iklan baris

Tsunami di Jepun : Perkembangan Terkini Tsunami di Jepun

5 ulasan:
Perkembangan terkini Tsunami di Jepun :



>> memetik sumber yahoo news setakat ini pihak berkuasa Jepun  mengesahkan  hampir 4000 orang telah disahkan terkorban dan 7000 yang lain masih hilang dalam bencana tsunami. (update 2.30 p.m 16 Mac)


>>dianggarkan kos pembinaan semula bandar dan kawasan yang musnah ditimpa tsunami di Jepun berjumlah 10 trillion-16 trillion yen ( 125 billion-200 billion USD) .(update 2p.m waktu malaysia 16Mac )

>>keselurahan 6 reaktor loji nuklear di Daiichi Fukushima telah mengalami letupan hidrogen sejak jumaat lalu. 

>> 2 letupan dan 1 kebakaran baru di reaktor loji nuklear Dachii Fukushima telah berlaku dan menyebabkan kebocoran radiasi yang teruk. (15 Mac)
>>  satu daripada reaktor loji nuklear di Daiichi Fukushima meletup akibat tekanan hidrogen ( 14 Mac)

>> memetik sumber yahoo news, laporan rasmi 763 orang menjadi korban tsunami di jepun setakat ini, 10000 orang dilaporkan telah hilang. (update 11.10 a.m waktu malaysia 13 Mac) 

>> memetik sumber AFP news , telah disahkan 574 orang menjadi korban tsunami di jepun. dan pihak berkuasa Jepun menganggarkan 1000 nyawa atau lebih mungkin terkorban. (update 12.30 a.m waktu malaysia 13 Mac)

>> memetik sumber AFP news, secara rasminya seramai 413 disahkan terkorban, 784 dipercayai hilang, 50000 tentera telah dikerahkan oleh kerajaan Tokyo untuk misi menyelamat ribuan mangsa mangsa tsunami.(update 4.20 p.m waktu malaysia 12 Mac )

>> memetik sumber  AFP dan yahoo news, secara rasminya kenyaatan dikeluarkan pihak berkuasa jepun . 236 telah terkorban 725 masih hilang, dan seramai 1028 mengalamai kecederaan ringan dan parah. (update 11.30 a.m waktu malaysia 12 Mac)

>> memetik sumber dari AFP ,Sistem penyejukan reaktor loji nuklear di Daiichi Fukusihima gagal berfungsi semalam apabila negara itu digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 8.9. Radiasi 1,000 kali ganda dari paras normal dikesan di bilik kawalan di salah satu loji nuklear Jepun. ( update 10 a.m waktu malaysia 12 Mac)

>> memetik sumber AFP, dan telegraph.co.uk, satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 skala Richter telah dikesan di perairan timur Honshu, Jepun pada jam 9.47 pagi tadi waktu malaysia.

>> polis jepun mengesahkan telah menjumpai sejumlah 200 hingga 300 tubuh mangsa tsunami  yang terdampar disekitar Sendai, Jepun. disahkan 88 telah terkorban dan seramai 349 masih lagi hilang. ( update 10.30 p.m waktu malaysia 11 Mac)

>> tsunami telah melanda Hawaii, setakat ini tidak dapat dipastikan status terkini keadaan di Hawaii, amaran tsunami telah dikeluarkan di Hawaii. ( update 10.15 waktu malaysia 11 Mac)

>> jumlah korban tsunami meningkat kepada 60 orang update angka korban sehingga pukul (8.45 p.m waktu malaysia 11 Mac)

>> memetik sumber yahoo news, pihak berkuasa Jepun  menganggarkan sekurang2 nya 32 orang telah terkorban laporan tidak rasmi ( update 7.45 p.m waktu malaysia 11 Mac)

>> tsunami di Jepun  telah mengorbankan 26 orang angka tidak rasmi, memetik laporan dari berita BBC news. ( update 7.15 p.m waktu malaysia 11 Mac)

>> amaran tsunami telah dikeluarkan serta merta kepada seluruh negara di lautan Pasifik, Asia Tenggara agar bersedia untuk menghadapi ancaman gelombang Tsunami. dan dijangka tempias Tsunami ini akan  turut menerima tempias sehingga ke negara di Amerika Selatan .

