iklan baris

WOW !! HARIMAU MENYELAM SAMBIL MENYAMBAR DALAM AIR

28 ulasan:


Salam 1 malaysia, hari-hari cuti rsa malas je nak update entri, dah masuk 2 hari blog ni tak di update dengan latest entri, walaupun sindrom malas mula membelenggu diri, namun gagahi jugak mengupdate blog ni supaya x bersawang. huhu. orait back to the topic. untuk entri kali ni santai je, nak kongsikan dengan korang semua gambar-gambar harimau putih yang sangat pandai berenang, menyelam dan dalam masa sama  sangat terror  menyambar makanan dalam air.serius memang terror. 


Kalau korang pergi  San Francisco,  korang boleh saksikan  secara live aksi harimau  ni kat zoo Six Flags Discovery Kingdom yg terletak di Vallejo. apa kata korang layan je gambar kat bawah ni . pasti korang akan terpukau + takjub dengan aksi harimau putih ni menyelam dalam air.
II
II
II
II
II
II
II
II
III
VVVV
VV
V



















sumber : http://english.pravda.ru/


P/S :first time aku tgk gmbar ni mmg aku rsa trkjut , mcm xpercaya plak harimau pandai menyelam. kalau fikir blik kadang benda ni xpelik pun sbb kalau manusia boleh melakukan aksi yg sukar diterima akal, mcm tu jgak haiwan. tp aku still rsa pelik mcm mne harimau ni bleh lepak menyelam dlm air lama2. huhh...

SEGMEN TRICK : CARA MENINGKATKAN KELAJUAN INTERNET ( LOADING PAGE) SEBANYAK 20%

55 ulasan:

Salam sejahtera dan hope anda semua ceria hendaknya. orait entri kali ni saya nk kongsikan dengan anda semua 1 trick untuk melajukan internet. Sebagai seorang blogger kelajuan internet sangat penting. kalu korang xde bajet nak pakai unifi or streamyx boleh la korang apply trcik ni  :)  

But trick ni hanya boleh di apply oleh mereka-mereka yang menggunakan window xp. trick ni actually berkesan untuk melajukan loading pages website or blog yang korang semua singgah. kalau video loading still tetap sama sperti kelajuan asal speed internet korang. korang nak try boleh follow langkah-langkah kat bawah ni  ;) 


1. Mula-mula pegi kat Run pastu click Run.

2. Taip kat dlm ruang disediakan: gpedit.msc

3. Click OK.

4. Ni dah kira masuk kat registry, pastu click Computer Configuration.

5. Kemudian click Administrative Templates.

6. Seterusnya click Network.

7. Dan kemudian click QoS Packet Scheduler.

8. Pastu click Limit reservable bandwidth.

9. Kita akan sampai ke Limit reservable bandwidth Properties.

10.Kat setting tu ubah jadi Enabled.

11.Kat bahagian Bandwidth limit(%) tukar jadi 0 (sifar).

12.Last sekali click Apply dan tekan OK.


kalau korang still xberapa jelas and blur kat bawah ni  sreenshot langkah-langkahnya.





 




untuk hasil yang lebih efektif sila restart lappy or pc korg. dan lepas tu cuba bandingkan sebelum dan selepas korang apply trick ni :)

p/s : aku da try and mmg berkesan untuk percepatkan loading page web or blog. dan yang pastinya trick ni tidak memberi sebarang kesan smapingan kepada laptop or pc. kalau entri ni brmnfaat komen la ckit,  sepatah 2 kata pun ok jgak :)

TIPS : 7 CARA MENJANA IDEA UNTUK BLOGGING

32 ulasan:

Salam aspirasi buat pembaca setia dan tidak lupa kepada 'silent reader' di blog gue ni. huhuhu. orait sperti  tajuk kat atas tu, hari ni saya nk kongsikan tips paling berguna buat semua newbies dan para blogger yang tidak sedar tentang pentingnya idea. Saya pasti setiap blogger pasti pernah  'stuck' dan kekeringan idea.

Oleh  hal demikian idea itu sangat penting untuk berblogging dan kadangkala atas sebab kekeringan idea inilah ada blogger sanggup meng copy paste entri orang lain buta-buta.  Honestly saya  katakan apabila saya blogwalking dan membaca entri blog si polan

ada yang menghadapi masalah krisis kekeringan idea dan krisis identiti. Krisis identiti yang saya maksudkan tiada identiti or style tersendiri ketika berblogging. ingat idea yang berkualiti itu mencerminkan diri blogger dan seterusnya memastikan kualiti blog tersebut terjamin dengan entri yang sangat menarik :)  ini penting bagi memastikan "flow" tarffik pengunjung akan terus mengalir ke blog kita.   





Di bawah ini saya senaraikan 7Cara menjana idea yang paling mudah yang anda boleh praktikkan agar idea tidak lah putus. dan saya telah apply kesemua cara dibawah.


1. Mencatat Dari Kehidupan Seharian

Salah satu jenis kandungan blog yang suka dibaca oleh pengunjung ialah perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian seperti isu sosial, general knowledge, fakta, tips.
Jika anda kemana-mana bawalah buku kecil, jika anda melihat peristiwa mnarik anda
boleh catatkan. Jadi bila hendak blogging dan tiada idea, kita boleh rujuk pada apa yang ditulis dalam nota tersebut untuk dijadikan isi kandungan blog dan lebih bagusnya jika anda bawa kamera setiap masa, anda dapat merakamkan sekali peristiwa yg berlaku :)
.

