iklan baris

Kisah Binatang Bernama Huraisy

7 ulasan:


Salam sejahtera dan salam pembuka kata, dengan nama Allah s.w.t saya mulakan entri ini. entri kali ini saya  kongsikan dengan anda lagi antara kisah yang terpapar dalam himpunan 1001 KISAH TELADAN DALAM ISLAM. Pernahkah anda mendengar mengenai kisah binatang bernama Huraisy .

 Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tibanya hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahanam yang digelar Huraisy , yang mana panjang binatang ini ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.


sumber : himpunan 1001 kisah teladan dalam islam 


p/s :  mudah2 an kita tidak tergolong dalam satu dari 5 golongan tersebut. dengan mengingati Allah sentiasa dapat mendekatkan diri kita pada Allah sekaligus menjauhkan kita dari melakukan perbuatan yang dimurkai Allah s.w.t .  insyallah.


Baca yang ini juga ==>  Kisah Teladan  Dalam Islam : 7 Perkara Ganjil


Kisah Uzair Ditidurkan Allah S.W.T Selama 100 Tahun

9 ulasan:





Pada suatu hari ketika ' Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini. Sesudah memetik buah-buahan dia pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditungganginya tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahawa dia telah berada di suatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri.


Sebaik sahaja dia sampai ke daerah itu dilihatnya kampung itu baru sahaja diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak-binasa sama sekali. Di tapak atau bekas runtuhan terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihatkan pemandangan yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua keranjang buah-buahan. Manakala keldainya itu ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh bagi melepaskan penatnya. Dalam pada itu, fikirannya mula memikirkan mayat manusia yang sudah busuk itu.


"Bagaimana orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat?" begitulah pertanyaan yang datang bertalu-talu dan tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi lemah-longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu, dia seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam, tetapi dia telah tidur terus-menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun lamanya.


Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah banyak lapisan baru, rumah serta bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan. Dalam masa seratus tahun itu, segala-galanya sudah berubah, manakala  'Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh) yang tidak bernyawa lagi. Dagingnya sudah hancur dan tulang belulangnya sudah hancur lebur berderai. Kemudian jasad 'Uzair yang telah mati, daging dan tulangnya yang sudah hancur itu disusun kembali oleh Allah s.w.t. pada bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan ruhnya. Dan ketika itu juga ' Uzair hidup kembali seperti dahulu. ' Uzair terus berdiri seperti orang yang bangun dari tidur lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya di dalam keranjang dahulu.


Tidak berapa lama kemudian, turunlah beberapa malaikat seraya bertanya, "Tahukah engkau ya 'Uzair berapa lama engkau tidur?" Tanpa berfikir panjang 'Uzair menjawab, "Saya tertidur sehari dua ataupun setengah hari." Lalu malaikat pun berkata kepadanya, "Bahawa engkau terdampar di sini genap seratus tahun lamanya. Disinilah engkau berbaring, berhujan dan berpanas matahari, kadang-kadang ditiup badai dan berhawa sejuk dan juga panas terik. Dalam masa yang begitu panjang, makanan engkau tetap baik keadaannya. Tetapi cuba lihat keadaan keldai itu, dia sendiri pun sudah hancur dan dagingnya sudah busuk."


Berkata malaikat lagi, "Lihatlah dan perhatikanlah sungguh-sungguh. Demikianlah kekuasaan Allah s.w.t.. Allah s.w.t. dapat menghidupkan kembali orang yang sudah mati dan mengembalikan jasad-jasad yang sudah hancur lebur dan dengan semudah itu pulalah Tuhan akan membangkitkan semua manusia yang sudah mati itu nanti di akhirat untuk diperiksa dan diadili segala perbuatannya. Hal ini diperlihatkan oleh Tuhan kepada engkau supaya iman engkau tetap dan engkau sendiri dapat menjadi bukti kepada manusia-manusia lain supaya engkau dan manusia-manusia lain tiada syak dan ragu-ragu lagi tentang apa yang diterangkan Tuhan tentang akhirat itu."


Setelah 'Uzair melihat makanan dan keldainya yang sudah hancur itu, maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahawa Allah s.w.t. itu adalah berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu." Tiba-tiba keldai yang sudah hancur berderai itu dilihatnya mulai dikumpulkan daging dan tulangnya. Dan akhirnya menjadi seperti sediakala iaitu hidup kembali bergerak-gerak dan berdiri sebagaimana sebelum mati. Maka 'Uzair pun berkata, "Sekarang tahulah saya bahawa Allah s.w.t. berkuasa di atas segala-galanya." Lalu dia pun terus mengambil keldainya dahulu dan terus menunggangnya pulang ke rumahnya dahulu dengan mencari-cari jalan yang sukar untuk dikenali. Dilihatnya segala-gala telah berubah. Dia cuba mengingati apa yang pernah dilihatnya seratus tahun dahulu. Setelah menempuhi berbagai kesukaran, akhirnya dia pun sampai ke rumahnya. Sebaik sahaja dia sampai di situ, dia mendapati rumahnya sudah pun buruk di mana segala dinding rumahnya telah habis runtuh. Semasa dia memandang keadaan sekeliling rumahnya, dia ternampak seorang perempuan tua, lantas dia pun bertanya, "Inikah rumah tuan 'Uzair?"


"Ya," jawab perempuan itu. "Inilah rumah 'Uzair dahulu, tetapi 'Uzair telah lama pergi dan tiada didengar berita tentangnya lagi sehingga semua orang pun lupa padanya dan saya sendiri tidak pernah menyebut namanya selain kali ini sahaja." Kata perempuan itu sambil menitiskan airmata. 'Sayalah 'Uzair," jawab 'Uzair dengan pantas. "Saya telah dimatikan oleh Tuhan seratus tahun dahulu dan sekrang saya sudah dihidupkan oleh Allah s.w.t. kembali." Perempuan tua itu terkejut seakan-akan tidak percaya, lalu dia pun berkata, "'Uzair itu adalah seorang yang paling soleh, doanya selalu dimakbulkan oleh Tuhan dan telah banyak jasanya di dalam menyembuhkan orang yang sakit tenat." Sambungnya lagi, "Saya ini adalah hambanya sendiri, badan saya telah tua dan lemah, mata saya telah pun buta kerana selalu menangis terkenangkan 'Uzair. Kalaulah tuan ini 'Uzair maka cubalah tuan doakan kepada Tuhan supaya mata saya terang kembali dan dapat melihat tuan."


"Uzair pun menadah kedua belah tangannya ke langit lalu berdoa ke hadrat Tuhan. Tiba-tiba mata orang tua itupun terbuka dan dapat melihat dengan lebih terang lagi. Tubuhnya yang tua dan lemah itu kembali kuat seakan-akan kembali muda. Setelah merenung wajah 'Uzair dia pun berkata, "Benar, tuanlah 'Uzair. Saya masih ingat." Hambanya itu terus mencium tangan 'Uzair lalu keduanya pergi mendapatkan orang ramai, bangsa Israel. 'Uzair memperkenalkan dirinya bahawa dialah 'Uzair yang pernah hidup di kampung itu lebih seratus tahun yang lalu.


Berita itu bukan sahaja mengejutkan bangsa Israil , tetapi ada juga meragukan dan ada yang tidak percaya kepadanya. Walau bagaimanapun berita itu menarik perhatian semua orang yang hidup ketika itu. Kerana itu mereka ingin menguji kebenaran 'Uzair. Kemudian datanglah anak kandungnya sendiri seraya bertanya, "Saya masih ingat bahawa bapa saya mempunyai tanda di punggungnya. Cubalah periksa tanda itu. Kalau ada benarlah dia 'Uzair."Tanda itu memang ada pada 'Uzair, lalu percayalah sebahagian daripada mereka. Akan tetapi sebahagian lagi mahukan bukti yang lebih nyata, maka mereka berkata kepada 'Uzair, "Bahawa sejak penyerbuan Nebukadnezar ke atas bangsa dan negara Israil dan setelah tentera tersebut membakar kitab suci Taurat, maka tiadalah seorang pun bani Israil yang hafal isi Taurat kecuali 'Uzair sahaja. Kalau benarlah tuan Uzair, cubalah tuan sebutkan isi Taurat yang betul."


'Uzair pun membaca isi Taurat itu satu persatu dengan fasih dan lancar serta tidak salah walaupun sedikit. Mendengarkan itu barulah mereka percaya bahawa sungguh benar itulah 'Uzair. Ketika itu, semua bangsa Israil punpercaya bahawa dialah 'Uzair yang telah mati dan dihidupkan semula oleh Tuhan. Banyak di antara mereka yang bersalam dan mencium tangan 'Uzair serta meminta nasihat dan panduan daripadanya. Tetapi sebahagian daripada kaum Yahudi yang bodoh menganggap 'Uzair sebagai anak Tuhan pula. Maha Suci Allah tidak mempunyai anak samada 'Uzair mahupun Isa kerana semua makhluk adalah kepunyaan-Nya belaka. Janganlah kita was-was tentang kekuasaan Allah s.w.t., maka hendaklah dia fikir siapakah yang menciptakan dirinya itu. Adalah mustahil sesuatu perkara itu terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptakan. Kalau masih ada orang yang ragu-ragu tentang kekuasaan Allah s.w.t., penyelesaiannya hanyalah satu kembali pada Al-Quran dan hadith sebagai rujukan . Kemudian barulah ijtihad para ulama. .Allah s.w.t. telah meletakkan akal dalam kepala kita untuk berfikir, oleh itu gunakanlah akal kita untuk berfikir tentang kebesarannya..



tambahan dan ringkasan dari rujukan saya (penulis blog redzuan-ridz) :


*  menurut golongan salaf / salafi ( rujuk diakhir entri untuk makna salaf). Uzair adalah seorang Nabi  dari nabi-nabi yang diutuskan untuk kaum  Bani Israel. Nabi Uzair a.s adalah seorang hamba Allah yang hidup pada zaman antara Nabi Saleh a.s dan Nabi Ibrahim a.s , iaitu sekitar 5000 - 4000 tahun sebelum masa  Nabi Isa a.s dilahirkan. .Nabi Uzair AS adalah seorang Nabi dan Rasul utusan Allah s.w.t ,  satu diantara 313  Rasul utusan Allah. Dia-lah yang menjaga Taurat, setiap isi Taurat dihafaz , diingati dan diketahuinya.  lalu terjadilah peristiwa yang sangat mengagumkan padanya. Allah SWT telah mematikannya selama seratus tahun kemudian ia dibangkitkan kembali. Selama Uzair tidur satu abad , terjadilah peperangan yang didalangi oleh Bakhtansir di mana ia membakar Taurat. Tidak ada sesuatu pun yang terselamat. Kisah tentang Uzair  telah dirakamkan di dalam Al-Quran yang bermaksud :


“Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: “Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?” Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: “Berapa lama kamu tinggal di sini?” Ia menjawab: “Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari”. Allah berfirman: “Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah kepada keldai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging”. Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) dia pun berkata: “Saya yakin bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (Al-Baqarah ayat 259).




makna salaf ==> salaf  boleh diertikan sebagai  sahabat Nabi Muhammad S.A.W, tabi’in (orang-orang yang mengikuti sahabat) dan tabi’ut tabi’in (orang-orang yang mengikuti tabi’in). Tiga generasi awal inilah yang disebut dengan salafush sholih (orang-orang terdahulu yang sholih). Inilah tiga generasi utama dan terbaik dari umat ini, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W , “Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian generasi sesudahnya kemudian generasi sesudahnya lagi.”
(Hadith Riwayat. Ahmad, Ibnu Abi ‘Ashim, Bukhari dan Tirmidzi). untuk lebih perincian mengenai salaf / salafi rujuk sini




sumber rujukan : koleksi 1001 kisah teladan dalam islam, tafsir Al-Quran
rujukan website yg berwibawa : halaqah.net , iluvislam.com, muslim.or.id


p/s : mudah2 an dengan perkongsian kali  ini akan meningkatkan lagi keimanan dan meneguhkan lagi keyakinan kita dengan kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T . Segala sumber yg sy rujuk ini berpandukan sumber yang berwibawa.  

Hukum Menjilat dan Menghisap Kemaluan Isteri

Tiada ulasan:


Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan "oral sex" ini. Jika ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat kemaluan isteri anda? 

Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan.

Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Yang mengharuskan

Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.

Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.

Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.

Perbincangan ringkas

Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.

Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.

Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.

Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.

Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.

“Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.

Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.

Ulama Yang Mengharamkan

Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut:-

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
“Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya."
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.

Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.

Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
“Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan”
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.

Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.

Kesimpulan

Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-

1. Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf.

2. Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.

3. Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia).

4. Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.

5. Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”.

Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.

Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak. 


Wasallam.


Sumber Asal: Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net)

Misteri Burung Cenderawasih | Burung dari Kayangan

74 ulasan:
Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca setia blog redzuan-ridz ini. Dengan nama Allah s.w.t saya mulakan entri ini. untuk entri kali ini saya ingin berkongsikan anda mengenai satu misteri yang sejak turun-temurun , zaman-berzaman menjadi satu persoalan yang masih lagi tidak dapat dirungkaikan. Saya pasti antara kita pernah mendengar mengenai nama burung cenderawasih. Pelbagai misteri telah dikaitkan mengenai burung ini. Pelbagai cerita mistik diceritakan dari generasi ke generasi, oleh orang terdahulu, termasuklah dari nenek moyang kita.

 Telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk , ada mengisahkan tentang seekor burung yang diberi nama burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali Allah. Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor ‘ariel‘ yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih ini .




Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih . Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana saja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. .


Dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama , sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejakkan kakinya ke bumi. Namun  yang memnambahkan lagi misterinya, burung cenderawasih ini tidak lenyap seperti bangkai binatang yang lain kerana bangkai burung cenderawasih ini tidak mereput.Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.



Walau bagaimanapun, Melayu Antique telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian yang dijalankan secara saintifik, burung ini lebih terkenal di kalangan penduduk nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China . Bagi kalangan penduduk Eropah dan masyarakat Barat, burung ini lebih terkenal dengan panggilan ‘Bird of Paradise‘.





Secara faktanya dan jika dikira dari kajian mengenai burung ini, asal usul burung ini gagal ditemui atau didapati hingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), di wilayah Indonesia sahaja. Namun yang peliknya tentang suatu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah orang yang beruntung. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.




 
Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Berdasarkan pendapat ramai orang yang telah ditemui yang menggunakan bulu burung cenderawasih sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung dan sebarangan burung. Penuh dengan keunikan, misteri, mistik, keajaiban ciptaan Allah s.w.t yang masih tidak dapat dirungkaikan.


P/S : persoalan yang kekal menjadi misteri, mengenai asal-usul kewujudan burung ini masih tidak dpt dibuktikan secara saintifik meskipun penyelidikan telah dijalankan.dan sesungguhnya, hanya Allah yg maha mengetahui, dan kepercayaan yang mengaitkan burung ini berasal dari kayangan, sesuatu yang tahyul dan sebagai seorang islam, kita tidak perlu mempercayainya terus menerus kerana boleh merosakkan akidah. cukuplah kita menyakini bahawa burung cenderawasih ini satu dari ciptaan Allah yang penuh dengan mistik dan misterinya. setiap misteri itu lambat laun akan dipecahkan dan dirungkaikan kebenarannya. cuma masa yang akan menentukannya. Wallahualam. jika anda ada sebarang info lain boleh kongsikan diruangan komen ye.
 
rujukan :  pelbagai sumber yang sahih

Kebenaran Al-Quran Dalam Teknologi Zaman Silam

3 ulasan:


Dua epik India kuno berbahasa Sanskrit (Mahabarata dan Rama) membuatkan kita tertanya-tanya akan kebenarannya yang hingga kini masih menjadi peristiwa misteri bagi seluruh dunia.

Menurut ahli arkeologi zaman sekarang, di kota kuno Mohenjodaro (Pakistan) banyak ditemui rangka-rangka manusia yang berserakan, banyak petunjuk menandakan seolah mereka dilanda sebuah malapetaka yang sangat dahsyat secara tiba-tiba. Di kota itulah kisah epik peperangan Ramayana yang bersumber manuskrip-manuskrip ditemukan.


Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjodaro Mengandung Radioaktif


 Pada rangka-rangka itu terdapat sisa-sisa radioaktif yang tinggi. Begitu pula yang terjadi di kota kuno Kurusetra dan Harappa, kedua kota itu meninggalkan kesan radioaktif yang sama halnya terjadi seperti di Hiroshima dan Nagasaki. Banyak spekulasi menyatakan mengenai kemunculan peristiwa ini, diantaranya ada sebuah spekulasi baru dengan berani menyebutkan bahawa perang Mahabarata adalah merupakan perang NUKLEAR!!

Pada epik Mahabarata, perang Bharatayudha dibahagian pertama diterjemahkan seperti berikut ini:

“Arjuna yang gagah berani, duduk di dalam Vimana* dan mendarat di tengah air, lalu meluncurkan Gendewa* yang sekali tembak dapat menghanguskan seluruh wilayah musuh. Seperti hujan lebat yang kencang, mengepung musuh dengan kekuatannya yang sangat dahsyat.”

“Dalam sekejap mata, sebuah bayangan yang tebal dengan cepat terbentuk diatas wilayah Pandawa; angkasa menjadi gelap gulita, semua kompas yang ada dalam kegelapan menjadi tidak berfungsi, kemudian badai angin yang dahsyat mulai bertiup disertai dengan debu pasir, burung-burung menjadi panik, seolah-olah langit runtuh, dan bumi merekah.”

“Matahari seakan bergoyang di angkasa, panas membara mengerikan yang dilepaskan senjata ini membuat bumi bergoncang, gunung bergoyang di kawasan darat yang luas, binatang mati terbakar dan berubah bentuk, air sungai kering kerontang, ikan, udang dan lain-lain semuanya mati.”

“Saat Gendewa meledak, suaranya bagaikan halilintar, membuat pasukan musuh terbakar bagaikan batang pohon yang terbakar hangus.”



Gambaran pada Ramayana dinyatakan sebagai berikut :

“Pasukan Alengka menaiki kenderaan yang laju, meluncurkan sebuah rudal (mungkin sejenis peluru berpandu) yang ditujukan ke kota musuh. Rudal ini seperti mempunyai segenap kekuatan alam semesta, terangnya seperti terang puluhan matahari, kembang api bertebaran naik ke angkasa, sangat indah.”

“Mayat terbakar sehingga tidak mampu dibezakan lagi. rambut dan kuku terbakar mengelupas, perkakas tanah liat retak, burung-burung yang berterbangan dibakar oleh suhu tinggi. Demi untuk menghindari kematian, para pasukan terjun ke sungai membersihkan diri dan senjatanya.”

PENELITIAN PARA AHLI ARKEOLOGI

Sebelum 4000 tahun SM, kita telah mengelaskan ia sebagai zaman pra sejarah manakala peradaban Sumeria dianggap sebagai peradaban tertua didunia. Selama ini terdapat berbagai perbincangan, teori dan penyelidikan mengenai kemungkinan bahawa dunia pernah mencapai sebuah peradaban yang maju sebelum tahun 4000 SM.

Teori Atlantis, Lemuria dan kini diperkukuhkan lagi dengan bukti bertulis melalui percakapan Plato tentang sebuah perbualan Solon dan pendeta Mesir kuno mengenai Atlantis. Naskah kuno Hinduisme mengenai Ramayana & Bharatayudha. Dinasti Rama kuno, bukti arkeologi mengenai peradaban Monhenjo-Daroo, Easter Island dan Piramid Mesir mahupun Amerika Selatan.

Perhatian tertumpu kepada sebuah teori mengenai kemungkinan manusia pernah memasuki zaman nuklear lebih dari 6000 tahun yang lalu. Peradaban Atlantis di barat, dan dinasti Rama di Timur dianggarkan berkembang dan mengalami saat keemasan di antara tahun 30000 SM sehingga 15000 SM.
Wilayah Atlantis bermula dari lautan Mediteranian hingga ke Pergunungan Andes di seberang Lautan Atlantis manakala Dinasti Rama berkuasa di bahagian Utara India-Pakistan-Tibet hinggalah ke Asia Tengah.



Peninggalan Prasasti di Lembah Indus, Mohenjo Daroo dan Easter Island (Pasifik Selatan) sehingga kini masih belum dapat diterjemahkan dan para ahli arkeologi menjangkakan peradaban itu adalah jauh lebih tua dari peradaban tertua yang selama ini diyakini oleh semua manusia (4000 BC).

Beberapa naskah Wedha dan Jain yang diantara lain menceritakan mengenai Ramayana dan Mahabharata, ini ternyata memuatkan bukti sejarah mahupun gambaran teknologi dari Dinasti Rama yang diyakini pernah mengalami zaman keemasan dengan memiliki tujuh kota utama 'Seven Rishi City' yang salah satunya adalah Mohenjo Daro (Pakistan Utara).

Penulis mengulangi, di dalam suatu babak kitab Mahabarata ada mengesahkan bahawa Arjuna dengan gagah berani duduk dalam Weimana (sebuah benda menyerupai kapal terbang) dan mendarat di tengah air, lalu meluncurkan Gendewa, semacam senjata yang menyerupai rudal/roket yang dapat menimbulkan musibah sekaligus melepaskan nyalaan api yang terang di atas wilayah musuh, lalu bumi bergegar, asap tebal naik tinggi diawanan, dalam beberapa ketika akibat kekuatan ledakan senjata itu maka ia telah menghancurkan dan menghanguskan semua benda serta objek yang ada disitu.

Sehingga kini jawapan yang masih belum ditemukan, senjata apakah yang sebenarnya digunakan oleh Arjuna dengan Weimana-nya itu?

Hasil kajian dan penelitian yang dilakukan di tepi Sungai Gangga, india. Para arkeologi menemukan banyak sekali sisa-sisa dan puing-puing yang telah bertukar menjadi batuan hangus di atas hulu sungai. Batuan yang besar pada runtuhan ini dilekatkan menjadi satu, permukaannya menonjol dan cengkung tidak merata. Jika ingin meleburkan batuan tersebut, suhu yang paling rendah diperlukan adalah sekitar 1800 darjah celsius. Bara api yang biasa tidak mampu mencapai suhu seperti ini, hanya pada ledakan nuklear sahaja yang mampu mencapai suhu sedemikian.

Di dalam hutan primitif di sekitar pendalaman India, kebanyakan ahli arkeologi telah menjumpai lebih banyak runtuhan batu hangus. Tembok kota yang runtuh membentuk hablur seperti kristal, licin berkaca, lapisan luar perabot rumah yang terbuat dari batuan di dalam bangunan juga kelihatan seolah-olah seperti kaca. Selain di India, Babilon kuno, gurun sahara, dan guru Gobi di Mongolia juga telah menemukan runtuhan perang nuklear prasejarah. Batu kaca pada runtuhan semuanya sama persis dengan batu kaca pada kawasan ujian senjata nuklear.




Dari berbagai sumber yang saya pelajari, secara umumnya dapat saya gambarkan mengenai pelbagai teori dan penelitian mengenai subjek ini dan telah memberikan beberapa bahan kajian yang menarik. Antara lain adalah :

# Atlantis dan Dinasti Rama pernah mengalami saat keemasan (Golden Age) sekitar tahun 30000-15000 BC.

# Keduanya telah menguasai teknologi nuklear.



# Keduanya telah memiliki teknologi persenjataan dan aeronautikal yang canggih dengan memiliki pesawat yang berkemampuan dan berbentuk seperti UFO (berdasarkan beberapa catatan) yang disebut di dalam Vimana (Rama) dan Valakri (Atlantis).



# Penduduk Atlantis memiliki sifat agresif dan dipimpin oleh para pendeta (enlighten priests), bersesuaian dengan naskah Plato.

# Dinasti Rama memiliki tujuh kota besar (Seven Rishi's City) dengan ibukota Ayodhya dimana salah satu kotanya yang dapat ditemui sehingga kini adalah Mohenjo-Daro.

# Persaingan dari kedua peradaban tersebut mencapai puncaknya dengan kemusnahan dala menggunakan senjata nuklear.

# Ahli Arkeologi berjaya menemukan puing-puing mahupun sisa-sisa tengkorak manusia di Mohenjo-Daro yang mengandungi kandungan radio-aktif yang hanya terdapat apabila terhasilnya ledakan Thermonuklear skala besar.

# Dalam sebuah epik mengenai Mahabharata, menceritakan dengan kiasan sebuah senjata penghancur missal yang kesannya menyerupai kemusnahan senjata nuklear pada masa kini.

# Beberapa Seloka dalam kitab Wedha dan Jain secara terang dan lengkap menggambarkan bentuk dari 'peralatan terbang' yang disebut 'Vimana' yang ciri-cirinya mirip piring terbang masa kini.

Kesimpulananya segala penyelidikan yang dilakukan menyatakan bahawa umat manusia pernah maju dalam peradaban Atlantis dan Rama. Bahkan jauh sebelum 4000SM manusia pernah memasuki abad antariksa dan teknologi nuklear. Akan tetapi zaman keemasan tersebut berakhir akibat perang nuklear yang dahsyat hingga pada masa sesudahnya, manusia sempat kembali ke zaman primitif sehingga munculnya peradaban Sumeria sekitar 4000 SM atau 6000 tahun yang lalu.

Loji Nuklear yang Berusia 2 juta Tahun di Oklo, Republik Gabon 


Pada tahun 1972 terdapat sebuah penemuan luar biasa yang akan memperkukuhkan lagi kajian wujudnya peradaban masa lalu yang telah  melalui era pengunaan nuklear dengan penemuan loji Reaktor Nuklear yang berusia dua juta tahun di Oklo sekitar Republik Gabon. Pada tahun yang sama sebuah perusahaan (Perancis) yang mengimport bahan uranium dari Oklo di Republik Gabon, Afrika untuk diproses. Mereka terkejut dengan penemuan bahawa bahan uranium yang diimport ternyata sudah diproses dan digunakan sebelum ini serta kandungan uraniumnya dengan bahan buangan reaktor nuklear hampir sama. Penemuan ini berhasil menarik para ilmuwan untuk datang ke Oklo bagi suatu penelitian, dari hasil kajian menunjukkan adanya sebuah reaktor nuklear berskala besar pada masa prasejarah, dengan kapasiti kurang lebih 500 ton bahan uranium di enam wilayah, dijangkakan ia dapat menghasilkan tenaga sebesar 100 ribu watt. Loji nuklear tersebut terpelihara dengan baik, dengan lay-out yang masuk akal, dan telah beroperasi selama 500 ribu tahun lamanya.

Kejutan demi kejutan ditemui dan yang paling mengejutkan apabila sisa buangan reactor nuklear yang dibuang tidak tersebar luas, kesan radioa aktifnya lebih kurang sekitar 40 meter dari kawasan buangan sisa nuklear, jika kita lihat teknologi pemusnahan sisa reactor nuklear ini jauh lebih hebat berbanding sekarang dan ketika ini kita sibuk membincangkan menangani isu pembuangan sisa nuklear . Ternyata mereka telah maju dan lebih maju dari kita dalam teknologi nuklear dan mengatasi sisa pembuangan loji reactor nuclear . Mereka memanfaatkan alam sekitar dengan sebaik mungkin tanpa berlaku pencemaran dari sisa nuklear yang telah digunakan.

Loji uranium di Oklo telah pun dibangunkan kira-kira dua juta tahun yang lalu, setelah terdapat bukti dari pada data geologi reactor nuklear kemudian telah pun dibangunkan. Hasil kajian para pengkaji mereka sebulat suara mengakui bahawa ini adalah sebuah reactor nuclear kuno, yang akan mengubah cara pengunaan bahan nuklear selama ini, secara tidak langsung ia telah pun memberikan kita cara bagaimana untuk mengatasi sisa pembuangan nuklear. Ia juga telah menghambat para ilmuan untuk lebih serius dalam mempelajari peradaban prasejarah, dengan kata lain sejak zaman pra sejarah mereka  telah maju didalam pembangunan dan teknologi nuclear.



Seperti yang kita sedia maklum, penguasaan teknologi atom oleh manusia selepas zaman pra sejarah masih lagi baru, ianya sekitar beberapa puluh tahun yang lalu. Tetepi dengan adanya penemuan ini fakta itu tidak tetap dan sekaligus menerangkan bahwa pada dua juta tahun yang lampau manusia sudah pun memiliki sebuah teknologi yang peradabannya melebihi kita kini, serta lebih maju di dalam cara penggunaan dan pengolahannya. Hal yang patut membuat kita merenung sedalam-dalamnya ialah mengapa manusia zaman prasejarah yang memiliki sebuah teknologi maju tidak dapat mewariskan teknologinya, malah hilang tanpa sebab, yang tinggal hanyalah sedikit kesan lalu. Maka bagaimanakah kita harus meniliti kesemua penemuan ini?

Permulaan sebelum dua juta tahun yang lalu hingga satu juta tahun dari peradaban manusia sekarang ini telah terdapat peradaban manusia. Dalam masa-masa yang sangat lama ini terdapat berapa banyak peradaban yang menuju ke binasaan?. Jika kita abaikan terhadap semua peninggalan-peninggalan peradaban prasejarah ini, sudah tentu kita tidak akan mempelajarinya secara mendalam, apalagi menelusuri bahawa mengapa tidak ada kesinambungannya, lebih-lebih lagi untuk mengetahui penyebab  dari musnahnya sebuah peradaban itu dan apakah perkembangan dari ilmu pengetahuan dan teknologi kita sekarang akan mengulangi kemusnahan beberapa peradaban yang lalu?. Betulkah penemuan ini, serta mengapa penemuan-penemuan peradaban prasejarah ini dengan teknologi manusia masa kini hampir serupa dan mungkin mereka lebih maju dari pada kita? Semua masalah ini patut kita renungkan sedalam-dalamnya.



Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:

Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas
mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
|Qs.Al-An'am: 6|

Sebenarnya masih banyak lagi misteri-misteri menyelubungi kita yang tersimpan di perut bumi dan lautan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala yang terkandung di langit dan di bumi. InsyaAllah, semua tanda-tanda kebesaran-Nya yang telah disebutkan dalam Al-Quran akan terungkai jua

Padah Parking Kereta Sebarangan

7 ulasan:

Gambar Lawak  | Padah Parking Kereta Sebarangan


Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca  blog redzuan-ridz,  actually agak lama blog redzuan-ridz ni tak berupdate, almost 2 minggu  tiada entri baru kerana kekangan masa,  lagipun  ni baru je start cuti semester.  sibuk mencari kerja part time. lagipun minggu lepas busy tolong lecterur wat research ckit pasal gelagat pengundi melayu dalam politik. dalam 4 hari alhamdilah lecterur bayar RM600. tu yang lama blog ni tak berupdate sebab tak de masa. so entri kali ni santai je. berbeza dengan entri sebelum ni yang agak berat pengisiannya 


Orait, saya  nak kongsikan dengan anda semua dengan sekeping gambar yang saya dapat dari seseorang yang telah emailkan pada saya.Kepada mereka yang suka parking kereta sebarangan tanpa menghiraukan orang lain a.k.a pentingkan diri sendiri tengokla gambar kat bawah ni ye :)


III
IiI
III
III
III
III
III
III
III
III
III
III
VVVVV
VVV
VV
V



Inilah padahnya parking kereta sebarangan. hahahaha. moral of story , janganlah parking kereta sebarangan, janganlah pentingkan diri sendiri. apa-apa pun owner kereta ni patut rasa bersyukur, sebab kira da baikla kena tampal dengan kertas tertera NO PARKING kat kereta dia , nasib tak dihentaknya kereta ni dengan batu kasi pecah ke kemek, disimbah dengan minyak petrol ke minyak tanah ke kena bakor.


p/s : first time aku tengok tergelak jgak. tapi yang tak boleh tahan tu. aku terfikir  1  perkara, ada jgak orang yang  tengah bengang dengan penuh  rajin dan semangat yang kental tepek kertas yang tertera NO PARKING . bukan 1 keping tapi tampal 1 kereta tuuu. hahahahaha. kalau aku, aku da bako dah..


Ikan Keli Albino Terbesar Di Dunia

Tiada ulasan:

Salam sejahtera dan salam hormat buat semua pembaca blog.entri kali ini santai , just ingin  berkongsikan dengan anda mengenai info rekod ikan keli terbesar di dunia. Ikan gergasi seperti tertera pada gambar diatas yang anda boleh lihat ini membolehkan seorang pemancing warga Britain mencatatkan rekod baru. Ikan itu, yang ditangkap oleh Chris Grimmer adalah ikan keli albino terbesar pernah ditangkap oleh seorang pemancing.

Ikan keli terbesar dunia tersebut sepanjang 2.44 meter itu dan seberat 88 kilogram adalah satu kilogram lebih berat daripada yang ditangkap oleh wanita buta, Shelia Penfold, tahun lalu.
Chris, 35, menghabiskan masa 30 minit untuk cuba menaikkan ikan keliberkenaan selepas ia memakan umpannya. Pemancing berasal dari Sheffield itu meraikan kejayaannya mencatatkan rekod baru itu dengan mengadakan jamuan bersama rakannya di tebing Sungai Ebro, berhampiran Barcelona, Sepanyol.
Ikan itu sungguh besar hingga menyebabkan batang pancing Chris bengkok dua apabila haiwan itu memakan umpan palet ikan halibut.

Suasana menjadi riuh di tebing sungai dengan orang ramai bersorak dan bertepuk tangan ketika dia menaikkan ikan berkenaan.Sheila Penfold dari Wandsworth, selatan London, menangkap ikan keli albino seberat 86 kilogram pada Oktober tahun lalu.

Ikan keli terbesar pernah ditangkap di dunia ialah seberat 292 kilogram, Ikan Gergasi Mekong, yang ditangkap di Thailand pada 2005. –

sumber : rencana dari berita harian.

Siapa Osama bin Laden | Latar Belakang Osama

28 ulasan:
Siapa Osama bin Laden |  Latar Belakang Osama



Assalamualaikum dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog  redzuan-ridz. Seperti yang saya janjikan pada entri yang lepas , entri kali ini saya akan kongsikan dengan anda mengenai latar belakang dan biografi Osama bin Laden. Saya  pasti  ramai  yang ingin mengetahui latar belakang  Osama Bin Laden dan siapa Osama bin  Laden sebenarnya.

Ramai juga yang beranggapan bahawa Osama bin Laden ini tidak wujud dan tidak lebih sebagai 1 watak yang sengaja di wujudkan Amerika dan sekutu laknatullahnya sebagai 1 agenda perancangan jahat mereka.  Sebelum  kita semua membuat andaian, Untuk perkongsian kali ini saya pasti ramai yang mencari dan ingin mengetahu siapa sebenarnya insan yang bernama Osama bin Laden ini . 


Osama Bin Laden atau nama sebenarnya Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden telah dilahirkan pada 10 Mac 1957 di Arab Saudi.Bapanya Mohammed Awad bin Laden, berasal dari Hadramaut (Yaman selatan), dan Ibunya Hamida Al-Attas (atau dikenali sebagai Alia Ghanem) merupakan isteri hasil perkahwinan kesepuluh  bapanya.  Ketika Bapa Osama datang ke Arab Saudi, Awad hanya menjadi buruh kasar di pelabuhan Jeddah, selepas itu beliau berjaya menjadi kontraktor binaan yang terkenal. Ayah Osama mula  berjaya dalam perniagaan selepas Raja Saud menawarkannya kontrak untuk membina istana Raja Saud.

Ketika berlakunya krisis istana, Raja Faisal dilantik menjadi raja dan kantung duit negara arab saudi kering, lalu dengan bijak Awad menawarkan bantuan kewangan untuk menyelesaikan kemelut kewangan Arab Saudi itu ,ternyata usahanya itu berhasil apabila Raja Faisal merasa terhutang budi kepada Awad kerana sanggup memberikan wang untuk membayar gaji kakitangan kerajaan arab saudi selama 6 bulan. Akhirnya Awad dilantik sebagai menteri pembangunan dan kerja raya Arab Saudi.

Bapa Osama meninggal dunia pada 1969 ketika Osama berumur 13 tahun, akibat nahas kapal terbang. begitu juga abang sulung Osama,  Salem bin Laden yang merupakan pewaris Ben Laden Group terkorban pada 1988 kerana nahas kapal terbang akibat daripada kegagalan enjin pesawat. 


Dari segi latar belakang agama , Osama berfahaman  Wahhabi,  Beliau  mendapat pendidikan awal di sekolah elit sekular  Al-Thager Model School .(1968-1976) Beliau mengambil jurusan Ekonomi dan Pentadbiran Awam di  Universiti King Abdul Aziz , Arab Saudi.  Beliau akhirnya telah mendapat ijazah pentadbiran awam pada tahun 1981. Ada yang melaporkan bahawa Osama endapat ijazah dalam kejuruteraan awam.

Osama amat terpengaruh dengan pemikiran  pensyarahnya Abdullah Azam dan pemikiran Muhammad Qutb.2 minggu selepas Russia mara dan menawan Afghanistan, Osama terus ke Pakistan dan telah bertemu dengan pemimpin  Jemaah islami di Karachi, selepas itu Osama telah ke Penshawar utk bertemu dengan pelarian Afghanistan, Beliau telah  memberikan bantuan kewangan kepada mereka.Beliau mula membina kem tentera di Baitul Ansar yg diuruskan oleh Abdullah Azam-bekas pensyarah beliau, sebelum menyeludup masuk ke Afghanistan .

Pada tahun 1986 Osama mula membuka kem tenteranya sendiri bersama bekas pegawai tentera Syria,Mesir dan Arab Saudi. cuba fikirkan mengapa dia membuka kem itu dengan 3 pihak lain yang saya  nyatakan diatas yang sebenarnya telah dipengaruhi oleh Amerika, kerana Osama turut dipengaruhi dan mendapat sokongan Amerika juga ketika itu dalam usaha menghapuskan pengaruh Soviet Union dari tersebar.

Peperangan pertama Osama secara terbuka di Baktia, dengan tentera Russia pada 1986.Kemenangan menjadi milik pasukan mereka menjadikan Osama dan kumpulan mereka bertambah yakin dan lebih bersemangat.Dalam tahun 1984-1989 Osama berulang alik dari Afghanistan ke Arab saudi untuk mengumpul dan merekrut tentera dan senjata.

 Pada 1989 Osama Bin Laden telah  mendirikan kelompok organisasi  yang dinamakan Al Qaeda, yang dalam bahasa Arab bermaksud "dasar-dasar" atau kaedah-kaedah.dari sini rangkaian Al-Qaeda berkembang

Namun pada tahun 1989, Osama telah dihalang untuk campur tangan dalam urusan negara Afghanistan. Taliban mula mencurigai tindak tanduk Osama, Osama  kemudian telah berpindah ke Yaman dan disana beliau telah menubuhkan Barisan Hadapan Jihad, tetapi selepas itu beliau agak kecewa dengan pemerintah Yaman yang menyokong Saddam Hussien di Iraq, lalu dia kembali semula ke Arab Saudi.  Osama telah  kembali ke Arab Saudi untuk bekerja dalam perusahaan keluarganya, Bin Laden Group


Selepas itu , dari Arab Saudi beliau melarikan diri pula ke Pakistan dan menubuhkan kumpulan anti-komunis Jema’ah Ulama, tetapi gagal .Beliau telah lari pula ke Sudan pada hujung tahun 1991. di Sudan beliau berbaik dengan John Garang iaitu KETUA PUAK PEMISAH DI SELATAN SUDAN.  siapa John Garang ni tuan-tuan??? cari lah info mengenainya.

Tahun 1992 Arab Saudi telah mengisyhtihar Osama sebagai musuh negara mereka dan kerajaan Arab Saudi telah merampas harta beliau dan sehingga 1994 harta dan aset milik Osama telah dibekukan. Kewarganegaraannya dipecat oleh Arab Saudi. Ini kemungkinan untuk menekan Osama yang menjadi ejen Amerika/CIA !. Selepas itu Osama telah  melakukan penentangan terhadap Arab Saudi dan menubuhkan ARC (Advise and Reform comitte) untuk menjatuhkan pemerintahan monarki negara Arab Saudi tetapi usahanya itu tidak berjaya.

Selepas itu beliau telah kembali membawa diri semula ke Afghanistan.Semua ahli keluarganya yang terdekat dipindahkan ke Kandahar 1997.

Dalam tempoh 10 tahun, untuk pengetahuan anda semua , risikan terkenal didunia United States Central Intelligence Agency (CIA) telah  terlibat membantu menyalurkan kepakaran, bantuan logistik, dan senjata ke Afghanistan dan agen-agen mereka tidur sekhemah dengan Osama untuk menentang Rusia. ini adalah satu fakta yang tidak diketahui umum. Namun seperti biasa risikan Amerika membidas mengenai ini.

Rancangan sudah diatur rapi sebenarnya, malah ia adalah satu konspirasi mereka di Asia barat, bila Russia memasuki Kabul, CIA memasuki Penshawar. Bertan-tan senjata disalurkan oleh CIA melalui Pasukan Perisikan Pakistan (ISI) kepada Mujahiddin. Namun satu fakta yang orang selalu lupa iaitu sebelum Russia memasuki Kabul 1979, CIA sudahpun aktif bertapak di bahagian timur laut Afghanistan!

Satu perkara lagi ialah apa yang dikatakan oleh pakar analisis konspirasi Asia Barat Hazhir Teimourian, bahawa Osama memang pernah dilatih dari pelbagai sudut berkaitan taktik dan teknik peperangan di daratan termasuk peperangan bawah tanah oleh risikan terkenal dunia(CIA) sebelum Osama melangkahkan kaki ke Afghanistan.

berdasarkan pembacaan saya lagi , Osama  terlibat sama dalam satu operasi yang dipanggil sebagai Operation Cyclone.  Sedikit info mengenai Operation Cyclone ini, ianya merupakan kod  nama yang diwujudkan oleh CIA untuk satu program rahsia untuk merekrut ,melatih, dan menyalurkan bantuan kewangan kepada pejuang Mujahideen di Afhganistan  ketika Perang Soviet di Afghanistan ( 1979-1989). Operasi ini merupakan operasi paling lama  dan paling mahal pernah dibiayai oleh CIA. kos penyaluran biaya mencecah 20-30 juta USD  setahun pada 1980 sebelum mencecah 680 juta USD pada 1987 !. 


Osama telah disahkan mengidap kegagalan buah pinggang yang teruk atau End Stage Renal failure(ESRF), penyakit kronik ini memerlukan bantuan haemodialis (cuci darah) sekurang-kurangnya sekali seminggu.Di kawasan bukit batu atau dikawasan dipergunungan yang didakwa menjadi tempat persembunyian beliau, adalah rumit untuk Osama menjalani rawatan dengan menggunakan mesin dialisis ini, lagipun setiap satu sesi dialisis memerlukan 1-2 jam bagi pesakit yang sederhana dan maksimum 4 jam 3 kali seminggu untuk pesakit yang kronik seperti Osama!

Samaada dia dikawal rapi di unit perubatan tertentu atau dibawah seliaan perubatan tentera US atau dia sudah lama meninggal dunia, masih hangat dibincangkan oleh para pengkaji  konspirasi dunia.
Namun pada Ahad 11.30 pagi waktu Amerika 2 Mei  secara mengejut Amerika Syarikat mengumumkan kejayaan membunuh Osama Laden di Attabotad, Pakistan.

dan sebelum saya terlupa dibawah ini saya senaraikan 5 peperangan/petempuran yang pernah disertai Osama sendiri, anda search la untuk mencari  info mengenai perang-perang dibawah ini.Kalau saya rajin saya akan buat entri untuk setiap perang yang saya nyatakan dibawah ini.
  • War in Afghanistan
  • Soviet War (1979-1989)
  • Battle of Tora Bora
  • War in North-West Pakistan 
  • Operation Geronimo

Ini sedikit dari latar belakang Osama, dan rentetan biografinya hasil pembacaan saya.

sumber : rujukan bacaan  buku  Growing Up Bin Laden: Osama's Wife and Son Take Us Inside Their Secret World tulisan  Najwa dan Omar bin Laden

The cult of Osama : psychoanalyzing Bin Laden and his magnetism for Muslim youths tulisan  Peter Alan Olsson

rujukan diatas ini ada di library U.M . di pustaka Utama  dengan Perpustakaan Peringatan Zaa'ba UM. Mereka-mereka yang study kat U.M tu boleh anda pinjam dan baca, sangat bagus untuk mendapatkan perspektif  sebenar siapa Osama laden sebenarnya

p/s : sebelum saya akhiri entri kali ini,  1  persoalan yang ingin saya tinggalkan benarkah Osama telah mati atau pun sebenarnya Osama mungkin telah lama mati dalam petempuran dahulu atau mungkin disebabkan penyakitnya ? Kemungkinan Amerika sendiri telah lama mengetahuinya dan hanya menunggu detik yang sesuai untuk mengumumkan kematiannya ? itu yang  saya fikirkan.

Gambar Pembunuhan Osama | Bukti Gambar Osama Palsu

36 ulasan:
Gambar Pembunuhan Osama  |  Bukti Gambar Osama Palsu

Salam sejahtera dan salam pembuka kata, Sebelum ini saya telah update entri mengenai video pengumuman oleh Barrack Obama yang mengesahkan Osama bin Laden mati dibunuh. Kini  gambar kematian Osama Laden pula telah tersebar luas di internet. Namun persoalannya sejauhmanakah kesahihanya?  gambar yang dipercayai adalah gambar mayat Osama Bin Laden seperti yang tersebar di internet  sebenarnya adalah palsu dan bukan gambar asli .Dibawah ini saya tunjukkan bukti dan perbandingannya. 2 bukti akan mengukuhkan hujah bahawa gambar kematian Osama yang tersebar adalah palsu ( fake). Gambar-gambar ini saya perolehi dari sebuah website antarabangsa dan forum.


 dibawah ini adalah gambar kematian Osama yang dikeluarkan oleh stesen TV tempatan Pakistan dan tersebar meluas di internet. dan ramai yang telah melihatnya saya pasti. yang belum lihat sila. lihat dibawah ini




gambar dibawah ini pula adalah gambar Osama yang diambil 15 tahun lepas iaitu pada 1996






dibawah ini pula adalah gambar Osama yang sama seperti diatas tetapi telah diflipkan ke arah kiri


dan hasilnya lihat dengan teliti gambar asli Osama dan gambar yang dikatakan gambar Osama  Laden mati  dibunuh tentera Amerika dibawah ini dari sudut postur kedudukannya. 






anda nampak tak? dari sudut postur gambar Osama setelah diflipkan ini  sama dengan postur gambar mayat Osama disebelah kanan. Perhatikan kedudukan kepala,  pandangan mata, gigi sama , cuma gambar disebelah kanan itu telah diedit dan diimpose dengan meletakkan latarnya , dan dihiasi dengan tompokan darah  serta wajahnya telah digelapkan sedikit. Anda nampakkan.


mungkin anda tidak perasan lagi dibawah ini saya sertakan lagi bukti bagi mengukuhkan hujah bahawa gambar mayat Osama  sebenarnya telah diambil dari gambar mayat lelaki lain dan diedit,  cuba lihat gambar dibawah ini dengan penuh ketelitian anda.

  ada 3 keping gambar dan saya letakkan sebaris supaya anda dengan mudah boleh melihat  perbandingan yang akan saya lakukan bagi membuktikan gambar kematian Osama yang tersebar adalah palsu..


 


gambar kiri adalah gambar Osama seperti  gambar diatas, dibahagian tengah pula merupakan gambar asli mayat seorang pemuda yang terkorban yang pernah beredar di internet sejak 2 tahun yang lepas, gambar kanan adalah gambar yang tersebar di internet yang  dan  majoriti blog, website di Malaysia stick percaya bulat-bulat bahawa ianya gambar mayat Osama.

Cuba anda bandingkan dengan gambar mayat  Osama disebelah kanan sekali.dengan gambar mayat lelaki dibahgian tengah. cuba anda perhatikan dibahagian batang hidung antara gambar mayat lelaki ditengah dengan gambar mayat Osama Bin Laden. Anda perasan tak,. warna hidung Osama tidak kontra dengan bahgian tengah  antara kawasan kening . hidung didalam gambar mayat Osama jelas kelihatan agak gelap berbanding diatas kawasan tengah antara keningnya dan dahinya.


dan bagi mengukuhkan bukti bahawa gambar kematian Osama ini adalah palsu, cuba anda perhatikan giginya  ye giginya. cuba anda bandingkan dengan telitinya dibahagian gigi dan bibirnya  dengan gambar kiri sekali gambar Osama. cuba anda lihat senyuman, warna gigi adalah sama seperti saya terangkan pada 2 gambar diatas sebelumnya , dan dari segi riak wajah dan bibirnya pun sama. Cuba  lihat dibahagian kening, keningnya tidak sama.cuba perhatikan dengan jelas .bandingkan gambar Osama yang asli disebelah kiri dengan gambar mayat Osama disebelah kanan. nampak tak perbezaan yang sangat ketara dibahagian kening tersebut. perbezaan yang sangat ketara kan? dan cuba lihat pula kening mayat pemuda di tengah dengan mayat Osama disbelah kanan sama kan?

so jelas bahawa gambar mayat Osama Laden yang tersebar di internet ini sebenarnya adalah hasil dari teknik super impose 2 gambar. iaitu gambar asli Osama Bin Laden dan gambar asli mayat seorang pemuda. Hasilnya ramai blogger berkongsikan  gambar kematian Osama yang sebenarnya adalah palsu di blog-blog mereka, malahan  di website dan forum-forum di Malaysia saya perhatikan  telah menjatuhkan hujah dan mempercayai bulat-bulat dengan menyiarkan dan memaparkan gambar mayat Osama yang telah saya tunjukkan diawal post.dan apa yang saya boleh rumuskan, berdasarkan hujah, pandnagan peribadi saya dan penelitian saya berdasarkan gambar diatas, sememangnya gambar Osama Bin Laden dibunuh  yang tersebar di internet adalah palsu.


p/s :  dari awal lagi sememangnya saya agak ragu mengenai kesahihan  gambar kematian Osama. dan setelah saya membuat perbandingan melalui pengamatan gambar diatas dan seperti yang saya hujahkan jelas ianya adalah palsu semata-mata. dan jika anda bersetuju or sebaliknya dengan hujah saya  nyatakan dibahgian komen bawah  ini.

Sebelum saya akhiri post saya yang panjang lebar ini. satu soalan yang saya nak tinggalkan untuk kita fikirkan bersama, Apekah motif Amerika  sebnarnya yang menyiarkan video pengumuman  kematian Osama Laden? Jika benar Osama telah mati dibunuh dimana gambarnya yang asli? dan jika anda fikir bahawa Osama ini adalah satu watak yang diwujudkan sebagai 1 perancangan dan konspirasi jahat  Amerika dan sekutu-sekutu laknatullahnya anda silap. kerana insan bernama Osama bin Laden ini sememangnya wujud dan hidup  di muka bumi  Allah S.W.T . kerana saya sendiri pernah membaca kisahnya dan biografinya dan  Osama bin Laden ini merupakan watak penting dalam peperangan dengan Russia (dulu Soviet Union) bagi menghalang kemaraan Russia menjajah Afhganistan. 

entri akan datang  saya akan kongsikan dengan anda mengenai siapakah Osama bin Laden sebenarnya dan persoalan yang akan saya kaitkan dalam entri tersebut layakkah beliau diangkat sebagai pejuang yang perlu disanjungi seluruh umat Islam? kalau saya rajin saya akan taip entri pasal ni malam besok or  2 hari akan datang ke mungkin lambat sikit. lagi pun now tengah final exam . akhir kata assalamualaikum 


updated entri klik untuk baca ===> Siapa Osama Bin Laden | Latar Belakang Osama 

Video Pengumuman Kematian Osama Laden oleh Barrack Obama

5 ulasan:
Video Pengumuman Kematian Osama Laden oleh Barrack Obama


Salam sejahtera  dan salam pembuka kata, Dibawah ni saya kongsikan dengan anda video pengumuman Barrack Obama ( Presiden A.S ) yang telah mengesahkan kematian Osama Bin Laden. pada hari Ahad 11.30  pagi waktu Amerika. Pengumuman kematian Osama ini telah dibuat di white house disaksikan ribuan rayat AS yang meraikan kematian Osama Bin Laden.

Osama bin Laden, 54 tahun .  merupakan ketua rangkaain AL-Qaeda dan sangat dikehendaki Amerika dan sekutu2 kafirnya  sejak dari peristiwa serangan WTC 11 september. Osama Bin Laden dipercayai sebagai dalang yang merencanakan peristiwa serangan WTC pada 11 September. Sejak dari itu Osama telah diburu oleh Amerika dan sekutu-kutunya termasuk yahudi laknatullah yang berasa terancam, anyway anda lihat lah dibawah video Barrack Obama yang mengesahkan kematian Osama Laden.  Mayat Osama Laden kini berada dalam tahanan dan kawalan Amerika Syarikat.




Jangan lupa baca yang ini juga  klik==> Berita Mengenai Kematian Osama

p/s : setakat ini hanya ada sekeping gambar sahaja yang dipercayai mayat Osama Bin Laden tersebar diinternet. Namun kesahihan gambar tersebut agak diragui. saya sendiri telah melihatnya,  kemungkinan gambar tersebut diedit dalam photoshop. Nantikan pengumuman dan penyiaran gambar mayat Osama laden  oleh Amerika sendiri dalam masa terdekat ini .kalau benar Osama telah mati seperti yang diumumkan oleh Barrack Obama dalam video yang saya kongsikan diatas ini, pasti pihak Amerika akan menyiarkan gambar.


pelbagai sumber : dipetik dan  diolah  dari  times, reuters , dan yahoo news website.

updated entri  klik baca===> Bukti Gambar Kematian Osama Palsu