>> 2.46 p.m waktu jepun (1.46 p.m waktu malaysia) timur laut Jepun digegarkan dengan gempa bumi dasyat berukuran 8.9 skala ritcher. 1  gelombang tsunami telah terhasil dengan ketinggian 30 kaki ( 10 meter tinggi)  yang akhirnya telah menghentam timur laut perairan Jepun iaitu wilayah Sendai. (  11 Mac)




sedikit info mengenai gempa bumi dan tsunami yang saya petik dari BBC News,  yahoo news dan Telegraph.co.uk :

Kawasan timur laut perairan Jepun telah digegarkan dengan gempa bumi berukuran 8.9 skala ritcher pada 11 Mac 2.46 p.m waktu Jepun ( 1.46 p.m waktu malaysia). Gegaran gempa bumi bermula di luar pantai bandar pelabuhan Sendai telah menyebabkan gelinciran pelantar dasar laut. dan telah menghasilkan lambungan gelombang tsunami. Gempa bumi  yang dasyat ini telah disusuli dengan 19 gegaran gempa yang lain di Jepun selang beberapa minit kemudian disekitar Jepun dengan ada diantaranya mencatat kekuatan 6 skala ritcher.

menurut sumber  yang dikeluarkan oleh Jabatan meterologi Amerika Syarikat , gempa bumi yang terjadi di Jepun ini  yang paling dasyat pernah direkodkan di Jepun  sejak tahun 1800.  dianggarkan gempa bumi yang terjadi ini telah menghasilkan tsunami dengan ketinggian ombak berukuran lebih 23 kaki tinggi atau 7 meter tinggi. ( sumber dari Jabatan Geologi A.S menyebutkan tsunami berketinggian 10 meter tinggi.( 30 kaki )

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia yang dikeluarkan, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah. pemantauan sedang giat dijalankan. ( sumber website jabatan Meteorologi Malaysia)


gambar diatas menunjukkan  pusat gempa bumi yang bermula di luar 
kawasan timur laut Jepun iaitu di perairan bandar pelabuhan Sendai. dan akhirnya 
telah mencetuskan tsunami.( kredit to yahoo.news ) 


untuk melihat gambar gambar kemusnahan bandar pelabuhan Sendai di Jepun sila KLIK SINI


dibawah ini saya sertakan video tsunami yang telah menghancurkan kawasan timur laut Jepun. bandar pelabuhan Sendai, antara bandar  yang  menerima kesan paling teruk







sumber : yahoo news, BBC news, telegraph.co.uk, AFP,  youtube,

Inilah Manusia Pertama Didunia Yang Menjalani Pembedahan Plastik

7 ulasan:
Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog RR. orait untuk entri kali ini sangat menarik untuk RR kongsikan dengan anda semua mengenai info pembedahan plastik. actually bukan mengenai sejarah pembedahan plastik or teknik pembedahan plastik yang ingin sy kongsikan. tetapi mengenai orang pertama  didunia ini yang mula-mula menjalani pembedahan plastik  di era moden ini. Tahukah anda siapakah  manusia pertama didunia  yang menjalani pembedahan plastik? setelah aku searching belum ada seorang pun blogger dari malaysia yang berkongsikan info mengenai ini.  


inilah gambar manusia pertama yang menjalani pembedahan plastik. lihat gambar dibawah



lelaki inilah  Walter Yeo, manusia pertama
yang menjalani prosedur rawatan pembedahan
plastik pertama didunia.


Gambar yang cukup mengejutkan ini adalah gambar pembedahan plastik yang pertama kali dilakukan di dunia. Usia gambar tersebut diyakini lebih dari 90 tahun lalu. dari sumber yang sahih, Walter Yeo yang merupakan seorang tentera laut adalah  orang pertama didunia telah mendapatkan rawatan pembedahan plastik pada zaman moden setelah beliau kehilangan kelopak matanya  dan mengalami kecatatan muka yang sangat teruk  akibat peperangan  Jutland ( battle of Jutland) yang disertainya semasa era Perang Dunia Pertama 

Pembedahan plastik pertama didunia ini telah dijalankan pada 1917 yang dikendalikan oleh seorang doktor pakar kulit iaitu Sir Harold Gillies dari New Zealand  yang telah melakukan  proses pembedahan pencantuman kulit kebahagian anggota yang lain  untuk pertama kalinya dalam sejarah pembedahan moden , di Plymouth, England. Kerana jasanya dan kejayaan proses pembedahan plastik pertama didunia, Sir Harold Gillies telah digelar sebagai 'Father Of Plastic Surgery'

Dibawah ini  saya kongsikan dengan anda 5 keping gambar  dari 8 keseluruhan gambar yang berjaya diambil sebelum dan selepas prosedur pembedahan plastik untuk membina kembali wajah Walter . 


