iklan baris

Cara Mudah Buka Akaun Paypal Secara Online

 Cara Mudah Buka Akaun Paypal Terkini | Cara Buka Akaun Paypal Guna Maybank



Untuk perkongsian kali ini saya ingin kongsikan berkenaan Paypal .Seperti yang anda semua ketahui, Paypal merupakan salah satu pembayaran yang selamat dan diterima di 203 buah negara seluruh dunia . Ianya menjadikan Paypal sebagai bank online terbesar didunia untuk mereka yang melakukan transaksi jual beli atas talian diseluruh dunia ! . Lebih dari itu  Maklumat anda juga tidak akan didedahkan dan ianya selamat. Pembayaran menggunakan PayPal lebih cepat berbanding dengan cek atau money order. Di sini saya ingin kongsikan cara mudah untuk membuka akaun PayPal dan anda kini boleh buat  dan buka akaun paypal anda sendiri secara PERCUMA. Yang pasti anda perlu mempunyai kad debit atau kredit.

 Berikut merupakan langkah mudah untuk membuka akaun PayPal.

1) Masuk ke laman PayPal  [disini] Klik SIGN UP.

2) Kemudian anda boleh pilih sama ada Buy with PayPal (sesuai untuk anda yang suka membeli secara online- nak beli barang kat ebay or shopping kat luar dari Malaysia) atau Receive payment with PayPal (sesuai untuk anda yang ingin berjual beli , dan terima pembayaran)




3) Seterusnya isikan form di bawah sepert ini. Masukkan email anda yang aktif (yang selalu anda buka), bina password yang unik (kombinasi huruf dan angka dan sukar orang teka), masukkan alamat dan lain-lain kemudian klik 'Agree and Create Account'.

4) Kemudian anda akan menerima email untuk aktifkan akaun PayPal anda. Seterusnya, anda dikehendaki memasuki no kad debit/kad kredit anda. Katakan anda menggunakan kad debit Maybank, masukkan nombor 16 digit di bahagian depan kad anda diikuti tarikh luput, seperti tertera dalam gambar di bawah ini. CSC ada di belakang kad Maybank anda di tepi tempat anda tanda tangan. Ada 3 no di situ. Masukkan no tersebut di bahagian CSC. Klik Continue




5) Selesai sahaja memasukkan akaun debit, anda dikehendaki verified akaun anda sebelum membuat sebarang transaksi. Anda akan menerima SMS CODE yang bermula dengan PP*1234 seperti dibawah. Biasanya untuk verification mengambil masa selama 1-3 hari. Tetapi semasa saya membuka akaun PayPal dalam masa satu jam akaun saya sudah verified.




 
6) Anda akan dapati RM10 telah dipotong dari akaun bank anda oleh Paypal. Jangan risau sebab RM10 tersebut dikembalikan semula di dalam akaun PayPal anda. Balance terkini akaun Paypal anda adalah RM10.


PERHATIAN !!! 

Sekiranya anda tidak menerima sebarang SMS anda boleh login akaun Maybank anda dan check di bahagian Debit Card History. Di situ akan tertulis bahawa anda telah dikenakan RM10 untuk akaun PayPal dan terdapat verification no di situ. Gunakan no tersebut untuk verified akaun anda. 



7) Selesai sudah akaun PayPal anda... Baki di dalam akaun PayPal RM10.



Mudah sahaja. Kini anda bukan sahaja boleh buat pembelian di luar negara tetapi anda juga boleh menjana pendapatan sampingan dan lumayan dengan adanya akaun PayPal.



8 ulasan:

  1. assalam...just nk tnya.. kalo org xde akaun kad kredit atau kad debit, nk buat mcmana? mcmana caranya?

    BalasPadam
  2. rasanya kena buat juga debit kad atau kredit kad..sy guna kad debit maybank..

    BalasPadam
  3. Kalo Ada tulisannya access denied... Gimana itu

    BalasPadam
  4. Knp balance akaun paypal sy msih tiada tp sda cnfirmkan debit kad maybank sy

    BalasPadam
  5. Sy sda cnfirmkn 4dgit akaun maybank sy tp balance paypal msih tiada..apkah masalhnya

    BalasPadam
  6. Nk nbo akaun bank yg kite ad skrang ni jugak k , klu kite ad card bank bsn kne bg nbo akaun bsn k no debit or , k ltok nbo akaun paypal yg kite bru nk buat to ..

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai