iklan baris

Merungkai Misteri 2 Segitiga Syaitan

5 ulasan:


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz .Diharapkan anda semua dalam keadaan sihat hendaknya.  Untuk perkongsian kali ini pastinya ramai telah mengetahui dan mengenali 2 kawasan segitiga syaitan yang saya maksudkan di sini . Perkongsian kali ini ingin membawa anda semua untuk melihat lebih mendalam kaitan dan persamaan diantara ke dua kawasan yang digelar segitiga syaitan ini .


Apakah dia 2 segitiga Syaitan ini?

2 Tempat popular itu ialah Segitiga Bermuda - Bermuda Triangle yang letaknya di antara perairan Florida, Amerika Syarikat - Puerto Rico, Mexico - dan kepulauan Bermuda (sila rujuk peta di bawah) di lautan Atlantik dan Segitiga Naga - Dragon's Triangle (atau dikenali juga sebagai Laut Syaitan) yang letaknya diperairan Jepun iaitu di kepulauan Miyake, Lautan Pasifik, 100 km dari Tokyo. Dan segitiga ini berhampiran dengan satu lagi segitiga yang hebat sepertimana Segitiga Bermuda juga iaitu Segitiga Formosa yang berada di kepulauan Formosa, Taiwan. Dan bagi saya, Segitiga Formosa dan Segitiga Naga ini adalah seperti adik-beradik kerana ia amat hampir dan kejadian-kejadian aneh pun berlaku di sana sepertimana Segitiga Bermuda. Maka saya simpulkan bahawa ianya adalah kerajaan Iblis di sebelah timur , di  samping Segitiga Bermuda yang mewakili kerajaan utama Iblis di sebelah barat.

Sepintas lalu tentang 2 Segitiga Syaitan






Seperti yang anda dapat dilihat dalam peta-peta di atas, kedua-duanya berada di garisan tengah Bumi dan satu di sebelah barat (Segitiga Bermuda) dan satu di sebelah timur (Segitiga Naga). Kedua-duanya seperti sudah dirancang dan ada maksud yang tertentu. Cuma dalam firasat saya, yang sebelah barat itu adalah kerajaan yang mengawal sebelah barat Bumi manakala yang sebelah timur itu pula mengawal sebelah timur Bumi. Begitu strategik sekali pemilihan yang dibuat oleh mereka yang terlibat itu, isy7

Kedua-dua tempat ini sangat popular dengan kehilangan kapal, pesawat dan kehilangan-kehilangan misteri lain apabila melalui kawasan tersebut. Tetapi bukan kesemua yang melaluinya akan hilang, tetapi sejarah banyak membuktikan betapa terlalu banyak yang sudah menjadi korban dan akhirnya sepi tanpa berita (missing in action) di kawasan itu.

Mengapa kapal atau pesawat boleh ghaib dengan tiba-tiba di situ?

Ini lah yang menimbulkan tanda-tanya ramai manusia dan pelbagai pendapat telah diutarakan.

- Ada yang mengatakan kerana medan magnet yang menarik ke dasar laut, kerana tempat itu berada di garisan Agonik (Agonic line), di mana utara magnetik sama dengan utara geografik.

- Ia juga merupakan tempat pertemuan arus sejuk dan arus panas, yang boleh mewujudkan medan magnet. Juga diakui adanya wap yang naik dari air kawasan tersebut.

- Ada yang mengatakan kapal-kapal tenggelam kerana adanya gas methana dan terjadinya proses Methane hydrate yang mengurangkan ketumpatan air.
- Adanya satu kawasan yang diberi nama 'Blue Hole', tetapi ia masih diragui kerana Blue Hole tidak mampu untuk menyedut kapal-kapal besar.

- Terjadinya ribut dan ombak laut yang amat besar menenggelamkan kapal-kapal yang melaluinya.
- Ada pula pendapat mengatakan mereka diculik oleh makhluk asing yang tinggal di situ.

- Dan tidak kurang yang mengatakan mereka diculik oleh kerajaan jin dan iblis.

Maka teori sekadar tinggal teori. Tetapi pendapat yang terakhir itu ada banyak relevannya dari segi kerohanian kerana ada banyak sebab. Antaranya;

- Iblis dan jin telah banyak yang lari ke kawasan lautan dan dasar laut.

