iklan baris

Fadhilat / Kelebihan Hauqalah "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah"

2 ulasan:


Fadhilat / Kelebihan Hauqalah "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah"  




Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)


Hadis ini adalah riwayat at-Tabarani dalam al-Awsath dan al-Hakim yang berbunyi: “Man Qala La Haula wala Quwwata Illa Billahi Kana dawa’an min tis’atin wa tis’iina da’in, aisaruha al-Hammu” dan maksudnya adalah seperti di atas.

Intipati hadis tersebut adalah umat Islam digalakkan untuk tabah dan berusaha merawat penyakit asalkan mengikut peraturan agama. Penyakit yang dimaksudkan itu ada terkandung dalam beberapa ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Daripada Anas, bahawa Rasulullah SAW berdoa dengan doa: “Allahumma innii ‘auuzhu bika minal barashi wal junuuni wal-juzaami wa sayyi’il asqaam (yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit yang berat).” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Begitu juga hadis riwayat Abu Daud menyebut bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Allahuamma Inni a’uuzu bika minal hammi wal hazan, wa ‘auuzhubika minal ‘ajzhi wal kasal, wa’auuzhu bika minal Jubni wal-Bukhl, wa’uuzhubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal (yang bermaksud: “Ya Allah, saya berlindung kepada-Mu daripada penyakit gelisah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada penyakit lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada pengecut dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu daripada timbunan hutang dan penindasan orang.”
Apa yang penting pada hadis berkenaan ialah untuk menyatakan kelebihan dan manfaat besar kepada orang yang banyak menyebut ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah’. Maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.

Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah.  Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: “Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? Saya menjawab: “Mahu ya Rasulullah. Kemudian Baginda bersabda: La haula wala quwwata illa billah.”

Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) La haula wala quwwata illa billah? Muaz menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda: La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: “Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”

Sebenarnya apabila kita banyak menyebut Allah SWT atau berzikir mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi penyembuh, tetapi sekiranya kita banyak ingat kepada manusia ia boleh menjadi penyakit.

Keistimewaan Kalimah la ilaha illallah لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله

8 ulasan:

Keistimewaan Kalimah la ilaha illallah




Pada zaman Bani Israil, ada seorang ahli ibadat dan seorang penderhaka. Tiba-tiba ahli ibadat itu meninggal dunia, maka Nabi Musa a.s mendapat tahu bahawa ahli ibadat itu termasuk di dalam senarai ahli neraka. Sesudah itu mati pula si penderhaka, maka Nabi Musa a.s mendapat tahu bahawa si penderhaka tersebut termasuk di kalangan ahli syurga.

 Apabila Nabi Musa a.s mendapat tahu hal ini maka baginda pun pergi ke rumah ahli ibadat itu lalu bertanya kepada isterinya, “Apakah amal yang sentiasa dibuat oleh suamimu?”

Maka isteri ahli ibadat itu menjawab, “Suamiku itu sangat rajin melakukan amal ibadat dan kamu juga mengetahuinya.”

Nabi Musa bertanya lagi, “Kemudian apa lagi yang dibuat oleh suamimu?” Lalu isteri ahli ibadat itu berkata, “Setiap malam apabila suamiku hendak tidur, dia akan berkata ‘Alangkah beruntungnya kami kalau apa yang diajar oleh Nabi Musa itu benar’.”


 Setelah Nabi Musa a.s mendengar penjelasan dari isteri ahli ibadat itu, maka baginda pun pergi ke rumah penderhaka itu, setelah sampai di rumah orang itu maka Nabi Musa a.s bertanya kepada isteri penderhaka, “Apakah amal yang dilakukan oleh suamimu?”


Isteri penderhaka pun menjawab, “Engkau pun tahu suamiku itu adalah seorang penderhaka, dia sangat suka berbuat kejahatan semata-mata.” Kemudian Nabi Musa a.s bertanya lagi, “Katakan padaku, apakah amal yang pernah dia lakukan selain itu.”

Maka isteri penderhaka berkata, “Setiap malam sebelum tidur suamiku selalu membaca لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله atas apa yang diajarkan oleh Nabi Musa a.s.”


