah dan Bangkitlah bersama mencipta kembali kegemilangan yang pernah dicapai dahulu  Islam seperti ketika bermula dgn lahirnya rasul penutup segala nabi  iaitu Muhammad S.A.W, dan diteruskan oleh era  Khulafa Ar-Rasyidin , kemudian disusuli era Dinasti Ummayah tahap pertama  dan Dinasti Abbasiyah di Asia Barat . Manakala di Afrika lahirnya  Dinasti Fatimiyah yg agung dan beberpa kerajaan islam lain seperti kerajaan Muwahiddun , kerajaan Muluk Al-Tawaif . Dinasti Umayyah tahap kedua yang berpusat di Cordova, Sepanyol menjadi penerus legasi dalam menyebarkan islam di Barat sangat mashyur sehingga berjaya menangkis  serangan tentera pimpinan empayar kerajaan Kristian Eregon dan tetap utuh untuk ratusan tahun empayar Dinasti tersebut.  Manakala  Dinasti Uthmaniyah yg meluaskan lagi empayar Islam sehingga ke Balkan , Eropah Timur . dan menjadi pelindung umat islam ketika itu . di Asia Selatan Tertegaknya Kesultanan Delhi dengan lahir beberapa dinasti islam spt Dinasti Lodi , Dinasti Mamluk  antaranya dan diakhiri dengan Dinasti Moghul yg agung dgn empayar islamnya luas . di Asia Timur pula , tertegaknya 3 dinasti islam China  dengan dimulai Dinasti  Yuan , Dinasti Song , dan kegemilangan islam di China mencapai kemuncaknya ketika Dinasti  Ming , dimana Dinasti Ming merupakan Dinasti  Islam sehingga melahirkan pelayar agung Laksmana Cheng Ho yg beragama Islam . .Di rantau Melayu lahirnya Kerajaan Islam Pasai , Demak , dan mencapai kemuncaknya ketika Kesultanan Melayu Melaka yang Agung dan Kesultanan Acheh . dan banyak lagi kerajaan Islam lain yang berdiri tegak diseluruh dunia dan saya hanya menyebut beberapa nama kerajaan islam yg masyhur dan besar dikenali yg saya ingat dan pernah saya belajar mengenainya ketika mengambil subjek pensejarahan islam di U.M

Begitulah hebatnya Islam sehingga berjaya menguasai dunia satu waktu dahulu dengan empoayar islam yg berdiri megah dan melahirkan ramai tokoh2 , ilmuwan-ilmuwan yang agung dalam segenap bidang , dan memberi sumbangan hebat kepada peradaban dunia dengan hasil karya dan penemuan=penemuan yang sangat penting.. Namun semuanya berbeza kini . apabila umat islam dijajah dari segenap aspek baik secara fizikal , ketenteraan , kedaulatan , mahupun dijajah minda dengan diresapi budaya-budaya yg tidak sejajar dan bertentangan dengan islam .

sebarkan dan kongsikan lah entri ini , kepada saudara dan rakan-rakan kita . moga perkongsian kali ini akan membuka lagi kebenaran faktor penyumbang disebalik kemunduran  msykt islam  ini yg dimulai dengan runtuhnya empayar agung Uthmaniyah pada awal abad 19  yg menjadi benteng terakhir pelindung umat islam .


Tangan Dipotong Kerana Memberi Sedekah

3 ulasan:
Tangan Dipotong Kerana Memberi Sedekah



Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik saja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barang siapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barang siapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barang siapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barang siapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat.


sumber :  halaqah.net .

Punca Ketakutan Barat Terhadap Islam

4 ulasan:


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan ridz . Perkongsian kali ini sangat menarik dan anda digalakkan membaca  sehingga tamat . Pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai tajuk entri kali ini yang saya kongsikan.. . apakah punca ketakutan Barat terhadap Islam sedangkank alau diperhatikan situasi dan senario dunia , jelas umat Islam ditindas dan dibenci . Namun disebaliknya tersembunyi fakta yang disorokkan dan ramai antara kita tidak mengetahuinya. Dalam, kerakusan Barat menjajah pemikiran umat islam sementara Yahudi Laknatullah pula dengan rakusnyaa membunuh umat islam terutama di Palestin . sebenarnya perkembangan masyarakat Barat yang memeluk islam telah bertambah dengan pesatnya . Inilah yang sebenarnya menjadi faktor utama ketakutan puak kafir laknatullah ini.