- Syaitan amat suka bermain-main di tempat antara cerah dan gelap, sejuk dan panas.

- Dajjal telah bersepakat dengan kerajaan Iblis, dan mereka mahu meniru dan melawan istana Nabi Sulaiman dahulu, lalu mereka bina singgahsana kristal di tengah lautan.

Maka timbul pula soalan, mengapa mereka mahu menculik manusia? Maka di situ tidak pastilah apa tujuan mereka. tetapi andaian-andaian boleh dibuat kerana mungkin mereka perlukan tenaga manusia untuk bekerja  dengan mereka, mungkin mereka mahu mengkaji tentang tubuh badan manusia, mungkin mereka mahu mengawal manusia yang mereka culik itu dan menjadikannya spy bagi mereka dan macam-macam andaian lagi boleh dibuat kerana penculikan itu ada logiknya berdasarkan kepada banyak faktor.

Dan begitu juga dengan teori-teori yang berkaitan dengan sains tadi, semuanya ada logiknya. Cuma yang mana paling tepat masih menjadi misteri. Bukan sekadar misteri nusantara, tetapi Misteri Antarabangsa! Dan mungkin ia juga ada kaitan dengan misteri tenggelamnya benua Atlantis suatu masa dahulu.

Semua tempat yg merupakan pertemuan dua laut, yakni pertemuan antara aliran air panas dan sejuk, adalah kawasan yang dipilih oleh Iblis dan pembantu2nya sebagai pusat pemerintahan kerajaan dan negaranya. Seperti yg dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. ketika beliau melarang seseorang untuk duduk di antara tempat yang panas dan yang teduh. Beliau mengatakan, "Itu adalah tempat duduk syaitan".

Kerajaan-kerajaan jin di atas air

Kita tinggal di atas Bumi yang merupakan 71% adalah permukaan air manakala hanya 28% daratan. Secara terangnya kita hanya menghuni hanya 1/3 dari kawasan Bumi (walaupun kita tidak menghuni secara padat). Iblis dan jin pula telah Allah ciptakan beribu-ribu tahun terlebih dahulu dari Allah mencipta Nabi Adam a.s sebagai khalifah di muka bumi ini. Menunjukkan betapa mereka sudah tersangat maju dalam sains dan teknologi sehinggakan tempat tinggal mereka berada di mana-mana termasuk di atas air.

Maka tidak hairanlah apabila kita melihat sekarang ada manusia pun yang dapat berjalan atas air, walaupun dia bukannya seorang Islam yang warak. Tidak lain dan tidak bukan semua itu adalah dengan bantuan para jin.

Apa kesukaan jin dan kesukaan manusia?

Dan makhluk-makhluk halus yang terdiri dari unsur-unsur api, zarah-zarah mereka terdiri dari caj-caj elektrik, amat suka kepada tempat pertemuan antara panas dan sejuk. Maka Segitiga Bermuda dan Segitiga Formosa   adalah antara tempat pertemuan arus panas dan sejuk yang terbaik di dunia kerana ia terletak strategik di tengah garisan khatulistiwa Bumi. Dan tidak lupa jin-jin juga suka makan asap, kerana asap juga berasal dari unsur api. Seperti mana kita manusia yang sukakan minuman segar, makanan yang hangat, buah-buahan segar dan menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur iaitu air, api, tanah dan angin. Air pasangannya api manakala tanah pasangannya angin.

Kesimpulan

Misteri 2 segitiga syaitan ini menghubung-kaitkan pula kepada beberapa misteri segitiga lain termasuklah

- piramid yang berbentuk segitiga,

- lambang syaitan dan kerajaan Israel yang berbentuk dua segitiga tonggang-terbalik dan gabungan segitiga-segitiga,

- konsep Trinity (3 dalam 1) di dalam agama kristian ,

- lambang-lambang segitiga yang banyak terdapat di serata dunia ,

- segitiga-segitiga emas (kawasan dadah),

- misteri UFO dan sebagainya.

