iklan baris

Hadis Rasullullah S.A.W Mengenai Tanda Kiamat - Panji Hitam Ufuk Timur

8 ulasan:





Assalamualaikum  buat semua pembaca yang dihormati , Entri kali ini saya kongsikan dengan anda mengenai  topik  yang sangat menarik iaitu mengenai Panji Hitam Ufuk Timur . 


Apakah Panji Hitam Ufuk Timur? Mungkin ramai antara kita yang masih belum mengetahui apakah Panji Hitam Ufuk Timur. Ok, di sini saya boleh ringkaskan Panji Hitam Dari Timur adalah tentera
Imam Mahdi yang akan memperjuangkan Islam di akhir zaman. Tentera ini tidak akan kalah kerana mendapat perlindungan dari Allah. Tentera ini juga akan menghapuskan Yahudi laknatullah yang membunuh ramai umat Islam masa kini. Tentera ini akan dipimpin oleh Al-Mahdi. Sekiranya ianya datang pada masa kita sama-samalah kita berjuang di jalan Allah. Di sini saya postkan hadis-hadis Rasullulah tentang Panji-panji Hitam Dari Timur.

1. Sabda Nabi SAW:

Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

2. Sabda Nabi SAW:

Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.

3. Sabda Nabi SAW:

Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.

4. Sabda Nabi SAW:

Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja. ( HR Abu Daud & Al-Hakim)

5. Sabda Nabi SAW:

Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.

6. Sabda Nabi SAW:

Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.

7. Sabda Nabi SAW:

Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi. (HR Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)


8. Sabda Nabi SAW:

Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullulah, bagaimana kami dapat mengenalinya? Nabi SAW menjawab, Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.

9. Sabda Nabi SAW:

Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).

10. Sabda Nabi SAW:

Dari Ibnu Masud RA, katanya, ketika kami berada di sisi Rasullulah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai? Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi. ( HR. Ibnu Majah)

11. Sabda Nabi SAW:

Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya. (Nuaim bin Hammad)


12. Sabda Nabi SAW:

Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (HR Al-Hafiz Abu Naim)

13. Sabda Nabi SAW:

Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, Wajib setiap orang mukmin menerimanya. (HR Abu Daud, an-NasaâI, al-Baihaqi & al-Husin)

14. Sabda Nabi SAW:

Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.


15. Sabda Nabi SAW:

Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid. (HR Imam Muslim)

16. Sabda Nabi SAW:

Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum. Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, apabila kamu semua melihatnya, hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi. (Ibnu Majah)

17. Sabda Nabi SAW:

Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya. (HR Ibnu Majah)

18. Sabda Nabi SAW:

Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya. ( HRAt-Tarmizi)


wallahualam ..




sumber disunting oleh penulis dari  pemuda ahlisunnahhalaqah.net

Kisah Qabil dan Habil : Pembunuhan Pertama dalam Sejarah Manusia

11 ulasan:

Kehidupan suami isteri Nabi Adam AS dan Siti Hawa di bumi mulai tertib dan sempurna tatkala Siti Hawa bersedia untuk melahirkan anak-anaknya yang akan menjadi benih pertama bagi umat manusia di dunia ini.

Siti Hawa melahirkan dua pasang kembar. Pertama, pasangan Qabildan adik perempuannya yang diberi nama 'Iqlima', kemudian disusuli pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama 'Lubuda'.

Nabi Adam AS dan Siti Hawa, menerima kelahiran putera & puterinya itu dengan senang hati dan gembira, walaupun Siti Hawa telah menderita apa yang lumrahnya dideritai oleh setiap ibu yang melahirkan bayinya. Mereka mengharapkan dari keempat anak mereka akan menurunkan anak cucu yang akan berkembang biak untuk mengisi bumi Allah dan menguasai sesuai dengan amanat yang telah dibebankan ke atas bahunya.