PERKEMBANGAN Islam di dunia Barat kebelakangan ini agak pesat. Mengikut kajian, dalam setiap empat warga barat seorang daripadanya adalah Muslim. Bukanlah mustahil bahawa jumlah penduduk Muslim akan terus bertambah dan Islam akan menjadi agama terbesar di dunia suatu masa nanti.
Peningkatan terus menerus itu bukan kerana jumlah penduduk yang makin bertambah di negara-negara Muslim, tapi jumlah mereka yang memeluk Islam terus meningkat.
Ia merupakan satu fenomena yang menonjol terutama selepas serangan terhadap World Trade Center di New York pada 11 September 2001.
Serangan ini yang dikutuk oleh setiap orang terutama umat Muslim, tiba-tiba telah mengarahkan perhatian orang (khususnya warga Barat) kepada Islam.
Orang di Barat selalu bercakap mengenai agama Islam, macam manakah Islam itu, apakah yang dikatakan al-Quran, kewajipan apakah yang harus dilaksanakan sebagai seorang Muslim, dan bagaimanakah kaum Muslim dituntut melaksanakan urusan dalam kehidupan hariannya.
Daya tarikan itu secara semula jadi mendorong peningkatan jumlah warga dunia yang berpaling kepada Islam.
Antara perkiraan umum yang terdengar pasca selepas peristiwa 11 September itu adalah: “Serangan ini akan mengubah era sejarah dunia.” Nyata ia telah mulai nampak kebenarannya.
Proses kembali kepada nilai-nilai agama dan spiritual yang dialami dunia sejak sekian lama telah mengubah wajah dunia dan berpaling kepada Islam.
Islam di barat berada pada titik perkembangan yang pesat.
Ini dibuktikan oleh laporan-laporan tesis, tulisan sekitar ‘Kedudukan Muslim di Eropah dan ‘Dialog antara masyarakat Eropah dan umat Muslim.
Suatu kisah yang ditayangkan oleh NTV News pada 20 Jun 2004 dengan judul Islam adalah agama yang berkembang pesat di Eropah membahas laporan yang dikeluarkan oleh Badan Perisikan Domestik Perancis.