Dan hendaklah kita ingat, bukan hanya manusia yang mempunyai kerajaan di dunia ini, tetapi ada lagi makhluk lain yang berkerajaan termasuklah kerajaan jin dan iblis laknatullah. InsyaAllah, bicara tentang pengetahuan bersangkutan hal ini akan disinambungkan dari semasa ke semasa. Segala komen adalah dialu-alukan untuk mengutarakan pendapat-pendapat anda. Wallahu a'lam

Rujukan :

1 -  buku "Dialog dengan jin muslim" - Muhammad Isa Dawud.
2 - Wikipedia

rujukan website : halaqah.net , ummawasatan .


p/s : anda boleh membaca mengenai entri yang telah sy publish tahun lepas mengenai Segitiga Bermuda 2 bahagian details di blog ini .


Kawah Gunung Berapi Purba di Hawaii

1 ulasan:

Salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Entri kali ini santai sahaja ingin berkongsikan gambar panorama  alam yang sangat memukau mata  memandang . Kawah gunung berapi purba yang cantik dan indah ini dipanggil  Diamond Head Crater yang terletak di Pulau Oahu, Honolulu, Hawaii.









 

p/s : memang menakjubkan pemandangan dari ruang udara bekas kawah gunung berapi  ini . begitulah keajaiban alam ciptaan Allah s.w.t

sumber gambar : flickr.com

Sebab dan Hikmah Disebalik Pengharaman Babi

9 ulasan:

Babi atau khinzir adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia. Ia juga dikenali sebagai khinzir (perkataan Arab). Selain itu, babi adalah salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan lebih mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.

Dalam al-Quran dinyatakan bahawa babi adalah najis yang haram jika disentuh dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Babi juga turut diharamkan dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent di kalangan penganut Kristian. Kajian tentang DNA babi mendapati bahawa struktur genetik babi adalah terhampir dengan struktur genetik manusia berbanding haiwan-haiwan lain.

PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI DAGING BABI

Dr Murad Hoffman, Daniel S.Shapiro, MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, dan juga merupakan penolong Profesor di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, Amerika Syarikat menyatakan terdapat lebih dari 25 penyakit yang boleh berpunca dari babi. Di antaranya:

*Anthrax *Ascaris suum *Botulism *Brucella suis *Cryptosporidiosis *Entamoeba polecki *Erysipelothrix shusiopathiae *Flavobacterium group IIb-like bacteria *Influenza *Leptospirosis *Pasteurella aerogenes *Pasteurella multocida *Pigbel *Rabies *Salmonella cholerae-suis *Salmonellosis *Sarcosporidiosis *Scabies *Streptococcus dysgalactiae (group L) *Streptococcus milleri *Streptococcus suis type 2 (group R) *Swine vesicular disease *Taenia solium *Trichinella spiralis *Yersinia enterocolitica *Yersinia pseudotuberculosis. (http://id.wikipedia.org/wiki/Babi)

MENGAPA BABI HARAM?

Islam melarang segala jenis darah. Analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan asid urik yang tinggi, suatu adunan kimia yang berbahaya bagi kesihatan manusia yang bersifat racun. Dengan kata lain, asid urik adalah sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia, senyawaan ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari asid urik dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.

Islam mempunyai peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu dengan menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan membuat hirisan untuk memotong urat nadi leher haiwan, tanpa menjejaskan urat-urat dan organ-organ yang lain. Dengan cara ini, kematian haiwan adalah disebabkan kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana kecederaan pada organ asasnya. Jika organ-organ misalnya jantung, hati atau otak dirosakkan, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh asid urik, sehingga menjadikannya beracun. Kini, para ahli makanan telah mula menyedari akan perkara ini, Subhanallah.

Apakah kita tahu bahawa babi tidak dapat disembelih di leher? Ini kerana babi tidak memiliki leher. Bagi orang Islam beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Allah SWT akan menciptakan haiwan ini dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa babi adalah perumah (host) kepada berbagai macam parasit dan penyakit berbahaya. Sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan asid uriknya, sedangkan 98% bakinya kekal tersimpan dalam tubuhnya.

Allah SWT dengan jelas telah MENGHARAMKAN babi di dalam ayat-ayat berikut:
a. Al-Baqarah 173
b. Al-Ma’idah 3
c. Al-An’am 145
d. An-Nahl 115




KEBURUKAN DAGING BABI



Babi adalah binatang yang paling hodoh dan kotor. Ia suka memakan bangkai, kotorannya sendiri serta kotoran manusia. Ia sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering. Babi adalah haiwan yang pemalas dan tidak suka bekerja, tidak tahan terhadap panas terik matahari, tetapi makan dengan rakus (lebih suka makan dan tidur), bahkan yang paling rakus di antara spesies haiwan-haiwan jinak. Jika bertambah umurnya, ia menjadi semakin malas & lemah. Suka dengan sejenis dan tidak cemburu. (Petikan dari ‘Adaptive Physiology on Mammals and Birds’).