Di bawah naungan ayah ibunya yang penuh cinta dan kasih sayang, maka membesarlah keempat-empat anak itu dengan cepatnya melalui masa kanak-kanak dan melangkah ke alam remaja, yang perempuan sesuai dengan qudrat dan fitrahnya menolong ibunya mengurus rumahtangga dan mengurus hal-hal yang menjadi tugas wanita, manakala yang laki-laki mencari nafkah untuk memenuhi keperluan hidupnya. Qabil berusaha dalam bidang pertanian sedangkan Habil di bidang penternakan.

Kehidupan keluarga Nabi Adam AS dan Siti Hawa berjalan tertib sempurna diliputi rasa kasih sayang saling cinta menyintai, hormat menghormati masing-masing meletakkan dirinya dalam kedudukan yang wajar si ayah terhadap isterinya dan putera-puterinya, si isteri terhadap suami dan anak-anaknya. Demikianlah pula pergaulan di antara keempat bersaudara berlaku dalam harmoni damai dan tenang saling bantu-membantu, hormat-menghormati dan bekerjasama.

Keempat putera-puteri Nabi Adam AS akhirnya mencapai usia remaja dan memasuki alam akil baligh dan keinginan terhadap hubungan kelamin semakin hari semakin nyata dan terserlah pada diri mereka.

Demi menjaga kemurnian keturunan dan menghindari hubungan kelamin yang bebas di antara putera-puterinya, Allah SWT memberi ilham dan petunjuk kepada Nabi Adam AS agar kedua puteranya dikahwinkan dengan puterinya. Qabil dijodohkan dengan adik Habil, iaitu Lubuda dan Habil dengan adik Qabil, iaitu Iqlima.

Cara yang telah diilhamkan oleh Allah SWT kepada Nabi Adam AS telah disampaikan kepada kedua puteranya sebagai keputusan si ayah yang harus dipatuhi dan segera dilaksanakan untuk menjaga dan mengekalkan suasana damai dan tenang yang meliputi keluarga dan rumahtangga mereka.

Namun, rancangan yang diputuskan itu telah ditolak mentah-mentah oleh Qabil dengan alasan bahawa ia tidak mahu mengahwini Lubuda, adik Habil kerana Lubuda tidak secantik adiknya sendiri, Iqlima. Ia berpendapat bahawa ia lebih patut menikahi adiknya, Iqlima dan sekali-kali tidak rela menyerahkannya untuk dikahwinkan kepada Habil. Dan memang demikianlah kecantikan dan keelokan paras wanita selalu menjadi fitnah dan rebutan lelaki yang kadang-kadang menjurus kepada pertentangan dan permusuhan yang sampai mengakibatkan hilangnya nyawa dan timbulnya rasa dendam dan dengki di antara sesama ahli keluarga dan sesama suku.

Kerana Qabil tetap berkeras tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima, maka Nabi Adam AS secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa kedua-dua puteranya harus menyerahkan korban kepada Allah SWT dengan syarat bahawa barangsiapa di antara kedua puteranya itu diterima korbannya, maka ia berhak menentukan pilihan jodohnya.

Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang diusulkan oleh ayah mereka. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya, sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil tanamannya yang rosak. Kemudian kedua korban itu diletakkan di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas kedua jenis korban tersebut.

Kemudian dengan disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Nabi Adam AS yang menanti dengan hati berdebar apa yang akan terjadi di atas bukit di mana kedua korban itu diletakkan, terlihatlah api besar yang turun dari langit menyambar kambing korban Habil sedangkan karung gandum kepunyaan Qabil tidak tersentuh sedikit pun oleh api dan tidak terjejas.

Oleh yang demikian, Habil diisytihar sebagai pemenang kerana korbannya telah diterima oleh Allah SWT. Maka, dialah yang mendapat keutamaan untuk memilih siapakah di antara kedua gadis saudaranya itu yang akan dinikahinya.

Dengan telah datangnya keputusan dari langit yang menerima korban Habil dan menolak qurban Qabil, maka hancurlah harapan Qabil untuk menikahi Iqlima. Ia tidak puas hati dengan keputusan itu, namun tidak ada jalan untuk menolaknya. Ia menyerah dan menerimanya dengan rasa kesal dan marah sambil menaruh dendam terhadap Habil.

Ketika Nabi Adam AS hendak meninggalkan rumah, beliau mengamanahkan rumahtangga dan keluarga kepada Qabil. Ia berpesan kepada Qabil agar menjaga baik-baik ibu dan saudara-saudaranya selama ketiadaannya. Ia berpesan pula agar kerukunan keluarga dan ketenangan rumahtangga dipelihara sebaik-baiknya, jangan terjadi hal-hal yang mengeruhkan suasana atau merosakkan hubungan kekeluargaan.

Qabil menerima pesanan dan amanat ayahnya dengan kesanggupan akan berusaha sekuat tenaga menjaga amanat ayahnya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah kata-kata dan janji yang keluar dari mulut Qabil. Namun dalam diam dia mula merancang untuk melaksanakan niat jahatnya dan melepaskan rasa dendamnya dan dengkinya terhadap Habil.

Tidak lama setelah Adam meninggalkan keluarganya, datanglah Qabil menemui Habil di tempat penternakannya. Berkata ia kepada Habil: "Aku datang ke mari untuk membunuhmu. Masanya telah tiba untuk aku lenyapkan engkau dari atas bumi ini." "Apa salahku? Dengan alasan apakah engkau hendak membunuhku?" tanya Habil.

Qabil berkata: "Kerana korbanmu telah diterima oleh Allah sedangkan korbanku ditolak yang bererti bahawa engkau akan mengahwini adikku Iqlima yang cantik itu dan aku harus mengahwini adikmu yang buruk itu."

Habil berkata: "Adakah berdosa aku bahawa Allah telah menerima korbanku dan menolak korbanmu? Tidakkah engkau telah bersetuju cara penyelesaian yang diusulkan oleh ayah sebagaimana telah kami laksanakan? Janganlah tergesa-gesa wahai saudaraku, mempertaruhkan hawa nasfu dan ajakan syaitan! Kawallah perasaanmu dan fikirlah masak-masak akan akibat perbuatanmu kelak!"

"Ketahuilah bahawa Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa yang menyerahkan dengan tulus ikhlas dari hati yang suci dan niat yang murni. Adakah mungkin sesekali bahawa korban yang engkau serahkan itu engkau pilihkannya dari gandummu yang telah rosak dan engkau berikan secara terpaksa bertentangan dengan kehendak hatimu, sehingga ditolak oleh Allah, berlainan dengan kambing yang aku serahkan sebagai korban yang sengaja aku pilihkan dari ternakanku yang paling sihat dan kucintai dan ku serahkannya dengan tulus ikhlas disertai permohonan diterimanya oleh Allah
."

"Renungkanlah, wahai saudaraku kata-kataku ini dan buangkanlah niat jahatmu yang telah dibisikkan kepadamu oleh Iblis itu, musuh yang telah menyebabkan turunnya ayah dan ibu dari syurga dan ketahuilah bahawa jika engkau tetap berkeras kepala hendak membunuhku, tidaklah akan aku angkat tanganku untuk membalasmu kerana aku takut kepada Allah dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diredhainya. Aku hanya berserah diri kepada-Nya dan kepada apa yang akan ditakdirkan bagi diriku."

Nasihat dan kata-kata mutiara Habil itu didengari oleh Qabil, namun tidak dipedulikannya dan sekali-kali tidak sampai menyentuh lubuk hatinya yang penuh rasa dengki, dendam dan iri hati sehingga tidak ada tempat lagi bagi rasa damai, cinta dan kasih sayang kepada saudara sekandungnya. Qabil yang dihasut oleh iblis tidak diberinya kesempatan untuk menoleh ke belakang mempertimbangkan kembali tindakan jahat yang dirancangkan terhadap saudaranya, bahkan bila api dendam dan dengki di dalam dadanya mulai akan padam, ditiup kembali oleh iblis agar tetap menyala-yala.