 Inilah wajah sebenar Walter yang sangat mengerikan 
sebelum menjalani pembedahan


 gambar walter sejurus prosedur pembedahan
berjaya






inilah hasilnya wajah Walter Yeo diakhirnya setelah pembedahan plastik ini
berjaya dilaksanakan


sumber : diolah ke bahasa melayu dr vivanews, lazacode.com

p/s: dengan adanya penemuan baru dlm bidang pencantuman kulit untuk pembedahan plastik dapat memberi sinar untuk mereka yang mengalami kecacatan sekaligus dpt meneruskan kehidupan normal seperti insan lain. terima kasih kepada kemajuan yg dicapai dlm bidang perubatan dan juga sir harrod gillies :)

Download Ebook Percuma 100 Cara Promosi Tingkatkan Traffik Blog

29 ulasan:

Salam sejahtera dan salam pembuka kata , orait hari ini saya berbesar hati nak kongsikan ebook yang ada dalam koleksi simpanan saya kepada  semua readers dan visitor blog RR sebagai tanda terima kasih kepada anda semua yang setia berkunjung ke blog ini.

orait sedikit review  ebook 100 cara tingkatkan traffik blog ni adalah hasil buah tangan internet marketer di Malaysia iaitu saudara fahmi dari rahsiaebiz.com atau lebih dikenali dengan nama panggilan code 7 . mungkin tidak ramai mengenalinya tetapi jika anda semua pernah berkecimpung dalam bidang online marketing or bisnes online.  mesti anda mengenalinya, inilah antara sifu dan otai dalam online marketing di Malaysia.


Well dalam ebook ni dipaparkan dan telah didedahkan pelbagai trick dan tips
dari basic  sehinggalah tips advanced mempromosikan blog. ebook ini hanya memaparkan tricks dan tips meningkatkan traffik pengunjung melalui kaedah promosi blog yang sangat berkesan  dan tidak memfokuskan langsung pada tips dan trick SEO.
 Segala teknik yang didedahkan dalam ebook ni sangat berkesan diapplied untuk mereka yang mempunyai blog  bagi meningkatkan traffik pengunjung ke blog
sekaligus mempopularkan blog. 


Setelah aku applied beberapa tips dalam ebook ni, aku berjaya meningkatkan traffik blog aku sekali ganda. hit u.v blog  RR now kini mencapai linkungan
17000 unique visitor untuk bulan Februari lepas,  kira okla kan untuk blogger baru  mcm aku yang baru 4 bulan bertapak dalam dunia blogging ni. anggaran 550 u.v konsisten daily utk bulan lepas je,  1 pencapaian membanggakan bagi blog RR

so nak tau lebih details tentang tips yang dikongsikan silakan download ebook ni
sekarang, free jer untuk korang download. dan untuk para otai aku yakin masa dorang nak popular pun dan blog mereka dikenali dorang mesti msti ada applied tips seperti dalam ebook ni.

mungkin  now mereka hanya applied beberapa tips dalam
ebook ni seperti teknik signature ketika berforum dan beberapa cara yang lain seperti menjadi moderator forum boleh menjadikan blog dan seseorang blogger itu dikenali dengan lebih cepat sambil mendapatkan limpahan traffik pengunjung dengan mudah lagi pantas ke blog. 

untuk download ebook 100 cara promosi tingkatkan traffik blog sila
klik e-cover ebook berkenaan dibawah ini


100 cara promosi


jika link diatas broken dan korang semua tak boleh download, kat bawah ni 1 lagi
link alternatif , saya da upload di akaun mediafire sy sila

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD



p/s : takkan download mcm tu je kan, atleast drop lerr komen, da bg ebook free kat  korang semua. huhuhu.. before lupa selain dari ini aku ada kongsikan entri .7 cara  meningkatkan traffik ke blog secara berterusan. korang boleh baca , dan semua tips itu tidak dipaparkan dalam ebook ini. :)

Koleksi Design Helmet Yang Sangat Unik Lagi Pelik

22 ulasan:

Salam sejahtera dan salam pembuka kata, buat semua pembaca blog ini dan juga tidak lupa silent readers blog ini. untuk entri kali ni RR. inginkan kongsikan dengan anda semua koleksi design helmet yang sangat sangat  unik lagi pelik.  

dan pastinya korang juga tidak menyangka design helmet seperti yang terdapat dibawah ini sebenarnya wujud, dan ianya bukan sekadar design semata tetapi helmet dengan design yang pelik ini juga turut digunakan oleh penunggng motosikal.so apalagi jomla layan gambar-gambar dibawah ni

III
III
III
III
III
III
III
III
VVVVV
VVVV
VV
V



Smiley Helmet


 



Knight helmet


Iron Man helmet


Optimus Prime – Transformer Helmet


Evil Clown Helmet


Skull Helmet


Lego Helmet


p/s : cun tak helmet helmet diatas? actually aku pun tak sangka helmet design sebegini
rupa pun wujud, memang mengkagumkan betul, kreatif orang2 yang design helmet2 ni.