iklan baris

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki

1 ulasan:



Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut, dipetik dari laman IIUM, di bawah adalah 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

3 Tanda Bila Kucing Datang Kepada Kita

1 ulasan:



Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,


Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita,  hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezekikucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

Ketiga

Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

Kredit: Ustaz Shukri Harun

Ibnu Al-Haytham : Saintis Islam Pencipta Asal Kamera

Tiada ulasan:
Suratkhabar terkemuka di Barat, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 telah menerbutkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana Pencipta Muslim Mengubah Dunia. Salah satunya adalah pencipta kamera obscura.

Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai oleh umat manusia. Dengan flash dan tembakan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar bermula dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa.

Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta Jepang. Sehingga, banyak umat Muslim yang meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.
Jauh sebelum masyarakat Barat menemuinya, prinsip-prinsip asas pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim lebih kurang 1,000 tahun silam. Penemu prinsip kerja asas kamera itu adalah seorang saintis legenda Islam yang bernama Ibnu al-Haitham.



Pada akhir abad ke-10 Masihi, Al-Haitham berjaya mencipta sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling berkesan. Penemuan yang sangat inspiratif itu berjaya dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Mereka berdua berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura.

Penemuan itu bermula ketika mereka mempelajari gerhana matahari. Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang membenarkan cahaya matahari diunjurkan melalui permukaan datar.



Kajian ilmu optik serupa kamera obscura itulah yang menjadi asas cara kerja kamera yang pada masa ini digunakan umat manusia.



Dari kamus Webster, fenomena ini diertikan sebagai “ruang gelap”. Biasanya bentuknya seperti kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah memberi ilham penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada penonton.

“Kamera obscura pertama kali dibuat saintis Islam, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.

Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, legenda pakar fizik Islam itu kemudian menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.

Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham:First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. “Dia merupakan saintis pertama yang berjaya memprojeksikan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” papar Bradley.


Istilah kamera obscura yang ditemui oleh al-Haitham pun diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi. Lima abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh dengan pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera).

Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera onscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahwa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar projection gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh moden).

Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham piring-piring foto pertama kali digunakan secara statik untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Gambar statik pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Prancis pada 1827.

Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris semasa Perang . Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan bilik gelapnya. Tahun 1888, George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.

Sebuah versi kamera obscura digunakan dalam Perang Dunia I untuk melihat kapal terbang dan pengukuran perfomance. Pada Perang Dunia II kamera obscura juga digunakan untuk memeriksa ketepatan navigasi radio. Begitulah penciptaan kamera obscura yang diilhamkan al-Haitham mampu mengubah peradaban dunia.




Peradaban dunia moden tentu sangat berutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham semasa hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semuanya didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.

Sayangnya, umat Islam kini lebih terpesona kepada pencapaian teknologi Barat, sehingga kurang menghargai dan mengulangi pencapaian saintis Islam di era kejayaan Islam.

Misteri Makam Purba Pahlawan Terracotta di China

Tiada ulasan:

Makam Terakota  : Penemuan Terbesar Sejarah Arkeologi Dunia Abad Ke-20


Makam maharaja China, Qin Shi Huang, disebut-sebut sebagai salah satu penemuan arkeologi terbesar pada abad ke-20. Sejarah mencatatkan, Qin Shi Huang merupakan maharaja pertama Dinasti Qin yang memimpin China di antara tempoh 221SM - 210SM. Salah satu karya monumennya selain penyempurnaan pembinaan bangunan Tembok Besar China ialah pembangunan makam agungnya sendiri. Berbeza dengan Firaun Mesir Kuno, Cheops (Khufu) yang memilih untuk membina sebuah Piramid Agung di Giza sebagai tempat peristirahatan terakhirnya, Maharaja Qin Shi Huang lebih gemar untuk memilih makamnya menjadi tab sebuah Istana dengan penjagaan ribuan patung tentera.

Makam maharaja berkenaan memang begitu mempesonakan. Terdapat lebih kurang 8000 patung yang menggambarkan susuk para tentera dan kuda-kuda perang berdiri disepanjang makam. Yang lebih menarik lagi, semua patung-patung tersebut tidaklah sama antara satu dengan yang lainnya baik sama ada pada bentuk pakaian, mimik wajah, gaya rambut, hingga persenjataan yang mereka pegang. Selain itu, mereka juga dibezakan oleh pangkat ketenteraannya seperti Jeneral, hingga ke para perajurit biasa. Patung askar yang mempunyai saiz tubuh yang paling tinggi ialah yang berpangkat jeneral.




