iklan baris

Misteri Siapa Monalisa Akhirnya Terbongkar


Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog redzuan-ridz. entri kali ini saya kongsikan dengan anda  mengenai pembongkaran identiti siapa monalisa yang sebenarnya. sebelum ini saya pernah kongsikan dengan anda entri mengenai , misteri yang terkait dengan potret paling terkenal didunia Potret Monalisa . Bagi yang belum membaca entri saya sebelum ini mengenai misteri potret monalisa  sila KLIK SINI .

 Berbalik pada topik,  misteri siapa sebenarnya wanita dalam potret monalisa telah sekian lama menjadi subjek perdebatan antara pengkaji. Pelbagai teori, hujah dikemukakan mengenai siapakah wanita didalam potret monalisa ini. dan seperti entri saya mengenai Monalisa sebelumnya terdapat beberapa wanita yang dikatakan adalah Monalisa yang dilukiskan oleh Leornado Da Vinci. 

Antara yang ddikaitkan sebagai Mona Lisa;  ialah Lisa Ghererdini ,  Isabelle of Aragon ( Ratu dari kerajaan Aragon), Caterina Sforza dan Constanza d'Avalos. Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.





 
Namun setelah berabad lamanya , akhirnya identiti sebenar wanita dalam potret monalisa telah dipecahkan dan hujah dengan kajian yang dilakukan oleh seorang ahli sejarah seni Itali iaitu Carla Glori lebih menyakinkan berdasarkan bukti kajian dan penemuan yang menyakinkan .Beliau telah membongkar siapa Mona Lisa, gadis dalam potret tersohor karya pelukis tersohor Leonardo da Vincci .
Sejak berkurun-kurung lamanya, identiti dan senyuman Mona Lisa menarik minat pakar-pakar dengan pelbagai teori dikemukakan mengenai asal usul potret itu. dan misteri paling besar mengenai Mona lisa adalah identiti sebenar siapa gadis yang di lukis oleh Leornado Da Vinci dalam potret tersebut.
Berpandukan sebuah jambatan batu di belakang potret Mona Lisa.  tertera angka 72 jika lukisan itu dibesarkan, Glori berkata, jambatan itu melintasi sungai Trebbia di Bobbio, berhampiran Piacenza, utara Itali.
"Setelah beberapa abad berlalu, bentuk muka bumi tempat itu telah banyak berubah tetapi jalan berliku dalam latar belakang Mona Lisa masih jelas di Bobbio," kata Glori.
Menurutnya, wanita dalam lukisan itu ialah Bianca Giovanna Sforza, anak perempuan Ludovico il Moro yang merupakan bangsawan yang mentadbir Bobbio 500 tahun lalu.
Glori berkata, dua huruf yang ditemui dalam mata Mona Lisa adalah S dan G iaitu singkatan untuk nama Bianca.
"Kemungkinan besar Da Vinci melawat Bobbio kerana perpustakaan di tempat itu terkenal dan dia melukis lukisan itu berpandukan ingatannya kemungkinan ketika dia menetap di Perancis beberapa tahun kemudian," katanya.


sumber : diolah dan diedit oleh penulis  blog redzuan-ridz ke bahasa  Melayu dari kaukus.us

28 ulasan:

  1. lps ni dah kurang 1 daya tarikan sbb misteri pemilik badan dh tau dh sapa. huhu

    BalasPadam
  2. hmm... dia pun agak2 jugak nih
    tgk huruf dari mata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, dia pon main agak2 .mane boleh camtu.pundek

      Padam
  3. xsemua pandangan kita betul...dan xsemua pandangan orang lain salah....fikirkan....

    BalasPadam
  4. kalaulah saya boleh tengok gambar monalisa betul betul....tunggu lah nanti besar

    BalasPadam
  5. semoga rahsia akan terbongkar

    BalasPadam
  6. siapakah mona lisa ini yang sebenarnya hah????
    aku nak tahu sangat

    BalasPadam
  7. monalisa?? hmm.. xd ap yg sy taw..

    BalasPadam
  8. Pd thn ini rahasia Potret Monalisa akan terbongkar tidak lm lg dgn penemuan terbaru baru olh sy sendir.
    Yg terahir penemuan pd thn 2012 olh Seniman Ron Piccirillo asal Amerika berasil menemukan 3 kepala hewan. Kepala hewan yg d liatnya adalah kepala kera, kerbau dan singa dan ia jg megatakan menemukan adanya buaya atau ular yg keluar dr sisi tagan sebelah kirinya. Nantikan penemuan terbaru d facebook sy.

    BalasPadam
    Balasan
    1. MEREPEK APE KO NI???????????ORNG CITE PSI MONALISA AHHHHHH...........BUKAN BUAYA,ULAR,KERE,KERBAU,,,,,KALAU CITENYE PON MCM MPEK JE?

      Padam
  9. Ada yg kata monalisa ni sebenarnya lelaki?? siapa sebenarnya mona lisa ni, aku nak tahu sangat!!

    BalasPadam
  10. saya rasa ada kaitan ttg Leornado Da Vinci dan Mona Lisa... mukanya sma pabila bergabung muka Da Vinci da Mona LIsa.... Kalo ada berita terbaru ttg mona lisa beritahu k... mgkin kmi boleh bantu

    BalasPadam
  11. Dari potret Monalisa seorang yang cantik juga

    BalasPadam
  12. hmmm..nak tanya monalisa ni sebenarnya siapa??

    BalasPadam
  13. Ada yang bilang juga kalo monalisa itu cuma hayalan Leonardo da vinci

    BalasPadam
  14. ehhmm sebenarnya aku kurang yakin sih dengan teori dari glori, jadi kalau ada info lagi berbagi ya gan

    BalasPadam
  15. monalis tu seorang wanita ....so?????

    BalasPadam
  16. monalisa itu hanya khayalan dari leonardo da vinci.

    BalasPadam
  17. Sape la monalisa ni

    BalasPadam
  18. Sape la monalisa ni ???

    BalasPadam
  19. Pening.... skarang ni monalisa ni sapa

    BalasPadam
  20. Pening.... skarang ni monalisa ni sapa

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai