( PAKEJ SUPER ADS ) KLIK SINI UNTUK BERIKLAN

Valentine's Day: Catatan Kisah Sebenar Disebaliknya


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pemabca blog redzuan-ridz , mudah-mudahan semua berada dalam keaadan sihat hendaknya dan dilimpahi rahmat Allah swt . Kalau dilihat tajuk entri kali ni pasti ada diantara kita tertanya-tanya kan apa sebenarnya  sejarah disebalik sambutan Valentine' Day ni ? entri kali ni mungkin sedikit panjang hopefully anda akan meneruskan pembacaan sehingga habis sebagai 1 perkongsian  wajib yang  perlu kita semua tahu terutama kita sebagai seorang islam.


Well,bila tiba bulan  Februari most of us dah mengetahui bulan ini dianggap sebagai bulan istimewa untuk pasangan kekasih . 14 februari  hari yang dianggap tarikh keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang hangat berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih selalulunya kerap draikan para remaja dan pasangan2 yang sedang hangat bercinta bagi menzahirkan rasa ketulusan cinta mereka kpd pasangan .

Namun tahukah anda semua bahawa meraikan sambutan Valentine Day's ini hukumnya adalah Haram dalam Islam!!!!


pada tarikh 14 Februari inilah kadar maksiat berleluasa, pada tarikh ini jugalah ramai pasangan melepaskan kerinduan mereka dengan berdua-duaan , becengkerama ditempat2 sunyi  dan kerana atas nama cinta dan sayang segelintir mereka tergamak  menyerahkan maruah dan mahkota mereka  kepada kekasih hati sebagai lambang cinta. sangat menydihkan sehingga agama telah diketepikan dan nafsu menjadi petunjuk .


Dan untuk pengetahuan anda semua Hari Valentine  sebenarnya  merupakan sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan  Kristian bagi memperingati perjuangan St.Valentine.  Namun persoalannya Mengapakah tarikh ini sering dinantikan oleh para pasangan yang sedang hangat bercinta, dan kenapa arus media  perdana kita berlumba2 memaparkan slot2 filem dan drama bertemakan kasih sayang ? seolah-olah merestui sambutan ini?





dibawah ini saya sertakan video yang jelas telah terfatwa bahawa sambutan Hari Velntine's Day ini haram diraikan.



Jika line internet anda slow untuk melihat video diatas, Dibawah ini   3 versi catatan  yang sering dikaitkan permulaan bila  sambutan Valentine's Day diraikan :


Pendapat pertama 

-mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.



Pendapat kedua 

mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini dan terdapat rekod2 lama yang mengesahkan kesahihan cerita ini.



Versi pertama. 

Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.



Versi kedua. 
Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.



Pendapat ketiga 

-Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan tarikh tersebut diraikan sebagai hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

dan sebagai  tanggungjawab sosial,  aku menyeru bagi mereka yang beragama islam yang terbaca entri ini, yang berniat atau berhasrat untuk meraikan sambutan ini, tolonglah batalkan hasrat anda itu.banyak lagi tarikh lain untuk anda luangkan masa anda bersama orang yang tersayang. dan pendapat peribadi aku ini adalah 1 daripada propaganda agen2 laknatullah yang sentiasa cuba memesongkan akidah kita sebagai umat islam . menggunakan pelbagai medium . dan janganlah kita mudah dan sewenangnya menggadaikan akidah kita kerana sesuatu sambutan yang sebenarnya jelas bertentangan dalam islam .
sumber: majalah al islam, halaqah.net


p/s : sebarkanlah dan kongsikan entri dengan klik button share untuk renungan dan pedoman kita bersama dan agar saudara seislam kita mengetahui dengan sejelasnya peristiwa sebenar disebalik Hari Valentine yang mereka raikan itu.
,
(PAKEJ STYLEZ ADS)klik sini untuk beriklan

34 ulasan:

  1. saya xmo sambut sebb x beri apa2 kelebihan pon...

    BalasPadam
  2. Valentines day ni bukan budaya kita..
    ini adalah salah satu taktik yahudi mahupun barat untuk menjatuhkan islam secara halus & ianya ternyata berkesan dan telah terbuktipun..

    BalasPadam
  3. sye tk pernah sambut pn Ridz..alhamdulillah...:)

    BalasPadam
  4. Hari Kekasih...huh...

    Harus di bendung sepenuhnya...

    kalau x rosak la masa depan anak2 kita nanti...

    BalasPadam
  5. Masuk bulan februari mmg glemer post pasal valentine's day..
    Hahaha..