Patung-patung yang disebut sebagai Askar Terracotta ini keselururuhan diperbuat daripada tanah liat. Ketinggiannya pun adalah tidak sama, antara 183 hingga ke 195 cm. Untuk bahagian kepala, ia diperbuat secara berasingan dari bahagian badan agar mempunyai bentuk dan mimik wajah yang berbeza di antara satu sama lain. Sementara bahagian-bahagian wajah seperti bibir, mata, dan telinga ditambah secara manual dan bentuknya disempurnakan oleh sentuhan tangan si pembuat patung. Patung yang telah siap dibentuk akan dibakar agar penghasilannya menjadi lebih keras dan kukuh. Untuk tahap akhir, proses pengecatan akan dilakukan walaupun kebanyakan patung itu kini catnya telahpun semakin memudar.

tentera terakota




Sejak ditemui oleh beberapa petani tempatan di wilayah Xian, Negeri Shaanxi, China pada tahun 1974 yang silam, hingga kini tapak berkenaan masih lagi terus dilakukan proses penggalian bagi membongkar lebih banyak kemisterian dan keajaiban di tapak berkenaan. Para pakar Arkelogi menganggarkan masih banyak lagi patung dan artifak-artifak lain yang masih tertanam di tapak berkenaan. Mereka juga belum dapat memastikan apakah jumlah angka penemuan patung dan artifak lain ini akan terus bertambah. Perkiraan terbaru menyebutkan, terdapat lebih daripada 8000 patung askar, 130 kereta perang dan 520 kuda, serta 150 pasukan berkuda yang terdapat di tiga terowong utama makam. Sungguh ia merupakan pemandangan yang menakjubkan ketika mengingati baharu satu peratus daripada keseluruhan bahagian makam yang telah digali dan diselongkar!




Tidak semua harta benda dan perhiasan sang maharaja telah ditemui. Kononnya, masih banyak harta benda berharga milik Maharaja Qin Shi Huang yang disimpan di suatu bahagian makam yang belum lagi ditemui, di mana tempat itu telah dipasangkan pelbagai perangkap yang boleh menembak anak panah secara automatik kepada sesiapa yang berani mengusiknya. Bahkan diyakini para pekerja yang memasang perangkap-perangkap tersebut turut dikuburkan hidup-hidup agar rahsia tempat berkenaan terus terjaga. Terdengar cukup menakutkan, bukan?

Menurut sejarawan Sima Qian (145 90 SM), pembinaan makam agung Maharaja Qin Shi Huang telah bermula sekitar 246SM pada saat usia Maharaja baru menginjak 13 tahun dengan jumlah pekerja dalam lingkungan 700.000 orang.Walaupun ia merupakan satu daripada pencapaian terhebat Maharaja Qin, namun beliau juga terkenal dengan sumbangannya dalam bidang politik dan budaya. Maharaja Qin telah memperkenalkan satu landasan penulisan naskah, menghubungkan jajahannya dengan terowong dan jalan raya, menyatukan wilayah yang berperang, memajukan teknologi kaji logam, menyeragamkan ukuran dan timbangan, membina Tembok Besar versi pertama dan kemudian menghubungkannya dengan bahagian taktikal. Namun persoalan utama yang menjadi perdebatan ialah apakah tujuan  Maharaja Qin Shi Huang membina makam pahlawan terracotta ini ?




terracotta





Faktanya, makam ini didirikan sebagai gambaran pada sebuah istana bawah tanah yang begitu besar dan mewah. Bahkan dikatakan ia adalah sebuah istana bawah tanah dengan struktur yang rumit dan kompleks namun penuh dengan kemegahan dan kemudahan. Sungai tiruan yang diperbuat daripada air raksa dan langit istana yang diperbuat dengan hiasan mutiara turut memperindahkan istana tersebut. Kepercayaan kerajaan menyebutkan bahawa Maharaja Qin Shi Huang akan terus memimpin kerajaannya dikehidupan berikutnya (alam baka / akhirat). Untuk itu ia membuatkan sebuah istana sebagai pusat kerajaan, lengkap dengan para bala tenteranya dan pegawai-pegawai kerajaan.