iklan baris

Osama bin Laden Mati | Osama bin Laden Terbunuh

7 ulasan:
Osama bin Laden Telah Mati |  Osama bin Laden Terbunuh

Salam sejahtera dan salam pembuka kata, mungkin ada yang telah mengetahui dan yang belum mengethuinya lagi. Berita paling menggemparkan dan mengejutkan adalah mengenai laporan bahawa tentera Amerika Syarikat berjaya membunuh Osama Laden

Pemimpin Al-Qaeda Osama Laden dilaporkan telah terbunuh  pada Ahad di Abottabad, Pakistan dalam peristiwa tembak-menembak melibatkan pihak Amerika syarikat, kata Presiden Barack Obama.

“Saya boleh beritahu kepada rakyat Amerika dan dunia bahawa Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu menjalankan operasi yang membawa kepada pembunuhan Osama bin Laden,” kata Obama dalam stesen televisyen Amerika dalam pengumuman ringkas sembilan minit.

Menurut Obama, perisikan Amerika tahun lalu mendapat tahu bahawa Osama, yang merancang serangan pada 11 September 2011 berada di Pakistan.
“Minggu lepas, kita dapati telah mempunyai cukup maklumat” untuk melancarkan serangan, kata Obama.




Operasi itu dilancarkan pada Ahad “atas arahan saya,” kata Obama. Selepas tembak-menembak, Osama terbunuh dan mayatnya disimpan oleh pihak Amerika Syarikat.

Obama mengucapkan terima kasih dengan kerjasama Presiden Pakistan Asif Ali Zardari dan pihak berkuasa keselamatan Pakistan yang “membawa kami kepada bin Laden”.

“Keadilan telah dilaksanakan,” kata Obama. “Kematian Osama  Laden menandakan kejayaan yang sangat signifikan hari ini dalam  usaha menumpaskan dan melumpuhkan rangkaian al-Qaeda,” kata Barrack Obama.

Bekas Presiden Amerika Syarikat sebelum ini George W Bush meminta Rumah Putih mengucapkan  ucapan tahinah atas kematian itu, lapor CNN.

Bekas Presiden Amerika Syarikat,  Bill Clinton pula menggelarkan kejayaan  ini sebagai “sangat penting, bukan untuk keluarga mangsa serangan 11 September dan serangan lain al_qaeda, tetapi untuk seluruh dunia yang mahu bersama-sama membina masa depan yang aman, bebas dan sesuai untuk anak-anak.”

Rakyat Amerika kini mula berkumpul di hadapan Rumah Putih sambil mengebarkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan Amerika Syarikat.

Senat negara itu sebelum ini menawarkan hadiah RM50 juta untuk nyawa Osama. Ia telah  direstui oleh Bush sebagai presiden pada masa itu.

anda boleh baca jugak di sini ==> BBC NEWS 


p/s : syahidnya lagi seorang pejuang yang berjuang di jalan Allah,menentang kafir laknatullah, sebelum ni Yasir Arafat.  Now ahmadenejad je pemimpin islam yang tinggal tidak tunduk pada desakan Barat dan sekutu-sekutu laknatullah. Persoalannya adakah benar mayat yang terbunuh tersebut adalah Osama Laden  ? atau ianya sekadar 1 lagi propaganda Amerika dan sekutu mereka untuk mengalihkan perhatian dunia. Jika benar ianya mayat Osama Laden ,moga roh beliau ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

klik sebelah untuk  ==>, Video Kematian Osama Laden

Cerita Lawak Jenaka | Budak yang Cerdik

10 ulasan:
Cerita Lawak Jenaka  | Budak yang Cerdik


Al- kisah Ada seorang cikgu tadika yang langsung tidak percaya dengan  kewujudan Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal. Cikgu yang telah sesat tersebut pun mula bertanya kepada murid-muridnya...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?

Murid-murid :... Nampak cikguuuuu. 

Guru tadika : Pen ada kan? 

Murid-murid : Ada cikguuuuuu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi...

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen? 

Murid-murid : tak nampak cikguuuuuu. 

Guru tadika : pen ada tak? 

Murid-murid : tak ada cikguuuuuu. 

Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak? 

Murid-murid : tak nampak cikguuuuu.. 

Guru tadika : Tuhan ada tak? 

Murid-murid : tak ada cikguuuuuu. 

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. 

Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar  bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan... 

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu? 

Guru tadika : Boleh,mari ke depan. 

Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak? 

Murid-murid : nampaaaaak. 

Amin : cikgu ada kan? 

Murid-murid : adaaaaa. 

Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak? 

Murid-murid : tak nampaaaaak. 

Amin : cikgu ada otak tak? 

Murid-murid : tak adaaaaaa. 

Guru tadika : hmmm >.<

Makanan Untuk Minda | Rahsia Menguatkan Daya Ingatan

26 ulasan:

Makanan Untuk Minda | Rahsia Menguatkan Daya Ingatan 




Salam sejahtera buat semua pembaca Blog Redzuan-ridz . Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda info dan petua meningkatkan tahap daya berfikir kita dan cara menajamkan minda kita. Info yang saya ambil dibawah ini ada diantaranya petua dan amalan yang diperturunkan oleh arwah atuk saya dan ada yang saya perolehi dari pembacaan di majalah Al-Islam.
 
Utk menguatkan daya ingatan, dengan rahmat & sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yg baik & dapat menguatkan sistem saraf kita.Diantara jenis makanan yg boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah:-

- Buah anggur hitam

-Halwa (Halia yang telah dikeringkan)
- Madu lebah
-Daging burung merpati

- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna


sumber mengenai makanan ini saya perolehi dari pembacaan majalah al-islam.Selain daripada cara pemakanan, oksigen juga amat penting utk merangsang otak supaya sentiasa cergas  dan  cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yangg amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan. Teknik ini selalu saya praktikkan.

Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yg paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kpd-NYA.


Membaca dan mendengar selalu bacaan ayat suci Al-Quran juga akan menajamkan minda kita dan menghilangkan penyakit lupa selain meningkatkan lagi tahap keupayaan daya fikir kita. Selalu lah mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran terutamanya seperti surah Al-Luqman.

Sebelum saya terlupa saya ingin kongsikan amalan dan petua yang arwah atuk saya turunkan untuk menajamkan daya ingatan supaya mudah hafal, mudah mengingati sesuatu perkara, meningkatkan lagi keupaayan daya penaakulan,  serta menghilangkan penyakit lupa.

Caranya, tadahkan air embun didalam bekas , jag or mangkuk ke terpulang pada anda. pastikan ianya adalah air embun. kemudian bacakan ayat kursi sebanyak 40 kali ke air embun yang anda tadahkan tadi, kemudian tiupkan di air embun tersebut, dan minumlah air tersebut. Insyallah dengan izin Allah anda lihat sendiri, perbezaan  pada diri anda.



Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir.  dibawah ni  amalan zikir yang saya amalkan juga dimana amalan ini mampu meningkatkan dan menajamkan lagi tahap daya berfikir dan kemampuan minda kita. zikir yang boleh anda amalkan:-

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.



p/s : rasanya cukup sekadar ini perkongsian saya. jika anda ingin menambah lagi sila kongsikan diruangan komen. tips diatas ini adalah sebahgaian petua dan amalan yang saya tahu untuk menajamkan dan meningkatkankan lagi daya ingatan kita. 

Dartz Kombat T98 Kereta Kalis Peluru dan Kalis Bom

2 ulasan:
Salam sejahtera semua buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Entri kali ini saya bawakan kepada anda semua segmen kereta. Apa yang ingin saya kongsikan kali ini bukanlah model kereta biasa . tetapi kereta yang kalis peluru dan bom. Mungin pelik  dan seperti tidak logik bunyinya bagi anda semua ,  apa kata anda baca sendiri info mengenai kereta ini dibawah .

 

Dartz Kombat T98 Luxury SUV adalah kereta Range Rover Vogue yang telah diubahsuai oleh Armet Armored Vehicles yang dimiliki oleh seorang usahawan Rusia, Armet Gurkha menjadi sebuah kereta anti peluru. Kereta Dartz Kombat T98 Luxury SUV direka menjadi seperti Hummer .
Bukan saja kebal peluru yang ditembak oleh senjata jenis AK-47, bahkan kereta ini pun tidak musnah oleh letupan bom tangan sekalipun. Body kereta ini dibuat dari besi yang tebal sedangkan kacanya menggunakan kaca dengan ketebalan sehingga 7 cm. Walaupun berat, dengan mesin Vortec V8 nya, kereta ini masih mampu dipandu sehingga 180 km/jam.Menurut maklumat,kereta ini dijual pada harga US$ 200.000 .