    Latest entry : 6 Masalah Cinta Terhangat

    BalasPadam
  6. bagi saya..hari2 merupakan hari kekasih..
    sebab saya selalu menghargai pasangan saya :)
    knapa perlu tunggu hari2 tertentu je nk tunjukkan kasih sayang tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pendapat kita serupa sekali:)

      Padam
  7. @lurim seju dengan anda mirul, ni semu propaganda yahudi je untuk merosakkan akidah remaja islam kita khususnya

    BalasPadam
  8. valentine??
    aku tak penah celeb!
    aku tau date nih pon since masuk matrik! hahaha.

    kuno kan? tapi seryes what so special?
    nak tunjuk syg, tunjuk je la.
    bila2 pon bolehh. hee

    BalasPadam
  9. erkkk.. byk nye fakta ttg valentine kan..
    say ni to valentine day.. trima kasih redz da bg ilmu2 niey.. tinggi ilmu niey.. ad yang CL tak paham .. huhu :)

    BalasPadam
  10. kesimpulannya , Valentine Days bukanlah untuk kita yang beragama Islam . Orang tak malu je akan sambut perayaan2 pelik macam ni .

    BalasPadam
  11. Kite sebagai islam dewasa boleh faham perkara ni dan kekang hari yang haram ni dari di sambut. Tapi mcm mane la anak-anak muda yg masih bersekolah. Mcm aku, dari kecik dah terjebak dgn sekolah yang menggalakkan penjualan coklat pada 14 Feb setiap tahun. Bertukar-tukar coklat kepada sahabat dan orang yang di minati waktu sekolah. Adeh.. Harap pihak sekolah fikirkan semula tindakan ni.

    (^_____^)

    BalasPadam
  12. betul2,
    kununnye islam agama zalim,
    pastu mereka sambut hari berkasih syg waktu islam jatuh,
    kirenya sesiapa yg sambut neh same2 mnyambut hari kjatuhan agama sendiri,
    nau'zubillah~

    BalasPadam
  13. nice sharing bro! tiap2 tahun, tiap2 bulan feb topik ni mesti femes..bagus utk jadi peringatan buat kite yang terlupa ni.. ;)

    BalasPadam
  14. nice bro..aku dr kecik sampai ke besar mmg x sambut velentine ni..ni hari kebesaran org kristian ni

    BalasPadam
  15. aku anti valentine day's walaupown aku nie xdew la alim sangt. . .x pernah sambut valentine day's

    BalasPadam
  16. ramai org tau celebrate valentine ni dosa, tp tetap sambut celebrate jugak...kononnya celebrate cara kita,bukan cara omputeh..nyampah je bila dengar org ckp camtu

    BalasPadam
  17. @NISA KHAIRI itula kak, msykt melayu kita terutama remaja ni spt da dibrainwash otak mereka, media pun 1 hal jgak .. pelik tp sambutan [erayaan islam besar lain mcm israk mikraj, nuzul al-quean, maulidur rasul, xnk plak remaja ni smbut.

    BalasPadam
  18. dulu-dulu tak tau cite semua ni . tapi sekarang tau dah . thanx !

    BalasPadam
  19. betol2....urmm...ta bek tau sambut....(n_n)

    BalasPadam
  20. say no 2 valentine....
    sy pn xpena smbt...hehe

    BalasPadam
  21. walaupun dh bace byk kali tp bgs sebagai peringatan..
    manusia kn bersifat lupe..
    =D

    BalasPadam
  22. Tak der manfaat pun sambut Valentine Day nih..banyak buruk dari baiknyer..HARAMkan jer..

    BalasPadam
  23. Video dah di remove laa... please correct the erro.

    BalasPadam
  24. tidak salah menyambunt hari valentine...tapi yang membuat kan nya salah ada lah orang yang menyambut nya dengan tujuan lain..tak boleh salah kan agama kristian.!.kita kena hormat la agama lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adalah salah bagi orang islam untuk menyambut perayaan yang mempunyai unsur ugama kristian seperti hari valentine.Tp orang kristian tidak blh dihalang utkmenyambutnya selagi tidak melibatkan orang islam.

      Padam
  25. betoi2.. kita msti lar sma2 hormat agama 1 sma lain.. bkn kh dlm agama kita dah mengajar supaya kita mengasihi satu sama lain.. fikirkan.. xda guna beibadat setiap masa jika perangai penuh dengan sifat duniawi.. kita mesti mengandalkan Tuhan kita.. ada amen saudara.. Tuhan memberkati..

    BalasPadam
  26. Tuhan lebih penting dari smua pa yg kita miliki d dnia ne.. xda slhnya smbut vlntine ne jika x slah guna.. may god bless u all..

    BalasPadam
  27. fikir apa yg benar.. dalam dnia ne 1 pn ada keadilan.. sdgkn d tmpt pengadilan sndri pn x adil apakan lg di luar pengadilan krn manusia lbh pntingkn perkara2 d dnia ne.. dnia ne smkin tua jd pergunakanlah masa yang ada kerna hari2 adalah jahat..

    BalasPadam
  28. FeRoWeNnA J` sUeZeE5 Mac 2012 10:08 PG

    muda mudi baik dengarlar jgn ikt sikap dunia kerna dunia boleh menyesatkan.. ramai org yg tersesat sprt zaman dahulu seperti zaman sodom gomora...nilailah zaman ini zaman Tuhan sudah hampir tiba..jangan kau deraikan air matamu menangis d dunia ini.. tangisihilah dahulu dirimu andainya kau hidup ternoda... hidup ini akan lenyap sperti embun pagi dunia kan berakhir jua namun hidup kekal pasti kau miliki jua..bapa kami yg ada d sorga di muliakanlah namaMu datanglah kerajaanMu jd lah khndakMu d atas bumi sprti d dlm syurga.. berilah kami rezeki pada hari ini dan ampunilah kesalahan kami sperti kami pun mengampuni yg bersalah pada kami.. dan jgnlah msukkan kmi ke dlm pncobaan ttpi bebaskanlah kami dr yg jhat..give thanx with a grateful heart give thnx to the holy one give thnx because he`s given jesus christ... and now let the weak say i am strong let the pure say i am rich becoz of what the lord has done for us.. give thanx.. x terbatas kuasa Mu Tuhan smua dpt Kau lakukan pa yg kelihatan mustahil bagiku itu sgt mgkn bgMu... di saatku x berdaya kuasa Mu yg sempurna ketika ku percaya mukjizat itu nyata bukan kerna kekuatan namun roh Mu ya Tuhan ketika ku berdoa mukjizat itu nyata... Tuhan takkan tinggalkan aku Dialah yg setia hnya Tuhan kekuatanku xda bndinganNya d dlm naungan syapNya ku berserah ku bernyanyi muliakan namanya d dlm tuhan ku akan slalu menang bahagialah semua yg memujinya.. tuhan slalu jamah hidupku dlm stiap lngkh ku Tuhan xkn jauh drku kerna aku pcya hnya pd Tuhan aku slalu bharap x lagi ku andalkan kekuatan mnusia ku ingin masuk d hari perhentiannya d dlm rmh TUHAN spnjg masa.. KASIP OKU SID KINORINGAN TU YOSIDO NO E MANAUD DOHO YOSIDO NO E MONGINSASAMOD DIT ONGULUN DI MOGIHAD.. ASO NO VOKON DOT IHIMON KU DOT KATALIB D KUASA DAU.. ASO KATALIB D SAMOD DAU..

    BalasPadam
  29. aduhhhhh....sory 2 say lah..sblm nak skodeng2 2 sdr2 la 2 dri... cba kita fkir scra pstif tapi bkn ngtif..s'seorang yg mnymbt hri valentine bkn smstinya dgn cra yg slh,itu dri diri s'seorang jga yg mhu menyambtnya..klu kita smbt dgn cra yg baik,, SALAH KAH?..mgkn org yg slalu bkta sprti itu adalah org yg slalu fkir ngtif... menymbt bkn dgn prbutan tk senonoh x slah kn?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak salah.. tapi knpa 14 feb? smbutla pd hari yang lebih bermakna, and most important, bukan celebrate couple.

      Padam
    2. semua dimulai dari hal kecil... saling memberikan coklat, pegangan tangan, lalu pulang malam dan menjurus ke hal yg tentu dilarang dalam agama islam... apalagi bila kita punya anak perempuan pasti akan lebih waspada...
      dan hari valentine itu bukan hari raya umat islam,,, klo kita umat islam yg sebenatnya lakukanlah islam itu dengan sebenarnya bukan hanya dengan omongan saja...

      Padam
  30. Kalau dah salah tetap salah walau apa niat sekalipun spt adalah salah minum arak walau niat sebagai ubat kecuali darurat.

    BalasPadam

tinggalkan komentar anda jika entri ini bermanfaat dan menarik untuk anda. segala pandangan sangat dihargai

komenlah dengan berhemah kerana komen anda mencerminkan peribadi dan perwatakan anda :)

komenla menggunakan nama anda atau nama samaran. komen tanpa nama tidak akan dipublish. sekian