Mungkin inilah punca ketakutan Barat terhadap Islam
Laporan tersebut menyatakan jumlah orang yang memeluk Islam di negara-negara Barat bertambah terutama pasca serangan 11 September. Di Perancis sahaja ia meningkat sebanyak 30,000 hingga 40,000 pada tahun 2009.
Jumlah umat Islam di Eropah akan meningkat menjadi 20 peratus menjelang tahun 2050 seperti yang dilaporkan oleh kajian mengenai Euro-Islam dalam jurnal Current History oleh William Finan. Pada ketika ini terdapat 72 juta orang Islam di Turki.
Perangkaan dan kajian menunjukkan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) seperti Britain, Sepanyol dan Belanda akan mempunyai penduduk Muslim yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat.
Perangkaan tahun 2008 menunjukkan lima peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk di 27 negara Eropah terdiri daripada kalangan umat Islam.
Philip K. Hitti dalam bukunya Orang Arab: Sejarah Ringkas (The Arabs: A Short History) menukilkan seperti berikut:
“Orang Islam Sepanyol mengarang salah satu daripada bab-bab yang gemilang dalam sejarah intelektual pada zaman pertengahan Eropah.
Di antara pertengahan abad kelapan dan permulaan abad ke-13, orang Arab merupakan pemimpin utama dalam budaya dan peradaban di seluruh dunia. Mereka merupakan perantaraan untuk memulih, menambah dan menyebarkan sains dan falsafah yang telah merubah pembaharuan di Eropah Barat.”
Pada tahun 2008 direkodkan Rusia mempunyai jumlah orang Islam paling ramai di Eropah, iaitu kira-kira 27.04 juta, Perancis (6.12 juta), Jerman (3.05 juta), Itali (2.4 juta), Belanda (890,000), Sepanyol (550,000), Belgium (380,000), Austria (300,000), Sweden (280,000) dan beberapa negara Eropah lainnya yang terus mencatatkan peningkatan jumlah umat Islam di sana.
Kebanyakan Muslim di Eropah terdapat di bandar-bandar besar seperti 25 peratus di Rotterdam dan 24 peratus di Amsterdam (Belanda), 20 peratus di Marseille (Perancis), 17 peratus di Brussels (Belgium), 16 peratus di Bradford (UK), dan 10 peratus di Paris, London dan Copenhagen.
Seorang sarjana falsafah dan pengajian Islam di Switzerland, Tariq Ramadan dalam tulisannya mengenai peningkatan jumlah umat Islam di Eropah berpendapat, Islam kini telah menjadi sebahagian daripada budaya benua itu.
Masyarakat Islam di Eropah bukan lagi pendatang yang kemudian kembali semula ke negara asal mereka, tetapi ia telah menjadi warganegara Eropah yang beragama Islam.
Sarjana Barat tersohor, John Esposito, yang merupakan Pengasas Majlis Persafahaman Islam – Kristian di Washington, Amerika Syarikat (AS) pula berpendapat, Islam bukan saja agama kedua terbesar secara global, tetapi juga agama kedua atau ketiga terbesar di Eropah dan Amerika.
Ini akan membuka peluang dan ruang lebih besar kepada Islam untuk berkembang pesat di seluruh dunia.
Organisasi Muslim di AS juga memang banyak. Antaranya:
Persatuann Masyarakat Islam Amerika pengganti Nation of Islam yang lebih dikenali sebagai Black Muslim. Persatuan Masyarakat Islam Amerika Utara pula adalah organisasi Muslim dan perseorangan untuk mewakili Islam.
lLingkaran Islam Amerika Utara adalah kelompok Islam yang tidak memandang kesukuan, terbuka bagi semua dan mandiri. Kelompok ini dibentuk oleh pendatang kulit putih dan Afro Amerika yang masuk Islam. Kelompok ini sedang pesat berkembang yang juga disebut sebagai Muslim muda.
American Society of Muslim Islamic Supreme Concil of America (Dewan Tertinggi Muslim Amerika) iaitu mewakili ramai Muslim AS. Tujuannya, menyediakan penyelesaian bagi Muslim AS yang berlandaskan hukum Islam dan bekerja keras untuk mengintegrasikan ajaran Islam dalam menyelesaikan isu-isu demi memelihara keyakinan Islam di tengah masyarakat sekular.
Menurut laporan Lembaga Kajian Pew 2007, dua pertiga Muslim AS adalah keturunan asing. Ada antara mereka berhijrah ke AS sejak tahun 1990. Sepertiga daripada Muslim AS adalah penduduk asli yang menganut Islam dan keturunan Afro Amerika.
Sementara itu, New York Times pada 2005 melaporkan lebih ramai orang dari negara-negara Muslim menjadi penduduk AS di mana hampir setiap tahun seramai 96,000 orang menganut Islam berbanding dua dekad sebelumnya.
Dalam pada itu, Pope Benedick XVI khuatir apabila 100,000 orang Jerman turut meninggalkan agama asal mereka untuk memeluk Islam setiap tahun. Lebih menyedihkan apabila cuma tinggal 0.04 peratus saja orang Kristian yang ke gereja setiap hujung minggu di seluruh dunia.
Sementara itu, penelitian juga mengungkapkan bahawa dengan meningkat jumlah Muslim di Eropah turut memberi kesan dengan kesedaran untuk menegakkan Islam lebih ketara di kalangan mahasiswa.
Menurut kajian akhbar Perancis Le Monde pada Oktober 2001, dibandingkan data yang dikumpulkan pada tahun 1994, ramai kaum Muslim terus melaksanakan solat, pergi ke masjid dan berpuasa. Kesedaran itu lebih menonjol di kalangan mahasiswa universiti.
Dalam satu laporan yang didasarkan pada media massa asing pada tahun 1999, majalah Turki Aktuel menyatakan:
“Para peneliti Barat menganggarkan dalam 50 tahun ke hadapan Eropah akan menjadi salah satu pusat utama perkembangan Islam”.


dipetik dari rencana : Utusan Malaysia , 20 Julai 2011