Ketika Qabil bingung tidak tahu bagaimana caranya untuk membunuh Habil, menjelmalah iblis dengan seekor burung yang dipukul kepalanya dengan batu sampai mati. Contoh yang diberikan oleh iblis itu dilaksanakan ke atas diri Habil ketika ia tidur dengan nyenyak, maka terkorbanlah Habil sebagai korban keganasan saudara kandungnya sendiri dan sebagai korban pembunuhan pertama dalam sejarah manusia.

Qabil merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya. Ia tidak tahu apa yang harus dilakukannya terhadap tubuh saudaranya yang semakin lama semakin busuk itu. Diletakkannya tubuh itu di dalam sebuah peti yang dipikulnya, Qabil mundar-mandir dalam keadaan sedih melihat burung-burung sedang berterbangan hendak menyerbu jenazah Habil.

Kebingungan dan kesedihan Qabil tidak lama kerana suatu contoh yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya bagaimana untuk menguruskan jenazah saudaranya itu. Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yang soleh itu tersia-sia demikian rupa, maka ditunjukkan kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah.

Kemudian, kembalilah Nabi Adam AS kepada keluarganya. Ia tidak melihat Habil di antara putera-puterinya yang sedang berkumpul. Bertanyalah ia kepada Qabil: "Di manakah Habil berada? Aku tidak melihatnya sejak aku pulang." Qabil menjawab: "Entah, aku tidak tahu dia ke mana! Aku bukan hamba Habil yang harus mengikutinya ke mana saja ia pergi."

Melihat sikap yang angkuh dan jawapan yang kasar dari Qabil, Nabi Adam AS dapat meneka bahawa telah terjadi sesuatu ke atas diri Habil, puteranya yang soleh, bertakwa dan berbakti terhadap kedua orang tuanya itu. Akhirnya terbukti bahawa Habil telah mati dibunuh oleh Qabil sewaktu peninggalannya. Ia sangat sesal di atas perbuatan Qabil yang kejam itu di mana rasa persaudaraan, ikatan darah dan hubungan keluarga diketepikan semata-mata untuk memenuhi hawa nafsu dan bisikan syaitan yang menyesatkan.

Menghadapi musibah itu, Nabi Adam hanya berserah kepada Allah SWT dan menerimanya sebagai takdir dan kehendak-Nya seraya mohon dikurniakan kesabaran dan keteguhan iman baginya dan kesedaran bertaubat dan beristighfar bagi puteranya Qabil.

Al-Quran mengisahkan cerita kedua putera Nabi Adam ini dalam surah Al-Mai'dah ayat 27 sehingga ayat 32:
"Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua dan tidak diterima dari yang lain. Ia berkata: "Aku pasti membunuhmu!" Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang-orang yang bertakwa". (QS Al-Mai'dah: 27)
"Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam." (QS Al-Mai'dah: 28)
"Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan dosaku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-orang yang zalim."(QS Al-Mai'dah: 29)
"Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang merugi." (QS Al-Mai'dah: 30)
"Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali-gali di bumi untuk memperlihatkan kepadanya bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil: "Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?" Kerana itu jadilah dia seorang di antara orang-orang yang menyesal." (QS Al-Mai'dah: 31)
"Oleh kerana itu Kami tetapkan bagi Bani Israil, bahawa: Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-Rasul Kami dengan keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak di antara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerosakan di muka bumi." (QS Al-Mai'dah: 32)
Dari kisah Habil dan Qabil, jelaslah bahawa Allah SWT hanya menerima korban dari seseorang yang melakukannya dengan tulus ikhlas, tidak dicampuri dengan sifat riya', takabur atau ingin dipuji. Barang atau binatang yang dikorbankan harus yang masih baik dan sempurna dan dikeluarkannya dari harta dan penghasilan yang halal. Jika korban itu berupa binatang sembelihan, mestilah yang sihat, tidak mengandungi penyakit atau pun cacat. Jika berupa bahan makanan, mestilah yang masih segar, baik dan belum rosak atau busuk.

Dari peristiwa tersebut juga, jelaslah bahawa pengendalian jenazah manusia yang terbaik adalah dengan cara penguburan sebagaimana telah diajarkan oleh Allah kepada Qabil. Itulah cara paling sesuai dengan martabat manusia sebagai makhluk yang dimuliakan dan diberi kelebihan oleh Allah SWT di atas makhluk-makhluk yang lain, menurut firman Allah: "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan." (QS Al-Isra': 70)

Wallahua'lam.


Kejadian Adam A.S Diciptakan Allah S.W.T

1 ulasan:


Pada suatu ketika, Allah menitahkan malaikat Jibril ke bumi mengambil sebahagian tanahnya mencipta Adam.
Tetapi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah.

Lalu Jibril kembali menemui Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Kemudian, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitah pula malaikat Israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing-masing kembali dengan tangan penuh hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah: "Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau undur. Katakan kamu melakukan atas perintah dan atas nama-Ku."

Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil.
Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kelak Ku-tugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku Yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar atau sakit."


Tanah bagaimana dijadikan Adam? 
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah (Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas : 

1. Kepala Adam dari tanah Baitul Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu dan kemahuan.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan. 

Bagaimanakah prosesnya : 
1. Ketika Allah menjadikan Adam, tanah itu bercampur air tawar, air masin, air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai macam "sifat". 
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat nur sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke tubuh Adam, ia malas dan enggan, malah berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. 
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya ia menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. 
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang: Tujuh buah liang di kepala dan dua liang di bawah badan letaknya. Tujuh buah letaknya di kepala: dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut. Yang dua macam di bawah: sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Selepas roh masuk tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail memasukkan roh ke tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini mencabut nyawa manusia.

Selepas meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan.

Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih adalah tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah mengajarnya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras.

Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".

Maka, ketika roh itu sampai di perutnya, terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasa lapar.

Kemudian terus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, kian lama kian bagus dan halus.

Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah adalah jenis makhluk manusia yang pertama.

Wajahnya cukup cantik, semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan. Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.



sumber : petikan rencana agama dari harian metro
sumber lain : halaqah.net , pemudaahlisunnah.

Dr. Ismail Al-Faruqi : Mangsa Konspirasi Yahudi

7 ulasan:


Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz .entri kali ini saya kongsikan dengan anda semua mengenai subjek tokoh . Subjek Tokoh kali ini yang akan saya kongsikan mengenai Dr. Ismail Al-Faruqi . Siapakah Dr Ismail Al-Faruqi ini ?


Nama sebenar beliau ialah Ismail Raji Al-Faruqi, dilahirkan ketika Perang Dunia Pertama iaitu 1 Januari 1921. Beliau merupakan anak kelahiran campuran Palestin-Amerika tetapi menetap dan menjadi warganegara Amerika Syarikat.


Dr. Ismail amat berpengaruh dan terkenal sebagai tokoh pemikir dunia Sains Sosial. Maka tidak hairanlah jika dikatakan ia mahir semua jenis bidang dalam Sains Sosial seperti Psikologi, Antropologi, Sosiologi, Sejarah, dan sebagainya.



Kemasyhuran beliau sebagai tokoh pemikir Islam membuatkan Malaysia terdorong untuk menubuhkan Insititut Pemikiran Islam Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai Institute of International Islamic Thought (IIIT). Penubuhan IIIT di Malaysia telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.