Pengguna daging babi sering mengeluh tentang bau busuk pada daging babi (menurut penelitian ilmiah, hal tersebut disebabkan kerana pundi najis babi sering bocor, sehingga tahi babi merebak ke daging). Babi juga memiliki lemak punggung yang sangat tebal. Pemakan babi sering memilih daging babi yang nipis lemak punggungnya, kerana semakin tipis lemak punggungnya, kualitinya dianggap lebih baik.

Babi adalah sejenis haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak dapat ditandingi haiwan2 lain. Ia makan semua makanan yang ada di hadapannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan semula isi perutnya dan memakannya semula, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahnya. Ia memakan semua yang mampu dimakan di hadapannya. termasuklah najis manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.

Kadangkala ia kencing pada najisnya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah satu-satunya haiwan mamalia yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah yang besar. Dalam waktu yang lama jika dibiarkan kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang hanyir.

Penelitian ilmiah moden di dua negara Timur & Barat, iaitu China dan Sweden menyatakan bahawa daging babi merupakan penyebab utama kanser anus & kolon. Peratus penderita penyakit ini di negara-negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti China dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000. Hasil kajian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo, Brazil.

Babi banyak mengandungi parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai reservoir (takungan) penyakit. Antara virus berbahaya berpunca dari babi adalah H1N1. Virus normal Al (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung kepada manusia. Virus Al mati dengan pemanasan 60C lebih-lebih lagi apabila dimasak sehingga mendidih. Apabila melibatkan babi, virus AI dapat melakukan mutasi & boleh berkembang sehingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini telah menyerang Hong Kong pada tahun 1968 dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong).

Meskipun empuk dan kelihatan begitu enak dan lazat, daging babi adalah daging yang sangat susah untuk dihadamkan kerana ia mengandungi banyak lemak. Dagingnya ibaratnya racun, begitu juga kolesterol!

Pada tahun 2001, para doktor Amerika Syarikat berjaya mengeluarkan cacing yang berkembang di otak seorang wanita, setelah beberapa waktu mengalami gangguan kesihatan yang ia rasakan setelah memakan hamburger (ham = babi). Wanita tersebut menegaskan bahawa dia merasa penat-penat (letih) selama 3 tahun setelah makan daging babi.




PENGHARAMAN BABI



Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, mahupun bahagian-bahagian yang lain. Ini dinyatakan dengan jelas melalui firman Allah SWT dalam ayat-ayat di atas.

Al-Quran menggunakan kata ‘lahma’ (daging) kerana sebahagian besar pengambilan manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat lemak. Al-Quran menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya dagingnya, tetapi keseluruhan tubuh babi.

Hikmah diharamkannya daging babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh para ahli perubatan moden. Mereka mengatakan bahawa cacing tersebut mudah dihilangkan, bahkan dengan teknik masakan yang paling sederhana. Pandangan ini sungguh luarbiasa kerana babi itu sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya. Allah SWT telah mengharamkan babi sejak masa silam untuk waktu yang lama agar manusia mengetahui.

Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni cacing pita, namun demikian jauh sebelum itu Allah SWT telah mengharamkannya. Mungkin sekarang orang menganggap bahawa peralatan masak moden telah mengalami kemajuan, sehingga ada yang menerima kalau daging babi tidak lagi membahayakan dan bukan merupakan sumber ancaman bagi manusia. Dengan teknologi pengolahan makanan dan teknik pemanasan yang canggih, bahaya itu sudah boleh dihilangkan.

Mereka lupa bahawa untuk mengatasi bahaya cacing pita saja telah memakan waktu berabad-abad. Itu hanya untuk mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang dapat menjamin bahawa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang terkandung di dalam daging babi. Apakah tidak selayaknya syari’at yang jauh lebih mendahului kemajuan pengetahuan manusia puluhan abad yang lalu kita percayai sepenuhnya? Semua keputusan diserahkan pada syari’at. Kita menghalalkan apa yang dibolehkan dan menghindari apa yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui segala makhluk-Nya.

Munculnya penyakit Japaneese Encephalitis (JE) di Malaysia suatu ketika dulu, telah kembali membuka mata. Satu lagi bencana mengancam manusia timbul dan bersumber dari babi. Rupanya Allah masih sayang pada manusia, sehingga sekali lagi manusia diingatkan agar menjauhi haiwan haram itu. Sudah banyak sekali bukti-bukti yang menunjukkan keburukan babi. Namun setakat ini manusia tetap nekad memakannya.

BABI DALAM DUNIA PERUBATAN MODEN

Bagi pengguna Muslim, babi adalah antara bahan yang diharamkan untuk diproses dan dimanfaatkan. Namun, babi sering dijadikan sebagai model penelitian yang berkaitan dengan manusia, kerana kemiripan sistem penting dalam tubuhnya. Penggunaan bahagian-bahagian babi dalam industri farmaseutikal ternyata cukup besar. Beberapa bahagian dari babi yang pernah dan atau masih menyumbangkan peranannya dalam industri farmaseutikal adalah sebagai berikut :

Kelenjar adrenalin babi
Kelenjar ini terdapat pada ginjal. Kelenjar ini dapat menghasilkan hormon yang disebut sebagai steroid dan epinephrine. Hormon hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal babi pernah merupakan sumber penting yang digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tubuh.

Kelenjar pankreas babi
Salah satu hormon yang dihasilkan oleh pancreas babi adalah insulin. Insulin digunakan ke atas pesakit-pesakit diabetes (kencing manis). Insulin berfungsi untuk mengatur metabolisme gula dalam tubuh. Salah satu sumber insulin yang sudah tidak asing lagi digunakan dalam dunia perubatan adalah insulin babi. Sebanyak 60 ribu ekor babi diperlukan untuk menghasilkan 1 paun insulin dari yang mampu merawat pengidap diabetes seramai 750-1000 orang selama setahun, jumlah yang cukup besar. Ketika ini ada alternatif lain pengganti insulin seperti humulin yang walaupun lebih mahal sedikit, ternyata mendapat permintaan yang tinggi dari pesakit-pesakit Muslim untuk mengganti hormon insulin babi.

Lambung babi
Lapisan dalam lambung mengandung protein dan enzim. Bahagian ini secara komersial digunakan untuk membuat sejenis bahan untuk membantu pencernaan (digestive aids).

Usus halus babi
Heparin adalah bahan yang ditemui secara eksklusif pada dinding dalam usus halus babi. Heparin diklasifikasikan sebagai salah satu produk farmaseutikal yang penting.

Jantung babi
Jantung babi digunakan untuk mengganti beberapa bahagian jantung manusia yang sudah tidak berfungsi lagi. Bahagian jantung babi yang digunakan pada manusia, ternyata sangat sesuai pada tubuh manusia. Hal ini menunjukkan bahawa banyak kemiripan pada sistem penting antara manusia dan babi.




MENGAPA BABI HARAM UNTUK UMAT ISLAM?



Ada seorang ilmuwan bertanya kepada seorang Ulama mengenai babi:
Ilmuwan : Haramnya haiwan babi bagi umat Muslim adalah disebabkan kerana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedoktoran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan menjadi halal?

Ulama : Haramnya babi bukan kerana sebab itu saja. Tetapi ada sifat babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam.

Ilmuwan : Apakah itu?

Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang diisi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi diisi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menekanya?

Ilmuwan : Tidak boleh!!!!

Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama di mana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina, 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk merebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah SWT.

Ilmuwan : Pada kandang babi?

Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor babi betina, tetapi 2 ekor babi jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikut-ikutan memakan babi, maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini.

MENINGGALKAN LARANGAN TUHAN

Perbezaan antara seorang mukmin dengan kafir dalam amal perbuatannya terutama didasarkan dari niatnya. Seorang yang beriman ketika mengerjakan sesuatu atau meninggalkannya, selalu mendasarkan tindakannya itu atas perintah dan larangan dari Allah SWT. Sebaliknya seorang kafir tidak pernah menjadikan perintah dan larangan Allah SWT sebagai landasan amalnya.

Misalnya, ketika seorang muslim melakukan solat dan ditanyakan kepadanya, mengapa dia solat? Maka jawapannya adalah bahawa kerana Allah SWT telah memerintahkannya untuk solat. Tentang solat itu ada manfaatnya buat kesihatan atau ketenangan jiwa dan sebagainya, tidaklah menjadi landasan dasar atas solatnya. Dan di situlah niat yang sesungguhnya.

Demikian juga ketika seorang mukmin meninggalkan arak, zina, judi dan makan babi, niatnya semata-mata kerana dia tunduk, taat dan patuh kepada larangan dari Allah SWT. Bukan sekadar mengejar hikmah dan tujuan yang bersifat duniawi. Tidak meminum arak bukan kerana sekadar memabukkan, tetapi semata-mata kerana mematuhi larangan Allah SWT. Menghindari zina bukan kerana takut terkena HIV, tetapi kerana ada larangan dari Allah SWT. Demikian juga, tidak memakan babi bukan kerana takut pada cacing pita, tetapi kerana Allah SWT sudah mengharamkannya.

Sebenarnya masih banyak lagi rahsia dan hikmah di balik larangan memakan babi. Namun semua itu sekadar menambahkan lagi keyakinan yang sudah ada di dalam diri kita. Ianya bukan sebagai landasan utama. Yang penting, kita meninggalkan tegahan Allah SWT untuk mencapai keredhaanNya.


sumber  : halaqah.net, pemudaahlisunnah

Saidina Hussien R.A : Cucu Rasullullah S.A.W yang Syahid di Medan Karbala

6 ulasan:


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog redzuan-ridz. Untuk perkongsian kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai subjek tokoh , Tokoh kali ini  yang akan saya kongsikan pasti anda semua mengenali namanya . Beliau merupakan cucunda kesayangan junjungan mulia Rasullullah s.a.w iaitu Saidina Hussien R.A . Namun saya pasti ramai tidak mengetahui riwayat hidup Saidina Hussien sangat memilukan terutama ketika saat akhir kehidupan beliau . tragedi pembunuhan yang berlaku keatas saidina Hussien dalam peristiwa Karbala merupakan satu peristiwa yang terkejam pernah terjadi dalam lipatan sejarah islam.


Sayidina Ali berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mencintai kedua orang ini,yakni Hassan, Hussin dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat.(Hadis riwayat  Ahmad dan At-Tarmizi )







Sayidina Hussien dilahirkan di kota Madinah pada 5 haribulan Syaaban, tahun 4 Hijrah. Perbezaan umur di antara Sayidina Hussin dan abangnya Sayidina Hassan adalah setahun sepuluh bulan. Lahirnya Sayidina Hussien turut menambahkan kegembiraan Rasulullah SAW. Baginda yang memberi nama “Hussien” itu yang bermaksud, “Si Kecil cantik”.


Sewaktu menyambut kelahiran cucu Ielakinya yang kedua itu, Rasulullah SAW begitu ceria. Sewaktu memangku cucunya itu, tiba-tiba wajah baginda berubah. Orang-orang yang berada di keliling baginda merasa hairan mengapa wajah baginda tiba-tiba berubah sedih. Rupanya Rasulullah SAW sudah tahu bahawa akhir hidup Sayidina Hussin amatlah menyedihkan di mana beliau akan dibunuh dengan kejam.


Sebagai cucu yang selalu dipanggil sebagai puteranya, Rasulullah SAW sangat sayang sekali dengan Sayidina Hussin. Pada suatu hari, ketika masih kecil, Sayidina Hussin kelihatan bertengkar dengan abangnya Sayidina Hassan di hadapan baginda dan ibu mereka, Siti Fatimah. Perkara seperti itu biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Rasulullah SAW segera menegur Hassan.


Siti Fatimah merasa kurang senang melihat sikap Rasulullah SAW menegur seorang sahaja dari kedua cucunya itu. Maka Siti Fatimah berkata: “Wahai ayah, kenapa menegur Hassan sahaja?”
“Kerana Jibrail sudah menegur Hussin,” jawab baginda.


Tatkala kecilnya Sayidina Hussin selalu berada di sisi datuknya sewaktu baginda sedang mengajar para Sahabat. Maka dia mendapat pelbagai ilmu dan contoh teladan dari datuknya itu secara langsung. Sebagaimana abangnya, Sayidina Hussin juga seorang yang cerdik. Dia telah dapat menghafal Hadis-hadis Rasulullah semenjak kecilnya lagi.


