iklan baris

Maulidur Rasul : Menyelusuri Hikmah Keajaiban Kelahiran Rasullullah S.A.W

maulidur

Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca setia blog redzuan-ridz, sempena menyambut Maulidur Rasul  diri ini tertarik untuk membuat 1 entri khas   bagi  mengenang kembali kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w . Saya pasti ramai bloggers yang membuat entri berkaitan ini. namun apa yang ingin saya  kongsikan ini  berbeza kerana  ingin membawa anda menyulusuri  hikmah keajaiban kelahiran Nabi Muhammad s.a.w . 3 hari blog ini tidak diupdate kerana saya mencari fakta dan info mengenai ini, hope anda semua akan meneruskan pembacaan anda sehingga habis.

Seperti kita maklum, Maulidur Rasul berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud kelahiran Nabi dimana Maulidur Rasul  disambut  bagi  memperingati hari kelahiran junjungan Rasullullah s.a.w.  Nabi Muhammad s.a.w telah diputerakan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April Tahun Gajah.Kelahiran baginda membawa rahmat dan petanda  dimana baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyebarkan syiar Islam. Ia merupakan peristiwa utama yang tercatat dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.


Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dibawah ni saya kongsikan bersama.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata



"Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''



Peristiwa Sewaktu Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W


Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah( bonda Rasullullah S.A.W) ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Semasa Baginda S.A.W dilahirkan, bondanya menyaksikan nur  cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.


Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber dan rekod Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib( datuk Nabi Muhammad s.a.w), "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''
Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya sewaktu Rasullullah S.A.W dilahirkan. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan dan kemuliaan disisi Allah S.W.T . Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah atau pun Penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir"

sumber : pelbagai sumber sahih, ( majalah al-islam, forum i luv islam,  forum halaqah.net  dan hasil pembacan)  


p/s : dan sempena Maulidur Rasul, marilah bersama-sama kita berzikir, berwirid, dan memperbanyakkan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kongsikan lah entri ini kepada saudara islam kita moga mereka lebih memahami dan mengtahui sirah sebenar kelahiran junjungan besar kita.

19 ulasan:

  1. subhanallah. terharu lak baca kisah nabi Muhammad ni. smoga blog redzuan ni diberkati Allah dgn post yg bermanfaat macam ni :)

    BalasPadam
  2. Assalam ridz..:)
    Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...
    best2,bace entry ni...byk info...:)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah wan...

    umati...umati...umati

    3kali kalimah umatku ini Rasulullah lafazkan sebelum baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir...

    lihat bertapa baginda menyayangi & mencintai umatnya sehingga disaat sakaratul maut itulah lafaz terakhir yang terzahir dari bibirnya..

    tapi kita bagaimana pula??
    Tanya hati kita adakah kita mencintai baginda dengan sepenuh hati kita??

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..kak nisa suka dgn entry ni, dulu ayah mertua dgn nenek suka cerita kisah rasulullah kat kak nisa, bila redzuan citer kembali kisah rasulullah kak nisa rasa kagum sbb buka semua anak muda tahu tentang kisah2 rasulullah...selamat menyambut maulidur rasul dan semoga kecintaan kita kepada Allah s.w.t dan rasulullah s.a.w semakin mendalam...

    BalasPadam
  5. Subhanallah . Kisah yang begitu menyentuh hati~ Selamat menyambut Maulidur Rasul . berselawat bukan hanya sehari tetapi setiap hari kerana itulah buktinya cinta kita kepada Nabi Muhammad S.A.W . Semoga dengan ilmu yang ada di dada, dapat membantu kita mencari cinta sejati iaitu cinta kepada Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W .

    BalasPadam
  6. salam maulidur rasul... terima kasih kerana share kisah yang menarik ini. sama2 kite hayatinya

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas perkongsian yang menarik ini..

    BalasPadam
  8. salam ridz...

    subhanallah..menitis air mata membacanya...T_T

    Salam Maulidur Rasul...

    Sollu..Sollu..Sollu..

    BalasPadam
  9. @Sunah Mohammad terima kasih ye sbb sudi membaca kisah sirah ini sampai abis, saya hanya berkongsikan ilmu dan info yang saya perolehi :)

    BalasPadam
  10. dunia blogger dunia ilmu tanpa sempadan..semoga entri2 seperti dapat menarik dan melekat di hati pembaca..

    BalasPadam
  11. perkOngsial ilmiah yg menarik.. thumbs up!
    selamat menyambut maulidur rasul.. ;)

    BalasPadam
  12. bagus entri ni..thumbsup for u bro..teringat dulu ade satu kitab ni cerita tentang kisah hidup Rasulullah s.a.w dengan detail..bila bace terasa macam mende tu berlaku depan mata walaupun kejadian tu dah berzaman lamanya..btw, salam maulidul rasul abg ridz.. ;)

    BalasPadam
  13. tadi bru jae tgk ceramah agama di halaqah tv9. Syarahan yg disampaikan oleh penasihat agama negeri johor Dato' Nool Gadot berkenaan sirah dan wasiat akhir Rasulullah buat umat yg dikasihi n dicintainya. Terbit rasa sayu dan sedih tatkala mendgr cerita perjalann hidup Rasulullah demi menyelmatkn fitrah umat Islam. Sebagai umat Rasulullah kita patut mencontohi dan mengamalkan segala sunnah dan pesanan yg Rasulullah titipkan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan yg fana ini.

    BalasPadam
  14. Apesal plk yg ade tok guru cakap kelahiran Nabi Muhammad S.A.W seperti kanak2 biasa dan mauludirrasul ni keje tak abis?....

    BalasPadam
  15. byk informasi yg dpt sye cari di dlm entri ini...

    BalasPadam
  16. Terima ksh utk entri bmanfaat ini..moga blog redzuan ini beroleh manfaat dan diberkati Allah..aminn

    BalasPadam
  17. Terima ksh utk entri bmanfaat ini..moga blog redzuan ini beroleh manfaat dan diberkati Allah..aminn

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai