iklan baris

3 Tanda Bila Kucing Datang Kepada Kita

1 ulasan:



Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,


Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita,  hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezekikucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.

Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

Ketiga

Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

Kredit: Ustaz Shukri Harun

Ibnu Al-Haytham : Saintis Islam Pencipta Asal Kamera

Tiada ulasan:
Suratkhabar terkemuka di Barat, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 telah menerbutkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana Pencipta Muslim Mengubah Dunia. Salah satunya adalah pencipta kamera obscura.

Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai oleh umat manusia. Dengan flash dan tembakan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar bermula dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa.

Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta Jepang. Sehingga, banyak umat Muslim yang meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.
Jauh sebelum masyarakat Barat menemuinya, prinsip-prinsip asas pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim lebih kurang 1,000 tahun silam. Penemu prinsip kerja asas kamera itu adalah seorang saintis legenda Islam yang bernama Ibnu al-Haitham.



Pada akhir abad ke-10 Masihi, Al-Haitham berjaya mencipta sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling berkesan. Penemuan yang sangat inspiratif itu berjaya dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Mereka berdua berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura.

Penemuan itu bermula ketika mereka mempelajari gerhana matahari. Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang membenarkan cahaya matahari diunjurkan melalui permukaan datar.



Kajian ilmu optik serupa kamera obscura itulah yang menjadi asas cara kerja kamera yang pada masa ini digunakan umat manusia.



Dari kamus Webster, fenomena ini diertikan sebagai “ruang gelap”. Biasanya bentuknya seperti kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah memberi ilham penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada penonton.

“Kamera obscura pertama kali dibuat saintis Islam, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.

Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, legenda pakar fizik Islam itu kemudian menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap.

Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham:First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. “Dia merupakan saintis pertama yang berjaya memprojeksikan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” papar Bradley.


Istilah kamera obscura yang ditemui oleh al-Haitham pun diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi. Lima abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh dengan pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera).

Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera onscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahwa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar projection gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh moden).

Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham piring-piring foto pertama kali digunakan secara statik untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Gambar statik pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Prancis pada 1827.

Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris semasa Perang . Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan bilik gelapnya. Tahun 1888, George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.

Sebuah versi kamera obscura digunakan dalam Perang Dunia I untuk melihat kapal terbang dan pengukuran perfomance. Pada Perang Dunia II kamera obscura juga digunakan untuk memeriksa ketepatan navigasi radio. Begitulah penciptaan kamera obscura yang diilhamkan al-Haitham mampu mengubah peradaban dunia.




Peradaban dunia moden tentu sangat berutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham semasa hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semuanya didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.

Sayangnya, umat Islam kini lebih terpesona kepada pencapaian teknologi Barat, sehingga kurang menghargai dan mengulangi pencapaian saintis Islam di era kejayaan Islam.

Misteri Makam Purba Pahlawan Terracotta di China

Tiada ulasan:

Makam Terakota  : Penemuan Terbesar Sejarah Arkeologi Dunia Abad Ke-20


Makam maharaja China, Qin Shi Huang, disebut-sebut sebagai salah satu penemuan arkeologi terbesar pada abad ke-20. Sejarah mencatatkan, Qin Shi Huang merupakan maharaja pertama Dinasti Qin yang memimpin China di antara tempoh 221SM - 210SM. Salah satu karya monumennya selain penyempurnaan pembinaan bangunan Tembok Besar China ialah pembangunan makam agungnya sendiri. Berbeza dengan Firaun Mesir Kuno, Cheops (Khufu) yang memilih untuk membina sebuah Piramid Agung di Giza sebagai tempat peristirahatan terakhirnya, Maharaja Qin Shi Huang lebih gemar untuk memilih makamnya menjadi tab sebuah Istana dengan penjagaan ribuan patung tentera.

Makam maharaja berkenaan memang begitu mempesonakan. Terdapat lebih kurang 8000 patung yang menggambarkan susuk para tentera dan kuda-kuda perang berdiri disepanjang makam. Yang lebih menarik lagi, semua patung-patung tersebut tidaklah sama antara satu dengan yang lainnya baik sama ada pada bentuk pakaian, mimik wajah, gaya rambut, hingga persenjataan yang mereka pegang. Selain itu, mereka juga dibezakan oleh pangkat ketenteraannya seperti Jeneral, hingga ke para perajurit biasa. Patung askar yang mempunyai saiz tubuh yang paling tinggi ialah yang berpangkat jeneral.




Patung-patung yang disebut sebagai Askar Terracotta ini keselururuhan diperbuat daripada tanah liat. Ketinggiannya pun adalah tidak sama, antara 183 hingga ke 195 cm. Untuk bahagian kepala, ia diperbuat secara berasingan dari bahagian badan agar mempunyai bentuk dan mimik wajah yang berbeza di antara satu sama lain. Sementara bahagian-bahagian wajah seperti bibir, mata, dan telinga ditambah secara manual dan bentuknya disempurnakan oleh sentuhan tangan si pembuat patung. Patung yang telah siap dibentuk akan dibakar agar penghasilannya menjadi lebih keras dan kukuh. Untuk tahap akhir, proses pengecatan akan dilakukan walaupun kebanyakan patung itu kini catnya telahpun semakin memudar.

tentera terakota




Sejak ditemui oleh beberapa petani tempatan di wilayah Xian, Negeri Shaanxi, China pada tahun 1974 yang silam, hingga kini tapak berkenaan masih lagi terus dilakukan proses penggalian bagi membongkar lebih banyak kemisterian dan keajaiban di tapak berkenaan. Para pakar Arkelogi menganggarkan masih banyak lagi patung dan artifak-artifak lain yang masih tertanam di tapak berkenaan. Mereka juga belum dapat memastikan apakah jumlah angka penemuan patung dan artifak lain ini akan terus bertambah. Perkiraan terbaru menyebutkan, terdapat lebih daripada 8000 patung askar, 130 kereta perang dan 520 kuda, serta 150 pasukan berkuda yang terdapat di tiga terowong utama makam. Sungguh ia merupakan pemandangan yang menakjubkan ketika mengingati baharu satu peratus daripada keseluruhan bahagian makam yang telah digali dan diselongkar!




Tidak semua harta benda dan perhiasan sang maharaja telah ditemui. Kononnya, masih banyak harta benda berharga milik Maharaja Qin Shi Huang yang disimpan di suatu bahagian makam yang belum lagi ditemui, di mana tempat itu telah dipasangkan pelbagai perangkap yang boleh menembak anak panah secara automatik kepada sesiapa yang berani mengusiknya. Bahkan diyakini para pekerja yang memasang perangkap-perangkap tersebut turut dikuburkan hidup-hidup agar rahsia tempat berkenaan terus terjaga. Terdengar cukup menakutkan, bukan?

Menurut sejarawan Sima Qian (145 90 SM), pembinaan makam agung Maharaja Qin Shi Huang telah bermula sekitar 246SM pada saat usia Maharaja baru menginjak 13 tahun dengan jumlah pekerja dalam lingkungan 700.000 orang.Walaupun ia merupakan satu daripada pencapaian terhebat Maharaja Qin, namun beliau juga terkenal dengan sumbangannya dalam bidang politik dan budaya. Maharaja Qin telah memperkenalkan satu landasan penulisan naskah, menghubungkan jajahannya dengan terowong dan jalan raya, menyatukan wilayah yang berperang, memajukan teknologi kaji logam, menyeragamkan ukuran dan timbangan, membina Tembok Besar versi pertama dan kemudian menghubungkannya dengan bahagian taktikal. Namun persoalan utama yang menjadi perdebatan ialah apakah tujuan  Maharaja Qin Shi Huang membina makam pahlawan terracotta ini ?




terracotta





Faktanya, makam ini didirikan sebagai gambaran pada sebuah istana bawah tanah yang begitu besar dan mewah. Bahkan dikatakan ia adalah sebuah istana bawah tanah dengan struktur yang rumit dan kompleks namun penuh dengan kemegahan dan kemudahan. Sungai tiruan yang diperbuat daripada air raksa dan langit istana yang diperbuat dengan hiasan mutiara turut memperindahkan istana tersebut. Kepercayaan kerajaan menyebutkan bahawa Maharaja Qin Shi Huang akan terus memimpin kerajaannya dikehidupan berikutnya (alam baka / akhirat). Untuk itu ia membuatkan sebuah istana sebagai pusat kerajaan, lengkap dengan para bala tenteranya dan pegawai-pegawai kerajaan.

Benarkah Besi Berasal Dari Langit ?

1 ulasan:
Assalamualaikum dan salam ukhwahfillah..

Besi adalah salah satu mineral yang terdapat di bumi kita ini. Besi biasanya terdapat dalam bentuk magnetit (Fe3O4), hematit (Fe2O3), goetit (FeO(OH)), limonit (FeO(OH).n(H2O)) atau siderit (FeCO3). Besi adalah mineral yang paling banyak digunakan di dunia ini kerana sifat dan kekuatannya sehinggakan di dalam Al-Quran juga ada disebut:

"…dan Kami turunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia…

( Surah Al-Hadiid ayat 25 )

logam besi


Namun, terdapat satu persoalan yang bermain diminda kita. Dari manakah besi ini berasal??? Mengikut kajian geologi, besi terjadi akibat magma yang berada di lapisan mantel bumi menerobos kerak bumi lalu menyejuk dan menjadi batuan besi. Tapi bila kita baca kembali Surah Al-Hadiid ayat 23 tersebut, ada ulama yang berpendapat bahawa besi sebenarnya berasal dari angkasa lepas dan "DITURUNKAN" ke dunia ini sesuai dengan surah tersebut. Mana satu yang betul?? Bagi kita sebagai umat Islam, semestinya kita lebih mempercayai Al-Quran kerana kalam yang berada di dalam Al-Quran itu adalah firman-firman dari Pencipta kita akan tetapi, perlu diingatkan juga bahawa didalam Al-Quran terdapat ayat-ayat yang menegaskan kepentingan berfikir dan menggunakan akal yang Allah kurniakan pada kita.


asal-usul besi


Baiklah, untuk menyelesaikan misteri ini, saya akan menggunakan pendekatan ilmu geologi dan ilmu Al-Quran. Mari kita mulakan dari seawal penciptaan alam semesta ini. Mengikut kajian, alam semesta kita bermula dari satu letupan besar yang dinamakan "BIG BANG". Letupan yang maha hebat itu mengakibatkan alam semesta mula berkembang dan teori ini selari dengan apa yang Al-Quran beritahu pada kita iaitu:

Dan apaka orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah "SUATU YANG PADU", kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?
Surah Al-Anbiya ayat 30

Kemudian, setelah beberapa jangka masa yang berlalu, maka bintang, planet, bulan, matahari dan segala sesuatu yang berada di alam semesta mulai tercipta. Kita juga tahu bahawa bintang-bintang dilahirkan di satu kawasan di cakerawala yang dipanggil "NEBULA". Nebula adalah kumpulan debu dan gas di angkasa dan penemuan nebula ini juga selari dengan firman Allah dalam Al-Quran:

"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu "MASIH MERUPAKAN ASAP"
Surah Al-Fushshiilat ayat 11

Di sini kita dapat membuat kesimpulan awal bahawa bahan asas pembuatan planet-planet dan bintang-bintang adalah berasal dari alam semesta. Mari kita lihat apa yang terjadi pada bumi pada ketika ini. Ketika alam cakerawala masih berkembang, di satu sudut alam semesta ini telah lahir sebuah planet yang dinamakan bumi. Proses kejadian bumi adalah sama seperti proses kejadian planet-planet lain di sistem suria kita ini. Bumi, dengan menggunakan tarikan graviti menarik jasad-jasad lain yang berdekatan dengannya, berkumpul membentuk sfera yang besar sambil berputar di atas paksinya sendiri dan pada masa ini juga bumi kita masih panas lagi untuk didiami. Berjuta tahun selepas itu, bumi mulai menyejuk dan permukaan bumi mulai mengeras dan membentuk apa yang kita kenali pada hari ini sebagai kerak bumi.



Seperti yang kita sudah sedia maklum, bumi kita ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu kerak bumi, mantel dan teras. Teras pula terbahagi kepada 2 iaitu:

Teras Luar:
* kedalaman 2900 - 5100 km
* Teras luar merupakan cecair
* Komposisi cecair besi (Fe) dan Nikel (Ni)
* suhu 4000 - 5000 darjah celcius
* ketumpatan antara 10g/cm padu dan 12.3g/cm padu

Teras Dalam:
* bersifat pepejal kerana tekanan yang amat tinggi
* kedalaman 5100 - 6738 km
* komposisi besi padat (Fe) dan Nikel (Ni) dan sedikit silika (Si)
* suhu 5000 - 6000 darjah celcius
* purata ketumpatan 15g/cm padu

Disebabkan putaran bumi, teras luar berputar disekeliling teras dalam dan mewujudkan medan magnet bumi.

Disini timbul satu persoalan, jika besi itu benar-benar diturunkan dari angkasa ke bumi maka bagaimana pula kita ingin menjelaskan kewujudan besi didalam perut bumi????? Jawapannya mungkin anda telah ketahui jika anda fahami asal mula penciptaan alam semesta ini.

Kesimpulannya adalah, apa yang dikatakan oleh Al-Quran adalah benar namun kita sebagai manusia tidak pernah lari dari kesilapan dalam penafsiran sesuatu hal. Besi sememangnya ada di alam semesta kita ini.Diturunkan ke dunia semasa penciptaan bumi untuk menjadi keperluan manusia bersama dengan mineral-mineral lain. Besi-besi ini ditarik dari angkasa lepas ke bumi menggunakan daya graviti bumi dan menghentam permukaan bumi yang masih panas. Akibat suhu bumi yang masih panas maka besi-besi tersebut mencair semula. Setelah bumi menyejuk dan kerak bumi terbentuk, sebahagian besi tersebut yang terdapat di kawasan kerak bumi mengeras dan membentuk ketulan-ketulan serta bijih-bijih besi yang kita kenali pada hari ini. ~wallahualam~


Sumber:

Al-Quran
Encyclopaedia Britannica - Universe
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bijih_besi
Nota Asas Geologi Dan Perlombongan