Sayidina Hussin memang ditakdirkan Allah untuk menjadi seorang yang agung di kalangan umat Islam. Semenjak kecil, beliau menunjukkan contoh-contoh akhlak yang terpuji sebagai mewarisi sifat-sifat ayah dan datuknya. Semenjak kecil juga, beliau telah menunjukkan sifat berani sebagaimana ayahnya juga.


Setelah kewafatan Rasulullah, yakni waktu Sayidina Umar Al Khattab menjadi khalifah, ketika beliau sedang memberi khutbah di mimbar, Sayidina Hussin yang masih kanak-kanak telah berkata kepada Sayidina Umar dengan beraninya: “Turun engkau dari mimbar ayahku (Rasulullah SAW) dan pergilah berkhutbah di atas mimbar ayahmu.”
Sayidina Umar yang suka merendah diri menjawab dengan lembut kepada cucu kesayangan Rasulullah itu: “Ayahku tidak mempunyai mimbar seperti ayahmu.”


Sayidina Umar turun dari mimbar dan mengangkat Sayidina Hussin untuk duduk di sebelahnya sebelum menyambung khutbahnya. Demikian beraninya Sayidina Hussin waktu kecilnya.Dalam hal keberanian, Sayidina Hussin melebihi Sayidina Hassan, abangnya. Demikianlah yang telah diwariskan Rasulullah SAW untuknya. Beliau banyak menyertai peperangan bersama umat Islam.


Sewaktu kewafatan Khalifah Sayidina Ali, Sayidina Hassan telah dilantik menjadi khalifah. Demi menjaga perpaduan umat Islam, akhirnya Sayidina Hassan menyerahkan jawatan itu kepada Sayidina Muawiyah. Sayidina Hussin tidak bersetuju dengan tindakan abangnya itu. Namun kerana menghormati abangnya, maka Sayidina Hussin akur. Sebelum Muawiyah meninggal, beliau telah berwasiat agar anaknya Yazid menggantikan tempatnya setelah dia tiada. Waktu itu Yazid memaksa semua para Sahabat membuat pengakuan taat setia kepadanya. Ketika itu Sayidina Hussin telah berangkat meninggalkan Kufah, menuju ke Madinah. Sebenarnya ramai yang tidak bersetuju dengan perlantikan Yazid itu. Penyokong- penyokong Sayidina Hussin mengutus surat kepadanya agar dia kembali ke Kufah untuk dilantik menjadi khalifah. Penduduk Kufah enggan menerima Yazid sebagai khalifah.


Sebelum kembali ke Kufah, Sayidina Hussin telah menghantar utusannya untuk menyiasat apakah benar isi kandungan surat itu. Setelah ternyata ia benar maka Sayidina Hussin bersiap- siap untuk membawa kaum keluarganya kembali ke Kufah. Sayidina Hussin yang sangat baik, tidak sedikit pun menaruh syak wasangka bahawa suatu yang buruk akan menimpa dirinya dan ahlul bait yang lain.


Para Sahabat Rasulullah yang masih hidup ketika itu menasihatkan Sayidina Hussin agar jangan kembali ke Kufah kerana keadaan ketika itu sangat bahaya. Kerabatnya yang terdekat iaitu Abdullah bin Abbas telah bersungguh-sungguh cuba menghalang Sayidina Hussin namun Sayidina Hussin tetap dengan pendiriannya. Kemudian Abdullah menasihatkannya pula agar jangan membawa ahli-ahli keluarga kerana bimbang jika apa yang menimpa Khalifah Usman bin Affan juga akan menimpa Sayidina Hussin.


Sewaktu Khalifah Uthman dibunuh oleh pemberontak, peristiwa itu disaksikan oleh ahli keluarganya sendiri. Abdullah bimbang jika keluarga dari keturunan Rasulullah SAW akan dibunuh kesemuanya. Sayidina Hussin tetap mahu membawa keluarganya bersama. Maka akhirnya rombongan Sayidina Hussin yang terdiri dari 72 orang pun berangkat ke Kufah. Kebanyakan anggota rombongan adalah wanita dan kanak-kanak termasuk anak Sayidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin yang sedang meningkat remaja.