Dr. Ismail Membongkar Konspirasi Dajjal Dalam Ilmu Sains Sosial
Sebab utama beliau dibunuh bukanlah kerana rumahnya dimasuki pencuri seperti yang dilaporkan media Amerika. Kematiannya sememangnya dirancang oleh agen-agen Dajjal. Bagi mereka, Dr. Ismail perlu mati bagi memastikan strategi konspirasi Dajjal dalam dunia ilmu sains sosial berjalan lancar.

Apa yang dibongkarkan beliau ?

Dalam setiap karya, kajian, disertasi dan bukunya, beliau tidak menyebut langsung tentang Dajjal, dan beliau bukanlah pengkaji hal ehwal Dajjal. Tetapi beliau amat menyedari bahawa pihak Yahudi sejak 300 tahun dahulu merancang untuk menghancurkan warisan sejarah tokoh-tokoh Islam.
Beliau sedar bahawa ahli-ahli akademik berbangsa Yahudi yang berselerak di Harvard dan Oxford sedang bertungkus-lumus memadamkan sumber-sumber ilmu sarjana Islam dari pengetahuan pelajar-pelajar muslim.


Dr. Ismail al-Faruqi menjelaskan bahawa,
“Disiplin yang dipanggil oleh Barat sebagai sains sosial hanya baru menjangkau usia satu abad.”


Beliau menegaskan lagi seterusnya,
“Walaupun disiplin-disiplin ini telah mencapai status autonomi di universiti-universiti hanya pada abad lepas, tetapi tekanan yang membawa kepada kemunculan dan kejayaannya telah pun bermula sejak dua abad sebelum itu.”


Pendedahan Dr. Ismail:
  • Dr. Ismail juga menyatakan bahawa semua pemikiran-pemikiran pelajar Islam di universiti-universiti di negara Islam sekarang sedang mengalami proses pembaratan ilmu walaupun ilmu yang dipelajari itu sebenarnya berasal dari sarjana Islam.
  • Pelajar-pelajar muslim diasak dengan maklumat-maklumat buku rujukan yang diimport dari barat. Buku-buku itu tidak lain hanya menonjolkan kelebihan penulis barat berbanding sumbangan sarjana Islam.
  • Buku-buku rujukan cetakan univerisiti Barat secara berstrategi tidak meletakkan langsung sejarah tokoh-tokoh Islam yang menjadi pengasas ilmu tersebut. Misalnya bidang Psikologi, pengasasnya ialah Abu Nasr al-Farabi yang menulis buku bertajuk Opinion of Citizens of Uthopia pada 950 M. Tetapi masyarakat tidak mengiktirafnya, mereka meletakkan tokoh Yahudi mereka sebagai pengasas iaitu Sigmund Freud yang hanya memperkenalkan teori Psikonalasis pada 1890-an.
  • Pensyarah-pensyarah muslim berpendidikan barat adalah agen penyebab kepada proses pembaratan ilmu-ilmu sains sosial di negara-negara Islam. Mereka ini tanpa usul periksa terhadap apa yang dipelajari akan mempromosi semua idea-idea profesor-profesor mereka yang mereka jumpa di barat.