2. Membaca Archives( Arkib) anda.

Archives ini penting untuk kita melihat kembali apa yang telah kita terbitkan di blog kita. Dengan membaca Archives, kita boleh mendapat idea untuk mengembangkan atau memperincikan apa yang telah kita tulis dalam artikel-artikel yang lalu.
Contohnya sayapernah   menulis tentang 8 cara untuk meningkatkan trafik blog, mungkin kita boleh detailskan salah satu dari 8 cara yang telah kita tulis itu. Teknik ini selalu diperkatakan oleh blogger-bl0gger terkenal untuk menjana idea untuk blog mereka.


3. Melawat Blog Lain

Melawat blog-blog lain yang ada kaitan dengan niche idea yang ingin anda cari juga membantu ketika anda sedang memerlukan idea. Anda boleh buat carian dengan enjin carian atau lawati link blog-blog yang telah anda kumpul di ruangan links atau dalam simpanan anda. Selalunya saya akan lawati dulu blog-blog yang lain sekiranya benar-benar tiada idea.


4. Direktori Artikel

Direktori artikel seperti Ezine Articles sememangnya mengandungi simpanan artikel yang sangat besar di mana anda boleh membaca dan dapat idea yang pelbagai di situ. Boleh juga anda guna teknik copywriting atau spinning untuk guna kembali artikel-artikel tersebut tetapi hati-hati, jangan salin semula bulat-bulat kerana ada author yang gemar menjejaki artikel mereka yang diplagiat. dan ingat  ambillah "inti" nya shj kemudian olahkan menggunakan style dan gaya penyampaian anda tersendiri bukan meng copy paste bulat-bulat. dan bagi saya meng copy paste atau plagiat  bulat-bulat adalah perbuatan yang paling mengejikan disisi seorang blogger.


5. Laman Social Bookmarking & Social Networking

Nampak simple tetapi bagi saya ianya memang membantu. Anda boleh jumpa pelbagai artikel dari pelbagai niche dari laman social bookmarking seperti BlogCatalog. Selain itu, banyak idea yang boleh anda dapat dari laman-laman social networking seperti Facebook dan Twitter. Ramai yang gemar membangkitkan isu-isu atau pautan ke laman-laman web menarik menerusi social networking jadi anda boleh dapat idea yang anda cari-cari di situ.


6. Membaca Komen di Blog

cara ni sebenarnya paling mudah untuk kita mendapatkan idea or ilham untuk entri kita. well saya rasa ramai yang terlepas pandang yang dari komen orang di entri kiat boleh menyumbang idea untuk new entri  kita.. saya bagi 1 contoh mudah kataka ada 1 entri anda mengenai 'ciri wanita kaki kikis' . so di entri tersebut ada readers  di kotak komen brtnya  mengenai ciri lelaki kaki kikis. So anda boleh kembangkan pertanyaan readers anda  ini untuk buat 1 entri mengenai ciri lelaki kaki kikis pula


7. Wujudkan Pelbagai Segmen dalam Blog

Cara ini sebenarnya dapat memastikan 'flow'  idea anda tidak putus.  kenapa saya katakan demikian. Bila anda wujudkan pelbagai segmen, bermakna terdapat byk subtopik yang anda boleh kembangkan dibawah segmen tersebut. sebagai contoh di blog saya sendri. saya mewujudlan segmen kereta,  so disini pelbagai tips dan subtopik mengenai kereta boleh sy kongsikan untuk entri saya dikala saya menghadapi masalah idea.


Hope entri ini dapatlah membantu kita semua supaya idea sentiasa dapat dijanakan dan sekaligus entri yang dihasilkan tidak tersasar dari apa yang kita ingin sampaikan . idea dan style dan gaya penyampaian  itu menunjukan kematangan kita dan mampu menarik lebih ramai lagi pembaca di blog kita dan bukanlah sekadar brceloteh  tanpa ada 'sense' dan soul serta mesej disebaliknya:) 


p/s klau korang rsa entri kali ni mmbantu beri kan sdikit pndangan ye :) penat aku menaip tau , huhuhu, kalau ada tambahan tips boleh la kongsikan bersama kat kotak komen bwah ni :)

10 MODEL KERETA KONSEP MASA DEPAN

20 ulasan:

Salam keceriaaan untuk anda semua :) orait untuk entri kali ni saya akan bawakan anda segmen kereta. sebelum ini saya telah mmbawa anda mengenali 10 model kereta ferrari terbaik didunia. yang belum baca entri tentang tu boleh KLIK KAT SINI


berbalik pada entri segemn kereta kali ini, saya akan kongsikan senarai 10 model kereta konsep yang mungkin bakal digunakan pada masa depan. dengan rupa bentuk yang sangat futuristik dan menawan pasti membuatkan korang semua terpukau dan teruja. kat bawah ni merupakan prototaip model-model kereta tersebut. jom layan :)

II
II
II
II
II
II
II
II
II
VVVV
VVV
VV
V


Aston Martin Lagonda Concept


Audi Sportback Concept.


BMW Concept 5 Series Gran Turismo



 Cadillac Converj concept



Chevrolet Camaro Concept



Chrysler 200C EV Concept 

Infiniti Essence Concept
Zagato Perana Z-One Concept.


Peugeot e-Motion.




Koenigsegg Quant Concept.

sumber: www.egmcartech.com/


p/s: amcm elegan kan ? antara 10 kereta kereta tersenarai kat atas bg akula audi sporback dgn inffiniti essence paling cun. kalau korang model mna yang korang berkenan rsa cun?