 Dalam kisah ini kita dapat simpulkan bahawa ahli ibadat itu tidak yakin sepenuhnya dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Musa a.s maka Allah memasukkannya ke dalam neraka manakala si penderhaka yang berbuat dosa dan meyakini setiap apa yang diajarkan oleh Nabi Musa a.s di samping mengamalkan kalimah syahadah dimasukkan ke dalam syurga. Oleh itu hendaklah kita melakukan amal ibadat dengan penuh kusyuk dan yakin dengan meletakkan harapan bahawa kita pasti akan bertemu dengan Allah dan jangan ragu-ragu dengan itu.


 Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang mengucapkan لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله, yakin dengan iman yang teguh, maka sesungguhnya akan keluar dari mulutnya seekor burung berwarna hijau dengan dua sayap putih bertaburan mutiara yaqud, dan ia terbang ke langit sehingga terdengar dengungannya di bawah Arasy, bagaikan dengung lebah sehinggalah disuruh, ‘Tenanglah, diamlah’. Maka burung itu berkata, ‘Tidak, sebelum Engkau (Allah) mengampuni orang yang membacanya’.” Maka Allah s.w.t pun mengampunkan orang yang mengucapkan kalimah tersebut lalu burung itu diberikan 70 lidah untuk membaca istighfar bagi orang yang membaca لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله itu sehingga hari Kiamat.


Dan apabila tiba hari Kiamat, maka ia akan menyambut orang yang membaca kalimah tersebut dan menontonya masuk ke syurga. Dikisahkan pula ketika Allah s.w.t menenggelamkan Firaun dan tenteranya dan menyelamatkan Nabi Musa a.s, maka pada waktu itu Nabi Musa a.s telah berdoa, “Ya Allah ya tuhanku, tunjukkanlah kepadaku amal perbuatan untuk mensyukuri nikmatMu ini”.


 Kemudian Allah berfirman, “Wahai Musa, bacalah لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله.” Nabi Musa bertanya lagi, “Ya Allah ya tuhanku, tambahkanlah lagi untukku.” Maka Allah berfirman, “Wahai Musa, sekiranya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan di sebelah kiri neraca timbangan (mizan) dan diletakkan kalimah لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله di sebelah kanannya, nescaya akan lebih berat bahagian لاَّ إِلَهَ إِلاَّ الله itu.”


Kisah Nabi Isa A.S. Dengan Sam bin Nuh

6 ulasan:



As-salamu `alaykum wa rahmatullah...... Bismillahir Rahmanir Rahim...


 Diriwayatkan bahawa Nabi Isa A.S. telah menghidupkan orang yang mati dengan izin Allah S.W.T.

Orang-orang kafir telah berkata: "Wahai Isa, sesungguhnya kamu telah menghidupkan orang yang baru mati, mungkin mereka yang kamu hidupkan itu belum betul-betul mati. Kalau kamu orang yang benar maka cubalah kamu hidupkan orang yang mati pada zaman pertama dahulu supaya dapat kami lihat."


 Nabi Isa berkata: "Katakanlah orang yang hendak kamu lihat?"

Orang-orang kafir berkata: "Hidupkanlah Sam bin Hud supaya kami dapat lihat kebenaranmu."

 Nabi Isa A.S. pun pergi ke kubur Sam bin Nuh lalu mengerjakan solat 2 rakaat dan berdoa kepada Allah. Maka dengan izin Allah S.W.T. maka hiduplah Sam bin Nuh. Setelah Sam bin Nuh dihidupkan,


Nabi Isa melihat rambut dan janggutnya sudah putih, lalu Nabi Isa A.S. berkata: "Wahai Sam kenapa rambut kamu putih beruban padahal rambut kamu tidak begini sebelumnya?"


 Sam bin Nuh berkata: "Aku telah mendengar panggilan kamu, aku sangka Kiamat telah tiba maka rambut dan janggutku menjadi putih beruban sebab takutnya hari Kiamat."

 Nabi Isa A.S. berkata: "Sudah berapa lama kamu meninggal?"

 Sam bin Nuh berkata: "Aku telah meninggal sejak 4,000 tahun, tetapi sampai sekarang belum lagi hilang sakitnya sakaratul maut dan cukup pedih."


sumber : kisah-kisah nabi dan teladan