Strategi Dajjal Dalam Ilmu Sains Sosial
Dajjal amat berkehendak untuk memastikan semua masyarakat dunia menghormati umat Yahudi. Dajjal bukan sahaja mahu dunia mengkagumi Yahudi dari segi kuasa ekonomi, tetapi menghormati mereka dalam ruang ilmu pendidikan khususnya Sains Sosial.
Dalam konteks ini, Dajjal melalui agen-agennya di Oxford dan Harvard berusaha menerbitkan buku-buku teks rujukan untuk universiti-univerisiti tempatan. Oxford dan Harvard cuba dipopularkan agar menjadi istana impian para siswazah seluruh dunia.
Dajjal juga berusaha memadamkan pengaruh tokoh-tokoh Islam dalam arena pendidikan. Walaupun usaha ini kelihatan baru berusia 100 tahun tetapi hasilnya kini amat memberansangkan.
Sehingga sekarang, pensyarah-pensyarah bidang Sains Sosial menjadikan univerisit barat sebagai kiblat utama bidang mereka. Mereka berasa bangga sekiranya mampu berbicara hal ehwal teori sains sosial di depan pelajar-pelajar, padahal teori-teori yang dibanggakan itu sarjana Barat sebenarnya diciplak dari sarjana-sarjana Islam sendiri.
Serangan Balas Dr. Ismail Al-Faruqi
Menyedari akan tahap kritikal masalah ini, Dr. Ismail bersama rakan-rakannya telah menghimpunkan 315 orang cendekiawan Islam dari seluruh dunia dalam satu seminar di Universiti Jeddah, Arab Saudi pada April 1977.
Dalam seminar ini, masing-masing tokoh dalam bidang sains sosial masing-masing cuba memperkenalkan kaedah ilmu alternatif bagi menandingi pengaruh sains sosial barat.
Pada 1982, maka terlaksanalah satu gagasan baru yang dilancarkan untuk menyekat kemaraan unsur-unsur penipuan Sains Sosial barat. Gagasan itu diberi nama“PengIslaman Ilmu” (Islamization of Knowledge).
Gagasan ini diterima pakai di seluruh dunia. Malaysia adalah antara negara yang aktif menganjurkan seminar-seminar berkaitan gagasan tersebut. Kebanyakan kertas kerja dikeluarkan oleh pensyarah-pensyarah luar negara yang berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Komplot Pembunuhan Dr. Ismail
Dajjal tahu gagasan ini ancaman besar kepada strateginya dalam dunia Sains Sosial. Suatu konspirasi dijalankan agar memastikan Dr. Ismail dan isterinya Dr. Louis Lamya berhenti dari berdakwah menggunakan gagasan ini.
Akhirnya suatu peristiwa dirancang di mana seseorang telah diupah untuk memasuki rumah Dr. Ismail bagi membunuh beliau sekeluarga. Dalam kejadian tersebut anak perempuannya Anmar al-Zein terselamat tetapi menerima 200 jahitan.
Pihak polis Pennsylvania mengklasifikasikan kes pembunuhan ini sebagai kes samun bunuh. Namun yang menjadi persoalan berbagai pihak khususnya pertubuhan-pertubuhan Islam, mengapa tiada satu pun barang berharga dicuri? Malah yang hilang bukannya duit tetapi kertas-kertas kerja beliau. Kes ini ditutup dan tidak dibuka semula walaupun diminta oleh sesetengah pihak. Sekarang ini, anak perempuan beliau bertanggungjawab menyebarkan baki-baki kertas kerja ibu bapanya di universiti-universiti Islam.
Ramai pihak mengesyaki pembunuhan itu dilakukan oleh kumpulan Jewish Defense League (JDL). Ini berdasarkan teks ucapan presiden JDL seminggu sebelum kejadian yang mengatakan dalam ucapannya “…seorang profesor Palestin harus disingkirkan..”


Sebelum kematian Dr. Ismail al-Faruqi pada 1986, rakannya yang bernama Alex Odeh iaitu pengasas bagi Arab-American Anti Descrimination Committee juga disyaki telah dibunuh oleh ahli kumpulan JDL. Laporan menyebut sebuah bom telah meletup ketika Alex sedang membuka pintu pejabatnya di Santa Ana. Kejadian ini berlaku pada 6 Februari 1985.


Kesimpulan
Dajjal tidak hanya menyerang dalam bentuk penguasaan ekonomi, teknologi, politik dan peperangan tetapi dunia pendidikan juga menjadi intipati utama dalam konspirasinya. Dunia pendidikan penting dikonspirasikan oleh Dajjal kerana ia merupakan dunia yang melahirkan cendikiawan yang mampu melaras bentuk-bentuk pemikiran diri sendiri dan orang lain. Maka input untuk individu-individu yang bakal bergelar cendekiawan harus dibina dari akar umbi agar individu tersebut menjadi agen Yahudi tanpa ia sendiri sedari.