Ada pihak memberitahu Yazid bahawa Sayidina Hussin hendak merampas kuasa. Maka Yazid telah menghantar tenteranya untuk menghalang Sayidina Hussin dari dibaiat oleh penduduk Kufah. Ada riwayat yang menyatakan bahawa Yazid cuma mengarahkan tenteranya untuk menyiasat, bukan untuk membunuh Sayidina Hussin dan keluarganya. Namun, apa yang berlaku seterusnya sungguh sangat menyayat hati. Rombongan Sayidina Hussin yang seramai 72 orang itu terpaksa berdepan dengan tentera Yazid seramai 4000 orang! Teijadilah peristiwa berdarah di Karbala. Pembunuhan kejam terhadap kaum keluarga Rasulullah SAW di Karbala itu berlaku pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah. Pertempuran itu menyebabkan hampir seluruh anggota rombongan Sayidina Hussin dibunuh.


Pertempuran itu berlaku dari waktu Subuh hingga ke waktu Asar. Sungguhpun rombongan Sayidina Hussin kecil jumlahnya namun mereka bermati-matian mempertahankan diri. Dalam perang itu, Sayidina Hussin menunjukkan keberanian luar biasa. Walaupun dalam keadaan sulit dan bahaya, beliau sempat mengerjakan solat Zuhur dan Asar. Apabila hampir rembang, tinggal beberapa orang sahaja dari kalangan keluarga Sayidina Hussin sedangkan pihak musuh telah kehilangan hampir 1000 orang tenteranya.


Pertempuran yang berlangsung begitu lama menunjukkan betapa hebatnya Sayidina Hussin dan anak-anak buahnya menentang musuh. Akhirnya Sayidina Hussin menemui ajalnya apabila sebatang anak panah tiba-tiba mengenai tubuhnya, tepat di bahagian jantungnya. Dalam keadaan berlumuran darah dan amat letih setelah sehari suntuk berperang, Sayidina Hussin menghembuskan nafasnya yang terakhir di padang Karbala itu.
Kata-kata terakhir yang diucapkannya: “Oh Tuhan, mereka telah membunuh putera Nabi-Mu sedangkan di dunia ini tiada lagi putera Nabi selain aku.


Dalam perang itu, mereka yang terselamat adalah wanita dan kanak-kanak termasuklah adik Sayidina Hussin, iaitu Zainab Al Kubra dan anak Sayidina Hussin iaitu Ali Zainal Abidin. Ali Zainal Abidinlah yang menjadi penyambung keturunan Rasulullah. Dia juga nyaris dibunuh tetapi Tuhan mengkehendaki agar bersambungnya keturunan Rasulullah maka dia terselamat. Kepala Sayidina Hussin telah dipotong dan dihantar kepada Yazid. Mengikut sejarah, Yazid menangis apabila melihat kepala cucu Rasulullah itu. Beliau mengarahkan agar kepala itu dihantar ke Madinah berserta keluarga dan anaknya dengan upacara kehormatan dan kemuliaan. Tubuh Sayidina Hussin dikuburkan di Karbala, sedangkan kepalanya ditanam di Madinah, bersebelahan dengan makam ayah dan ibunya.


Demikianlah perginya cucu kesayangan Rasulullah SAW itu. Dia menjadi korban keganasan fitnah oleh golongan yang cinta dunia. Menurut suatu keterangan sejarah, tiada seorang pun dari mereka yang terlibat dalam pembunuhan Sayidina Hussin dan ahlul bait di Karbala itu selamat. Allah telah menyegerakan hukuman untuk mereka di dunia lagi. Ada yang mati dibunuh, ada yang jadi buta, ada yang mukanya jadi hitam dan macam-macam lagi. Bahkan ada yang kehilangan kuasanya dalam waktu yang singkat. Mereka berniat untuk membunuh keturunan Rasulullah SAW tetapi Allah menyelamatkan Ali Zainal Abidin, anak lelaki tunggal Sayidina Hussin sebagai penyambung zuriat baginda. Dari Ali Zainal Abidin, lahir ramai keturunan yang mulia dan suci ini.


sumber rujukan di ambil dr tiga rujukan , :
pemuda ahli sunnah , tanya-ustaz dan halaqah. net

p/s :  al-fatihah buat cucu rasullullah s.a.w Saidina Hussien R.A .. 

Nantikan sambungan Part II mengenai kisah Saidina Hussien .